Kontekstual Latest (New) 6
Kontekstual Latest (New) 6
MATLAMAT
Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami, menguasai dan
menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.
OBJEKTIF
Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya :
1
APAKAH PEMBELAJARAN
SECARA KONTEKSTUAL?
2
PENGENALAN
3
• Mereka tidak boleh didorong untuk
belajar
• Mereka tiada kemampuan untuk
menguasai mata pelajaran akademik
4
The Average Child
I don’t cause teachers trouble,
my grades have been OK.
I listen in my classes
and I’m in school everyday.
My teachers think I’m average,
my parents think so too.
I wish I didn’t know that
‘cause there’s lots I’d like to do.
I’d like to build a rocket, I have
a book that tells you how,
or start a stamp collection-well
there’s no use in trying now.
‘Cause since I found I’m average
I’m just smart enough you see,
to know there is nothing special
that I should expect of me.
I’m part of the majority,
that hump part of the bell,
who spends their life unnoticed
in an average kind of hell.
5
Kegagalan membantu murid mencari hubung kait
Apakah kelemahan
• Antara maklumat baru dengan pengajaran dan
pengalaman sedia ada pembelajaran hari ini ?
• Antara sekolah dengan dunia luar
• Antara satu mata pelajaran dengan
mata pelajaran lain
• Antara pengetahuan lepas dengan
cabaran kini, dan cabaran kini dengan
tanggungjawab masa depan
6
APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti
hands-on dan minds-on.
Alam Pekerjaan
7
TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
Pengetahuan baru
8
Budaya
Konteks yang
Pelbagai
Fizikal Sosial
Psikologi
9
Bilik Darjah
Kepelbagaian
Persekitaran Makmal
Pembelajaran
Tempat Kerja
Kehidupan Harian
11
PENDEKATAN KONTEKSTUAL MERENTAS PELBAGAI
DISIPLIN ILMU
Matematik Sains
Komunikasi
A curriculum and teaching methodology tied to the child’s experiences and interests …
John Dewey
The mind seeks meaning through searching for relationships that make sense dan fit with
past experiences.
Renate Numella Caine and
Geoffrey Caine
Learning tasks that are situated in some meaningful real-world task, or are stimulated
through some case-based or problem-based learning environment …
Jonassen
Suasana pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam
konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi …
D.A. Kolb
13
Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya
akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau
pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka.
Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks
dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan
dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual
menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran
pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja
atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik
memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks
sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil
pembelajaran yang dihasratkan.
14
MENGAPA
KONTEKSTUAL?
15
MENGAPAKAH PENDEKATAN KONTEKSTUAL PERLU
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN?
• Individu mengekalkan
maklumat dengan lebih
berkesan melalui pengalaman
sendiri.
16
APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES
PEMBELAJARAN?
17
CIRI-CIRI KEJAYAAN DALAM PEMBELAJARAN
Kita kekalkan :
18
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan
pelbagai.
+
Verbal-Linguistik
Logik-Matematik
Muzik
Visual-ruang Naturalis
Intrapersonal Interpersonal
Kinestetik
Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan kombinasi
kecerdasan berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumat tentang
apa yang perlu dipelajari tetapi lebih penting lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru, pendekatan
Pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebih berkesan.
19
PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL MENGAMBIL KIRA
PELBAGAI GAYA PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL
20
Pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan
dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke
arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan
prestasi murid.
21
FAEDAH
PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL
22
Murid
Faedah
Guru
Pembelajaran
Kontekstual
Kepada :
Industri
23
MURID
• Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan
pekerjaan atau kehidupan
• Dapat mengaitkan kandungan mata
pelajaran dengan pengalaman harian
• Boleh memindahkan kemahiran
• Boleh meneroka dan mendapatkan
bukti
• Boleh menguasai perkara abstrak
melalui pengalaman konkrit
• Dapat belajar secara kerjasama
24
GURU
• Dapat menjadikan pengajaran
sebagai satu pengalaman yang
berjaya.
