Anda di halaman 1dari 15

KEBERKESANAN KAEDAH PETA PEMIKIRAN

(i-THINK) TERHADAP PENCAPAIAN, SIKAP DAN


KESEDIAAN MURID TINGKATAN EMPAT

NAMA: NIK NUR FARIHAH BINTI NIK HARMI


NO. MATRIK: P61795
PENYELIA: PROF. DR. ZAMRI MAHAMOD
PENGENALAN
Peta pemikiran - satu inovasi baru yang telah diperkenalkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan ianya bukanlah
satu kurikulum yang baru untuk murid dan guru, tetapi
merupakan alat berfikir yang membolehkan guru
menyampaikan kurikulum yang sedia ada dalam bentuk
yang lebih menarik.
Program i-THINK adalah satu program yang bertujuan untuk
mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir
dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid yang
berinovatif.
Abjad i memberi maksud inovasi dan THINK pula
membawa maksud pemikiran secara inovatif yang perlu ada
pada semua murid (Bahagian Pembangunan Kurikulum
2012).
DEFINISI PETA PEMIKIRAN
Menurut Bahagian Pembangunan Kurikulum (2012), peta
pemikiran telah menggabungkan proses pembelajaran secara
kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalam bentuk
grafik.
Alat yang menyediakan murid dengan kemahiran untuk menjadi
pemikir yang berjaya, penyelesai masalah dan pembuat
keputusan (Thinking Maps, Inc. Pamphlet).
David Hyerle (2011) mengatakan bahawa peta pemikiran sebagai
satu jenis bahasa yang akan digunakan di seluruh peringkat,
bidang kandungan dan disiplin supaya murid boleh belajar
dengan lebih berkesan dan lebih cekap.
Dalam kajian ini, peta pemikiran meyerupai alat-alat berfikir yang
lain seperti peta minda dan peta konsep namun, peta pemikiran
lebih terarah, tersusun dan terancang penggunaannya.
PERMASALAHAN KAJIAN
1. Guru kurang menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi.
Kemahiran berfikir perlu diterapkan di dalam bilik darjah
tidak terkecuali dalam P&P Komsas. Untuk
meningkatkan kemahiran berfikir di dalam bilik darjah
guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya
murid berminat untuk belajar.

2. (P&P) masih menjurus kepada peperiksaan (exam


oriented) telah melemahkan usaha untuk melahirkan
murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).
3. Kaedah P&P banyak berpusatkan guru dan masih lagi
mengamalkan kaedah tradisional. Pengajaran
berpusatkan guru atau kaedah tradisional
menyebabkan objektif Kurikulum (KSSR) dan (KSSM)
yang sedang dijalankan sekarang bukan sahaja tidak
tercapai malah menyebabkan isu murid pasif akan
terus berlaku.

4. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran sedia


ada yang bersesuaian ketika proses P&P di dalam bilik
darjah. Pelbagai kaedah boleh digunakan oleh guru
untuk menimbulkan minat murid untuk terus belajar
dan menjadikan pembelajaran satu perkara yang
menyeronokkan.
KERANGKA KONSEPTUAL

Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian


(Sumber: Jean Piaget (1896-1980), Jemaah nazir dan jaminan kualiti (2010), Khairuddin Ahmad
(2011) dan Pusat Perkembangan Kurikulum (2012) ).
TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN
Secara umum, kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan
kaedah peta pemikiran dalam proses P&P Komsas.
Keberkesanan penggunaan kaedah peta pemikiran ini dilihat
dari sudut pencapaian dan sikap murid terhadap Komsas. Selain
itu, kajian ini juga meninjau mengenai sikap dan kesediaan
murid merupakan faktor yang menyumbang kepada
penerimaan murid tingkatan empat selepas proses P&P dengan
menggunakan peta pemikiran.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti sikap murid kumpulan eksperimen dalam Komsas
sebelum dan selepas proses P&P menggunakan kaedah yang berbeza.
2. Mengenal pasti kesediaan murid kumpulan eksperimen dalam
Komsas selepas proses P&P menggunakan peta pemikiran.
3. Mengenal pasti penerimaan murid kumpulan eksperimen dalam
Komsas selepas proses P&P dengan menggunakan kaedah peta
pemikiran.
4. Membandingkan pencapaian murid kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan sebelum dan selepas P&P dalam Komsas.
5. Membandingkan perbezaan sikap murid kumpulan eksperimen dan
kumpulan kawalan dalam Komsas sebelum dan selepas proses P&P.
6. Mengenal pasti sumbangan sikap dan kesediaan selepas
menggunakan peta pemikiran terhadap penerimaan murid selepas
menggunakan kaedah ini.
HIPOTESIS KAJIAN
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pencapaian
murid dalam ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan eksperimen yang
mengikuti kaedah pembelajaran menggunakan peta pemikiran.
Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara markah pencapaian
murid dalam ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan kawalan yang
mengikuti kaedah pembelajaran secara tradisional.
Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap murid
terhadap Komsas bagi kumpulan eksperimen sebelum dan selepas proses
P&P menggunakan peta pemikiran.
Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sikap murid
terhadap Komsas bagi kumpulan kawalan sebelum dan selepas P&P
menggunakan kaedah tradisional.
Ho5: Faktor sikap dan kesediaan murid selepas menggunakan peta
pemikiran tidak menyumbang kepada varians penerimaan murid selepas
pengajaran secara signifikan.
METODOLOGI
Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah kuasi-
eksperimen menggunakan soal selidik dan set ujian pencapaian.
Dalam reka bentuk kajian ini, dua kumpulan iaitu (Eksperimen dan
Kawalan) dibuat perbandingan terhadap beberapa pembolehubah
yang telah ditetapkan. Dalam kajian ini, kumpulan eksperimen telah
didedahkan dan diajar dengan pengajaran menggunakan kaedah peta
pemikiran manakala, kumpulan kawalan diajar dengan menggunakan
kaedah tradisional.
Selain itu, dalam kajian ini juga pengkaji mengambil 33 orang murid
daripada kumpulan eksperimen dan 35 orang murid daripada
kumpulan kawalan.
Kajian ini dikendalikan selama lapan minggu sesi P&P di dalam bilik
darjah.
Analisis data deskriptif dan inferensi iaitu ujian t dan ujian regrasi
pelbagai
RUMUSAN DAPATAN KAJIAN
1. Perbandingan Markah Ujian Pencapaian antara Kumpulan
Eksperimen dan Kawalan (Ujian Pra dan Ujian Pasca)
Terdapat perbezaan min yang signifikan antara ujian pra dan ujian
pasca bagi kumpulan eksperimen yang menggunakan peta pemikiran di
mana nilai t(33)=27.292, p<0.05. (Rujuk m/s: 104)
Terdapat perbezaan min yang signifikan antara ujian pra dan ujian
pasca bagi kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah tradisional di
mana nilai t(35)=12.867, p<0.05. (Rujuk m/s: 105)
Di dapati skor min kumpulan eksperimen pada ujian pasca berada pada
tahap sederhana rendah (min=2.18) dan ujian pra berada pada tahap
tinggi (min=4.91) manakala, bagi kumpulan kawalan pula skor min
pada ujian pasca berada pada tahap sederhana rendah (min=2.11) dan
ujian pra berada ada tahap sederhana (min=3.71).
Walaupun kedua-dua kumpulan memperoleh peningkatan dari segi
skor min pencapaian, namun peningkatan bagi kumpulan kawalan
hanya memberi kesan yang sedikit kepada pencapaian murid
berbanding dengan kumpulan eksperimen peningkatan yang agak
ketara daripada jumlah skor min yang diperolehi.
2. Perbandingan Sikap Murid Kumpulan Eksperimen dan Kawalan
dalam Komsas (Ujian Pra dan Ujian Pasca)
Terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca
untuk sikap bagi kumpulan eksperimen yang menggunakan peta
pemikiran di mana ujian t(33)=7.642, p<0.05. (Rujuk m/s: 105)
Terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca
untuk sikap bagi kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah
tradisional di mana ujian t(35)=4.717, p<0.05. (Rujuk m/s: 106)
Hal ini dapat dilihat melalui dapatan skor min yang berbeza
peningkatannya menerusi kumpulan eksperimen min ujian pra
(min=3.90) dan meningkat pada ujian pasca (min=4.48). Seterusnya,
bagi kumpulan kawalan pula skor min pada ujian pra (min=3.69) dan
meningkat dengan kadar yang sedikit pada ujian pasca (min=4.14).
Peningkatan ini disebabkan kelas eksperimen telah diperkenalkan
dengan satu kaedah baru iaitu pengajaran menggunakan peta
pemikiran.
3. Faktor Sikap dan Kesediaan Murid Selepas Menggunakan Peta
Pemikiran Mempengaruhi kepada Penerimaan Murid
Gabungan kedua-dua faktor ini (sikap dan kesediaan)
menyumbang kepada penerimaan yang signifikan dengan faktor
sikap [F(1,31)=10.732, p<0.05] dan faktor kesediaan
[F(2,30)=26.883, p<0.05].
Kedua-dua pemboleh ubah ini (sikap dan kesediaan) telah
menyumbang sebanyak (R2 = 25.7%) dan (R2 = 64.2%). Rujuk m/s:
107.
Dapatan kajian ini jelas menunjukkan penerimaan murid melalui
penggunaan peta pemikiran telah menyebabkan sikap dan
kesediaan murid menjadi lebih positif untuk belajar dan
memahami Komsas dengan lebih mendalam.
Penggunaan peta ini juga telah menyebabkan murid ingin belajar
dan senang untuk mengikuti pembelajaran Komsas.
IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN
1. Peta pemikiran merupakan satu alat berfikir ke arah pemikiran aras
tinggi supaya murid boleh merangsangkan daya ingatan dan
kemahiran berfikir melalui gambarajah yang dibuat.
Proses pemikiran aras tinggi murid-murid mengambil masa yang
panjang untuk diukur namun kemahiran ini seharusnya diterapkan
lebih mendalam ketika proses P&P.

