Anda di halaman 1dari 17

TUTORIAL NO.

4
Kemunculan dan perkembangan Kerajaan Acheh membawa
kepada dasar perluasan kuasa yang agak agresif dalam
mengukuhkan kuasa politik di Alam Melayu terutamanya di
masa era pemerintahan Iskandar Muda (1607 1636). Ramai
sejarawan mengatakan bahawa dasar inilah sebenarnya yang
membawa tercetusnya Perang Tiga Segi di antara Portugis
(Melaka), Kerajaan Acheh dan Kesultanan Johor.
Sejauhmanakah anda bersetuju?
PENDAHULUAN
Siapakah Iskandar Muda (1607 1636)?
Iskandar Muda juga digelar Iskandar Agung dari Tanah Acheh. Di bawah
kepemimpinannya selama lebih kurang selama 30 tahun, Acheh benar-benar berada di
era kegemilangan sejarah. Acheh memiliki undang-undang dasar negara yang teratur
dan kuat yang dikenali dengan nama Qanun Meukuta Alam.
Sumber-sumber Aceh seperti Bustanul Salatin, memberikan pujian-pujian sifat Sultan
ini. Antara lain menyebutkan: Ialah yang Johan pahlawan lagi perkasa, dan
kebijaksanan pada segala barang perkataannya, dan pada segala kelakuannya, dan
telah elok sikapnya". Sebaliknya sumber-sumber Barat seperti laporan perjalanan
Augustin de Beaulieu yang datang ke Aceh pada tahun 1621 menyebutkan sifat-sifat
kekejaman Sultan Iskandar Muda.
Para penulis sejarah Inggeris dan Belanda mengejek Iskandar Muda sebagai seorang
Raja Imperialis kerana baginda berjaya memperluaskan kekuasaan wilayah Acheh
dengan menakluki pelbagai wilayah di Tanah Melayu.
PENDAHULUAN
Bermula dari Pahang, Kedah, Perak, Johor, Satun (Thailand Selatan) hingga ke Siak
(Riau), bahkan Singapura juga berada di bawah kekuasaan Iskandar Muda. Selain itu,
hamper seluruh Tanah Sumatera berkibar megah panji Acheh Darussalam seperti di
Pariaman, Tiku, Palembang, Jambi hingga Bengkulu.
Dasar perluasan kuasa oleh Iskandar Muda merupakan sebuah alternatif bagi
memperlahankan pengaruh bangsa Eropah di kawasan Sumatera yang dapat
mengancam kedaulatan Acheh. Para ahli sejarah ketenteraan juga ada mengemukakan
bahawa jika saja kerajaan Acheh gagal mengalahkan Portugis, kemungkinan besar
seluruh Kepulauan Nusantara akan dijajah oleh Portugis.
Maka, adakah dasar perluasan kuasa yang agresif oleh Iskandar Muda ini punca
sebenar yang membawa kepada tercetusnya Perang Tiga Segi?
PERANG TIGA SEGI
Pada awalnya, Portugis memulakan beberapa serangan ke atas Acheh atas faktor
kemajuan pelabuhan Acheh. Namun, Portugis gagal. Acheh berjaya menghalau
Portugis di kawasan yang dikenali sebagai Pedir.
Pada tahun 1537, di bawah pemerintahan Iskandar Muda, dasar peluasan kuasa
yang agresif oleh Acheh merupakan ancaman bagi Portugis kerana Portugis masih
mempunyai dendam lama terhadap Acheh. Serangan terhadap Portugis berlanjutan
sekian lamanya.
Dalam masa yang sama, Acheh turut bermusuhan dengan Kerajaan Melayu yang lain
seperti Johor, Perak dan Siak.
Menurut Rahiman Abd. Aziz (1997), Perang Tiga Segi bermula apabila Portugis
berjaya menguasai Melaka dan kawasan perairan Selat Melaka pada tahun 1511.
Perang Tiga Segi telah melibatkan tiga kuasa besar yang utama pada ketika itu iaitu
Portugis (Melaka), Johor dan Acheh. Kemudian Belanda campur tangan di dalam
peperangan ini dengan membantu kerajaan Johor.
RUJUKAN:
- Rahiman Abd. Aziz, Pembaratan pemerintahan Johor, 1800-1945: Suatu Analisis Sosiologi Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, Hlm.38.
- Leonard Y.Andaya, The Kingdom Of Johor:1641-1728, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1975, Hlm.44.
FAKTOR TERCETUSNYA PERANG TIGA SEGI
Selain faktor rasa cemburu, ancaman dan persaingan yang dialami oleh
Portugis, faktor-faktor yang menyebabkan tercetusnya Perang Tiga Segi
ialah ekonomi, politik dan agama.

