Anda di halaman 1dari 48

BUDAYA DAN

PEMBELAJARAN /
EDUP3073

KONSEP BUDAYA DAN


KEPENTINGAN
MEMAHAMI
KONSEP BUDAYA
SUB TOPIK

 PENGERTIAN DAN KONSEP BUDAYA


 KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA
 DEMOGRAFI KAUM DAN ETNIK DI
MALAYSIA
 KEPENTINGAN MEMAHAMI KONSEP
BUDAYA KEPADA GURU
A.PENGE RTIAN DAN KONSE P BUDAYA

DEFINISI
 Dari segi bahasa budaya berasal dari bahasa Sanskrit
buddhayah (kata dasarnya budhi yg bermaksud budi
atau akal).
-Budaya dalam bahasa Inggeris disebut culture
yang berasal dari bahasa Latin , colere yg
bermaksud mengolah / mengerjakan.

 Mengikut Kamus Dewan, budaya diertikan sbg


a.tamadun, peradaban
b.Kemajuan fikiran dan akal budi (cara
berfikir, berkelakuan)
sambungan

 Dalam hal ini budaya dikaitkan dengan


kebolehan seseorang individu
menggunakan kekuatan, tenaga dan akal
fikiran ke arah meningkatkan akal fikiran
bagi menangani sesuatu permasalahan
dan seterusnya menyelesaikannya.

 Ia merupakan keseluruhan cara hidup


manusia yang merangkumi cara bertindak,
berkelakuan dan berfikir.
 Menurut Koentjaraningrat (2002) budaya mengandungi
7 unsur utama :

i. Agama dan upacara keagamaan


ii. Sistem dan organisasi kemasyarakatan
iii. Sistem pengetahuan
iv. Bahasa
v. Kesenian
vi. Sistem ekonomi
vii. Sistem teknologi dan peralatan.
 A.Aziz Deraman (1994) mengatakan bahawa sifat
budaya adalah universal tetap dari segi
paradoksnya.
 Walaupun begitu terdapat perbezaan antara satu
masyarakat dengan masyarakat yang lain.
 Ciri-ciri penting budaya dalam sesuatu kelompok:
a. budaya perlu dipelajari
b. dikongsi
c. bersifat sejagat
d. boleh diwarisi
e. berubah-ubah
f. Mempunyai unsur simbolik
g. Adanya pandangan semesta
Pola Budaya

 a.wajib- tiada pilihan lain untuk melakukannya dan


perlu patuh pada pola sedia ada
 b.preferred- memilih pilihan yang lebih digemari
daripada pelbagai pilihan yang ada
 c.tipikal- kerap melakukan satu cara daripada
pelbagai pilihan walaupun tidak digemari
 d.alternatif- ada beberapa cara untuk melakukannya
walaupun tiada suatu cara yang digemari
 e.terhad- cara melakukan sesuatu itu dibenarkan
untuk orang tertentu sahaja.
Kebudayaan

Kebudayaan pula merupakan sesuatu yang


diwarisi secara turun temurun dari satu
generasi kepada generasi yang lain.

Dari segi antropologi kebudayaan merupakan


keseluruhan yang kompleks di mana
didalamnya terkandung pengetahuan,
kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat
istiadat dan kemampuan lain yang didapati
sebagai seorang anggota masyarakat.
Pembentukan kebudayaan baru bertujuan untuk :
a. membina imej negara bagi menghasilkan
keperibadian
b. menyemai kesedaran nasional dan
kenegaraan berdasarkan ciri-ciri seperti
kerohanian, kemanusiaan

 Kebudayaan meliputi hasil kehidupan sebuah


masyarakat yang bersifat kebendaan atau bukan
kebendaan.
Aspek yang penting dalam sesuatu kebudayaan
ialah perubahan kerana ia bertujuan mencapai
satu pembentukan kebudayaan baru yang boleh
diterima oleh komuniti setempat.
PANDANGAN TOKOH-TOKOH MENGENAI BUDAYA

1.Nik Safiah Hj. Abd. Karim :


