Anda di halaman 1dari 30

TAJUK 5: KURIKULUM

PENDIDIKAN JASMANI
DI MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH:
1. ALIYA IRYANI BINTI AMRAN
2. NUR SHAHIRA BINTI ABDULLAH
KURIKULUM PJ SEMASA
Matlamat
Kurikulum Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah bertujuan
membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta
berkemahiran, berpengetahuan, dan mengamalkan nilai murni
melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.
Objektif
1. mengaplikasi konsep pergerakan semasa melakukan kemahiran
asas pergerakan dengan lakuan yang betul;
2. menguasai kemahiran asas permainan mengikut kategori serangan,
jaring, dan memadang dengan lakuan yang betul;
3. mengaplikasi kemahiran asas pergerakan dan komponen
kecergasan semasa melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan;
4. melakukan senaman yang dapat meningkatkan tahap kecergasan
fizikal;
5. mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa
melakukan pergerakan;
6. mengenal pasti aktiviti yang dapat meningkatkan tahap kecergasan
fizikal;
7. memerihal kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala;
8. mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan
semasa melakukan aktiviti fizikal;
9. mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti
fizikal;
10. berinteraksi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal;
11. membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan; dan
12. mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan.
KONSEP, TEORI & FALSAFAH
PEMBENTUKAN KURIKULUM
DEFINISI KURIKULUM
Secara umum kurikulum merangkumi kesemua pengalaman
yang diperoleh oleh pelajar di sekolah
Secara ringkas kurikulum ialah suatu rancangan atau set hasil
pembelajaran
Suatu rancangan yang disusun secara urutan tentang: (Kelly &
Melograno, 2004)
1. Apa yang akan dipelajari oleh pelajar
2. Bagaimana pelajar memperoleh ilmu pengetahuan
3. Bagaimana hasil pembelajaran pelajar ditentusahkan
DEFINISI KURIKULUM
satu pelan/ rancangan/ dokumen bertulis yang mengandungi
strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati (Ornstein,
1993; Hunkins ,1998)
ilmu pengetahuan/ unsur budaya untuk memandu guru
mengajar murid (Mohd Daud, 1995)
satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu
pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur
kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat
untuk diwariskan kepada generasinya
Kurikulum adalah dokumen yang mengandungi rancangan
pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai objektif
psikomotor, kognitif dan afektif bagi satu mata pelajaran
(Pendidikan Jasmani)
Panduan kurikulum (curriculum guide)/ huraian sukatan
pelajaran memberi panduan tentang apa yang perlu diajar dari
satu peringkat/ darjah ke peringkat yang lain bagi sesuatu
mata pelajaran
Konsep Kurikulum
dokumentasi khas dan panduan berhubung dengan matlamat,
objektif, ciri-ciri pelajar, pengalaman pembelajaran, isi
kandungan pelajaran, kaedah, bahan dan cara penilaian
tumpuan kepada kaedah penyampaian yang lebih menarik
program pengajian yang merujuk kepada mata pelajaran yang
diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan
Membentuk/ menyediakan pengalaman pembelajaran yang
terancang
Kurikulum juga mempunyai konsep tersirat
Kurikulum dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan mendefinisikan kurikulum kebangsaan
sebagai
Kurikulum kebangsaan ialah satu program pendidikan termasuk
kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua
pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang murid
dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani dan emosi serta untuk
menanam dan meningkatkan nilai moral yang diingini untuk
mencapai pengetahuan.
(Akta Pendidikan 1996 & Peraturan-peraturan Pendidikan (kurikulumkebangsaan)
1997)
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke
arah lebih memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
Huraian Falsafah Kepecayaan dan kepatuhan
Pendidikan Kebangsaan: kepada Tuhan
Pendidikan suatu usaha yang Rakyat Malaysia yang berilmu
berterusan berpengetahuan,
Perkembangkan potensi berketrampilan, berakhlak
individu secara menyeluruh dan mulia, bertanggungjawap,
bersepadu berkeupayaan mencapai
Insan yang seimbang dan kesejahteraan diri
harmoni dapat memberi sumbangan
Unsur intelek, harmoni, emosi terhadap keharmonian dan
dan jasmani kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Kebangsan &
hubungkait dengan Sukatan PJ
Melahirkan insan yang seimbang dari segi keupayaan
psikomotor, afektif dan kognitif dalam membangunkan modal
insan
Membina unsur kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh mengaplikasikan
kurikulum berpusatkan pelajar
Penggabungjalinan nilai dengan matapelajaran merupakan
komponen utama dalam kurikulum dan Falsafah Pend. Keb.
Matapelajaran Pendidikan Jasmani dapat membina dan
mengaplikasikan teori kurikulum pragmatism pemikiran
kreatif, negatif, positif, analitis, logik, kritikal, emotif, nilai,
sistematik serta intituitif
Pendidikan Jasmani Untuk Semua
Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua pendidikan di
mana otak dan badan berfungsi serentak. Pendidikan
psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap sebagai
pendidikan yang dicapai melalui pendidikan jasmani -Clark W.
Hetherington.

Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih


mengikut jenis dan dijalankan untuk mencapai hasil yang
bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan
menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik
hati, berdikari, peramah, murah hati dan peribadi yang
dinamik J.F Williams.
Teori berkaitan dengan kurikulum :
Terdapat 3 kategori utama dalam merekabentuk kurikulum:-

1. Teori tradisional
Berfokus kepada pendekatan tingkah laku dan ianya dikenali
kurikulum tersurat. Ini kerana objektif pembelajaran kurikulum
ini boleh ditentukan sama ada tercapai atau tidak.
Teori ini mementingkan proses pemindaan pengetahuan
Teori ini menganggap proses pendidikan boleh dikenal pasti,
dijelaskan dan dikawal.
Kurikulum dibina dgn mengambil proses pemecahan tingkah
laku. Pengajar bertindak sebagai penyampai maklumat dan
ditatih dlm melaksanakan kurikulum dgn berkesan.
2. Teori konseptual
Ahli akademik berpendapat ilmu pengetahuan distrukturkan
mengikut konsep utama. Konsep utama diorganisasikan untuk
mendedahkan hubungan penting dan seterusnya
menghasilkan kurikulum tersusun sehingga pelajar dapat
menguasai konsep ilmu pengetahuan dengan mudah.
Memberi fokus kepada analisis situasi semasa dan
mencadangkan pilihan pada kandungan kurikulum.
Teori ini menggunakan kaedah penelitian dalam sains bagi
menghasilkan generalisasi yang membolehkan pendidik
meramal dan mengendalikan apa-apa yang berlaku di sekolah.
3. Teori rekonseptual
Merupakan bidang yang dapat membekalkan pedoman dan
garis panduan ketika membuat keputusan.
Menurut Ornstein dan Hunkins (1988), manusia sering
bertungkus-lumus mencari maklumat dari bukti bertulis
berbanding menggunakan kebijaksanaan sendiri.
Teori rekonseptual menganggap kurikulum sebagai bahan
penting yang membawa kesedaran dan perubahan kepada
masyarakat. Kurikulum bertujuan untuk mewujudkan
golongan pelajar mempunyai kesedaran dan berupaya
mengubah masyarakat.
Teori ini berpendapat pelajar perlu menganalisis kebenaran
dari semasa ke semasa serta mengimbas kembali kepercayaan
dan pendapat yang mempengaruhi kehidupan.
Pendidikan Jasmani Untuk
Semua
Pendidikan Jasmani adalah pendidikan melalui pengalaman
pergerakan
-Delbert Oberteutter.
Pendidikan Untuk Jasmani ialah satu program aktiviti otot
yang giat direka untuk merangsang organisma jasmani supaya
faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti-aktiviti dicapai.
Pendidikan melalui jasmani ialah satu program aktiviti jasmani
di mana pergerakan jasmani direka untuk menghasilkan
pelbagai jenis pengalaman dan pembelajaran sosial,
intelektual, estetika dan kesihatan
MODUL PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI
Modul Kemahiran (75%)

