Anda di halaman 1dari 102

BAB 1 : ORGANISASI BENGKEL

DAN KESELAMATAN
1.1 Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan
1. Organisasi bengkel adalah sistem pengurusan
bengkel berasaskan kerjasama guru dengan murid.
2. Murid menjalankan tugas secara
berkumpulan,bergilir-gilir, mengikut etika dan
bersistematik.
1.1.1 STRUKTUR ORGANISASI BENGKEL
1. Diketuai oleh seorang formen dan dibantu oleh seorang
penolong formen bagi setiap kelas.

Guru Kemahiran Hidup

Formen/Ketua Kumpulan

Penolong Formen/Penolong Ketua Kumpulan

Kumpulan A
Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D
2. Ronaldinho
2. Lampard 2. Petr Cech 2. Thierry Henry
3. Kaka
3. Rooney 3. Fabregas 3. Shevchenko
1.1.2 Langkah Keselamatan
A. AMALAN 4M

3. Membersih
- Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat
- Menitikberatkan kebersihan diri dan mental
- Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek
- Kebersihan mental adalah berfikir positif dan
bertanggungjawab dengan tugas yang diberi.
- Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang
digunakan iaitu :
a. Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah)
- Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran
kering
- Jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran
kering dan cecair
- Mesin Pemampat Udara
digunakan untuk proses pembersihan secara semburan
tekanan udara tinggi.
3. Menyusun Atur
- Guna alat mengikut kegunaannya
- Simpan alat di tempat yang betul
6. Menilai Diri dan Tempat Kerja
- Pencahayaan yang cukup
- Peredaran udara yang baik
- Lantai kering dan tak berminyak
10. Mendisiplin
- Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan
keselamatan diri
KESELAMATAN AM
2. Keselamatan Bengkel
- Lantai tak licin
- Murid mesti melaporkan kemalangan kepada guru
5. Keselamatan Diri
- Jangan bergurau dan berlari dalam bengkel
- Memakai apron dan kasut getah
8. Keselamatan Alatan
- Tangan mestilah bersih dari kotoran dan minyak
- Gunakan alatan mengikut fungsinya
11. Keselamatan Penggunaan Elektrik
- Pastikan tangan tidak basah
- Jangan menggunakan peralatan yang rosak
PENGELASAN ALAT PEMADAM API

3. Kelas A (jenis air)


- Bagi memadamkan kebakaran kayu, tilam, kain dan
kertas
5. Kelas B (jenis Buih)
- Bagi memadamkan kebakaran cecair, petrol, minyak
dan cat
7. Kelas B & C (jenis karbon dioksida)
- Bagi memadamkan kebakaran elektrik, jentera, papan
suis dan seumpamanya
9. Kelas A, B dan C (jenis serbuk kering)
- Bagi memadamkan kebakaran natrium, kalium, kalsium
dan memadamkan api kelas A, B dan C
1.1.3 Etika dan Budaya Kerja
1. Etika kerja bermaksud disiplin dan sikap
terhadap kerja
2. Etika kerja temasuk :
- Menepati masa, bertanggungjawab, amanah
dan patuh
3. Budaya kerja bermaksud peradaban yang
menjadi amalan semua pekerja
BAB 2 : REKABENTUK
DAN
PENGHASILAN PROJEK
2.1 Pengenalan Reka bentuk dan Teknologi
2.1.1
Definisi Rekabentuk : susunan bahan yang dirancang untuk
menghasilkan sesuatu produk

Definisi Teknologi : pengajian dan pengetahuan dalam


usaha manusia mencipta pelbagai jenis alat, sumber dan
teknik.
2.2 Faktor Rekabentuk :
1. Fungsi – menepati kehendak pengguna
2. Rupa bentuk – saiznya sesuai , tepat dan
menarik
3. Kesesuaian bahan – tak melebihi kos
4. Kaedah pembinaan – cara pembuatan yang
sesuai
5. Ketahanan – boleh digunakan lama
6. Kos produk – berpatutan
7. Kemasan – hiasan menarik
8. Faktor keselamatan – mesra pengguna dan
alam
9. Bernilai komersial – dapat dipasarkan
2.3 Jenis Bahan dan Pengikat
2.3.1 Bahan :
2. Kayu
- bahan utama dalam pembinaan perabot
- contoh kayu ialah cengal, meranti,
jelutung dan sepetir
- saiz ditentukan mengikut tebal, panjang
dan lebar
Saiz kayu :
Jenis Tebal Lebar Panjang Bentuk
Papan 38 150 dan 3–6m
tebal -100mm lebih
Papan 10 76mm 3–6m
nipis -38mm dan lebih
Beroti 38 – 75 – 3–4m
100mm 150mm
Jerjak 20 25 – 3–6m
-38mm 76 mm
1. Papan Lapis
- lapisan kayu nipis yang diglu
- ketebalan : 3 – 32 mm
- saiz : 1220 dan 2440 mm
- perabot, dinding bilik

