Anda di halaman 1dari 66

LHE 3113

DR. GHAZALI LATEH

Dr. Ghazali Lateh 1


KULIAH 1
 Pengenalan
 Kandungan kursus
 Rangka kursus
 Kerja kursus
 Penilaian.

Dr. Ghazali Lateh 2


Pengenalan Kursus
 Nama kursus : Kemahiran
Berkomunikasi dalam Pengajaran
Bahasa Melayu

 Kod Kursus : LHE 3113

Kredit : 3 (2 + 1)

Dr. Ghazali Lateh 3


Tentang Komunikasi…
 Rosli Saruwono (Berita Harian, 13 Ogos
2005);

 Antara aspek yang menjadi halangan


siswazah ketika menjalani temu duga
adalah tidak menguasai kemahiran
berinteraksi yang mengakibatkan
kurang keyakinan diri.

Dr. Ghazali Lateh 4


Apakah komunikasi?
 Komunikasi boleh dianggap sebagai satu
proses manusia menghantar dan menerima
mesej, berkongsi atau bertukar-tukar idea,
maklumat, dan perasaan.
 Melalui komunikasi manusia dapat memahami
antara satu sama lain, dapat menyampaikan
maklumat, dan dapat meluahkan perasaan.
 Komunikasi yang tidak tepat akan
mencetuskan konflik.
Dr. Ghazali Lateh 5
 Komunikasi ialah perhubungan antara 2 pihak penghantar
dan penerima dan akan menerima maklumat yang sama
dan berbagai bentuk sumber yang dihantar.

Proses menghantar maklumat dari penghantar ke


penerima perlu menggelakkan beberapa faktor yang boleh
menggugat penerimaan kandungan data kerana ditakuti
data yang dihantar boleh dimanupulasikan dan penerima
menyalahanggapkan data yang diterima.

Jika penghantar dan penerima tidak menerima data yang


sama dan mengakibatkan proses komunikasi tidak
berfungsi seperti yang sepatutnya

Dr. Ghazali Lateh 6


Istilah komunikasi
 Berasal daripada kata communicare, yang
diterjemahkan sebagai ‘perhubungan’.
 Sekitar 1980-an, perkataan komunikasi telah diterima
pakai menggantikan perhubungan. Makna kata
komunikasi ialah ‘persamaan’ atau ‘sama’.
 Dalam konteks interaksi manusia, istilah ini
bermaksud ‘sama makna’. (makna yang disalurkan dan
yang diterima adalah sama)

Dr. Ghazali Lateh 7


Definisi komunikasi
 Byrnes (1975) menganggap komunikasi sebagai
satu proses interaksi antara manusia, iaitu orang
ramai bertutur dan bertukar-tukar pendapat,
gerak isyarat, atau simbol, dengan tujuan untuk
memberi dan bertukar-tukar maklumat,
mempengaruhi tingkah laku, memujuk, ataupun
mengubah keadaan fizikal atau mental mereka.

Dr. Ghazali Lateh 8


definisi
 Abrams (1986) = komunikasi merupakan satu proses
berterusan melibatkan pemindahan maklumat
daripada sumber kepada penerima dan ada maklum
balas di antara kedua-duanya. Satu proses
perkongsian makna yang terdapat dalam maklumat,
idea atau perasaan melalui penggunaan simbol sama
ada berbentuk lisan, bahasa badan, tulisan, visual atau
simbol lainnya daripada pihak sumber kepada pihak
penerima dengan harapan akan menghasilkan
maklum balas yang dihajati.

Dr. Ghazali Lateh 9


Definisi
 Kesimpulannya

 Komunikasi bermakna berkongsi atau memeliki


secara umum.
 Perkataan Latin
 communio bermakna persahabatan.
 commune bermakna berkongsi.
 Communion bermakna mengambil bahagian.
 Communicant bermakna mengubah atau pemilikan
umum.

Dr. Ghazali Lateh 10


Unsur-unsur dan Proses
Komunikasi
1. Sumber
2. Idea
3. Enkod
4. Penyaluran
5. Penerimaan
6. Dekod
7. Pemahaman
8. Penerima
9. Maklum balas
10. Gangguan
11. Suasana

Dr. Ghazali Lateh 11


 Sumber
 Sumber ialah punca yang mencetuskan mesej,
 Sesiapa sahaja merupakan sumber mesej.
 Boleh terdiri daripada guru, pengetua, murid, dll.