1. gimnastik asas;
2. pergerakan berirama;
3. kemahiran asas permainan yang melibatkan kategori
serangan, jaring, dan memadang;
4. olahraga asas yang melibatkan asas berlari, asas lompatan,
dan asas balingan;
5. akuatik asas;
6. rekreasi dan kesenggangan.
Modul Kecergasan. (25%)

1. konsep kecergasan;
2. komponen kecergasan berdasarkan kesihatan iaitu kapasiti aerobik,
kelenturan, kekuatan otot, daya tahan otot, dan komposisi badan
3. pengukuran kecergasan fizikal.
Kandungan bagi setiap modul disusun mengikut domain
psikomotor, kognitif, dan afektif.
Domain-domain tersebut mewakili lima aspek:

Aspek 1 : Kemahiran Pergerakan (Domain Psikomotor)


murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor
yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang
terdapat di dalam Modul Kemahiran.
Aspek 2: Aplikasi Pengetahuan Dalam Pergerakan (Domain
Kognitif)
murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan konsep, prinsip,
dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta
mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti
fizikal di dalam Modul Kemahiran.

Aspek 3: Kecergasan Meningkatkan Kesihatan (Domain


Psikomotor)
murid berkeupayaan meningkatkan dan mengekalkan tahap
kecergasan untuk kesihatan dan prestasi fizikal melalui Modul
Kecergasan
Aspek 4: Aplikasi Pengetahuan Meningkatkan
Kecergasan (Domain Kognitif)
Melalui Aspek 4, murid dapat mengaplikasi pengetahuan berkaitan
konsep, prinsip, dan strategi meningkatkan kecergasan untuk
kesihatan dan prestasi fizikal melalui Modul Kecergasan.
Aspek 5: Kesukanan (Domain Afektif)
Melalui Aspek 5, murid berkeupayaan mengukuhkan amalan
Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep
sosiologi, dan psikologi, prinsip, dan strategi untuk melakukan
aktiviti fizikal dengan berkesan
yang melibatkan:-
1. pengurusan dan keselamatan,
2. tanggungjawab kendiri,
3. interaksi sosial, dan
4. dinamika kumpulan.
Aspek 1 Kemahiran pergerakan

Modul 1:
Kemahiran
Aspek 2 Aplikasi pengetahuan
dalam pergerakan

Aspek 5 Kesukanan

Aspek 3 Kecergasan meningkatkan


kesihatan
Modul 2:
Kecergasan
Aspek 4 Aplikasi pengetahuan
meningkatkan kecergasan

Aspek 5 Kesukanan
Konsep kesepaduan dari
penggabungjalinan dalam pendidikan
jasmani
kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum, dan bersama ;
bukannya terpisah, terasing, tercerai atauterpencil.
Kesepaduan-keadaan bersepadu, perihal bersepadumenjadi
kesatuan yang utuh (Kamus Dewan Edisi 4,Halaman 1112,Baris 16).
Konsep dalam PnP- Kesepaduan merupakanperjalinan dan
pengadunan unsur-unsur ilmupengetahuan kemahiran , bahasa
serta nilai-nilaidalam semua matapelajaran secara integrasi
danmenyeluruh.
Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengaduan unsur-unsur
ilmu pengetahuan kemahiran bahasaserta nilai nilai
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran PJ.

Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.

Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses


pembelajaran.

Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran


yang terdapat dalam kemahiran Pendidikan Jasmani atau
kemahiran daripada matapelajaran yang lain.
Contohnya :
Guru mengajar pergerakan kreatif dan pada masa yang guru
menggabungkanmuzik. Oleh itu murid dapat mempelajarirentak
atau irama muzik yang sesuai untukdipadankan dengan
pergerakan kreatif.
DOKUMEN KURIKULUM MASA
KINI