Anda di halaman 1dari 35

Sistem Pentadbiran dan Politik Islam.

 Definisi
 Dasar-dasar pemerintahan.
 Ciri-ciri pemerintahan
 Matlamat pemerintahan.
 Pemerintahan khulafa al-rasyidin dan kepimpinan rasulullah
 Institusi pemerintahan dan pentadbiran dalam pemerintahan Islam
 Syura dan Hisbah
Sistem Pentadbiran dan Politik Islam

 Etimologi: politik (politic) bererti kuasa (power)


suatu bidang ilmu yang berkaitan dengan cara pemerintahan
dan dasar pemerintahan yang menunjukkan watak peribadi atau
perbuatan seseorang yang bijaksana dalam mebuat keputusan
dan tindakan dalam pemerintahan sesebuah negara atau
terhadap negara lain.

Berakar dari kata polis yang bererti negara atau kota yang dapat
membangunkan suatu kemajuan dan ketamadunan
Sistem Pentadbiran dan Politik Islam

 Menurut Plato: istilah politik diguna untuk membincangkan konsep


politik pengurusan masyarakat yang berkaitan dengan
permasalahan dan kaedah-kaedah yang terbaik untuk
mewujudkan sesebuah masyarakat dan negara yang terbaik yang
dilihat dari sudut pemerintahan, undang-undang yang
dilaksanakan, kebijaksanaan pemerintah dan kebajikan kepada
rakyat.
Sistem Pentadbiran dan Politik Islam

 Ringkasnya: politik menurut etimologi ialah segala aktiviti atau


sikap yang berhubungan dengan kekuasaan termasuk kuasa
untuk mempengaruhi, mengubah dan mempertahankannya dalam
bentuk suatu masyarakat.
Sistem Pentadbiran dan Politik Islam

Politik menurut al-Quran

Al-Quran menyebut beberapa istilah pentadbiran dan pemerintahan


seperti Khalifah, Imam, Sultan, malik dan juga wali.

Khalifah:
Perkataan khalifah dalam bentuk tunggal disebut dua kali dalam Al-Quran, Al-
Baqarah ayat 30 dan Shad ayat 26. Adapun dalam bentuk plural:

Khalaif sebanyak empat kali, Al-An'am 165, Yunus 14, 73, dan Fathir 39.

Khulafa' sebanyak tiga kali, Al-A'raf 7:69, 74, dan Al-Naml 27:62.
Sistem Pentadbiran dan Politik Islam

Keseluruhan perkataan tersebut berakar dari kata khulafa' yang pada


mulanya bermaksud "di belakang". Dari sini, perkataan khalifah
seringkali diertikan sebagai "pengganti" (kerana yang menggantikan
selalu berada atau datang di belakang, sesudah yang digantikannya).
Sistem Pentadbiran dan Politik Islam

Imam
Al-Tabrasi, dalam tafsirnya, menyatakan perkataan Imam mempunyai
makna yang sama dengan khalifah. Namun perkataan ini digunakan
untuk keteladanan, kerana ia terambil dari perkataan yang
mengandungi erti "depan" yang berbeza dengan khalifah yang diambil
dari kata "belakang".
Ini bererti bahawa kita dapat memperolehi informasi tentang sifat-sifat
terpuji dari seorang khalifah dengan menelusuri ayat-ayat yang
menggunakan istilah Imam.
Dalam Al-Quran, istilah Imam diulang sebanyak tujuh kali dengan
makna yang berbeza. Namun, kesemuanya merujuk kepada "sesuatu
yang dituju dan atau diteladani"
Sistem Pentadbiran dan Politik Islam

Antara yang disebut di dalam al-Quran;

(a) Pemimpin dalam kebajikan, Al-Baqarah ayat 124 dan Al-Furqan ayat 74.
(b) Kitab amalan manusia, Al-Isra' ayat 71.
(c) Al-Lawh Al-Mafhuzh, Yaasin ayat 12.
(d) Taurat, Hud ayat 17 dan Al-Ahqaf ayat 12.
(e) Jalan yang jelas, Al-Hijr ayat 79.
Sistem Pentadbiran dan Politik Islam

Tugasan:

