Anda di halaman 1dari 46

EDUP2033 : Pedagogi

Topik 7 : Pedagogi Masa Kini


Kerangka Kemahiran Pedagogi
Kerangka Kemahiran Pedagogi
★ Kemahiran Pembelajaran dan Inovasi

➔Keperluan yang dapat membantu murid untuk menghadapi hidup yang


kompleks dan persekitaran kerja yang mencabar dan mendesak.

➔Pembelajaran berfokus kepada kreativiti, pemikiran kritis, komunikasi dan


kerjasama.

➔Murid perlu diajar untuk mengajar diri sendiri (berpusatkan murid).

➔Guru bukan sekadar penyampai ilmu, malah merangsang inovasi dalam


kalangan murid dengan idea-idea kreatif.
➔Kemahiran belajar dan inovatif ialah gabungan

a) Kemahiran kognitif; (berfikir secara kreatif dan kritikal)

b)Tingkah laku kemahiran; (menyelesaikan masalah, menangani risiko)

c) Kemahiran kegunaan; (menulis, membaca, numerasi)

d)Kemahiran teknikal (teknik-teknik penyelidikan, pengurusan projek atau


kejuruteraan)
★ Kesimpulan

➔Kemahiran belajar dan inovasi abad ke-21merangkumi aspek berfikir secara


kreatif (sumbang saran, mencipta idea baru bermanfaat).

➔Guru boleh membimbing murid untuk memperbaiki, menganalisis dan menilai


idea bagi memaksimumkan daya usaha kreatif.

➔Murid berupaya membangun, melaksana dan berkomunikasi mengenai idea


baharu secara berkesan, terbuka dan responsif terhadap perspektif baharu
secara koperatif.

➔Komitmen positif diperlukan dalam kemahiran belajar seperti mempamerkan


ciri ketulenan dan daya cipta dalam bekerja serta memahami had keupayaan
Kemahiran teknologi
maklumat, media dan
komunikasi
A. Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
❖ Mampu merangsang pembelajaran dengan berkesan, serta memberi dimensi
pembelajaran kendiri.

❖ Dapat mencetuskan pemikiran kreatif, inovatif dan positif semasa belajar.

❖ Dapat meningkatkan daya intelek, sahsiah dan hubungan sosial seseorang.

❖ Perolehan ilmu dengan cepat, mudah dan tepat.

❖ Menguatkan keupayaan mereka untuk berfikir, berkomunikasi, bekerjasama


dan mewujudkan situasi masyarakat berilmu dalam abad ke-21 ini.

❖ Meningkatkan kesedaran akan persaingan dan kehendak global.


A.Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi

★ Konsep pembelajaran ini sesuai dan memberi impak yang tinggi.

★ Memudahkan pengguna berkongsi maklumat dalam bentuk audio, video, teks,


frafik dan animasi.

★ Mendesak perubahan dalam pedagogi daripada berpusatkan guru kepada


murid.

★ Sudah pasti persekitaran dan suasana pembelajaran turut berubah daripada


pembelajaran pasif kepada aktif.
B. Literasi Media
➢Pengetahuan mengenai pelbagai media yang berfungsi dalam masyarakat.

➢Bertujuan membantu masyarakat agar mempunyai pengetahuan dan


pemahaman yang cukup tentang isi media, agar dapat mengendalikan
pengaruh media dalam kehidupan.

➢Menghasilkan masyarakat yang ‘well informed’ serta dapat membuat


penilaian terhadap kontent media.
Kemahiran kehidupan dan kerjaya
★ Ilmu dan kemahiran merupakan satu perkara yang penting
dalam kehidupan manusia.

★ Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini


berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu
pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu
sendiri.

★ Sesuatu bangsa yang dapat menguasai ilmu pengetahuan


dan kemahiran terbukti dapat mengurus kehidupan
dengan baik.

★ Untuk menghasilkan modal insan yang seimbang dan


menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
Kemahiran-kemahiran tersebut ialah :

1. Kemahiran ilmu agama


2. Kemahiran pengurusan kewangan
3. Kemahairan temu duga
4. Kemahiran dwi bahasa dan Bahasa Inggeris
5. Kemahiran komunikasi
6. Kemahiran pengurusan masa
7. Kemahiran kerja berpasukan
8. Kemahiran kerjaya
Guru perlu memupuk semangat keupayaan diri murid untuk mempelajari tabiat
positif, misalnya :

➔Mengenal pasti dan menukar pemikiran, persepektif, tabiat,tindakan dan niat


yang menghantar diri anda ke jalan yang salah kepada keperibadian dan
akhlak baik untuk meneruskan kehidupan.