 Idea
 Pemikiran yang terjana dalam minda sumber.
 Boleh bertunjangkan pembacaan, pemerhatian,
pengalaman, penganalisisan, dll
Dr. Ghazali Lateh 12
 Enkod
 Usaha sumber untuk mengolah idea dalam
satu pakej yang dapat disalurkan kepada
penerima.
 Melibatkan kemahiran mencari simbol yang
dapat mewakili idea yang terjana dalam
minda.
 Simbol ialah bahasa yang difahami.
 Mesej mungkin berlaku dalam lisan dan
bukan lisan.
Dr. Ghazali Lateh 13
 Penyaluran
 Usaha sumber menghantar mesejnya yang sudah
diolah.
 Diungkapkan/dituturkan sebagai mesej lisan. Cth:
pengajaran, ceramah, dll.
 Diilustrasikan/ditulis sebagai mesej bukan lisan.
Cthnya; memo, emel, pekeliling, sms, dll.
 Diaksikan/digayakan sebagai mesej bukan lisan.

Dr. Ghazali Lateh 14


 Penerimaan
 Mesej yang disalurkan sampai kepada sasarannya.
 Pihak yang menghantar mesej hendaklah
memastikan mesejnya sampai dan difahami
dengan tepat.
 Komunikasi lisan : pastikan suara dan sebutan
benar-benar jelas agar penerima mendengarnya
dengan jelas.
 Komunikasi tulisan : pastikan tulisan jelas dan
mudah dibaca dan tepat pula maksudnya.

Dr. Ghazali Lateh 15


 Dekod
 Usaha penerima untuk mentafsir mesej.
 Mesej lisan dan bukan lisan cuba ditafsirkan sebelum
dapat difahami.
 Penerima mentafsir mesej berdasarkan pengalaman
peribadinya.
 Jika mesej tidak dapat ditafsir, pemahaman tidak akan
berlaku.
 Maklum balas yang dihajati oleh sumber mungkin
tidak seperti yang dimaksudkan.
 Jika tafsir penerima berbeza daripada sumber maka
berlakulah kerosakan komunikasi.

Dr. Ghazali Lateh 16


 Pemahaman
 Hasil daripada usaha pentafsiran mesej oleh
penerima.
 Berlaku selepas proses pemberian makna kepada
simbol-simbol yang didengari, dilihat, dirasai,
atau dikesan melalui deria penerima.
 Andai penerima gagal memberi makna pada
simbol, pemahaman tidak akan berlaku.
 Contohnya, arahan dalam bahasa yang bukan
bahasa yang dikuasai oleh murid.

Dr. Ghazali Lateh 17


 Penerima
 Pihak yang menjadi sasaran penghantaran
mesej oleh sumber.
 Sama ada seorang manusia, sekumpulan
kecil, atau khalayak yang besar.
 Dalam konteks pendidikan, penerima ialah
guru-guru, murid-murid sekolah.

Dr. Ghazali Lateh 18


 Maklum balas
 Tindak balas atau respons penerima
terhadap mesej yang diterima.
 Maklum balas oleh penerima akan
meneruskan aliran maklumat antara kedua-
dua pihak.
 Tanpa maklum balas, komunikasi akan
terhenti atau rosak.
 Penerima akan membuat andaian sendiri
dan kerap kali andaian itu akan tersasar.

Dr. Ghazali Lateh 19


 Gangguan
 Apa-apa sahaja yang terdapat dalam alam sekitar yang
menggugat penghantaran dan penerimaan mesej.
 Komunikator perlu berusaha untuk mengatasi
gangguan ini.
 Gangguan terbahagi kepada dua:
 Gangguan fizikal.
 Bunyi bising, enjin kenderaan, orang berbual,
pemotong rumput, bunyi dari projek pembinaan.
 Gangguan psikologikal.
 Tidak mampu beri tumpuan fikiran, berkhayal,
menganggap mesej tidak penting, dll

Dr. Ghazali Lateh 20


 Suasana
 Keadaan sekeliling ketika proses
komunikasi berlangsung.
 Suasana dapat mempengaruhi komunikasi.
 Suasana formal akan mencetuskan
komunikasi yang formal.
 Suasana tidak formal pula akan
mencetuskan komunikasi yang tidak
formal.