Dapatkan penggunaan istilah di bawah menurut al-Quran

1. Sultan (37)
2. Malik (73)
3. Wali (88)
Dasar / Prinsip Sistem Pemerintahan Islam

Sarjana Islam telah mengariskan beberapa prinsip umum sistem


pemerintahan Islam bagi menjelaskan kehendak Siyasah Syariyyah itu
sendiri. Antara prinsip yang digariskan adalah;

Al-’Adalah

Al-Musawat Al-Siyadah Al-Syura

Al-Huriyyat
Prinsip Sistem Pemerintahan Islam

1. Al-Siyadah Lillah & al-Hakimiyyah Lillah

Daripada kontrak sosial pertamadalam Islam [Perlembagaan Madinah],


sumber kedaulatan (al-Siyadah) dan (al-Hakimiyyah) adalah milik Allah
swt semata-mata. Khilafah dan kekuasaan pemerintahan dalam Islam
adalah bermatlamatkan Iqamah al-Din wa Siyasat al-Dunia Bih
(menegakkan agama dan mentadbir urusan dunia berlandaskan
ketetapan Syarak). Ini meletakkan kuasa legislatif dan kedaulatan
hukum tertinggi adalah pada Allah swt.
Prinsip Sistem Pemerintahan Islam

Kedaulatan dan hak menggubal perundangan negara dalam kerangka


mentadbir negara demi kemaslahatan rakyat hendaklah tidak
bercanggah dengan ketetapan hukum syarak dan ruh Syariat. Sistem
dan dasar pemerintaha Islam berasaskan kepada konsep
pemerintahan Islam dari zaman Rasulullah saw dan khulafa’ al-
Rasyidin dan proses perkembangannya berkisar pada amalan dan
kerajaan Islam selepasnya. Ini adalah dasar paling asas dalam sistem
politik Islam dengan menjadikan Allah dan RasulNya sebagai
kedaulatan tertinggi.
Prinsip Sistem Pemerintahan Islam

Firman Allah swt;

‫ٱَّلل‬
َ‫ص ه‬ ِ ۡ‫سولُهُ ۥۤ أَمۡ ًرا أَن َي ُكونَ لَ ُه ُم ۡٱل ِخ َي َرة ُ ِم ۡن أَمۡ ِر ِه ۡۗۡم َو َمن َيع‬ ُ ‫ٱَّللُ َو َر‬
‫ضى ه‬ َ َ‫َو َما َكانَ ِل ُم ۡؤ ِم ٍ۬ ٍن َو ََل ُم ۡؤ ِمنَ ٍة ِإ َذا ق‬
‫ضلَ ٰـ ٍ۬لً ُّم ِبي ٍ۬نًا‬ َ ‫سولَهُ ۥ فَقَ ۡد‬
َ ‫ض هل‬ ُ ‫َو َر‬
Dan tidaklah harus bagi orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila
Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara
(tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai
urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan
RasulNya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas
nyata. [QS 33:36]
Prinsip Sistem Pemerintahan Islam

Berdasarkan ayat tersebut, al-Maududi menyatakan bahawa para


sarjana Islam telah meletakkan bahawa hukum Allah dan RasulNya
adalah undang-undang tertinggi bagi seorang mukmin. Justeru adalah
sesuat yang tidak wajar bagi orang yang beriman itu berpaling dari
peraturan penciptanya. Begitu jua Imam al-Razi berpandangan bahawa
tidak harus bagi orang beriman berpaling dari hukum Allah dan
RasulNya dan tidak melaksanakan segala ketetapan yang telah
disyarakkan secara qat’i.
Prinsip Sistem Pemerintahan Islam

Walaupun ayat ini diturunkan khusus kepada Rasulullah saw untuk


berhukum dengan ketetapan Allah swt, namun ulamak tafsir
menjelaskan bahawa ianya meliputi seluruh umat Islam. Lantas
jelaslah kekudukan dan kekuasaan Allah iaitu al-Siyadah Lillah dan al-
Hakimiyyah Lillah.
Prinsip Sistem Pemerintahan Islam

2. al-Adalah (Keadilan)

Keadilan secara hakiki merupakan konsep yang relatif dan tidak tetap
berpandukan kepada sesuatu masyarakat, negara dan agama. Neraca
keadilan Islam adalah berbentuk keadilan sejagat dan bersifat mutlak.
Ianya menjadi sumber dan matlamat utama siyasah syariyyah. Ibn
Taimiyyah berpandangan keadilan bukan sekadar syarat asas bagi
pemerintahan Islam bahkan ianya merupakan asas kepada semua
pemerintahan.
Prinsip Sistem Pemerintahan Islam