7. Medium Density Fibreboard (MDF)


- papan gentian yg dimampat dengan glu
- saiz : 2440 – 1220mm
10. Mounting Board
- diguna dalam pembinaan model
- saiz : 610 x 1220mm / 610 x 910mm
Kelebihan dan Kelemahan Bahan
Kelebihan kayu Kelemahan Kayu
- Ada pelbagai saiz - Alami pengecutan
- urat dan ira kayu yg menarik - mudah diserang serangga
- tidak boleh dilengkung

Kelebihan papan lapis Kelemahan papan lapis


- ringan, kuat dan cantik -Tidak sesuai di luar rumah
- tidak mudah meleding/ mengecut - tidak mencengkam paku
Kelebihan MDF Kelemahan MDF
- Lebih kalis api -Tidak sesuai di luar rumah
- kuat, keras dan mudah dibentuk - tidak mencengkam paku
- tidak boleh dilengkung
Kelebihan mounting board Kelemahan mounting board
- Pelbagai warna -Tidak tahan haba/kelembapan
- mudah dilengkung dan dibentuk - tidak boleh dipaku
- daya kekuatan rendah
2.3.2 Pengikat
1. Paku kepala
- Mencantum kayu / kepingan logam pada kayu
- Diperbuat daripada keluli lembut batang

- Saiz mengikut panjang batangnya


mata
- 2 jenis: a. paku kepala rata b. paku panel
- Memaku serong lebih kuat berbanding memaku tegak.

8. Skru
- Memegang/merapatkan kepingan kayu, logam dan engsel
- Diperbuat daripada keluli lembut, kuprum dan loyang
- 2 jenis: a. skru kepala bulat b. skru kepala benam
- Cara menskru :
a. skru beralur lurus – guna pemutar skru rata
b. skru beralur palang – guna skru philips
1. Glu
- Melekatkan dua bahan supaya kukuh
- 2 jenis:
a. Glu PVA – melekatkan kepingan kayu
b. Glu sentuh – melekatkan bahan yang
berlainan(plastik dengan kayu/plastik dengan logam
2.4 Alatan Tangan dan Mesin
2.4.1 Alatan Tangan
Kriteria pemilihan alatan :
1. kesesuaian saiz alatan dengan bahan
2. kemahiran mengendalikan alatan
3. keselamatan
4. kemudahan mendapatkan alatan
JENIS ALATAN TANGAN
Alatan Tangan Kegunaan

Kerja mengukur
Pita Pengukur
Saiz 3 - 6m
Pembaris keluli Mengukur
Saiz 300mm jarak

Sesiku L Menentukan ketepatan sudut 90 darjah


Saiz mengikut panjang bilah
Bilah bersudut 90 darjah

Tolok Penanda Taji - Untuk menanda garisan selari


Kegunaan-menanda ukuran tebal/lebar

Tolok Serong Menguji atau


menanda sudut

Gergaji tangan Saiz mengikut panjang bilah


Mengerat/membelah kayu
Gergaji puting
Memotong kayu bersaiz kecil
Membuat tanggam

Gergaji lengkung halus Matanya lebih halus


Memotong lengkung pada
bahagian yang nipis
Tukul kuku kambing Saiz mengikut berat kepala
Fungsi:menukul/cabut paku

Tukul warrington Saiz mengikut berat kepala


Fungsi:menukul paku kecil
Pahat tepi serong Saiz:4mm-38mm
Saiz mengikut lebar mata pemotong
Kerja memahat,meraut,menatal
tanggam
Saiz mengikut panjang dan gred giginya
Kikir parut Meratakan/membentuk lengkok penjuru
kayu

Gandin kayu Saiz mengikut saiz kepalanya


Fungsi:menukul pahat/mengetuk
bahagian projek
2.4.2 Mesin
1. Mesin Gerudi Mudah Alih
- membuat lubang kayu dan logam lembut
- saiz mesin ditentukan oleh diameter mata gerudi
- mata gerudi pintal diperbuat daripada keluli tahan
lasak
- 2 jenis :
a. kuasa elektrik (berwayar)
b. kuasa bateri (tanpa wayar)
- bahagian utama mesin:
a. bindu – memutar mata gerudi
b. motor – memutar bindu
MESIN GERUDI MUDAH ALIH
1. Mesin Gerudi lantai
- membuat lubang pada kayu atau logam
- saiz mesin mengikut diameter mata gerudi
- benda kerja diapit pada ragum untuk digerudi
- bahagian utama mesin:
a. pelaras meja – melaraskan aras meja gerudi
b. takal – mengawal kelajuan putaran bindu
c. tuas pemasuk – menurun/menaikkan bindu
d. bindu – melonggar/mengetat rahang
e. rahang – mencengkam mata gerudi

- langkah keselamatan :
a. pakai apron b. pakai kasut
c. kunci bindu dengan kemas
d. gunakan gogal e. apit benda kerja pada ragum
f. laraskan meja gerudi
MESIN GERUDI LANTAI
2.5 Proses Reka Bentuk
2.5.1 Lukisan Projek
- Ada 4 langkah melukis projek :