2. Peta pemikiran sebagai alat untuk menilai kefahaman murid di


dalam bilik darjah melalui isi kandungan pelajaran yang telah
disampaikan oleh guru.
Hal ini kerana, peta pemikiran boleh dijadikan satu alat hala tuju yang
lebih terancang berbanding dengan alat berfikir yang lain kerana
setiap peta mempunyai fun
3. Peta pemikiran boleh dijadikan alat untuk membuat perkaitan
antara peristiwa sebelum, semasa dan selepas proses P&P.
Murid dapat membuat perkaitan antara peristiwa seharian mereka
untuk dijadikan panduan sekiranya mereka dapat memahami konsep
pembelajaran dengan konsep kehidupan seharian.
Kedua-dua konsep ini boleh digabungkan supaya dapat melahirkan
murid yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta
berfikiran aras tinggi.

4. Peta pemikiran boleh dijadikan alat sebagai persediaan pra


pengajaran kepada guru.
Guru boleh menggunakan peta ini sebagai bahan pengajaran yang
mudah untuk disusun dengan menggabungkan konsep pengetahuan
sedia ada murid dalam struktur kognitif murid yang terlibat.
Hal ini akan menjadikan murid lebih memahami kerana semasa
membina peta pemikiran, murid akan mengemukakan lebih banyak
persoalan, dan secara tidak langsung kemahiran berfikir aras tinggi
dapat dipertingkatkan dalam P&P.

Anda mungkin juga menyukai