Islam menuntut keadilan diberikan kepada semua manusia [Muslim


dan non Muslim] hinga kepada musuh ketika dalam peperangan.
Keadilan perlu diberikan tanpa mengira agama, bangsa,keturunan
mahupun kedudukan dalam masyarakat.
Firman Allah swt:[QS5:8]

ۡ ْ‫علَ ٰ ٰٓى أَ هَل تَعۡ ِدلُو ۚا‬


‫ٱع ِدلُواْ ُه َو‬ َ ‫ان قَ ۡو ٍم‬ َ ‫ط َو ََل َي ۡج ِر َمنهڪ ُۡم‬
ُ َٔ‫شنَـ‬ ۖ ِ ‫ش َہ َدآٰ َء ِب ۡٱل ِق ۡس‬
ُ ‫َّلل‬ ِ ‫َي ٰـٰٓأَيُّ َہا ٱلهذِينَ َءا َمنُواْ ُكونُواْ قَ هو ِٲمينَ ِ ه‬
ُ ُۢ ‫ٱَّلل َخ ِب‬
َ‫ير ِب َما تَعۡ َملُون‬ َۚ ‫ى َوٱتهقُواْ ه‬
َ ‫ٱَّلل ِإ هن ه‬ ۖ ٰ ‫ب ِللت ه ۡق َو‬ ُ ‫أَ ۡق َر‬
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang
yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan
sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak
melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil
itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Prinsip Sistem Pemerintahan Islam

Syed Qutb menjelaskan bahawa ayat ini menjadi bukti ketinggian


akhlak Islam dalam memberikan keadilan kepada semua manusia
tanpa membezakan antara sahabat dan musuh. Di samping al-Quran
menyuruh melakukan keadilan, ia juga melarang melakukan
penindasan dan kezaliman.

Dalam Hadis Qudsi, Allah swt berfirman; ‘wahai hamba-hambaku,


sesungguhnya Aku telah haramkan kezaliman itu berlaku kepada
diriku, dan aku jadikan ia haram di kalangan kamu, maka janganlah
kamu melakukan kezaliman sesama kamu’.
Prinsip Sistem Pemerintahan Islam

3. al-Syura (Permesyuaratan)

Ianya merupakan antara prinsip yang penting dalam sistempolitik dan


pemerintahan Islam. Perkataan al-Syura berasal dari kata tasyawara –
tasyawur (permesyuaratan). Perkataan syura ini disebut di dalam al-
Quran sebanyak tiga kali.
Firman Allah swt;[QS42:38]

َ‫ور ٰى َب ۡينَ ُہ ۡم َو ِم هما َرََ ۡقنَ ٰـ ُه ۡم يُن ِِقُون‬


َ ‫ش‬ُ ‫صلَ ٰوة َ َوأ َ ۡم ُر ُه ۡم‬
‫ٱست َ َجابُواْ ِل َر ِب ِہ ۡم َوأَقَا ُمواْ ٱل ه‬
ۡ َ‫َوٱلهذِين‬
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut
perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka
dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya
Prinsip Sistem Pemerintahan Islam

3. al-Syura (Permesyuaratan)

Kepentingan Syura bukan sahaja dinyatakan di dalam al-Quran bahkan


ianya merupakan suatu sunnah fi’liyyah yang diamalkan oleh
Rasulullah saw dan para sahabat sama ada dalam urusan
pemerintahan negara mahupun kehidupan seharian. Seperti pemilihan
tempat perkhemahan semasa di Uhud dan ketetapan untuk berada di
dalam atau luar Madinah semasa menghadapi peperangan Khandak.
Prinsip Sistem Pemerintahan Islam

4. al-Huriyyah (Kebebasan)

Islam memberi hak kebebasan kepada semua manusia dalam negara


Islam merangkumi hak individu dan juga masyarakat. Al-Khayyat
menyatakan ianya adalah antara prinsip utama dalam sesebuah
pemerintahan.

Sarjana perundangan perlembagaan moden membahagikan


kebebasan ini kepada beberapa seperti; kebebasan untuk berfikir dan
mempercayai, hak untuk mendapatkan pendidikan dan harta benda,
serta kebebasan peribadi.
Prinsip Sistem Pemerintahan Islam

Dr. Abd Qader Audah membahagikan al-Huriyyah kepada kebebasan


berfikir, kebebasan beragama dan kebebasan bercakap. Ringkasnya,
Islam memberikan ruang yang cukup luas kepada ummah dan
warganegara sesebuah negara bagi mengeluarkan pendapat serta
pandangannya berkaitan pemerintahan negara.
Firman Allah swt;

‫ير ِم هم ۡن َخلَ ۡقنَا‬ َ ‫ت َوفَض ۡهلنَ ٰـ ُه ۡم‬


َ ‫علَ ٰى‬
ٍ ٍ۬ ‫ڪ ِث‬ ‫َولَقَ ۡد َك هرمۡ نَا َب ِن ٰٓى َءا َد َم َو َح َم ۡلنَ ٰـ ُه ۡم ِفى ۡٱل َب ِر َو ۡٱل َب ۡح ِر َو َرََ ۡقنَ ٰـ ُهم ِمنَ ه‬
ِ ‫ٱلط ِي َب ٰـ‬
ً‫ضي ٍ۬ل‬ ِ ِۡ َ‫ت‬
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka
menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan
rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan
mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami
ciptakan
Prinsip Sistem Pemerintahan Islam

5. al-Musawat (Persamaan)

Ianya membawa maksud adil dan saksama. Persamaan ini ertinya


memberi hak yang samarata kepada kedua belah pihak. Prinsip ini
mula dilaksanakan pada zaman moden berikutan pengisytiharan
Perancis tentang hak-hak asasi manusia pada tahun 1789.ia dianggap
sebagai pengisytiharan hak yang paling masyhur akibat penerimaan
prinsip ini dalam kebanyakkan perlembagaan dunia.

Prinsip ini menjadi pra syarat bagi keadilan yang mana tidak akan
sempurna bagi sesebuah pemerintahan Islam sekiranya kerajaan
tersebut tidak melaksanakan konsep persamaan di kalangan rakyat.
Prinsip Sistem Pemerintahan Islam

Menurut Sheikh Jad al-Haq, prinsip persamaan bermaksud, individu


yang terdapat dalam sesebuah masyarakat adalah sama dari segi hak,
kebebasan tanggungjawab dan tugas-tugas awam yang akan dinikmati
oleh semua orang tanpa diskriminasi terhadap bangsa, asal, bahasa
atau kepercayaan.

Ia adalah suatu persamaan di sisi undang-undang bagi individu dalam


keadaan yang serupa tertakluk kepada peraturan-peraturan serupa
yang hak kebebasan tanpa mengenal batasan ras ataupun warna kulit.
Prinsip Sistem Pemerintahan Islam

Firman Allah swt; [QS 49:13]

‫ٱَّلل أَ ۡتقَ ٰٮ ُك ۡ ۚم ِإ هن‬ َ ‫شعُو ٍ۬بًا َوقَ َبا ٰٓ ِٕٮ َل ِلتَ َع‬
ۡ َ‫ارفُ ٰٓو ۚاْ ِإ هن أ‬
ِ ‫ڪ َر َم ُك ۡم ِعن َد ه‬ ُ ‫اس ِإنها َخلَ ۡقنَ ٰـ ُكم ِمن َذ َك ٍ۬ ٍر َوأُنثَ ٰى َو َج َع ۡلنَ ٰـ ُك ۡم‬
ُ ‫َي ٰـٰٓأَيُّ َہا ٱلنه‬
ٌ ٍ۬ ‫ع ِلي ٌم َخ ِب‬
‫ير‬ َ ‫ٱَّلل‬
َ‫ه‬
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara
satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
Prinsip Sistem Pemerintahan Islam
Prinsip Sistem Pemerintahan Islam
Prinsip Sistem Pemerintahan Islam
Kepentingan Syura
Kepentingan Syura
Prinsip Syura
Prinsip Hisbah
Prinsip Hisbah
Fungsi Muhtasib
Tugasan:

1. Senaraikan jenis-jenis percukaian dalam negara Islam.

2. Berikan pengertian dan contoh bagi istilah berikut:


 Mua’win Tanfiz
 Mua’win Tafwidh
 Wali
 Ahl al-Hal Wal-Aqd
 Qadhi

Anda mungkin juga menyukai