Budaya adalah tenaga fikiran,usaha rohani
atau kuasa menggerakkan jiwa yang
membolehkan perlaksanaan sesuatu kerja.
2.Budaya juga ditakrifkan sebagai satu cara
hidup yang diamalkan oleh kumpulan
tertentu yang merangkumi sistem sosial,
organisasi ekonomi, politik,agama,
kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
3. Mohd Taib Osman (1988) -
Budaya merupakan satu himpunan intelektual dan
material yang lengkap yang mampu memenuhi
keperluan bilologi dan sosial serta dapat
menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.
4. Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi -
Budaya juga dianggap alat penghasilan karya seni,
rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat.
- Dipersembahkan dalam pelbagai bentuk
yang akan menjadi asas kebudayaan masyarakat.
5. E.B. Taylor
- Budaya merupakan keseluruhan kompleks yang
mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang
bentuk kebiasaan.
- Berlaku interaksi di antara budaya dan struktur sosial
- Peranan proses sosialisasi – membantu
mengembangkan budaya dalam sesebuah masyarakat
6.L.A. White
Budaya sebagai satu organisasi pola tingkah laku,
objek, idea,sentimen yang bergantung kepada simbol
-Tingkahlaku tersebut merupakan nilai yg diterima secara
kolektif.
7. Kroeber & Kluckhorn
Budaya dianggap sebagai satu entiti yang mengandungi
pola implisit dan eksplisi tentang tingkah laku yang
diwarisi dalam bentuk simbol.
8. Malinowsky
Budaya dianggap sebagai satu tindakbalas terhadap
keperluan manusia
-Meliputi keseluruhan aspek kemanusiaan
semua aktiviti harian manusia dan berperanan
membezakan bangsa
KESIMPULAN

 Dari sudut bahasa


-Budaya merupakan satu cara hidup yang diamalkan
dalam kehidupan bermasyarakat
 Dari sudut istilah
- Budaya merupakan satu cara hidup yang diamalkan
oleh kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai,
kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir seseorang
dalam menghadapi sesuatu situasi.
- Merupakan pengalaman interaksi sosial individu
dengan masyarakat sekelilingnya
- Budaya merupakan warisan sosial manusia,
cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh
diwarisi.
B. KAUM DAN ETNIK DI MALAYSIA

 Malaysia merupakan sebuah negara yang


mempunyai masyarakat majmuk.
 Ini bermakna terdapat kepelbagaian kaum dan etnik
di negara ini.
 Kewujudan kepelbagaian kaum dan etnik di negara
kita mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
 Secara umumnya, sejarah masyarakat majmuk di
Malaysia adalah hasil dari penjajahan British.
DEFINISI
 Apakah yang dimaksudkan dengan kaum dan etnik?
 Kaum atau ras merujuk pada satu kelompok
manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-
ciri fizikal.
 Kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan
kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal yang
nyata seperti warna kulit, warna mata, warna rambut
dan sebagainya
 Merujuk kepada satu kelompok manusia yang
menganggap diri atau dianggap oleh kelompok lain
sebagai berbeza daripada kelompok mereka
berasaskan perbezaan fizikal .
 Etnik berasal daripada perkataan Greek, ethnos
yang bermaksud manusia atau negara.
 Etnik merujuk kepada kelompok manusia yang
mengidentifikasikan antara satu sama lain dengan
berlandaskan keturunan dan warisan budaya yang
sama
 Etnik tidak mempunyai organisasi yang formal dan
saiznya adalah terhad secara relatif. Ahli-ahli
dihubungkan bersama oleh perhubungan utama dan
sekunder.
 Etnik membentuk konsep-konsep lain iaitu :
 Etniksiti – rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik yang
wujud melalui sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku
yang sama.
 Etnosentrisme –. sikap / kepercayaan bahawa budaya
sendiri adalah lebih baik dan lebih tinggi drpd budaya
kelompok lain.
 Diskriminasi – ditakrifkan sebagai pandangan,
pemikiran dan kepercayaan negatif oleh sekelompok
etnik terhadap kelompok etnik lain.
- perbuatan membanding-bezakan kelompok etnik lain
berasaskan ciri etnik semata-mata.
 Terdapat banyak kaum dan etnik di Malaysia.
 Kaum Melayu, Cina dan India merupakan kelompok
yang mempunyai penduduk yang ramai di negara
kita manakala kaum yang dianggap minoriti seperti
keturunan Siam dan sebagainya.
 Etnik Melayu seperti Jawa, Bugis, Banjar, Boyan serta
etnik Cina seperti Hakka, Teochew serta bumi putera
Sabah dan Sarawak seperti etnik Kadazan, Iban,
Melanau antara kelompok yang membentuk
masyarakat majmuk di Malaysia.
C.DEMOGRAFI KAUM DAN ETNIK DI
MALAYSIA
 Pengelompokan masyarakat mempunyai kaitan
dengan demografi.
 Definisi Demografi - penulisan tentang penduduk di
sesebuah lokasi
 Demografi kelompok
a.Merupakan analisa statistik terhadap jumlah dan
komposisi penduduk di sesuatu lokasi.
b.Meliputi soal fertiliti (kelahiran), mortaliti(kematian)
perkahwinan serta migrasi & perubahan komponen
ini mengikut peredaran masa serta pengaruhnya
keatas saiz & taburan kependudukan manusia.
JENIS -JENIS KELOMPOK DAN DEMOGRAFINYA
1.Aggregate
 kumpulan individu yang melakukan sesuatu dalam suatu ruang tanpa
mempunyai perhubungan antara satu sama lain.
 contoh : penumpang bas, penonton wayang,