1. Lakaran 3D
- lakaran ini menunjukkan gambar sebenar
projek.
- contoh lakaran : lukisan oblik dan lukisan
isometri
LAKARAN 3D OBLIK
LAKARAN 3D OBLIK
2. Lakaran 2D
- menunjukkan bentuk objek dalam 2 atau 3
pandangan,iaitu pandangan hadapan, pandangan sisi dan
pandangan atas(pelan)
- contoh lakaran : lukisan ortografik
- kedua-dua lakaran 2D dan 3D boleh juga dilakar dalam
bentuk perspektif (lakaran menunjukkan pandangan objek
mengikut aras mata.)
- lakaran dilukis dalam bentuk perspektif satu titik atau dua
titik
LAKARAN PERSPEKTIF 1 TITIK
LAKARAN BEBAS PERSPEKTIF 2 TITIK
LAKARAN 2D ORTOGRAFIK
3. Mendimensi
Lakaran
- dimensi lakaran
menunjukkan ukuran
sebenar projek
- penting untuk kerja
mengukur dan
menanda
4. Memilih Lakaran Yang Paling Sesuai
- pemilihan berpandukan kriteria rekabentuk
yang dicadangkan.
PEMBINAAN PROJEK
1. PROSES MENGUKUR
3. Proses Mengukur
- mengukur berpandukan kertas
lukisan projek
- Alat digunakan : pembaris keluli,
pita pengukur dan sesiku L

Pembaris Pita
keluli pengukur Sesiku L

- Tujuan : hasilkan ketepatan pengukuran


2. PROSES MENANDA
2. Proses Menanda
- Ditanda bahagian yang ingin dipotong, digerudi
atau untuk dibuat tanggam
- Alat digunakan :

pensil Pisau Tolok penanda


penanda
Tujuan : Memudahkan kerja pemotongan dan
mengelakkan kesilapan pengukuran
3. PROSES MEMOTONG
1. Proses Memotong
- Alat memotong kayu/papan ialah :

Gergaji Lengkung
Gergaji tangan Gergaji puting Halus
- alat memotong papan lapis/mounting board : pisau
pemotong

Pisau pemotong
- Penorehan dengan pisau dilakukan pada papan lapis
tebal untuk mendapatkan potongan yang kemas
semasa menggergaji
4. MEMBINA DAN
MENCANTUM
1. Proses Membina dan Mencantum
- Merangkumi kerja :
a. pembinaan tanggam
Membuat cantuman untuk menghasilkan
produk
- Jenis tanggam : tanggam temu, tanggam
parit(untuk papan) dan tanggam lekap(sesuai
untuk kayu tebal)
b. mengglu
- Bersih bahagian yang akan diglu, glu pada kedua-
dua bahagian projek dan apit pada ragum

c. memaku
Tukul dipegang pada hujung hulu
- Kepala tukul sentiasa lurus ketika menukul
d. memasang skru
- biasanya digunakan untuk mencantum dua bahan
yang berbeza seperti kayu dengan alumimium/besi
- Benam kepala skru sehingga rata dengan
permukaan kayu
- pilih skru yang bersesuaian (skru kepala bulat atau
skru kepala benam)
RUMUSAN

mengukur

menanda

memotong
Pembinaan tanggam mengglu

memaku menskru
Membina dan mencantum
LATIHAN PENGUKUHAN
ARAHAN : Susun semula proses pembinaan projek di bawah mengikut urutan
yang betul dan padankan dengan alatan/pengikat yang digunakan untuk proses-
proses tersebut

• membina dan mencantum Gergaji tangan/gergaji


(membuat tanggam, puting
mengglu, memaku dan
menskru)

• memotong glu, paku, skru, tukul,


pemutar skru

• mengukur Pensil, pisau penanda


• menanda Pembaris, pita ukur,
sesiku L
2.5.3 KEMASAN
Kemasan: proses menyapu bahan kemasan (cat,syelek,tona
kayu)
- Tujuan menyapu bahan kemasan :
a. kelihatan cantik
b. selamat digunakan
c. lebih tahan lama
d. mudah untuk dibersihkan
- Alat kemasan :
a. berus cat - cuci berus dengan turpentin
b. berus syelek - cuci guna spirit metil
c. pengikis - untuk mengikis karat, menyumbat tepung
penyumbat. Saiz mengikut lebar hujung pengikis
d. Kertas las – untuk melicin, menghilangkan kesan calar kayu.
Dibuat daripada kayu api, garnet, kaca,bahan tiruan(silikon
karbida dan aluminium oksida)
Gred kertas las
00 Paling halus
0, 1 halus
1.5, 2 Sederhana kasar
2.5, 3 kasar