EKONOMI
Faktor yang paling dominan yang mencetuskan peperangan ini ialah faktor
ekonomi. Sebelum bertapaknya Portugis di Melaka, Melaka merupakan salah
sebuah empayar perdagangan yang sangat berpengaruh di Nusantara.
Sejarahnya bermula apabila Sultan Melaka yang kedua iaitu Mahkota Iskandar
Syah telah memeluk agama Islam pada tahun 1414.
Keputusan baginda itu telah membawa kebaikan kepada Melaka. Berikutan
dengan itu, semakin ramai pedagang Islam datang dari Tanah Arab, Parsi dan
India berdagang ke Melaka. Pedagang bukan Islam, terutamanya dari China,
Jawa dan kawasan lain di Asia Tenggara juga semakin ramai datang ke
Melaka membawa barang dagangan mereka. Mereka mendapati Melaka
adalah sebuah bandar pelabuhan yang baik untuk berdagang.

RUJUKAN:
- Zainal Abidin Abdul Wahid, op.cit., hlm. 67 & 68.
FAKTOR TERCETUSNYA PERANG TIGA SEGI
Kedudukan Melaka sebagai pusat perdagangan yang sangat penting telah
menyebabkan Portugis berniat untuk menakluk Melaka. Mereka memerlukan
pelabuhan Melaka untuk mengawal perniagaan rempah di Maluku.
Niat mereka itu tercapai pada tahun 1511 setelah Melaka kalah dalam pertarungan
yang tidak seimbang kerana Portugis pada masa itu mempunyai alat atau senjata
perang yang lebih canggih daripada askar Melaka. Berikutan kemenangan Portugis
itu, maka bermulalah era keganasan di Melaka.
Orang Portugis telah melakukan keganasan dan pembunuhan yang kejam terhadap
orang Melaka, sama ada lelaki, perempuan ataupun kanak-kanak, terutamanya yang
beragama Islam. Mereka juga telah merampas banyak harta khazanah di Melaka
khususnya yang terdapat dalam istana Sultan Ahmad dan Sultan Mahmud serta
rumah pembesar-pembesar.