25
INDUSTRI
• Menerima tenaga kerja
yang berpotensi untuk
dilatih atau dilatih semula
secara berkesan mengikut
keperluan
• Menggerakkan industri ke
dalam pendidikan sebagai
rakan kongsi
26
Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan
diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori
dan amalan. Pembelajaran secara Kontekstual juga membina
pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Sekolah dapat memainkan peranan sebagai
penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan
dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri.
Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga
kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan
negara di peringkat dunia.
27
BENTUK
PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL
28
APAKAH BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada
bentuk pembelajaran yang berikut :
Relating Belajar dalam konteks
R (Menghubung kait) menghubungkaitkan pengetahuan
baru dengan pengalaman hidup
E (Mengalami) penerokaan,
penemuan dan reka cipta
29
Relating (Menghubung kait)
Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di
sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan
kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid
dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh
ibu bapa mereka semasa membersihkan
kawasan tempat tinggal mereka setiap hari.
Experiencing (Mengalami)
Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan
demontrasi serta membuat latihan amali
menyambungkan wayar kepada plug 3 pin.
Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila
berlakunya situasi wayar plug 3 pin sterika tertanggal.
30
Applying (Mengaplikasi)
Cooperating (Bekerjasama)
Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk
menyelesaikan masalah pencemaran alam menerusi
satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang
dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-
masing . Hasil yang diperolehi adalah lebih baik
disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara
bekerjasama.
Transfering (Memindahkan)
Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut
tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras.
Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi
3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam
aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan. 31
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif
pembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai bentuk.
Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait,
mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan.
Setiap bentuk yang dibincangkan harus mengaitkan
pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Murid
yang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual
berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan
mengaplikasikannya kepada situasi lain.
32
BAGAIMANA
MELAKSANAKANNYA?
33
BAGAIMANAKAH MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti memenuhi keperluan strategi
yang berikut:
MOTIVASI
Pengenalan PEMAHAMAN
Isu perbincangan Penerangan
Alat bantu konsep dan
KEMAHIRAN
mengajar perbincangan
kelas Aktiviti Hands-
Bacaan dan On
PENILAIAN
melakukan Penyelesaian Ingat kembali
Contoh kajian masalah fakta utama
Penilaian
kemajuan
34
MOTIVASI
Memperdengarkan
Sejarah Darurat rakaman bunyi tembak
menembak berserta jeritan
35
PEMAHAMAN
36
KEMAHIRAN
37
PENILAIAN
38
Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran
perlu melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta
imbasan kembali dan penilaian. Kebolehan melakukan
(hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas
pendekatan kontekstual. Paduan kedua-duanya akan
mendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikan
pembelajaran suatu aktiviti bermakna kepada mereka.
39
APAKAH PERBEZAAN ANTARA
PEMBELAJARAN
KONSTEKSTUAL DENGAN
PEMBELAJARAN
TRADISIONAL?
40
APAKAH PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN
KONTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL?
41
39
Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara
pembelajaran secara kontekstual dengan pembelajaran
secara tradisional. Pembelajaran secara kontekstual
memberi penumpuan kepada murid. Objektif pembelajaran
dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan berbanding
dengan kaedah tradisional.
40
42
PERKARA YANG PERLU
DIPERTIMBANGKAN BAGI
MELAKSANAKAN
PEMBELAJARAN SECARA
KONTEKSTUAL DENGAN
BERKESAN
43
Sokongan
Pengajaran Sokongan
Pembelajaran Pentadbir
Guru Masyarakat
Murid Sekolah
44
PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN
Komunikasi
Pengajaran Guru
Sokongan Pentadbir
Sekolah
Sokongan
Masyarakat
45
Guru Murid
KOMUNIKASI
46
• Pembelajaran kontekstual yang
berjaya memerlukan komunikasi
Komunikasi berterusan di kalangan murid,
Antara : guru, ibu bapa dan masyarakat.