2. Kategori sosial
 individu yang mempunyai ciri-ciri yang sama tetapi tidak mempunyai
hubungan yang nyata
 contoh orang tua-tua, perempuan dan kelas

3. Kelompok sosial
 Individu yang mempunyai ciri yang sama iaitu ada hubungan tertentu,
mempunyai perasaan kekitaan, kepentingan atau minat dan aktiviti
yang sama
 cth: Keluarga dan pelanggan restoran.
 Individu yang mempunyai ciri-ciri perhubungan
tertentu, ada kepentingan bersama tanpa punyai
perasaan kekitaan dianggap sebagai kategori sosial
atau digelar kelompok ‘quasi’.

 Kelompok quasi boleh berubah menjadi kelompok


sosial apabila mereka mempunyai perasaan kekitaan
dan bertindak sebagai suatu kuasa.
TUJUAN DEMOGRAFI

1.Pembangunan ekonomi penduduk


 -mengutamakan aspek pendidikan
 -dikaitkan dengan 3 konsep penting iaitu
 a.keterbatasan sumber daya,
 b.pilihan
 c. pengambilan keputusan ekonomi

 2.Meningkatkan kesejahteraan rakyat


DEMOGRAFI PENDUDUK DI MALAYSIA

 Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan


agama.
 Kaum Melayu merupakan etnik terbesar
 Golongan bumiputera yang merupakan kaum asal Malaysia
pula terdiri daripada pelbagai kaum seperti Dayak, Melayu,
Iban, Kadazan dll di Sabah dan Sarawak.
 Kelompok org Melayu adalah penduduk asal dialam
Melayu.
 Kelompok kecil seperti etnik Minang, Krian, Kerinci
berusaha memperteguhkan identiti masing-masing dan
usaha ini bagaikan menenggelamkan identiti kelompok
Melayu
ORANG MELAYU

