Anda di halaman 1dari 14

Penglibatan Keluarga &

Komuniti dalam PAKK


DEC 1313
Topik 1: Teori Perspektif
Mengenai Keluarga
Sangkutan (Attachment)

 merupakan perapatan emosi yang mendalam dan


berkekalan yang menghubungkan individu dengan
orang lain.

 sangkutan - dimaksudkan sebagai hubungan rapat dan


mesra yang mewujudkan kasih sayang yang kuat dan
mengikat seseorang dengan yang lain.
 Hubungan sangkutan yang kuat dan tinggi semasa
kecil akan memberi kesan sepanjang kehidupan
individu berbanding dengan hubungan sangkutan yang
lemah.

(i) Mempunyai harga diri yang tinggi

(ii) Merasa lebih diterima oleh keluarga

(iii) Merasa lebih diterima oleh rakan sebaya

(iv) Merasa lebih diterima oleh masyarakat


Karenah dan Sangkutan
 melibatkan hubungan anak dengan ibu bapa, ahli keluarga,
adik beradik dan datuk nenek.
 Kanak-kanak yang terikat dengan sangkutan ibu bapa yang
kuat mengalami kesukaran untuk berjauhan buat beberapa
ketika.
 Mereka yang kuat sangkutan akan mengalami gangguan
emosi tingkah laku berkerenah.
 Sangkutan yang melampau menyebabkan kanak-kanak
suka merajuk, memencilkan diri.
Ciri2 Pembentukan Sangkutan
 Pembentukan sangkutan adalah berpunca daripada
pelbagai pihak dan mengikut keperluan masing-masing.
 Pembentukan sangkutan kanak-kanak perlu perhatian,
tetapi perhatian berlebihan akan mendatangkan kesan
buruk.
 Ibu yang membentuk sangkutan yang selamat akan lebih
responsif tehadap anaknya.
 Sangkutan yang tidak selamat timbul apabila ibu gagal
menyediakan keprihatinan yang sensitif dan responsif
terhadap keperluan dan harapan bayi.
Autonomi
 berusaha menunjukkan autonomi untuk berdikari
kepada orang dewasa atau orang lain yang sebaya
dengannya.
 Perkembangan pada peringkat ini adalah berdasarkan
konflik yang wujud dalam diri kanak-kanak.
 Pada peringkat ini kanak-kanak perlahan-lahan mula
memahami bahawa mereka boleh mengawal
tindakannya.
Menangani Isu Pengawalan
 sistem kawalan yang digunakan oleh ibu bapa dalam
mengawal tingkah laku anak.
 kurang memberi alasan kenapa tidak boleh melakukan
sesuatu tindakan secara rasional.
 Alasan yang diberi lebih kepada ugutan dan menakut-
nakutkan kanak-kanak. Ini menyebabkan kanak-kanak
kurang yakin kepada diri sendiri dan bergantung kepada
orang lain dan kurang berdikari.
 bermakna kanak-kanak tidak mencapai autonomi
Menangani Pengekalan

 memberi hadiah dan ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku


anak dan ini adalah perbuatan yang menggalakkan

 dapat menolong mereka mengekalkan:-


1. tingkah laku positif.
2. konsep kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak
ke arah penyesuaian diri.
3. penghargaan kendiri, penerimaan dan penolakan diri
 kurang penerimaan daripada orang yang berinteraksi dengannya,
maka dia akan mengalami perasaan penolakan diri dan membawa
kesan negatif
 Kanak-kanak yang dapat mengekalkan penghargaan kendiri
yang tinggi mempunyai sikap yang positif
 Kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang
sederhana, mempunyai rasa curiga dan ragu-ragu dalam
mengambil keputusan yang tepat
 kanak-kanak yang mempunyai konsep kendiri yang rendah
biasanya bersikap rendah diri, curiga, tidak mampumembuat
keputusan, tidak dapat berinteraksi dengan berkesan, dan
sering melepaskan diri dari bersikap kurang yakin kepada
kebolehan diri sendiri. Kanak-kanak yang memberi banyak
alasan untuk menolak tugasan
Inisiatif

 Bermaksud bercita-cita dan bersemangat.

Perkembangan Konflik

 Kanak-kanak selalu berada dalam suasana konflik.


 Guru perlu elakkan diri daripada terburu-buru membuat
keputusan dan menghukum dengan menjelaskan siapa
yang salah dan siapa yang benar
 Guru hanya perlu mendengar keterangan yang mereka
berikan dan biarkan mereka menyelesaikan konflik dengan
cara yang terbaik
 Kanak-kanak akan belajar cara menghormati hak orang lain
dan menjaga maruah orang lain

Aplikasi Inisiatif Kanak-kanak


 Kanak-kanak mengaplikasi inisiatif dengan sokongan emosi
daripada orang-orang di persekitarannya seperti ibu bapa,
adik beradik dan rakan sebaya.
Kendiri

 merujuk kepada fikiran, perasaan dan sikap terhadap diri


 Konsep kendiri yang positif adalah pandangan tentang diri
yang positif. Contohnya “saya rajin”, “saya pandai”, “Rambut
saya cantik

 Konsep kendiri yang negatif ialah pandangan yang terlalu


kritikal terhadap diri hingga menyebabkan tidak yakin pada
diri sendiri. Ini menyebabkan kekecewaan dan kegagalan
sebelum mencuba sesuatu
Persekitaran Peningkatan Kendiri
 Persekitaran seperti didikan agama, budaya keluarga,
rumah, rakan sebaya, sekolah, jiran tetangga, saudara
mara dan harapan guru boleh memberi implikasi
kepada konsep kendiri
 Kasih sayang dan penerimaan orang lain boleh
mengubah konsep kendiri seseorang kanak-kanak
 Kekuatan konsep kendiri bergantung kepada
bagaimana kanak2 bertindak balas kepada elemen-
elemen persekitaran.

Anda mungkin juga menyukai