(Sejarah Perkembangannya)
Disediakan oleh:
ABDUL LATIF BIN AHMAD
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat, Johor
SEJARAH OLAHRAGA
Olahraga adalah acara pertandingan
berbentuk aktiviti fizikal berasaskan
pergerakan-pergerakan semula jadi
seperti larian, lompatan danbalingan.
Pada zaman klasik olimpik kuno, acara
olahraga agak keras, lebih mencabar
dan tidak tersusun. Lama kelamaan ia
menjadi teratur sehinggalah pada tahun
1896 apabila bermulanya Sukan Olimpik
Moden pertama di Athens dan diikuti
dengan tertubuhnya Pertubuhan
Olahraga Amatur Antarabangsa atau
IAAF pada tahun 1912. Setelah itu,
sukan olahraga telah diubahsuai dan
diperkembangkan secara lebih
sistematik sehingga kini.
Asal Usul Perkembangan Olahraga
Acara sukan pertama yang diadakan di
olimpik (776 SM). Semasa era klasik
Eropah, terdapat beberapa pertandingan
sukan yang telah diklasifikasikan dalam
sukan olahraga seperti berikut:-
• Sukan Panhellenic
- SukanPythian (diasaskan pada 527 SM)
di Delphi yang diadakan setiap 4 tahun
- Sukan Nemean (diasaskan pada 516
SM) di Argolid yang diadakan setiap 2
tahun
- Sukan Isthmian (diasaskan pada 523
SM) di CorinthIsthmus setiap 2 tahun
• Sukan Rom - acara olahraga khusus kpd
lumba kaki, melontar, lumba kuda, bergusti
dan pertempuran gladiator.
Perkembangan Olahraga Diperingkat Antarabangsa