Dr. Ghazali Lateh 21


Klasifikasi/Jenis-jenis komunikasi
1. Komunikasi Intrapersonal
2. Komunikasi Interpersonal
3. Komunikasi Kumpulan Kecil
4. Komunikasi Awam

Dr. Ghazali Lateh 22


Komunikasi intrapersonal
 Berlaku dalam diri seseorang, melibatkan pemikiran,
perasaan, dan cara seseorang melihat dirinya.
 Individu memegang dua peranan iaitu sumber dan
penerima.
 Mesej terdiri daripada pemikiran dan perasaan -
saluran yang digunakan ialah otak yang memproses
mesej, maklum balasnya ialah individu bercakap
sendiri, mengeluh, menjerit, atau menolak idea itu
dan menggantikan dengan idea yang baharu.

Dr. Ghazali Lateh 23


Faktor-faktor yang mempengaruhi komunikasi
intrapersonal
 Perasaan atau mood (lucu, marah, benci, sayang,
puas hati)
 Penampilan diri (sihat, pemikiran segar, bersih,
cermat, bergaya)
 Ciri-ciri sosial (bebas, tegas, mesra, empatik)
 Peranan Sosial (ibu bapa, ahli keluarga, pemimpin,
ahli profesional)
 Kepercayaan kuat (keagamaan, percaya akan
kejayaan, patriotik, percaya akan keluarga, percaya
akan pelajaran.
Dr. Ghazali Lateh 24
 Bakat anda (seni, muzikal, sukan, penulisan, ucapan)
 Kapasiti intelektual (logikal, reflektif, studios,
spekulatif)

Dr. Ghazali Lateh 25


Komunikasi interpersonal
(antaraperseorangan)
 Komunikasi bersemuka antara dua orang
atau lebih yang melahirkan potensi maklum
balas.
 Dianggap sebagai satu bentuk komunikasi
yang membangun.
 Semakin akrab antara satu sama lain
semakin tinggi darjah komunikasinya.
 Dapat membina hubungan manusia.
Dr. Ghazali Lateh 26
Ciri-ciri komunikasi
interpersonal
 Melibatkan perlakuan lisan dan bukan lisan.
 Melibatkan perlakuan spontan, tabii, atau
terancang atau kombinasi ketiga-tiganya.
 Merupakan satu proses yang membangun,
tidak statik.
 melibatkan maklum balas perseorangan,
interaksi, dan perkaitan.

Dr. Ghazali Lateh 27


 Dipandu oleh peraturan yang tersurat dan
tersirat.
 Merupakan satu aktiviti saling berbalas-
balas.
 Melibatkan pemujukan. Mengubah fikiran,
perlakuan, dan perasaan terhadap tajuk
yang dibincangkan.

Dr. Ghazali Lateh 28


Komunikasi kumpulan kecil
 Berlaku apabila sebilangan kecil manusia
bertemu untuk mengatasi masalah.
 Setiap anggota berpeluang untuk
berinteraksi dengan semua anggota lain.
 Lebih kompleks berbanding komunikasi
interpersonal kerana lebih ramai terlibat.

Dr. Ghazali Lateh 29


Mesej lebih berstruktur kerana
kelompok bertemu untuk tujuan
tertentu.
 Berlaku dalam situasi formal.
 Bersemuka dan terbuka dengan setiap
ahli.

Dr. Ghazali Lateh 30


Komunikasi Awam
 Sumber (pengucap) menyampaikan mesej
kepada audiens yangn ramai bilangannya.
 Pengucap menyampaikan mesej secara
teratur dan berstruktur.
 Saluran-saluran yang lebih jelas spt suara
yang lantang, bahasa badan yang lebih
nyata.