➔Melihat sesuatu perkara dengan positif.

➔Berfikir di luar koak

➔Keluar daripada zon selesa

➔Tahu secara implisit tentang kebenaran diri kita


Kemahiran kehidupan dan kerjaya

KESIMPULANNYA
★ Keperlua kemahiran dalam kehidupan dan kerjaya amat
perlu dalam kurikulum pendidikan pada masa ini, direka
untuk mengajar dan menyedarkan murid mengenali diri
dengan lebih baik serta membantu anda membuatu
pilihan yang lebih bijak.
Ciri-ciri Pedagogi Masa Kini
Kemahiran
Berfikir Aras
Tinggi Pembelajaran
Komunikasi
(KBAT) Berasaskan
&
Kolaboratif Projek

Ciri-ciri Pedagogi
Masa Kini

Kreativiti &
Literasi TMK Inovasi

Pembelajaran
Kontekstual
1. Komunikasi & Kolaborasi

➔Kemahiran komunikasi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan


bahasa-bahasa lain.

➔Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas.

➔Kebolehan membuat pembentangan secara lancar, yakin dan sesuai dengan


tahap pendengar.

➔Kebolehan berunding untuk mencapai persetujuan.

➔Kebolehan berkomunikasi dengan peserta yang berlainan budaya.

➔Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi individu lain.


2. Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

❏ Kebolehan membaca, menulis serta menggunakan TMK sebagai media untuk


berinteraksi.

❏ Memanfaatkan kemajuan teknologi masa ini untuk merangsang dan


membuka minda murid supaya lebih cepat memperoleh hasil pembelajaran.

★ Sifat mobiliti - Telefon pintar

★ Sifat penyambungan(connectivity) - Wi-Fi

★ Sifat rangkaian sosial - Facebook, Twitter…

★ Engin pencarian - Google, Yahoo…


3. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

❖ Melibatkan aplikasi, analisis, penilaian dan mencipta

❖ Membolehkan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik


dan rasional

❖ Meningkatkan kecelikan minda pelajar murid

❖ Guru sebagai pemudah cara yang melaksanakan pelbagai aktiviti


berpusatkan murid

❖ Menggunakan stimulus secara ekstensif untuk menjana kemahiran inferens

❖ Jawapan yang diberikan oleh murid melebihi satu dan pelbagai


4. Pembelajaran Berasaskan Projek

Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai

Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran

Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi

Menggunakan kaedah pengalaman ‘hands-on’

Memberi pemahaman yang lebih tinggi

Dijalankan secara individu atau secara berkumpulan

Berasaskan kemahiran, pengetahuan dan kebolehan murid

Guru sebagai fasilitator


5. Kreativiti & Inovasi

● Peka untuk menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

● Memilih teknik-teknik pengajaran yang serasi dengan kebolehan dan cara


belajar murid

● Berkomunikasi secara efektif dengan murid

● Berfikir di luar kotak

● Meneroka perspektif dengan lebih luas dan menjana pelbagai penyelesaian


masalah

● Contoh: peta pemikiran


6. Pembelajaran Kontekstual

Pendekatan pengajaran yang melibatkan murid secara aktif

Murid akan mencetuskan pengetahuan baru dengan mempelajari dan


mengaitkan pengalaman serta perlakuan seharian
Pembelajaran kontekstual mengambil kira
pelbagai gaya pembelajaran:
Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan
peribadi

Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks


hubungan yang tidak asing kepada murid

Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui belajar dalam


kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang
positif

Pemindahan pembelajaran dari satu situasi yang lain adalah satu kemahiran
Kaedah dan Teknik
Pengajaran Masa Kini
Kaedah dan Teknik Pengajaran Masa Kini
*Flipped Classroom

*Problem-based Learning

*Blended Learning

*Inquiry-based Education

*Project-based Learning
Flipped Classroom: Bilik Darjah
Songsang
Flipped Classroom: Bilik Darjah Songsang
Murid belajar di rumah terlebih dahulu dengan bahan-bahan atas talian
yang dibekalkan oleh guru.