 Terdiri daripada pelbagai kelompok sosial yang


menyatakan identiti masing-masing sebagai sub budaya
bagi budaya Melayu yang lebih luas.
 Konsep Melayu sebagai penduduk asal di alam Melayu
dikaitkan dengan sejarah peradaban Melayu itu.
 Di Malaysia, pengertian Melayu dinyatakan dengan khusus
dalam perlembagaan Malaysia yang mempunyai
kepentingan sosial dan politik.Pengertian itu berasaskan
kepada prinsip bahasa, budaya dan Islam.
 Pelbagai kelompok sosial yang merupakan penduduk asal
seperti orang asli yang tidak beragama Islam tidak dapat
mencakupi pengertian perlembagaan itu.
 Sejarah peradaban melayu yang berasaskan perkembangan
budaya Melayu di alam Melayu merupakan fenomena
penting dalam pembinaan identiti Melayu.
 Etnik Melayu sebenarnya terdiri daripada orang Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu yang berasal dari keturunan
mereka yang mendiami Nusantara.
 Penduduk asal alam Melayu telah membina asas peradaban
yang mantap sebelum bertembung dengan peradaban India
dan kemudiannya Islam dan melalui proses difusi budaya.
 Identiti budaya Melayu tidak hilang walaupun telah
bercampur dengan budaya lain
ORANG CINA

 Kehadiran orang Cina di Tanah Melayu dapat dikesan sejak zaman


Kesultanan Melayu Melaka tetapi penghijrahan secara besar-besaran
hanya berlaku sejak kedatangan British terutamanya setelah
penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
 Faktor penghijrahan orang Cina berpunca daripada a.faktor penolak -
kesukaran hidup di negara asal
seperti ketidakstabilan politik, kebuluran dll.
b.faktor penarik – peluang pekerjaan dan
kemakmuran Tanah Melayu serta galakan oleh
British
• Orang Cina kemudiannya menguasai ekonomi Tanah Melayu
berbanding kaum lain
• Keperluan untuk berpolitik menyebabkan tertubuhnya parti MCA,
Parti Progresif Rakyat dan Parti Tindakan Rakyat.
ORANG INDIA

 Kedatangan orang India ke Tanah Melayu bermula lama


sebelum penjajahan British kerana wujudnya hubungan
perdagangan antara India dengan Tanah Melayu
 Pembukaan Pulau Pinang (1786) dan seterusnya
penubuhan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu menggalakkan penghijrahan besar-besaran
masyarakat India ke Tanah Melayu untuk bekerja di sektor
perladangan.
 MIC merupakan parti yang memperjuangkan nasib bangsa
India di Malaysia.
TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA
PENDUDUK PRIBUMI SABAH DAN SARAWAK

 Terdapat pelbagai etnik yang mendiami Sabah dan


Sarawak.
 Etnik-etnik ini dapat dibezakan dari segi kawasan
kediaman, ekonomi, sosial dan budaya.

 Terdapat 33 suku kaum di Sabah dengan etnik yang terbesar


terdiri daripada Kadazan- Dusun, Bajau & Murut.

 Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban,


Bidayuh dengan kumpulan etnik sebanyak 30 kumpulan.
 Di Sabah terdapat 80 dialek yang dituturkan oleh
pelbagai kumpulan etnik
ORANG ASLI
 Orang asli boleh dibahagikan kepada tiga rumpun bangsa
iaitu :
 a. Senoi
 b. Negrito / Semang
 c. Melayu proto /asli
 Terdapat 18 jenis suku kaum di dalam kesemua rumpun
bangsa ini
 Bancian pada tahun 2006 mendapati terdapat 141 230 orang
asli di Malaysia.
 Ekonomi orang asli berasaskan pertanian & bersifat sara diri
 Kepercayaan mereka berasaskan animisme
 Pencapaian mereka dalam pelbagai bidang masih jauh
ketinggalan contohnya dlam bidang pendidikan
Masyarakat Orang Asli
D.KEPENTINGAN MEMAHAMI KONSEP
BUDAYA
KEPADA GURU

 Guru akan lebih menghormati budaya setiap kaum


di Malaysia.
 Guru akan lebih berhemah dan menghormati nilai
serta amalan budaya setempat
 Seterusnya guru boleh menyerapkan amalan
menghormati budaya masyarakat lain kepada
murid-muridnya.
 Guru lebih bersedia utk berhadapan dgn pelajar
drpd pelbagai budaya.
 Tidak ada sifat prasangka atau prejudis terhadap
seseorang murid
 Demi profesionalisme guru sendiri
 Untuk memupuk perpaduan dalam kalangan
muridnya

000OOOOO000