47
Teks dan Kurikulum
Bahan
Sokongan
PENGAJARAN
GURU
Suasana
Bilik Darjah
Penilaian
Persekitaran Luar
Sekolah
48
• Disiplin tradisional diubah suai dalam konteks yang bermakna.
• Strategi pengajaran baru perlu diwujudkan memandangkan peranan
Kurikulum guru hanya sebagai fasilitator.
• Kandungan kurikulum yang sesuai untuk pembelajaran kontekstual
dikenal pasti terlebih dahulu.
• Bukan semua kandungan kurikulum boleh disampaikan
dengan kaedah pembelajaran kontekstual.
• Maklumat tentang hubung kait kurikulum dengan individu,
masyarakat dan khususnya alam pekerjaan perlu disediakan.
• Teks dan bahan sokongan yang pelbagai perlu disediakan. Teks & Bahan
Sokongan
Suasana Bilik • Bilik darjah diubah suai supaya murid boleh menjalankan
aktiviti ‘ hands-on’ secara berkumpulan.
Darjah • Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
• Suasana pembelajaran koperatif di kalangan murid digalakkan.
• Guru mengambil kira persekitaran luar sekolah. Misalnya bagi sekolah luar
bandar, guru akan menggunakan konteks yang ada di persekitarannya.
Persekitaran
Luar Sekolah
Penilaian • Cara penilaian yang pelbagai dan adil perlu dirangka untuk
membantu murid menguasai pembelajaran.
49
Infrastruktur Perkembangan
Staf
SOKONGAN
PENTADBIRAN
SEKOLAH
Masa
Kepimpinan
Kewangan
50
• Guru perlu diberi latihan atau kursus untuk mempelajari
teori dan kaedah pembelajaran kontekstual dan
Perkembangan
mempraktikkannya dalam bilik darjah. Staf
• Guru perlu peka tentang persekitaran tempat kerja bagi membantu proses
pengajaran dan pembelajaran.
Kewangan
• Peruntukan kewangan yang mencukupi mesti disediakan.
51
Sokongan Teknikal
Dan Kewangan
SOKONGAN
MASYARAKAT
Penyediaan Situasi
Tempat Kerja Sebenar
52
• Hubungan rapat antara
Kementerian Pendidikan dengan
SOKONGAN industri adalah penting untuk
MASYARAKAT mendapatkan sokongan teknikal,
kewangan dan memberi pendedahan
kemahiran kepada murid tentang
alam pekerjaan.
53
Pembelajaran kontekstual yang efektif memerlukan gabung
jalin atau interaksi di antara kurikulum, kaedah pengajaran,
situasi dan masa. Penglibatan masyarakat dan industri
dalam merancang strategi untuk menjayakan wawasan
bersama dengan pihak sekolah sangat penting. Oleh itu
sekolah, industri dan masyarakat perlu bersedia menerima
perubahan dalam menjayakan pengajaran dan
pembelajaran secara kontekstual.
54
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA
KONTEKSTUAL
“ I knew Applied Math wouldn’t be easy for me. Math never is. I’m learning
how to comprehend problems and think through instead of just doing the
mechanics of math. I like being able to have a group or partner.”
(Komen seorang murid selepas satu semester kelas Matematik Gunaan
secara kontekstual di Portage High School, Amerika Syarikat).
55
SENARAI SEMAK PENGAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
1. Adakah konsep baru dinyatakan dalam situasi kehidupan sebenar dan pengalaman yang biasa
dialami oleh murid?
2. Adakah konsep dalam contoh dan latihan murid dinyatakan dalam konteks kegunaannya?
3. Adakah konsep baru dinyatakan dalam konteks pengetahuan yang sedia ada pada murid?
4. Adakah contoh dan latihan murid mengandungi banyak penyelesaian masalah pada situasi
sebenar dan sudahkah mereka mengenal pasti kepentingannya pada masa kini dan akan
datang?
5. Adakah contoh dan latihan murid menanamkan sikap ‘saya perlu belajar konsep ini’?
6. Adakah murid mengumpul dan menganalisis data mereka sendiri semasa dibimbing
menjalankan penyiasatan tentang konsep yang penting?
