Anda di halaman 1dari 35

TINDAKBALAS dan

PERSAMAAN KIMIA
(Chemical Reactions and Equations)
Objektif
menseimbangkan persamaan kimia.
mengintepretasi persamaan kimia seimbang
dalam bentuk mol, unit jisim dan bilangan
partikel.
jika diberi bilangan mol (atau jisim atau
bialngan partikel) sesuatu bahan boleh mengira
bilangan mol (atau jisim atau bilangan partikel)
bahan lain di dalam persamaan seimbang.
kenalpasti persamaan berikut:
sintesis
penguraian
pertukaran satu (single replacement)
pertukaran dubel (double replacement)
peneutralan (neutralization)
Mendefinasikan tindakbalas eksotermik dan
endotermik.
Simbol /Istilah Makna
Bahan tindakbalas dan
Hasil tindakbalas Bahan tindakbalas ditulis di sebelah kiri anak panah
(Reactants Hasil tindakbalas ditulis di sebelah kanan anak panah
and Products)
Memisahkan bahan tindakbalas dan hasil tindakbalas
Kedaan Fizikal Menunjukkan keadaan fizikal setiap spesis dalam tindakbalas:
(Physical states) (s) bahan pepejal.
(l) bahan cecair
(g) bahan gas
(aq) larutan akuos (bahan yang larut dalam air)
Pekali (Coefficients) Nombor yang ditulis didepan setiap bahan. Jika tidak ditulis apa-apa,
nilainya adalah 1.
Contoh: 2 ditulis di depan H2 (g) adalah pekali.
2 ditulis depan H2O (l) adalah pekali.
Dalam penguraian air, bermakna:
terdapat 2 molekul H2 (g) dan 1 molekul O2 (g) terbentuk dari
penguraian 2 molekul H2O (l). ATAU ditingkatkan skalanya,
terdpat 2 mol H2 (g) dan 1 mol O2 (g) terbentuk dari penguraian 2 mol
H2O (l).
Nota: Bilangan bagi setiap atom di
kedua-dua belah persamaan adalah
SAMA.
Ini bukanlah sesuatu yang tidak
disengajakan. Persamaan di atas adalah
PERSAMAAN SEIMBANG.
Semua tindakbalas kimia mesti seimbang
kerana mereka mesti mematuhi HUKUM
PEMULIHARAAN JISIM (Conservation of
Mass).
Menyeimbangkan
Persamaan Kimia
Perkataan persamaan memberitahu kita identiti
bahan tindakbalas dan juga hasil tindakbalas.
Persamaan kimia yang menggunakan simbol
kimia memberi kita lebih dari identiti bahan yang
terlibat. Ia memberi maklumat mengenai:
Formula kimia
Pekali memberitahu nisbah setiap bahan yang terlibat
Keadaan fizikal setiap bahan yang terlibat
Tetapi, persamaan kimia tidak memberitahu kita
bagaimana cepat (atau perlahan) sesuatu
tindakbalas itu berjalan. Ia juga tidak
memberitahu kita berapa banyak haba yang
diperlukan atau dibebaskan semasa tindakbalas.
Tujuan menyeimbangkan tindakbalas
kimia adalah supaya:
Bilangan setiap jenis atom sebelah kiri (reactants) =
Bilangan setiap jenis atom sebelah kanan (products)

Ini berkaitan dengan mematuhi Hukum


Pemuliharaan Jisim
Oleh kerana atom tidak boleh dicipta atau
dihancurkan semasa tindakbalas kimia,
jumlah bilangan setiap jenis atom tetap
sama.
Semasa menyeimbangkan persamaan kimia,
kita hanya dibenarkan untuk menambah
PEKALI untuk memastikan bilangan setiap
jenis atom adalah sama di kedua-dua belah
Anda TIDAK BOLEH menukar subskrip
formula kimia sebatian.
Kaedah Menyeimbangkan
Persamaan Kimia.
Kaedah Penyiasatan (by Inspection)
Kaedah Algebra

Apabila propil alkohol, CH3CH2CH2OH, terbakar di udara, ia


bertindakbalas dengan oksigen, O2, untuk membentuk karbon
dioksida, CO2, dan air, H2O. Tuliskan persamaan seimbang bagi
tindakbalas kimia berikut:

CH3CH2CH2OH (l) + O2 (g) CO2 (g) + H2O (l)


Kaedah Penyiasatan
mulakan dengan sebatian yang terbina dari unsur yang
paling pelbagai
propyl alcohol, CH3CH2CH2OH
Pilih unsur dalam sebatian ini yang hadir hanya dalam satu
bahan di kedua-dua belah dan seimbangkan:
C dan H;
O hadir dalam 2 bahan di sebelah kanan
Pilih unsur dalam sebatian ini yang hadir dalam lebih dari
sekali dalam kedua-dua belah dan seimbangkan:
O; oksigen
Seimbangkan unsur yang tidak bergabung terakhir:
Oksigen, O2
Kita akan seimbangkan atom pada setiap bahagian, dengan
meletakkan koeffisien di depan bahan dalam aturan
berikut:
1. Karbon 2. Hidrogen 3. Oksigen
Karbon:
CH3CH2CH2OH (l) + O2 (g)
3 CO2 (g) + H2O (l)