Dr. Ghazali Lateh 31


 Menggunakan saluran visual tambahan spt
slaid, carta singkap, transparensi, power
point, poster, model, dsb.
 Maklum balas amat terhad.
 Boleh memberikan maklum balas bukan
lisan. (tepukan, anggukan, senyuman)

Dr. Ghazali Lateh 32


Teori-teori Komunikasi
Teori Am Komunikasi
Teori Komunikasi Kontekstual
Teori Mikro Komunikasi
Teori Khas Komunikasi
Teori Simbiotik (antara disiplin)

Dr. Ghazali Lateh 33


Teori Am Komunikasi
 Teori yang menyeluruh.
 Tidak mempunyai had masa, dapat
merancang perkara yang berlaku pada masa
dulu, sekarang, dan akan datang (dapat
meramal)
 Dapat mengenal pasti konsep asas dan
menjelaskan interaksi komunikasi bagi
menerangkan perlakuan manusia.
Dr. Ghazali Lateh 34
Teori Komunikasi Kontekstual
 Memberi penerangan dalam had media
tradisional.
 Melibatkan interpersonal, kumpulan kecil,
dan komunikasi awam.
 Sentiasa dikaitkan dengan konteks.

Dr. Ghazali Lateh 35


Teori Mikro Komunikasi
 Menerangkan komunikasi pada tahap yang
lebih kecil atau mikro.
 Memberikan tumpuan khusus kepada satu
aspek komunikasi - contohnya mesej,
media, komunikator.
 Mengambil kira kombinasi konstruk yang
mudah untuk menerangkan ciri
komunikasi.
Dr. Ghazali Lateh 36
Teori Khas Komunikasi
 Dipanggil teori ‘how-to-do’.
 Memberikan panduan kepada pengamal
komunikasi tentang jenis dan bentuk komunikasi.
 Lebih berbentuk gunaan seperti untuk
menjalankan temu bual, merangka ucapan
pemujukan, cara berkomunikasi untuk mendapat
kerjasama dsb.
 Contohnya Pemasaran Sosial.

Dr. Ghazali Lateh 37


Teori Simbiotik (antara displin)
 Berasal dari bidang-bidang yang berkaitan
seperti linguistik, ekonomi, pengurusan,
sains politik, psikologi, sosiologi, psikologi
sosial.
 Wujud dalam hubungan yang rapat dengan
teori dalam bidang komunikasi.

Dr. Ghazali Lateh 38


Teori, pendekatan, model-model,
prosedur komunikasi
Salah satu teori komunikasi klasik
yang boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran bilik
darjah adalah teori Mathematical
Theory of Communication. Teori ini
melihat komunikasi sebagai fenomena
mekanis, informatif dan matematis

Dr. Ghazali Lateh 39


 Teori ini melihat komunikasi sebagai
proses seseorang individu
mengembangkan/ mempengaruhi tingkah
laku atau ‘state of mind’ individu lain. Jika
implikasi/ pengaruh yang dihasilkan tidak
sesuai dengan apa yang diharapkan, maka
teori ini melihat hal ini dianggap sebagai
kegagalan sesuatu komunikasi.

Dr. Ghazali Lateh 40


 Teori ini sesuai diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana
melihat tahap-tahap dalam komunikasi
tersebut untuk mengetahui di mana
letaknya kegagalan sesuatu komunikasi.
Selain itu, teori komunikasi ini juga
cenderung menggunakan ilmu-ilmu sosial,
terutama psikologi dan sosiologi.

Dr. Ghazali Lateh 41


Model Komunikasi
 Antara model awal yang telah dibentuk
untuk menerangkan maksud komunikasi
ialah Model Shannon dan Weaver (1949)
dan Model Berlo (1960).
 Dalam model-model ini unsur-unsur
komunikasi yang ditekankan adalah
sumber, mesej, saluran, penerima, kesan
dan bagaimana proses maklumat
disampaikan antara satu sama lain disulami
atau dipengaruhi gangguan.
Dr. Ghazali Lateh 42
 Menurut David K. Berlo (1960), komunikasi ialah
kegiatan penyampaian dan penerimaan pesan atau
idea dari satu pihak ke pihak lain dengan tujuan
mencapai kesamaan pandangan atau idea yang
ditukarkan tersebut.
 Unsur-unsur yang terkandung dalam proses
komunikasi adalah source (sumber atau penyampai
berita), message (pesan), channel (media atau alat)
dan receiver (penerima pesan).
 Keempat-empat unsur harus berperanan agar
tercipta komunikasi yang efektif. Apabila ada salah
satu unsur tidak menjalankan peranannya, maka
komunikasi tidak akan berjalan seperti yang
diharapkan. Dr. Ghazali Lateh 43
Shannon dan Weaver (1949) melihat komunikasi
sebagai proses pemancaran mesej. Model ini juga
menjadi asas Teori Komunikasi. Shannon (1945) dalam
terjemahan Othman Sharif dan Siti Zaleha Hashim,
1992 menggambarkan tindakan komunikasi ini
mendatangkan maklumbalas.

Dr. Ghazali Lateh 44


Dalam Model Berlo (1960), beberapa elemen penting dalam
menyampaikan mesej untuk memastikan kejayaan komunikasi :
punca, mesej, saluran dan penerima

Dr. Ghazali Lateh 45


 Berdasarkan model ini, peranan deria
sebagai saluran adalah penting
berdasarkan kata-kata ahli falsafah
Kung Fu Tze ada menyatakan ‘kalau
saya dengar saya lupa, kalau saya
lihat saya ingat dan kalau saya buat
saya faham’.

Dr. Ghazali Lateh 46


 Dalam konteks yang sama Heinich (1993)
menyatakan manusia hafal 10% melalui
penglihatan, 20% melalui pemahaman dan
30% melalui pendengaran dan penglihatan.
 Hal ini menggambarkan keberkesanan
komunikasi bergantung kepada kaedah
yang digunakan untuk merangsang deria
untuk melakukan pemahaman.

Dr. Ghazali Lateh 47


Pendekatan komunikasi
• Komunikasi dalaman (intrapersonal) – monolog atau
berkomunikasi dengan diri sendiri dalam membuat
keputusan

• Komunikasi kumpulan – interaksi di antara individu (3


orang atau lebih). Penting untuk berkongsi maklumat,
mendapatkan idea, menyelesaikan masalah.

• Komunikasi keorganisasian – jaringan kerjasama yang


merangkumi semua bentuk komunikasi lain. Jenis
komunikasi ini melibatkan struktur, fungsi, hubungan
dan budaya organisasi

Dr. Ghazali Lateh 48


• Komunikasi massa – komunikasi umum atau
sehala selalunya menggunakan perantaraan. Oleh
itu segala aspek komunikasi antara perseorangan,
kumpulan, organisasi amat berkait rapat dengan
komunikasi massa. Komunikasi ini
menggunakan saluran tertentu seperti media
cetak atau elektronik untuk memberitahu,
memujuk atau mempengaruhi

• Komunikasi antara perseorangan (interpersonal)-


melihat bagaimana komunikasi berlaku di antara
dua individu dalam persekitaran bersemuka,
serentak dan sehala

Dr. Ghazali Lateh 49


 Abdullah dan Ainon (1998); dalam Siti Zobidah
Omar & Rosmiza Bidin (2001) pelbagai
pendekatan berkomunikasi penting untuk
memahami orang lain, memahami kejadian yang
berlaku dan belajar mengenal diri sendiri.
 Selain itu berkomunikasi juga perlu bagi
menjalinkan hubungan dengan orang lain agar
tidak berasa sepi, tersisih dan berkomunikasi
juga berlaku kerana hendak mempengaruhi
fikiran, perasaan dan tingkah laku orang lain
supaya mengikut seperti yang kita mahu.

Dr. Ghazali Lateh 50


Komunikasi berkesan
 Komunikasi berkesan berlaku apabila mesej
yang disampaikan oleh penyampai dapat
diterima dan difahami dengan jelas oleh
penerima. Jika maksud penyampai disalah
tafsir oleh penerima, maka timbul konflik di
antara kedua-dua individu tersebut.
Komunikasi berkesan amat penting bagi
menjamin P&P yang efektif.