e. tepung penyumbat – menyumbat liang kayu

- Bahan Kemasan
a. Cat Licau – hasilkan permukaan licin dan berkilat. Cat ini
kalis air dan dilarutkan dengan turpentin
Tiga kaedah menyapu cat licau iaitu kaedah berus cat, kaedah
semburan mesin pemampat udara dan kaedah semburan tin.
b. Syelek – untuk melindungi dan mencantikkan projek
- dilarutkan dengan spirit metil
c. Tona Kayu
- untuk mengemas permukaan kayu
- sapu lapisan tona kayu dan biar kering. Gosok dengan kertas
las dan sapu lapisan tona kayu yang kedua.
d. Lekar
- mengilatkan kayu
- diperbuat daripada selulosa
- dilarutkan dengan thinner
- lekar disapu selepas syelek, mencegah kayu menjadi calar
e. Pelekat
- setelah dilekat, sapu selapisan lekar
- guna glu sentuh atau glu PVA
2.6 REKABENTUK PROJEK

2.6.1 Pernyataan Masalah Atau Keperluan


4. Kenalpasti Masalah/Keperluan
- Contoh : masalah untuk simpan buku, masalah
meletakkan alatulis dengan kemas
6. Cadangan Rekabentuk
- Cadangan : reka rak buku
8. Mengumpul Maklumat dan Data
- Jumlah buku, saiz sesuai, kegunaan, bahan, bahan
kemasan dan kos.
4. Menyenaraikan Pelbagai Allternatif Penyelesaian
Masalah dalam Bentuk Lakaran Bebas
- Penyelesaian masalah : peta minda, sumbangsaran,
perbincangan, lakaran,lawatan

2.6.2 Perancangan, Pembinaan dan Pengubahsuaian


Projek
5. Menyediakan jadual kerja
- Tujuan : kerja secara sistematik dan elak pembaziran
7. Menyenaraikan Bahan dan Alatan Tangan
- Pemilihan bahan berdasarkan fungsi dan kesesuaian
produk
9. Membuat Projek Berdasarkan Lukisan Kerja yang Dipilih
- Mengikut saiz, ukuran, bahan dan rekabentuk
1. Menguji dan Menilai Produk
- Penilaian kualiti dan aspek keselamatan
- Berfungsi dan ikut spesifikasi
4. Mengubahsuai Projek
- Kecacatan dan kelemahan perlu dibaiki

2.6.3 Pendokumentasian
- Mengumpul, menyimpan dan merekod maklumat projek
seperti lakaran, jenis bahan, kemasan dan proses
pembuatan di dalam fail
9. Mengira Kos Projek
- Kos pengeluaran : segala perbelanjaan yang
dikeluarkan untuk hasilkan produk
- Kos pengeluaran: kos bahan + kos upah + kos overhead
- Kos bahan – bahan mentah
- Kos upah – bayaran tenaga kerja
- Kos overhead (sampingan) – bil air, bil elektrik, gas,
pengangkutan dan bil telefon

6. Membuat persembahan Projek


- Menerangkan ciri-ciri projek seperti fungsi, jenis bahan,
kos dan keistimewaan projek
- sediakan carta, gambar dan buku folio
RINGKASAN
BAB 3 : ELEKTRIK
3.1 SUMBER DAN KEGUNAAN ELEKTRIK
3.1.1 SUMBER ELEKTRIK
A. Kemagnetan B. Tindakan kimia
C. Cahaya

F. Kemagnetan Sebagai Sumber Elektrik


- Hasilkan elektrik dengan menggerakkan sebatang
magnet di dalam gegelung wayar
- Contoh :
a. Prinsip Kendalian Dinamo
- 3 bahagian dinamo : magnet kekal, teras besi dan
gegelung wayar
- gegelung wayar dibuat daripada lilitan wayar kuprum
GEGELUNG WAYAR DINAMO BASIKAL
- dinamo dikendalikan atas prinsip aruhan magnet
- Magnet di dalam dinamo basikal berputar dalam satu
arah. Aruhan medan magnet menghasilkan arus elektrik
pada gegelung wayar
- teras besi mengembangkan medan magnet