Hidrogen:
CH3CH2CH2OH (l) + O2 (g)
3 CO2 (g) + 4H2O (l)

Oksigen:
CH3CH2CH2OH (l) + 9/2 O2 (g)
3 CO2 (g) + 4H2O (l)
Pastikan koeffisien adalah nombor bulat
Darabkan koeffisien dengan faktor yang
sesuai untuk menukarkan nisbah
kepada nombor bulat.

2 x ( CH3CH2CH2OH (l) + 9/2 O2 (g)


3 CO2 (g) + 4H2O (l) )

2 CH3CH2CH2OH (l) + 9O2 (g)


6CO2 (g) + 8H2O (l)
Penyeimbangan secara Algebra
Berikan angkubah sebagai koeffisien bagi
setiap bahan dalam tindakbalas:
"a" untuk pekali CH3CH2CH2OH
"b" untuk pekali O2
"c" untuk pekali CO2
"d" untuk pekali H2O

a CH3CH2CH2OH (l) + b O2 (g)


c CO2 (g) + d H2O (l)
Kirakan bilangan bagi setiap atom pada
kedua-dua belah persamaan:
a CH3CH2CH2OH (l) + b O2 (g)
c CO2 (g) + d H2O (l)

left-hand-
right-hand-side
side

Bilangan atom C 3a c

Bilangan atom H 8a 2d

Bilangan atom O a+2b 2c+d


Tuliskan persamaan algebra dan selesaikan untuk
koeffisien tersebut:

Persamaan 1: 3a=c
Persamaan 2: 8a=2d
Persamaan 3: a+2b=2c+d

Jika a = 1, kita boleh selesaikan setiap koeffisien


sebagai berikut:

Persamaan 1 menjadi: 3=c


Persamaan 2 menjadi: 8 = 2 d, ATAU d = 4
Persamaan 3 menjadi: 1 + 2 b = 6 + 4,
ATAU b = 9/2
Jika ditukarkan balik nilai yang diperolehi
kedalam persamaan:
CH3CH2CH2OH (l) + 9/2 O2 (g)
3 CO2 (g) + 4H2O (l)
Langkah : Pastikan koeffisen adalah
nombor bulat dengan mendarab persaan
menggunakan faktor yang sesuai.
2 x ( CH3CH2CH2OH (l) + 9/2 O2 (g)
3 CO2 (g) + 4H2O (l) )
Persamaan kimia yang seimbang
adalah:
2 CH3CH2CH2OH (l) + 9O2 (g)
6CO2 (g) + 8H2O (l)
Jenis Tindakbalas
Tindakbalas Kombinasi atau Sintesis
Tindakbalas Penguraian
Tindakbalas Satu Pertukaran (Single
Replacement)
Tindakbalas Dua Pertukaran (Double
Replacement)
Tindakbals Peneutralan
Tindakbalas Kombinasi /Sintesis
A+B AB

Tindakbalas ini melibatkan


pembentukan sejenis sebatian
terhasil dari 2 atau lebih bahan
Contoh: Sintesis ammonia

N2 (g) + 3 H2 (g) 2 NH3 (g)


Tindakbalas Penguraian
AB A+B

Dalam tindakbalas ini, 1 sebatian berpecah


kepada 2 atau lebih bahan yag lebih ringkas.
Contoh: Pembakaran bahan yang terdiri dari
C and H
C, H, and O
{bahan terdiri dari C, H} + O2 (g)
CO2 (g) + H2O (l)
{bahan terdiri dari C, H, O} + O2 (g)
CO2 (g) + H2O (l)
Tindakbalas Satu Pertukaran
(Single Replacement)

A + BC AC + B

Tindakbalas Satu Pertukaran bagi logam


Logam yang berlainan mempunyai kereaktifan yang
berlainan
Logam alkali adalah logam yang paling reaktif
Tidak semua logam reaktif; Platinum (Pt) dan Emas
(Au) tidak reaktif.
Pola Kereaktifan
Li K Ba Ca Na Mg Al Mn Zn Cr Fe Co Ni Sn Pb H Cu Ag Hg Pt Au

Paling reaktif Paling tidak reaktif

Logam yang reaktif akan menukarkan logam yang di bawahnya


Contoh:

Cu (s) + 2 AgNO3 (aq) Cu(NO3)2 (aq) + 2Ag (s)