RUJUKAN:
- Zainal Abidin Abdul Wahid, op.cit., hlm. 87.
FAKTOR TERCETUSNYA PERANG TIGA SEGI
Semasa Portugis menakluk Melaka, kerajaan Acheh sedang berkembang di
bawah pemerintahan Sultan Ali Mughayat Syah. Apabila Portugis menakluk
Melaka, pedagang-pedagang Islam yang dahulunya berkunjung ke Melaka
mula menumpukan kegiatan mereka di Acheh. Hal ini demikian kerana
keadaan di Melaka pada masa itu tidak lagi tenang dan aman disebabkan
layanan buruk Portugis terhadap pedagang Islam. Acheh pula pada masa itu
mengamalkan dasar berbaik-baik dengan pedagang Islam serta mengenakan
cukai pelabuhan yang rendah dan tidak membebankan para pedagang. Hal ini
sekaligus menjadikan Acheh sebagai tumpuan ekonomi yang baru dan bukan
lagi Melaka.
Kemajuan perdagangan di Acheh dan kemerosotan perdagangan di Melaka
tidak menyenangkan Portugis. Oleh itu, Portugis telah mengambil keputusan
untuk menyerang Acheh. Pada tahun 1521, Portugis telah melancarkan
serangan terhadap Acheh tetapi gagal dan pada tahun 1524, pasukan Acheh
menghalau Portugis dari Pedir. Semenjak itu, beberapa siri pertempuran telah
berlaku di antara Portugis dan Acheh.
FAKTOR TERCETUSNYA PERANG TIGA SEGI
Antara tahun 1558 hingga tahun 1575, Acheh beberapa kali menyerang Melaka.
Portugis pula bernasib baik kerana setiap kali Acheh menyerang Melaka, tiada
kerajaan Melayu lain yang memberikan bantuan. Sebaliknya, perang sentiasa berlaku
antara Acheh dengan kerajaan Johor.
Perkembangan pesat Johor sebagai pelabuhan yang besar menimbulkan masalah
dengan Portugis di Melaka. Perdagangan dengan negeri China dan Jawa adalah
penting kepada Portugis dan Johor. China banyak membawa barang-barang seperti
sutera dan tembikar, sementara padagang-pedagang Jawa pula membawa beras.
Dengan kehadiran saudagar-saudagar China dan Jawa ini akan menarik pedagang
lain datang ke satu-satu pelabuhan.

RUJUKAN:
- Asmad, op.cit., hlm. 41.
FAKTOR TERCETUSNYA PERANG TIGA SEGI
Oleh itu, Portugis sedaya-upaya ingin menarik saudagar-saudagar ini ke Melaka,
sementara Johor pula enggan membenarkannya. Tetapi kedudukan Johor yang
mengawal jalan masuk ke Selat Melaka dari Selatan, membolehkannya mengatur
strategi supaya pedagang-pedagang China dan Jawa datang ke Johor dengan lebih
berkesan. Taktik yang digunakan ialah dengan menenggelamkan kapal di Selat
Singapura yang sempit dan sekaligus menutup jalan untuk ke Utara Selat Melaka.
Keadaan ini menyebabkan Portugis menyerang Johor.
Oleh itu, keinginan untuk memajukan dan menjaga perkembangan ekonomi di negeri
masing-masing menyebabkan ketiga-tiga kuasa ini saling jatuh-menjatuhkan.
Walaubagaimanapun, permusuhan Portugis dan Johor ini tidaklah berpanjangan
kerana kedua-dua kerajaan ini masih boleh bekerjasama untuk melawan kuasa
Acheh yang semakin berkembang, tetapi mereka bermusuhan semula apabila
kembali lemah.

RUJUKAN:
- Asmad, op.cit., hlm. 41.
FAKTOR TERCETUSNYA PERANG TIGA SEGI
POLITIK
Faktor yang tidak kurang pentingnya dalam mencetuskan Perang Tiga Segi ini ialah
faktor politik. Ketiga-tiga kuasa berlumba-lumba untuk mengukuhkan kuasa dan
pengaruh politik masing-masing tetapi yang paling ketara ialah kerajaan Acheh dan
Johor. Kerajaan Portugis pula pada masa itu hanya mementingkan perkembangan
ekonominya dan tidak begitu berminat terhadap bidang politik, tetapi Acheh pula
berminat terhadap kedua-duanya iaitu politik dan ekonomi. Pengaruh politik Acheh
berkembang semasa zaman pemerintahan Iskandar Muda Mahkota Alam. Tanah-
tanah jajahannya meluas di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu. Di Pantai
Barat Sumatera, pengaruh Acheh meluas sampai ke Padang sementara di Pantai
Timurnya pula sampai ke Siak. Di Semenanjung pula, Acheh menakluk Kedah, Perak
dan Pahang.