b. Turbin
- turbin : alat yang mempunyai rotor yang dapat diputar
oleh aliran air, stim atau angin
- turbin menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga
mekanikal, menggerakkan pam air dan penjana elektrik
- rotor : bilah-bilah kipas yang dipasang pada gandar.
Gandar dihubungkan dengan penjana elektrik.
A. Tindakan Kimia Sebagai Sumber Elektrik
- Contoh :
a. Sel Kering
- voltan sebanyak 1.5 volt
- karbon : punca positif
- elektrolit : campuran ammonium klorida dan
mangan dioksida.
- zink : punca negatif
- tindakbalas kimia antara elektrolit dan bekas
zink menghasilkan arus elektrik
Jenis- Jenis Sel
1 Sel alkali -Peralatan permainan, lampu suluh
dan jam dinding
- voltan : 1.5V, 6V, 9V, 12V
- tidak boleh cas semula
2 Sel lithium -Dalam kalkulator, telefon bimbit,
jam tangan
-Boleh dicas semula
3 Sel merkuri -Alat bervoltan tinggi
-Kamera
-Tidak boleh cas semula
4 Sel nikel - Boleh cas semula
kadmium - Telefon bimbit
b. Sel Basah
- tenaga lebih tinggi dari sel kering
- guna dalam kenderaan bermotor (kereta, bas)
- boleh dicas semula
- contohnya sel asid plumbum terdiri daripada :
i. plumbum peroksida – elektrod positif
ii. Plumbum – elektrod negatif
iii. Asid sulfurik – elektrolit (bahan kimia dalam sel
yang dapat hasilkan tenaga elektrik semasa
tindakbalas kimia.
- sel asid plumbum berkuasa 6 dan 12 volt
A. Cahaya Sebagai Sumber Elektrik
- Bahan kimia seperti selenium, natrium dan
kalium dapat ditukarkan kepada tenaga
elektrik apabila menerima cahaya.
- Sel foto yang terima cahaya matahari akan
hasilkan tenaga elektrik
- Jika keamatan cahaya tinggi, arus elektrik
juga tinggi
3.1.2 KEGUNAAN ELEKTRIK
B. Hasilkan Haba
- Tukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba
- Contoh alat : seterika, periuk nasi, cerek

F. Hasilkan Tenaga Kinetik


- Tukar tenaga elektrik tenaga kinetik
- Contoh : mesin basuh, kipas angin
I. Hasilkan Cahaya
- Tukar tenaga elektrik tenaga cahaya
- Contoh, lampu ada 2 jenis :
- a. Lampu pijar b. Lampu pendarflour
- lampu pijar :
- guna filamen untuk menukar tenaga
elektrik kepada tenaga cahaya
- Lampu pendarflour :
- tiub lampu pendarflour berisi gas argon
dan merkuri
- arus yang mengalir melalui campuran gas
argon dan merkuri menghasilkan sinaran ultra
ungu, tukar cahaya putih bila terkena lapisan
fosfur
A. Hasilkan Bunyi
- Tenaga elektrik tenaga bunyi
- Alat : televisyen, pembesar suara, radio
3.2 ALATAN TANGAN DAN KERJA PENDAWAIAN
3.2.1 ALATAN TANGAN
C. Pena Ujian
- Kegunaan : menguji, mengesan kebocoran
elektrik dan mengetatkan skru kecil
- Apabila pena ujian tersentuh pada wayar
hidup, lampu neon di dalamnya akan
menyala

G. Pemotong Sisi
- Kegunaan : memotong wayar elektrik
A. Playar Muncung Tirus
- Kegunaan : memegang benda kecil,
memotong dawai, membentuk kaki komponen

D. Playar Gabung
- Kegunaan : memegang benda bulat,
memotong, membentuk dawai

E Penjalur Wayar
- 2 jenis : a. penjalur wayar mudah
b. Penjalur wayar spring
- Kegunaan : menjalur dan memotong wayar
3.2.2 JENIS WAYAR
B. Wayar Kuprum Berenamel
- Kegunaan : membuat gegelung pada motor elektrik dan
transformer
D. Wayar Lembar Tunggal (berpenebat)
- Kegunaan : membuat pendawaian litar mudah seperti
radio

G. Wayar Teras Tunggal (berpenebat)


- Diperbuat dari lembaran halus dan lembaran kasar
- Lembar halus : mudah lentur, untuk pendawaian di
radio dan pembesar suara
- Lembar kasar : untuk pendawaian litar elektrik di rumah
A. Wayar Teras Kembar
- dua wayar teras tunggal yang dilekatkan
- Untuk pendawaian radio, soket dan tv

E. Wayar Tiga Teras


- 2 Jenis ;
a. berpenebat PVC – untuk pendawaian
perkakas elektrik yang tak hasilkan
haba(kipas angin, peti sejuk)
b. berpenebat PVC serta beranyaman benang
– untuk pendawaian alat elektrik yang
menghasilkan haba (ketuhar, seterika, cerek)
3.2.3 JENIS PLAG
B. Plag 2 Pin 2 Ampere
- Menggunakan wayar teras kembar
- Ada dua tamatan : teras hidup(L) dan teras neutral (N)
- Alat : radio, pencukur elektrik

G. Plag 3 Pin 13 Ampere


- Ada 3 tamatan : tamatan dawai hidup (L), dawai neutral
(N), tamatan dawai bumi (E)
- Fius katrij 13A dipasang di dalam plag ini untuk
keselamatan

