Anda di halaman 1dari 1

Sejahtera ke atas kamu, dan sejahtera ke atas kami

Sejahtera ke atas kamu, dan sejahtera ke atas kami

Sejahtera bagi sesiapa yang menjawab salam, dan sejahtera juga bagi yang tidak menjawab salam,
Sejahtera, dengan nama Tuhan Kesejahteraan, Tuhan bagi hamba-hamba, Allah tempat meminta segala sesuatu,
Kesejahteraan yang kita telah membesar denganya
Kedamaian yang telah sebati dengan bumi negara ini
Kedamaian yang kita tidak lagi hidup denganya,
Kedamaian yang tidak lagi kembali kepada kita,
Kedamaian yang sentiasa kita awasinya, sedangkan ia semakin hilang dalam senyap,
Untuk meninggalkan bumi kita secara perlahan-lahan,
Dan tempatnya, pemberiannya dan penyerahan untuk membebaskan diri daripada tempat yang tiada Islam padanya,
Seolah-olah Islam nenek-moyang kita tidak memberi apa-apa makna,
Kamu tahu kenapa kedamaian meninggalkan kita?
Kamu tahu kenapa kegelapan menyelubungi kita?
Ringkasnya, kerana kita adalah masyarakat yang penakut
Kita adalah masyarakat yang takut kepada kepelbagaian
Mungkin ini tidak menarik minat sebahagian dari kamu atau semua daripada kamu, aku tahu
Tapi aku ingin katakan juga kerana aku tidak mahu menjadi seperti ‘lembu dicucuk hidungnya’
Kita adalah masyarakat yang tidak mahu mengakui bahawa kita adalah masyarakat yang sedang mundur
Kita adalah masyarakat yang berteriak dengan bangga dan mendakwa bahawa kita adalah masyarakat yang terbuka
Kita adalah masyarakat yang meninggi diri sedangkan tiada apa-apa
Dan mendakwa bahawa kita adalah masyarakat yang berilmu
PENIPUAN APAKAH INI???
Penerimaan kepelbagaian di sisi kita tidak ada apa-apa melainkan hanyalah sembang kososng
Kepelbagaian warna menyakitkan kita,
Kepelbagaian rupa menyakitkan kita,
Kepelbagaian pemikiran menyakitkan kita,
Kepelbagaian agama menyakitkan kita,
Sehinggakan perbezaan jantina pun menyakitkan kita,
Oleh sebab itu kita cuba untuk menghancurkan segala perbezaan di antara kita
Kita telah menjadi racun sesama kita
Kita adalah masyarakat yang bodoh sebodoh-bodohnya,
Kita bergaduh pada perkara yang remeh, keterlaluan dan mengarut,
Dan kita sering menolak untuk menyelami dengan lebih dalam
Ucapan saya ini tidak terlepas daripada siapa-siapa,
Tidak pada org awam dan tidak juga pada ahli politik
Tidak juga pada mereka yang terus mendiamkan diri di negaranya,
Tidak juga pada orang yang menganggap dirinya betul
Tidak juga pada orang yang mengikut barat seperti orang buta
Tidak juga pada orang yang ingin mengembalikan kegemilangan khalifah dan zaman hamba abdi
Dan mereka yang ingin mengembalikan hukum Islam
Marilah kita cuba memahami sesama kita
Marilah kita cuba untuk memahami antara satu sama lain
Lihatlah aku dihadapanmu ini, warna rambut aku, puisi aku, idea aku,
Aku tidak takut kepada kalian
Aku tidak takut pada perbezaan diantara kita, kerana kita adalah sama
Marilah kita mencipta seni
Marilah kita menyelami impian kita, untuk mengukuhkan keilmuan tanpa perbalahan
Supaya ketinggian bagi kita adalah kegemilangan ISLAM
Marilah kita cairkan ketaksuban budaya, kaum, jantina, idea, warna dan agama
Dan kita tidak lihat kepada semua orang melainkan hanyalah manusia seperti kita

Anda mungkin juga menyukai