RUJUKAN:
- Asmad, op.cit., hlm. 39.
- Ibid., hlm. 40.
FAKTOR TERCETUSNYA PERANG TIGA SEGI
Sementara itu, kerajaan Johor yang baru berkembang pula turut berusaha untuk
mengembangkan pengaruh politiknya. Selepas kejatuhan Melaka di tangan Portugis,
Sultan Melaka yang terakhir iaitu Sultan Mahmud Syah telah mengundurkan diri dan
berlindung di Bentan dan mangkat di Kampar. Putera baginda iaitu Raja Ali telah
menggantikan baginda dan memakai gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah II. Sultan
Alauddin Riayat Syah II telah mengasaskan Johor pada tahun 1528.
Semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah II, kerajaan Johor telah beberapa
kali melancarkan serangan ke atas Portugis di Melaka. Tujuannya adalah untuk
mengembalikan takhta Kesultanan Melaka daripada Portugis, namun tidak berjaya.
Tindakan baginda ini menyebabkan Portugis menyerang Johor pada tahun 1535 dan
1536. Oleh itu, Sultan Alauddin terpaksa melarikan diri ke Muar untuk membina
kekuatannya semula.

RUJUKAN:
- L.Y. Andaya, The Kingdom of Johor 1641-1728, Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1975, hlm. 33.
FAKTOR TERCETUSNYA PERANG TIGA SEGI
Selain itu, untuk mengukuhkan kuasa politiknya, Sultan Alauddin Riayat Syah
II juga telah menjalankan pakatan dengan negeri yang bermusuh dengan
Acheh kerana pada masa itu, Acheh juga merupakan salah satu kerajaan
yang menjadi ancaman kepada Johor.
Antara negeri yang menjadi naungan Johor ialah Aru. Aru terletak di bahagian
Selatan Acheh. Sebagai satu strategi politik, Sultan Alauddin Riayat Syah II
telah berkahwin dengan Aru untuk menjalinkan persahabatan, ketenteraan
dan kuasa politik yang mantap. Dalam tahun 1539, Acheh telah menyerang
Aru. Permaisuri Aru telah melarikan diri dan telah meminta bantuan Johor.
Sebagai tindakbalas terhadap perbuatan Acheh itu, Johor telah melancarkan
serangan dan berjaya mengalahkannya.
Walaubagaimanapun, selepas itu Johor hanya dapat mempertahankan dirinya
daripada serangan Acheh yang bertubi-tubi. Acheh telah melancarkan
serangan terhadap johor sekitar tahun 1564, 1570, 1582, 1618 dan 1623.
RUJUKAN:
- Asmad, op.cit., hlm. 39.
- Ibid., hlm. 40.
FAKTOR TERCETUSNYA PERANG TIGA SEGI
Dapat dirumuskan bahawa pengaruh politik merupakan antara punca tercetusnya
perang tiga segi ini. Acheh yang ingin memperluaskan wilayah takluknya telah
tersilap langkah apabila melanggar Aru yang merupakan negeri naungan Johor pada
masa itu yang akhirnya mencetuskan peperangan.
Johor pula pada awalnya menumpukan perhatian penuh terhadap usaha untuk
mengusir Portugis dari Melaka tetapi terpaksa berdepan pula dengan kuasa Acheh
yang semakin berkembang.
Manakala Portugis pula tidak begitu berminat untuk memperkukuhkan bidang
politiknya dan hanya bertindak apabila kepentingan ekonominya terjejas.
FAKTOR TERCETUSNYA PERANG TIGA SEGI
AGAMA
Selain daripada itu, faktor agama turut mendorong lagi Perang Tiga
Segi antara Portugis, Acheh dan Johor. Sebelum pertapakan Portugis di
Melaka, orang-orang Portugis memang sudah mempunyai keinginan
untuk menyebarkan agama Kristian. Malah, mereka juga berhasrat
untuk memerangi perkembangan agama Islam.
Keagungan Melaka yang menjadi pusat penyebaran agama Islam telah
mendorong orang-orang Portugis untuk menaklukinya pada tahun 1511.
Selama beberapa abad sebelum ini, mereka juga telah memerangi
orang-orang Islam sama ada dalam negaranya mahupun sehingga ke
Afrika Utara.
Dengan demikian, orang-orang Portugis melakukan pelayaran
mengelilingi Selatan Afrika sampai ke India, dan terus ke Kepulauan
Melayu. Ke mana sahaja mereka pergi, agama Islam dan penganutnya
dilihat oleh orang-orang Portugis sebagai musuh utamanya.
RUJUKAN:
- Abdul Latiff Abu Bakar, Sejarah di Selat Melaka, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia & Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Melaka, 1997, hlm. 31.
FAKTOR TERCETUSNYA PERANG TIGA SEGI
Di Melaka, Portugis telah bersungguh-sungguh untuk menyebarkan agama Kristian.
Buktinya, selain membina Kota A Famosa, albuquerque juga mengarahkan supaya
dibina sebuah gereja. Kegiatan mubaligh dimulakan dengan bersungguh-sungguh
setelah Francis Xavier tiba di Melaka pada tahun 1550 hingga 1553. Beliau
menubuhkan Pusat Mubaligh Jesuit serta Sekolah St. Paul, menyelenggarakan
terjemahan Rukun Sepuluh dan beberapa doa ke dalam Bahasa Melayu.

RUJUKAN:
- Zainal Abidin Abdul Wahid, op.cit., hlm. 88.
FAKTOR TERCETUSNYA PERANG TIGA SEGI
Pihak Portugis memberi layanan buruk dan bertindak kejam terhadap pedagang-
pedagang Islam. Oleh itu, kebanyakan pedagang-pedagang Islam mula mencari
tempat perdagangan baru dan mula berpaling tadah ke Acheh dan bukan lagi di
Melaka. Hal ini sekaligus menjadikan Acheh sebagai pusat ekonomi yang baru.
Malah, Acheh turut menjadi pusat penyebaran agama Islam sehingga dianggap
sebagai Pusat Serambi Mekah. Keadaan ini tidak menyenangkan Portugis dan mula
berkeinginan untuk menghapuskan Kerajaan Acheh. Kebencian Portugis terhadap
agama Islam menyebabkan Portugis melakukan serangan terhadap Acheh.
Kebencian orang-orang Portugis ini juga turut didorong oleh semangat Perang Salib
yang berlaku di antara kaum Islam dan Kristian.
RUMUSAN
Secara kesimpulannya, Perang Tiga Segi ini merupakan perang yang melibatkan tiga kuasa besar iaitu kerajaan Johor yang dibantu
oleh pihak Belanda, kerajaan Acheh serta Portugis. Perang Tiga Segi ini berlaku kerana semua pihak mempunyai kepentingan yang
tersendiri.

Kerajaan Johor berusaha merebut kembali Melaka dari tangan Portugis untuk mengembalikan semula kegemilangan kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka.

Kerajaan Acheh pula merupakan satu kuasa yang baru wujud selepas kejatuhan Melaka. Kerajaan Acheh berusaha meluaskan
pengaruhnya setelah pelabuhannya muncul sebagai pusat perdagangan yang penting di sekitar Kepulauan Melayu selepas
kejatuhan kerajaan Melaka.

Bagi pihak Portugis pula, mereka mahu mengekalkan pengguasaan mereka terhadap Melaka kerana pelabuhan Selat Melaka
merupakan pusat ekonomi utama yang membekalkan sumber rempah ratus kepada pihak Portugis di sekitar Kepulauan Melayu.

Selain itu, pihak Belanda pula melihat peperangan ini sebagai satu peluang untuk menghapuskan Portugis yang merupakan pesaing
sengit dalam usaha memajukan perdagangan Belanda di Betawi.