K. Plag 3 Pin 15 Ampere


- Pinnya bulat dan tidak berfius
- Untuk kelengkapan elektrik berkuasa tinggi(pemanas air
dan pendingin udara)
3.2.5 FIUS
- Fungsi : melindungi litar dan perkakas elektrik
- Fius di dalam plag akan melebur dan arus elektrik
terputus jika arus itu terlalu tinggi
- Fius disambung pada tamatan hidup (L)
- Fius ditentukan mengikut arus iaitu 2A, 5A, 10A, 13A
- Ada 2 jenis :
- a. Fius Dawai
- Berbentuk dawai dan kadarannya tetap
- Fius yang lebur boleh diganti
- Pemegang fius diperbuat daripada seramik dan bakelit
- B. Fius Katrij
- Fius yang tebakar diganti dengan fius kadaran yang betul
3.2.6 LAMPU PENDARFLOUR
Bahagian Lampu Pendarflour
3. Tiub Pendarfluor
- Diperbuat daripada kaca berisi merkuri dan gas
argon
- Dindingnya disalut dengan lapisan fosfur
- Dihujung tiub ada 2 pin elektrod yang mengalirkan
arus ke tiub

2. Perumah
- Mengandungi pemegang tiub, cok dan suis
penghidup
- Cok
- Kegunaan : 1. untuk membekalkan voltan tinggi
2. Menstabilkan voltan selepas lampu
menyala
4. Pemegang Tiub
- Terletak pada hujung perumah
- Berfungsi menyangga tiub pendafluor

8. Pemegang Suis Penghidup


- Berfungsi untuk menempatkan suis penghidup

11. Suis Penghidup


- Berfungsi menghidupkan lampu
- Tidak berfungsi lagi setelah lampu dihidupkan
Kerosakan Lampu Pendafluor
PUNCA KEJADIAN CARA
KEROSAKAN ATASI
1. Cok rosak Lampu tak menyala Tukar cok
apabila suis dihidupkan baru
2. Suis penghidup 1. Lampu tak menyala Tukar suis
rosak 2. Lampu berkelip-kelip tapi penghidup
tak menyala
3. Lampu tak menyala dan
hujung tiub bertanda
gelung merah

3. Tiub rosak Lampu berkelip-kelip/tak Tukar tiub


menyala
4. Litar pintas Fius agihan putus apabila Bantuan
lampu dinyalakan juruelektrik
3.2.8 Membaca, Menterjemah Litar Pendawaian
dan Membuat Pendawaian Lampu Pendafluor

LUKISAN
LUKISAN SKEMATIK
BERGAMBAR
pendawaian lampu
pendawaian lampu
pendarflour
pendarflour
RINGKASAN BAB 3
PILIHAN 1 : KEMAHIRAN TEKNIKAL
BAB 1 : ELEKTRIK
• 1.1 JENIS LITAR ELEKTRIK
1.1.1 Pemasangan Litar Siri
b. Litar siri adalah susunan komponen yang membolehkan
arus elektrik mengalir satu arah sahaja.
c. Jika ada litar yang terbuka, litar tidak berfungsi

+
Contoh litar
- Siri

1.1.2 Mengukur Voltan dan Arus Dalam Litar Siri


– Nilai voltan susut bagi setiap beban elektrik
– Formula mendapatkan jumlah voltan ialah :
Vj = V1 + V2 + V3…

Memasang dan Membaca Voltmeter


- Voltan disukat menggunakan voltmeter
- Ada 2 jenis voltmeter :
i. Voltmeter arus terus (DC)
ii. Voltmeter arus ulang alik (AC)
- Contoh pengiraan : Jawapannya : Vj = V1 + V2 + V3
perintang = 3V + 6V + 1V

3 volt
= 10Volt
6 volt
bateri

10 volt

1 volt

Soalannya : berapakah jumlah voltan bagi litar di atas ? Guna formula Vj = V1 + V2 + V3


Memasang dan Membaca Ammeter
- Arus dalam litar siri adalah sama
- Formula mengira jumlah arus dalam
litar siri ialah
Ij =I1 = I2 = I3

- Ammeter digunakan untuk mengukur arus elektrik


- Didapati dalam julat 0 – 500mA, 0 – 1A dan 0 -10A
- Pilih ammeter yang bersesuaian untuk ukur arus ulang
alik dan arus terus
1.1.3 Mengira Jumlah Rintangan Dalam Litar Siri
- Formula mengira jumlah rintangan ialah :
Rj = R1 + R2 + R3
- Contoh pengiraan :
- Jika 3 perintang iaitu R1, R2 dan R3 disambung secara
siri seperti dalam rajah di bawah. Berapakah jumlah
rintangan litar ini? 10 ohm
Rj = R1 + R2 + R3 R1
30 ohm
Rj = 10 ohm + 30 ohm + 50 ohm R2
R3
Rj = 90 ohm
50 ohm
1.1.4 Pemasangan Litar Selari
• - Litar selari adalah litar yg membenarkan arus elektrik
mengalir lebih daripada satu laluan.
• - jika ada mana-mana wayar yang terputus pada satu
laluan, arus elektrik masih dapat mengalir melalui laluan
lain.

bateri
mentol

- Contoh lukisan skematik litar selari


1.1.5 Mengukur Voltan dan Arus
Dalam Litar Selari
- Nilai voltan dalam setiap beban elektrik adalah
sama. Jumlah voltan dalam litar selari boleh
dikira seperti formula berikut :
- Vj = V1 = V2 = V3

- Nilai arus dalam litar selari adalah tidak sama


- Setiap laluan arus bergantung kepada nilai
rintangan yang mungkin berbeza.
- Formula untuk mengira arus litar selari adalah
Ij = I1 + I2 + I3
1.1.6 MENGIRA JUMLAH RINTANGAN
DALAM LITAR SELARI

- Jumlah rintangan dalam litar selari akan


berkurangan kerana terdapat banyak laluan
arus.
- Lagi banyak laluan arus, lagi kurang jumlah
rintangan dalam litar.
- Formula untuk kira jumlah rintangan adalah :
1 1 1 1
Rj = R1 R2 R3
Contoh Pengiraan Jumlah
Rintangan Dalam Litar Selari
Dalam Rajah sebelah, perintang R1, R2 dan R3 disambungkan
secara selari. Berapakah jumlah rintangan dalam litar
tersebut?
1 1 1 1 10 Ώ
Rj = 10 30 30 R1
30 Ώ
3+1+1 5 1
= = = R2
6 30 Ώ
30 30
Rj = 6 Ώ R3
1.1.7 MEMBANDING BEZA LITAR SIRI

DENGAN LITAR SELARI


LITAR SIRI LITAR SELARI

Vj= V1 + V2 + V3 + … Vj= V1=V2=V3


Ij = I1 = I2 = I3 Ij=I1+I2+I3 +…
Apabila satu mentol terbakar, Apabila satu mentol
mentol yang lain tidak akan terbakar,mentol yang lain
menyala
terus menyala
Jika ditambah satu mentol, Jika ditambah satu mentol,
nyalaan mentol akan nyalaan mentol mempunyai
bertambah malap kerana
kecerahan sama.
bebanan bertambah
Rj = R1 + R2 + R3 +… 1/Rj = 1/R1 + 1/R2 + 1/R3 +…

Ij=I1=I2=I3 I j = I 1 + I 2 + I 3 +…
1.2 Penggunaan Meter Pelbagai
1. Meter pelbagai digunakan untuk menguji litar elektrik
atau elektronik.
2. Meter ini adalah gabungan volmeter, ammeter dan
ohmmeter
3. Ada 2 jenis meter pelbagai iaitu jenis analog dan digital

1.2.1 Bahagian Utama Meter Pelbagai


f. Skala – digunakan untuk menentukan bacaan bagi
setiap penggunaan meter ini.
g. Jarum Penunjuk – menunjukkan bacaan pada skala
h. Skru Pelaras Sifar – untuk melaraskan penunjuk meter
pada bacaan sifar.
i. Pelaras sifar ohm – untuk melaraskan penunjuk meter
kepada bacaan sifar semasa uji rintangan
a. Prob Negatif dan Prob Positif –
digunakan untuk menguji komponen
elektrik. Prob negatif hitam dan prob
positif warna merah
b. Tombol pemilih Julat – untuk memilih
julat meter seperti julat voltan arus terus,
arus ulang alik dan julat rintangan
c. Julat – kadar sukatan yang hendak
diukur
1.3 Unit Kawalan Utama Bekalan Elektrik
Domestik
Komponen dalam unit kawalan utama terdiri daripada :
• Fius Perkhidmatan – dihubungkan kepada wayar
hidup dan berfungsi mengawal bekalan jika arus
elektrik berlebihan.
• Meter Kilowatt-Jam (kWj) – berfungsi menyukat dan
merekod jumlah tenaga elektrik yang telah
digunakan. Milik TNB.
• Suis Utama – fungsinya untuk menyambung dan
memutuskan bekalan elektrik ke seluruh rumah. Ia
juga mengawal arus elektrik yang berlebihan.
• Pemutus Litar Bocor Bumi, Pemutus Litar Arus
Baki, Pemutus Litar Miniatur – semua ini adalah alat-
alat keselamatan untuk memberi perlindungan
kepada perkakas elektrik dan pengguna. Alat ini
memutuskan bekalan elektrik secara automatik jika
berlaku kebocoran elektrik/litar pintas.
• Kotak Agihan Berfius – berfungsi sebagai pengagih litar
dan mengawal bekalan arus berlebihan. Kotak ini
mengandungi fius yang berfungsi memutuskan litar
elektrik jika arus berlebihan.
• Apabila arus berlebihan mengalir melalui fius, wayar
fius akan melebur
g. Berikut adalah jenis-jenis fius dan kadar kawalannya
Kadar fius Kadar kawalan
6A Litar lampu
16 A, 20 A Soket
30 A Alat pendingin
udara, pemanas air
1.4 Kuasa Elektrik
1.4.1 Maksud Kuasa Elektrik – kuasa adalah
kadar kerja yang dihasilkan oleh arus
elektrik. Kerja yang dihasilkan adalah dalam
bentuk cahaya, haba, bunyi dan gerakan.
Kuasa diukur dalam unit watt (W)

1.4.2 Mengira Kuasa Elektrik


- Kuasa yang digunakan bergantung pada nilai
voltan dan arus. Formula mengira kuasa
adalah :
P=V X I
Kuasa = Voltan x Arus
Kuasa Peralatan Elektrik
- Setiap alat elektrik dilabel dengan plat
perincian. Plat ini menunjukkan kadar kuasa
alat elektrik tersebut
- Contoh pengiraan :
c. Berapakah kuasa yang digunakan dalam litar yang
berikut ?

