Anda di halaman 1dari 3

ISU DAN KONSEP

~ Antara konsep yang diketengahkan dalam SDG yang ke -15 ialah


untuk memulihara dan memulihkan penggunaan ekosistem daratan
seperti hutan, paya, tanah kering dan gunung menjelang tahun 2020.

~ Tindakan dan langkah yang segera harus diambil bagi mengurangkan


kehilangan habitat semulajadi dan juga keseimbangan biodiversiti.

~ Menjelang tahun 2020 juga, isu yang dititikberatkan ialah


pemeliharaan dan pemuliharaan pengguanaan air daratan dari hutan,
paya, gunung, dan tanah kering secara mapan.

~ Hal ini adalah untuk menyimpan bekalan air tawar bagi kehidupan
masa akan datang.
~ Menjelang tahun 2020 juga, SDG menggalakkan pelaksanaan pengurusan
lestari semua jenis hutan dan memulihara hutan dengan lebih praktikal dengan
meningkatkan kadar penanaman semula hutan di peringkat global.

~ Menjelang 2030 pula, konsep SDG adalah untuk membaik pulih tanah yang
terjejas akibat kemarau dan banjir bagi membolehkan ia diguna semula pada
masa hadapan dan untuk mengekalkan kesuburannya.

~ Menjelang 2030 juga, matlamat SDG adalah untuk memastikan


pemuliharaan ekosistem gunung, termasuk biodiversitinya untuk
meningkatkan keupayaan hutan untuk memberikan manfaat yang penting bagi
pembangunan lestari.

~ Pada tahun 2020, matlamat SDG adalah untuk mengambil tindakan segera
untuk mengurangkan kemusnahan habitat semula jadi, menghentikan
kehilangan biodiversiti dan, melindungi serta mengelakkan kepupusan spesies
terancam.
~ Menggerakkan sumber-sumber penting
daripada semua sumber dan pada semua
peringkat untuk membiayai pengurusan hutan
mampan dan menyediakan insentif yang
mencukupi untuk negara-negara membangun
untuk memajukan pengurusan sedemikian,
termasuk untuk pemuliharaan dan penanaman
semula hutan.