Di sekolah, aktiviti interaksi antara guru dan murid dijalankan, seperti


perbincangan, sumbang saran dan soal jawab.

Aktiviti penilaian seperti kuiz, amali, ujian lisan dan bertulis boleh
dilaksanakan di kelas atau secara atas talian.
Problem Based
Learning(pembelajaran
berasaskan masalah)
Apakah maksud pembelajaran berasaskan
masalah
❖ satu kaedah pembelajaran yang menggunakan
masalah sebenar yang relevan serta bermakna
sebagai fokus dalam proses pembelajaran
❖ satu falsafah bagi suatu kurikulum yang
baharu(Ousey)
Prinsip pembelajaran berasaskan masalah
Menurut Graaff dan Kolmos(2003)

➔ Pendekatan pembelajaran di mana masalah merupakan titik tolak


dalam proses pembelajaran

➔ Pembelajaran berpusatkan murid. Murid hanya diberi panduan untuk


menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru

➔ Guru harus kreatif dalam menghasilkan sesuatu masalah yang


bersesuaian dengan topik yang diajar

➔ Guru hanya bertindak sebagai fasilalitator, pembimbing atau


motivator kepada murid
Faedah pembelajaran berasaskan masalah
★ Memperkembangkan kemampuan murid berfikir secara kritis dan
kreatif

★ Membantu murid berfikir dan mampu menyelesaikan masalah yang


tercetus

★ Murid akan mencari jalan penyelesaian berdasarkan segala


pengetahuan yang mereka ada sekali gus dapat meningkatkan lagi
pengetahuan mereka kerana mereka perlu mencari jawapan melalui
pembacaan dan perkongsian idea melalui rakan-rakan mereka
Langkah-langkah pembelajaran berasaskan masalah

Mengenal pasti masalah

Mencari maklumat rumusan

Membuat hipotesis

Menguji hipotesis

Menilai dan membuat rumusan


Blended Learning (Pembelajaran Adunan)
★ Satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan kaedah pembelajaran
bersemuka dengan aktiviti bermedia komputer.
Blended Learning (Video)

What is Blended Learning

The Basics of Blended Learning


Pembelajaran Adunan Berpusatkan Murid
● Pengajaran guru

○ Sesi interaktif bersemuka

● Pentaksiran berasaskan laman sesawang

○ Hasil maklum balas refleksi

● Pengajaran berbantukan komputer

○ e-Pembelajaran Visual Digital

● Arahan bercetak

○ Bahan pengajian tradisional


Manfaat dan Kelemahan Blended Learning
Manfaat

➔Meningkatkan hasil pembelajaran melalui pendidikan jarak jauh.

➔Mengurangi biaya pembelajaran.

➔Pembelajaran lebih efektif dan efisien.

Kelemahan

➔Kurangnya pengetahuan masyarakat terhadap penggunaan teknologi.


Inquiry-based
Education
Inquiry-based Education
Menekankan pembelajaran melalui perolehan pengalaman murid sendiri

Murid mengemukakan soalan, penyataan masalah atau hipotesis untuk dijadikan


sebagai topik kajian

Murid mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber rujukan diikuti dengan


aktiviti penyusunan dan pengkategorian maklumat.

Murid menganalisis maklumat yang diperoleh dan melakukan perbincangan untuk


menjana idea baharu.

Murid membuat kesimpulan dan membentangkan hasil dapatan.


Project-based Learning
Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek

Melibatkan murid secara hands-on dan minds-on

Tugasan yang dilaksanakan mempunyai unsur


penggabungjalinan dan penyerapan dengan topik yang
diajar.

Murid berpeluang menerokai kehidupan dunia sebenar


Kesimpulan
Pedagogi Abad ke-21 melihat kompetensi diri guru dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran pada masa kini.

Seiring dengan kemajuan sosioekonomi, teknologi dan komunikasi, perolehan


maklumat serta ilmu pengetahuan, pedagogi masa kini tidak hanya di bilik darjah
tetapi melalui ruang siber.

Guru perlu mendukung sistem pendidikan negara untuk melahirkan rakyat


berpersonaliti unggul dan memastikan negara Malaysia tetap relevan di persada
dunia.
Sekian
Terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai