FARAH HAZWANI MAHMOOD NUR LIYANA' BT ALI NURUL NABILAH IZZATI BT BUJANG Melalui pendekatan secara diskripsi dalam karya tersebut terdapat seekor ayam jantan yang berdiri megah diatas tunggul kayu balak. Karya ini berlatarbelakangkan suasana hutan yang sudah diteroka iaitu pokok-pokok kelihatan jauh disamping tunggul kayu yang telah ditebang. Pengkarya melukiskan sang juara tersebut berada ditempat tinggi dengan pemandangan alam semula jadi. karya ini juga menunjukkan perspektif seekor ayam yang berada di dalam hutan. kita dapat lihat keadaan warna yang berada di belakang ayam tersebut menunjukkan keadaan semakin jauh semakin pudar. teknik pencahayaan menonjolkan watak utama dalam karya tersebut dan menampakkan bulu ayam tersebut berkilat. Figura ayam tersebut menunjukkan ayam tersebut yang berani, hal ini kerana jelas kelihatan melalui nama karya tersebut iaitu Sang Juara. Melalui pendekatan analisis pula, karya tersebut dihasilkan dengan penuh ketelitian. Hal ini adalah kerana kehalusan garisan yang terdapat pada bahagian bulu ayam tersebut. Jalinan yang terdapat pada bahagian bulu ayam tersebut telah berjaya menimbulkan pergerakan pada bahagian bulu figura ayam hutan tersebut. Selain itu, garisan juga telah memainkan peranan yang penting iaitu pada helain bulu ayam tersebut. Selain daripada itu, dalam usaha menjadikan karya tersebut kelihatan lebih nyata. Pengkarya telah menjatuhkan sinaran cahaya matahari terhadap bulu ayam tersebut. Situasi ini telah berjaya menjadikan karya tersebut kelihatan seakan-akan nyata. Setiap unsur seni telah digarapkan dengan sempurna dalam catan ini. Suasana yang dapat kita perhatikan dalam karya ini ialah susasana harmoni pada awal pagi. Disamping itu, keseimbangan adalah kesan yang didapat dari suatu susunan yang diatur sedemikian rupa sehingga terdapat daya tarik yang sama pada tiap-tiap sisi susunan. Melalui pendekatan interpretasi terhadap karya tersebut iaitu mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya ialah tentang penerokaan hutan yang telah berlaku secara berleluasa . Hal ini jelas ditunjukkan pengkarya dengan menggunakan ikonografi ayam hutan jantan yang diletakkan diatas tunggul pokok balak dikawasan hutan yang telah diterangkan. Penerokaan hutan yang dapat dilihat pada tunggul pokok, bulu ayam yang menerima banyak cahaya dan juga pada pokok yang diletakkaan kejauhan dari ayam hutan tersebut. Kritikan dari segi pertimbangan pula ialah karya tersebut berjaya menyampaikan mesej terhadap pemerhati karya tersebut. Tajuk yang diberikan terhadap karya tersebut juga telah menjelaskan bahawa figura ayam tersebut merupakan jaguh dikawasan tersebut.