7. Adakah peluang diberikan kepada murid untuk mengumpul dan menganalisis data untuk tujuan
pengayaan?
8. Adakah pembelajaran dan aktiviti menggalakkan murid mengaplikasikan konsep dan
pengetahuan dalam konteks masa depan murid dan situasi yang pelbagai?
9. Adakah murid sentiasa mengambil bahagian dalam interaksi kumpulan di mana perkongsian,
komunikasi dan respons kepada konsep penting dan membuat keputusan berlaku?
10. Adakah pembelajaran, latihan dan aktiviti meningkatkan pembacaan dan kemahiran komunikasi
di samping meningkatkan kemahiran saintifik dan logik matematik?
56
PENILAIAN
57
RUJUKAN
Brooks, J.G., & Brooks, M.G., (1993). In search of understanding: The case for constructivist classrooms. Alexandria,
VA:ASCD.
Caine, Renate Numella and Geoffrey Caine, (1991). Making Connections : Teaching and the Human Brain.
Alexandria : Association for Supervision and Curriculum Development.
CORD , (1998). CORD Algebra 1: Mathematics In Context. Waco : Center of Occupational Research and
Development.
CORD , (1999). The ABCs of Tech Prep : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research
and Development.
CORD , (1999). Teaching Mathematics Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational
Research and Development.
CORD , (1999). Teaching Science Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational
Research and Development.
Davidson, N. (Ed)., (1990). Cooperative learning in mathematic: A handbook for teachers. Menlo Park, CA:
Innovative Learning, Addison – Wesley.
Gardner, Howard, (1983). Frames of Mind : The theory of Multiple Intelligences. New York : Basic Books.
Hull, Dan and Dale Parnell, (1991). Tech Prep/ Associate Degree : A Win/Win Experience. Waco : Center of
Occupational Research and Development.
Hull, Dan, (1993). Opening Minds Opening Doors : Rebirth of American Education. Waco: Center of Occupational
Research and Development.
Hull, Dan, (1995). Who Are You Calling Stupid? Waco : Center of Occupational Research and Development.
Kolb, David A., (1984). Experiential Learning : Experience as a source of Learning and Development. New Jersey :
Prentice Hall.
Parnell, Dale, (1994). Logo Learning : In Search for Meaning in Education. Waco: Center of Occupational Research
and Development.
http://www.google.yahoo.com/bin/query?p=contextual/+learning&hc=O&hs=O
http//www.cord.org
http://ateec.eiccd.cc.ia.us/2000/themes/ctlinfo.html
58
59
CONTOH
AKTIVITI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
CONTOH 1
Tingkatan : Dua
OBJEKTIF
Selepas menjalankan aktiviti ini, murid akan dapat menggunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu.
PERALATAN
60
Kad Manila
1 x
Jubin-unit Jubin-x
PENYATAAN MASALAH
Anda akan menggunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu.
61
LANGKAH
(a) Wakilkan persamaan 3 x – 2 = 7 dengan meletakkan jubin pada kad manila seperti yang berikut:
1 1 1 1 +
x +
1 1 1
x
x
=
1 1
3x–2 7
(b) Tambahkan dua jubin-unit pada kawasan positif di kedua-dua kad manila.
1 1 1 1 +
x +
1 1 1
x
x 1 1 1 1
=
1 1
3x–2+2 7+2
62
(c) Pada kad manila di sebelah kiri, keluarkan 2 jubin-unit pada kawasan positif dan 2 jubin-unit pada kawasan negatif.
1 1 1 1
x + +
1 1 1
x
1 1 1 1
x
=
1 1
3x–2+2 7+2
63
62
(d) Agihkan jubin-unit di sebelah kanan secara saksama mengikut bilangan jubin-x yang terdapat di sebelah kiri.
x + 1 1 1 +
x 1 1 1
x 1 1 1
3x 9
Adakah ini menunjukkan bahawa 3 (iaitu x = 3) ialah penyelesaian bagi persamaan 3 x – 2 = 7? Semak jawapan anda.