Tindakbalas Satu Pertukaran
bagi BukanLogam
Halogen yang lebih reaktif akan
bertindakbalas dengan sebatian yang
mengandungi ion halogen yang
kurang reaktif.
Susunan keraktifan halogen dari yang
paling aktif kepada yang kurang aktif
adalah seperti berikut:
F2, Cl2, Br2, and I2.
Bromin disediakan dengan tindakbalas gas
klorin dengan larutan akuos natrium
bromida
Cl2 (g) + 2 NaBr (aq) 2 NaCl (aq) + Br2 (aq)
Cl2 menukarkan ion bromid, Br- dalam NaBr kerana Cl2 adalah rebih
reaktif dari Br-
Tindakbalas Dua Pertukaran
(Double-Replacement Reactions)
AB + CD AD + CB

Ion dalam sebatian AB dan CD bertukar


pasangan.
Tindakbalas jenis ini akan berlaku dalam
larutan akuos apabila salah satu dari
hasilnya adalah samada:
bahan tidaklarut atau sebatian yang hampir
tidaklarut, mendakan, ATAU
bahan kovalen, termasuk gas dan air
Gas hidrogen klorida disediakan secara
komersial dengan tindakbalas antara asid
sulfurik, H2SO4 dengan natrium klorida
NaCl
Ini adalah tindakbalas pertukaran-dubel
dan tenaga yang mendorongnya adalah
pembentukan HCl (g)

HHSO4 (aq) + NaCl (aq) HCl (g) + NaHSO4 (aq)


Plumbum (II) nitrat bertindakbalas dengan
Kalium Iodid untuk membentuk mendakan
Plumbum (II) iodid
Ion yang masih tinggal dalam larutan adalah
ion Kalium dan Ion Nitrat

Pb(NO3)2 (aq) + 2 KI(aq) PbI2 (s) + 2 KNO3 (aq)


Kelarutan Sebatian
Dalam Larutan Akuos
Anions Soluble Insoluble
Nitrates, NO3- ALL -
Acetates, C2H3O2- ALL -
Chlorides, Cl- ALL, except ... AgCl, Hg2Cl2, PbCl2
Sulfates, SO42- ALL*, except ... BaSO4, SrSO4, PbSO4
Salts of group IA ALL -
Salts of ammonium, NH4+ ALL -
Acids ALL -

Oxides, O2- Group IA, Group IIA (Ca, Sr, Ba) ALL

Hydroxides, OH- Group IA, Group IIA (Ca*, Sr, Ba) ALL

Sulfides, S2- Group IA, Group IIA, (NH4)2S ALL


Phosphates, PO43- Group IA, (NH4)3PO4 ALL
Carbonates, CO32- Group IA, (NH4)2CO3 ALL
Apabila larutan NaCl bercampur dengan larutan AgNO3
adakah tindakbalas akan berlaku?

Produk yang berkemungkinan adalah natrium nitrat,


NaNO3, dan Perak Klorid, AgCl. Adakah salah satu dari
produk ini tidak larut dalam larutan akuos?
Hukum kelarutan memberitahu kita bahawa:
Semua ion nitrat adalah larut. Oleh itu kita jangkakan bahawa
NaNO3 akan kekal dalam larutan.
Tiga jenis klorida yang tidak larut iaitu AgCl, HgCl2, and PbCl2.
Oleh kerana AgCl tidak larut, maka kita ada tindakbalas
di mana tenaga pendorong adalah pembentukan
mendakan AgCl (s)
Persamaan seimbang:

NaCl (aq) + AgNO3(aq) AgCl (s) + NaNO3 (aq)


Tindakbalas Peneutralan
HX + MOH MX + HOH

Tindakbalas asid dengan bes


menghasilkan garam dan air
Sebenarnya ini adalah tindakbalas dua-
pertukaran dan faktor pendorong adalah
pembentukan air
Contoh:
HCl (aq) + NaOH (aq) NaCl (aq) + HOH (l)
Pengiraan berdasarkan
persamaan seimbang
2 H2 (g) + O2 (g) 2 H20 (l)

Nisbah 2:1:2 untuk H2 : O2 : H20


Pekali memberikan nisbah mol reactant dan
produk
Nisbah ini dipanggil nisbah stoikiometri
Kita boleh menukar mol bahan dengan gram
bahan, oleh itu dengan mengetahui nisbah mol
bahan, kita boleh mengira jisim reaktan dan
produk dalam satu tindakbalas yang seimbang
Pengiraan mol-mol
Berapa mol O2 yang diperlukan untuk
membakar 3.6 mol ethanol?
Pengiraan Jisim-Jisim
How many grams of oxgen gas is
required to burn 20.5 grams of
ethyl alcohol, C2H5OH?
Pengiraan Jisim-Mol
How many moles of carbon dioxide gas is
produced when 20.5 grams of ethyl alcohol,
C2H5OH, is burned?

Anda mungkin juga menyukai