Dr. Ghazali Lateh 51


PROSES KOMUNIKASI YANG
BERKESAN

PENGETUA

MESEJ

Dr. Ghazali Lateh 52


PROSES KOMUNIKASI YANG GAGAL

GURU

Dr. Ghazali Lateh 53


Amalan komunikasi berkesan
 Bersikap positif / percaya kepada pelajar
- Bersifat ramah dan mesra
- Hormat terhadap pandangan pelajar
- Ketahui latar belakang pelajar
- Pendengar yang aktif
- Tunjuk mimik muka berseri
- Guna bahasa yang mudah dan difahami

Dr. Ghazali Lateh 54


- Arahan yang jelas dan jitu
- Bersemangat tinggi dalam
pengajaran
- Galakkan pelajar supaya memberi
idea atau pandangan
- Guna nama pelajar ketika
berinteraksi

Dr. Ghazali Lateh 55


 - Gunakan gerak fizikal, gerak isyarat
dan mimik muka ketika memberi
penjelasan
- Kaitkan pelajaran baharu dengan
pengetahuan yang sudah diketahui
oleh pelajar

Dr. Ghazali Lateh 56


UNSUR-UNSUR DAN PROSES
KOMUNIKASI
1. Sumber - punca yang mencetuskan mesej.
2. Idea - pemikiran yang terjana dalam mina
sumber.
3. Enkod - usaha sumber untuk mengolah idea
tadi dalam satu pakej yang dapat
disalurkan.
4. Saluran - usaha sumber menghantar mesejnya
yang sudah diolah.

Dr. Ghazali Lateh 57


5. Penerimaan – sasaran kepada usaha
penyaluran.
6. Dekod - usaha penerima untuk
mentafsir mesej yang diterimanya.
7. Pemahaman - hasil usaha pentafsiran
mesej oleh penerima.
8. Penerima - pihak yang menjadi sasaran
hantaran mesej oleh sumber.

Dr. Ghazali Lateh 58


9. Maklum balas - tindak balas
penerima terhadap mesej yang
diterimanya.
10.Gangguan - apa-apa sahaja yang
terdapat dalam alam sekitar yang
mengganggu penghantaran dan
penerimaan mesej.
11.Suasana - keadaan sekeliling
komunikator sewaktu proses
komunikasi berlangsung.
Dr. Ghazali Lateh 59
Bentuk-bentuk Komunikasi
Komunikasi lisan.
Komunikasi bukan lisan.
Komunikasi sentuhan
Tulisan dan isyarat.
Visual.

Dr. Ghazali Lateh 60


Komunikasi lisan
 Menggunakan perkataan yang dilafazkan
melalui anggota mulut.
 Bermula dengan bunyi mula keluar dari mulut
dan berakhir apabila sebutan berhenti.
 Ketepatan mesej bergantung pada kebolehan
sumber memilih perkataan atau istilah yang
dapat mewakili maksud sebenar ideanya.
 Bergantung kepada ketepatan lafaz atau
sebutan.
Dr. Ghazali Lateh 61
Komunikasi bukan lisan.
 Merangkumi mimik muka, gerak-geri, nada
suara, malah keadaan diam juga dianggap
komunikasi.
 Komunikasi bukan lisan dikatakan lebih
berpengaruh daripada komunikasi lisan.
 Muka ialah bahagian yang paling banyak
membawa mesej berbanding bahagian lain.

Dr. Ghazali Lateh 62


 Hal ini berdasarkan keupayaan penghantaran
mesej yang diukur melalui
 Jelas nampak - bahagian muka lebih jelas
kelihatan semasa komunikasi berlangsung.
 Masa purata - Lebih lama muka
diperhatikan dan dilibatkan dalam
komunikasi berbanding bahagian-bahagian
lain tubuh badan.

Dr. Ghazali Lateh 63


Muka
 Bilangan isyarat yang digambarkan. Bahagian
muka boleh menggambarkan rasa …
 sedih,
 riang,
 marah,
 terperanjat,
 takut,
 jijik,
 geram, dsb.

Dr. Ghazali Lateh 64


Komunikasi sentuhan.
Menunjukkan hubungan rapat
seseorang individu dengan yang
individu yang berkomunikasi.
Penggunaan jarak sangat penting
diberikan perhatian agar tidak
timbul salah tanggapan oleh orang
lain.
Dr. Ghazali Lateh 65
 Jarak intim - 0.5 hingga 1.5 kaki antara
komunikator dan pasangan.
 Contohnya, suami isteri, semasa
memujuk atau melindungi seseorang.
 Ungkapan-ungkapan hanya berperanan
kecil.
 Suara diubah suai kepada nada rendah.
 Sentuhan dan belaian lebih penting.
Dr. Ghazali Lateh 66

Anda mungkin juga menyukai