AKTIVITI PENGUKUHAN
Gunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan 5 x + 3 = 2 x – 3. Catatkan setiap langkah dengan melukis rajah.
Nyatakan penyelesaian bagi persamaan 5 x + 3 = 2 x – 3.
64
CONTOH 2
OBJEKTIF
3. Mengklasifikasikan alat muzik tradisional dengan tepat mengikut Membranofon, Kordofon, Idiofon dan Erofon
65
MOTIVASI
PEMAHAMAN
1. Guru menyuruh murid memberi tumpuan kepada jenis alat muzik yang digunakan oleh kumpulan muzik Dondang Sayang.
2. Guru mengadakan sesi perbincangan dengan murid tentang jenis alat muzik yang digunakan sama ada alat muzik tersebut bertali,
berkulit, alat tiupan atau alat muzik yang diketuk.
3. Guru memberi penerangan kepada murid tentang klasifikasi alat muzik tradisional.
66
APLIKASI
1. Guru membawa murid ke Istana Budaya Negara untuk menyaksikan persembahan Ghazal secara langsung.
2. Murid diberikan sehelai kertas. Semasa menonton persembahan, murid dikehendaki menyenaraikan bilangan alat muzik mengikut
klasifikasi Membranofon, Idiofon , Kordofon dan Erofon.
3. Murid dibawa ke dalam bilik simpanan alat-alat muzik tradisional. Di sini mereka dikehendaki memegang, mengamati dan cuba
membunyikan alat muzik yang dipilih.
4. Murid dikehendaki menyenaraikan sepuluh jenis alat muzik, dapatkan namanya daripada pembantu yang bertugas dan
mengklasifikasikan alat-alat muzik tersebut.
5. Murid kemudian menonton persembahan kumpulan Keroncong. Sambil menonton, murid dikehendaki menyenaraikan nama alat-alat
muzik yang digunakan dalam kumpulan Keroncong itu dan mengklasifikasikannya.
6. Guru mengaitkan pelajaran dan pengalaman yang telah dilalui oleh murid dengan kerjaya yang boleh diceburi.
Contoh kerjaya :
67
IMBAS KEMBALI
3. Apakah klasifikasi alat yang tidak digunakan dalam kumpulan, Ghazal, Dondang Sayang dan Keroncong?
68
CONTOH 3
OBJEKTIF
Hukum Mendel I
Kacukan Monohibrid dan pewarisan monohibrid
69
AKTIVITI
Langkah :
3. Setiap ahli pasangan memilih kesudahan lambungan siling secara tetap (iaitu sama ada kepala atau bunga).
4. Setiap pasangan memilih sifat yang hendak dilakar pada rajah wajah kosong yang disediakan.
70
6. Jika kesudahan lambungan siling memihak kepada murid perempuan, murid lelaki akan melakarkan sifat wajah murid perempuan
yang telah dipilih tadi pada rajah wajah kosong. Begitu juga sebaliknya.
7. Ulang langkah 4 hingga 6 sehingga semua sifat wajah yang disenaraikan telah dilakarkan.
KEPUTUSAN
Wajah yang terhasil daripada aktiviti di atas merupakan satu daripada hasil yang mungkin dalam proses kacukan monohibrid.
RUMUSAN
AKTIVITI PENGUKUHAN
Murid dibahagikan kepada kumpulan. Salah seorang ahli daripada setiap kumpulan diminta menyediakan gambarnya, ibu bapanya
dan datuk dan neneknya (daripada sebelah ibu dan bapanya).
Ahli setiap kumpulan akan menganalisis gambar-gambar itu dan menerangkan kepada kelas daripada siapakah rakan mereka
71
mewarisi sifat-sifat wajahnya.
NOTA :
Aktiviti di atas mengukuhkan pengetahuan sedia ada bagi unit ini dan boleh dijadikan motivasi kepada unit pelajaran yang berikutnya
iaitu Hukum Mendel II dan kacukan dihibrid.
71
72
73
Panel Penulis
Penasihat
Pengerusi
Ahli Panel
74