8V 2A

Kuasa = Voltan X Arus


P = V x I
= 8V x 2A
= 16 Watt
• Sebuah radio berlabel 100 W/240 V.
Berapakah nilai arus elektrik yang digunakan?

Kuasa = Voltan x arus


Arus = Kuasa
Voltan
I=P
V

= 100 W
240 Volt
= 0.42 A
BAB 2 : ASAS ELEKTROMEKANIKAL
2.1 Pengenalan Pergerakan Mekanikal
b. Pergerakan mekanikal ialah sistem yang
membolehkan barang berfungsi, bergerak atau
berputar
c. Pergerakan dihasilkan secara manual(mesin
pengisar air batu), enjin(mesin pemotong rumput,
mesin pembancuh simen) atau motor
elektrik(mesin gerudi, mesin basuh)

2.1.2 Jenis Pergerakan Mekanikal


Pergerakan mekanikal ada 2 jenis :
G. Gerakan lurus
H. Gerakan putaran
A. Gerakan Lurus
- Sistem sesuatu objek yang bergerak dalam satu
garisan lurus.
- Arah pergerakan tak berubah, perubahan hanya
berlaku pada arah halaju sahaja.
- Pergerakan mekanikal digunakan untuk
memindahkan input, melalui proses untuk
hasilkan pergerakan lain iaitu output.

input proses output


B. Gerakan Putaran
- Terjadi apabila sistem sesuatu objek berpusing.
- Contohnya : mesin gerudi, mesin jahit.
2.1.3 Takal Dan Tali Sawat
a. Takal dan Tali Sawat digunakan dalam mesin jahit,
mesin gerudi, mesin gergaji meja.
b. Tali sawat menghubungkan takal pemacu dengan
takal dipacu.
c. Takal berfungsi untuk memindahkan gerakan atau
kuasa.
d. Contoh penggunaan takal : kren, mesin basuh, lif.
e. Cara menambah atau mengurangkan kelajuan
sistem takal dan tali sawat :
- Bagi mendapatkan kelajuan rendah, guna takal
bersaiz besar
- Bagi mendapatkan kelajuan tinggi, guna takal
bersaiz kecil
2.1.4 GEAR
- Gear berfungsi sebagai
a. penghantar kuasa atau penggerak mesin menerusi Aci yang
memegang gear ini.
b. Penghubung bahagian yang berputar
c. Penukar kelajuan mesin
- Jenis-jenis Gear :
1. Gear Taji
- untuk memindahkan tenaga antara aci yang selari (kit robot,
kereta mainan)
2. Gear Serong
- untuk memindah tenaga daripada satu aci kepada aci lain
yang bersudut.(mesin gerudi tangan)
3. Gear Belitan
- digunakan untuk mengurangkan kelajuan dan memindah
tenaga putaran aci pada sudut bersilang.(gear pada jaring
tenis,sepana boleh laras.)
4. Gear Rak dan Pinan
- digunakan untuk memindahkan gerakan
putaran kepada gerakan lurus atau
sebaliknya.
- contoh : stereng kereta, gerudi meja, pintu
pagar bermotor.
5. Gear Heliks
- untuk sistem gear kereta
- berbentuk heliks dan mempunyai sistem
kelajuan tinggi.
2.2 Pengenalan Pergerakan Elektromekanikal
• Elektromekanikal ialah satu sistem yang
menggunakan tenaga elektrik dan
komponen elektronik yang kompleks.
• Contoh peralatan : kamera, pemacu cakera,
mesin layan diri.
• Peralatan elektromekanikal menggunakan
sistem pemprosesan berikut :
Tenaga elektrik Penghasilan

INPUT PROSES OUTPUT


Suis tekan Litar elektrik Produk
Perbezaan Antara Sistem Mekanikal
dan Sistem Elektromekanikal

Sistem Mekanikal Sistem Elektromekanikal


1. Menggunakan 1. Menggunakan
tenaga tenaga elektrik atau
manual/enjin/tangan bateri
2. Binaannya mudah 2. Binaannya kompleks
3. Tidak mempunyai dan sukar dicipta
komponen elektronik 3. Mempunyai
komponen elektrik
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Senaraikan empat jenis gear
mekanikal yang telah anda pelajari
beserta satu contoh alat yang
menggunakannya.
2. Nyatakan maksud mekanikal….
3. Lukiskan gambar sistem takal, tali
sawat dan aci bagi sebuah basikal dan
labelkan bahagian-bahagian tersebut…