Anda di halaman 1dari 13

CIRI-CIRI INSAN BERMORAL

DAN PERANAN GURU

Daripada:
Koo Wen Shin
Lim Hung Kin
Insan Bermoral
• Merupakan insan yang mempunyai sifat-sifat moral
positif seperti jujur, adil, bertolak ansur, baik hati,
amanah, kasih sayang dan sebagainya.
• Menurut Abdul Rahman Aroff, 1986, insan moral
hanya menerima nilai-nilai murni dan peraturan
masyarakat yang diterima secara sejagat sebagai
bermoral, patut, baik dan benar.
• Insan yang bermoral perlu mempunyai sifat-sifat
moral positif serta boleh dicontohi oleh orang lain.
Ciri-ciri Insan Bermoral
• Menghormati autoriti, iaitu ibu bapa, guru, pemimpin
negara dan agama.
• Berfikir secara kritis dan bertindak secara rasional.
• Melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang
tekanan, tetapi mestilah berdasarkan sebab yang
munasabah serta motif dan tujuan yang rasional.
• Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang
perasaan orang lain di dalam satu-satu situasi.
Ciri-ciri Insan Bermoral
• Selepas keputusan moral diambil, seseorang itu akan
mempunyai emosi atau motivasi moral melakukan sesuatu
yang benar.
• Mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu.
• Berbudi pekerti mulia.
• Berkepimpinan.
Guru menjadi ‘Role Model’
• Dapat diperlihatkan melalui prestasi cemerlang guru berkenaan.
• Menurut Abdul Rahman (2005), seseorang guru yang cemerlang
adalah guru yang mencapai tahap tinggi dalam penglibatan dalam
perancangan, dasar aktiviti pendidikan , pengalaman mengajar,
pengekalan prestasi tinggi dalam mata pelajaran, kepimpinan di
peringkat sekolah, masyarakat dan negara.
• Tahap personaliti yang baik atas pembentukan nilai-nilai
keperibadian yang tinggi.
• Insan guru ini akan menjadi contoh (role model) kepada orang
lain, khususnya murid dan pekerja lain di sekolah.
Perkaitan antara ciri ciri insan
bermoral dan peranan guru
Dapat dilihat dari 5 peranan penting seperti
berikut:
1. Menyampaikan ilmu (Mu’allim)
2. Menjayakan proses pendidikan/tarbiyah
(Murabbi)
3. Memperkembangan kemahiran (Mudarris)
4. Mendidik adab dan budi pekerti (Mu’addib)
5. Melahirkan pemimpin generasi akan datang
(Mursyid)
1. Menyampaikan ilmu (Mu’allim)

• Guru berperanan menyampaikan ilmu


yang berkaitan dengan nilai-nilai
murni dengan berkesan dalam proses
melahirkan insan yang bermoral.
• Nilai kerajinan - guru perlu rajin
menambah ilmu pengetahuan diri dan
seterusnya menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada murid-muridnya.
2. Menjayakan proses pendidikan /
tarbiyah (Murabbi)
• Guru sejati, guru cemerlang dan guru yang baik
adalah guru yang menjayakan proses tarbiyah.
• Guru Murabbi sentiasa berpegang teguh dan
memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk
mengajar dan mendidik serta memberi teladan
kepada murid-muridnya.
• Nilai Bertanggungjawab - guru melaksanakan
tanggungjawabnya sebagai seorang guru dengan
mengajar murid-muridnya.
3. Memperkembangkan kemahiran
(Mudarris)
• Guru berperanan untuk memperkembangkan
kemahiran dalaman dan luaran murid-
muridnya.
• Nilai kerajinan - guru perlu membentuk akhlak
murid-murid menerusi didikan yang
bersungguh-sungguh dan komited agar mereka
menjadi insan yang berguna kepada ibu bapa,
masyarakat dan negara.
4. Mendidik adab dan budi pekerti
(Mu’addib)
• Guru menganjurkan adab dan budi pekerti.
• Guru berusaha memastikan adab dan budi
pekertinya adalah ditahap yang cemerlang.
• Nilai hemah tinggi - guru perlu mengamalkan
pertuturan dan tingkah laku yang mulia ketika
di hadapan murid-murid.
5. Melahirkan pemimpin generasi akan
datang (Mursyid)
• Guru adalah pemimpin bahkan juga kepada
pemimpin yang sedia ada.
• Tugas membentuk kepimpinan insan
merupakan yang berat dan ini peranan dan
tugas yang terletak di bahu guru.
• Nilai cinta akan negara - guru menyemai
sikap cinta akan negara supaya murid dan
juga masyarakat mempunyai perasaan sayang
dan bangga kepada negara
Kesimpulan
• Pendidikan Moral merupakan mata pelajaran yang
penting dalam membentuk insan bermoral.
• Guru berperanan penting dalam menyemai dan
memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa murid.
• Kerjasama daripada semua pihak adalah penting
dalam membentuk insan bermoral supaya
matlamat pendidikan kebangsaan untuk
menghasilkan murid-murid yang bertanggungjawab
dan berakhlak mulia tercapai.
Sekian, terima kasih.