Anda di halaman 1dari 20

KONSEP PENSEJARAHAN

Kuliah 2
Pensejarahan
 “the record of events or the events
themselves”
 Pertalian relatif antara catatan peristiwa dan
peristiwa. Peristiwa yang terjadi dan
dicatatkan sebagai SEJARAH
 Pensejarahan – kajian mengenai bagaimana
sejarah telah / sedang ditulis
 Sejarah Penulisan Sejarah
 Bila anda belajar mengkaji pensejarahan anda
tidak mengkaji peristiwa masa lalu tetapi
mengkaji perubahan interpretasi peristiwa
sejarah tersebut dalam karya sejarawan.
Persoalan Kajian Dalam Sejarah
 Kebolehpercayaan sumber yang digunakan
[pengarang, kredibiliti, keaslian atau
penyelewengan pada teks]

 Tradisi Pensejarahan – Marxist, Annales,


sejarah politik, sejarah total dsb.
Persoalan Kajian Dalam Sejarah
 Isu Moral – untuk memuji, untuk
menunjukkan rasa bersalah dsb
 Revisionism vs interpretasi ortodoks –
penilaian semula sesuatu peristiwa atau
menurut interpretasi yang telah sedia
diterima.
Tradisi Pensejarahan
 Sejarah Penulisan Sejarah – Memahami masa
lalu merupakan satu daripada sifat manusia.

 Telah muncul penulisan awal di Mesopotamia


dan Mesir purba tetapi tiada penulis sejarah

 Pensejarahan – Penulisan sejarah dalam


bentuk naratif yang bertujuan untuk
memberitahu generasi masa hadapan
mengenai peristiwa yang berlaku.
 PensejarahanYunani – paling awal muncul di
Greek purba. Karya sejarah paling awal ialah
The Histories, ditulis oleh Herodotus berasal
Halicarnassus (484 BC–ca.425 BC) yang
kemudiannya dikenali sebagai 'father of
history’

 Thucydides – menolak / meninggalkan kuasa


ghaib dalam catatan peperangan di antara
Athens dan Sparta.
 Mewujudkan elemen rasional yang menjadi
ikutan kepada penulisan sejarah barat
selepasnya.
 Pensejarahan Rom - Muncul selepas zaman
keyunanian – Penulisan Biografi – penulis
spt Livy, Plutarch, Cicero.

 Pensejarahan Kristian – Perkembangan


agama Kristian selepas Constantine I
memeluk Kristian telah mewujudkan
Pensejarahan Kristian yang dipengaruhi
oleh ajaran Kristian dan kitab Bible.
Menghasilkan pandangan baru terhadap
sejarah.
 Pensejarahan Islam
 Urwah ibn Zubayr – Perawi dari Aisha
 Wahb ibn Munabbih – Qisas al Anbia

 Muhammad ibn Jarir al-Tabari

 Ibn Khaldun - Muqaddimah


 Pensejarahan China - Rekod sejarah China
paling awal daripada Dinasti Shang.

 The Spring and Autumn Annals, sejarah


rasmi [official chronicle] Negeri Lu dari
zaman 722 SM to 481 SM merupakan di
antara teks sejarah yang awal yang disusun
berdasarkan prinsip annalistic. Ianya
dipercayai disusun oleh Confucius.
Pensejarahan Barat Moden
 Marx – Materialisma dan Dialetikal. Sejarah
manusia merupakan perjuangan kelas.
Keupayaan pengeluaran masyarakat
merupakan asas kepada ekonomi
masyarakat. Perhubungan dan perjuangan
kelas masyarakat berikutan dengan
peningkatan ekonomi akan melalui
beberapa tahap [Zaman Primitif, Hamba
Abdi, Feudal, Kapitalis, Sosialis/Komunis]
 Ranke – ‘Bapa Sejarah Moden’ Wie es
eigentlich gewesen – mengisahkan
sebagaimana yang benar-benar berlaku.
Penyampaian fakta-fakta adalah hukum
agung dalam sejarah.

 Sejarah seharusnya berlandaskan bukti,


bukan kepada daya imaginasi yang
sewenang-wenangnya.
 Pensejarahan Melayu – Melayu merujuk
kepada 2 iaitu Georgrafi dan Bahasa.
 Pensejarahan Melayu Tradisional –
penulisan pribumi dalam bahasa Melayu
dan bahasa sukuan Melayu yang belum
diresapi oleh nilai dan kaedah penulisan
Barat.
 Sastera Sejarah – Unsur sejarah dalam kitab
dan hikayat - Tuhfat al-Nafis, Sejarah
Melayu.
Tujuan, Fungsi dan Kepentingan
Sejarah
 Pensejarahan dihasilkan untuk memaparkan
kebenaran sesuatu peristiwa sejarah.
 Kesedaran Sejarah – membolehkan seseorang
mengenali diri, masyarakat dan negaranya.
Sesuatu bangsa yang tidak tahu sejarahnya
atau tidak mempunyai sejarah bermakna tidak
mempunyai warisan dan tamadun.
 Marwick “Masyarakat yang terumbang
ambing”
 Marwick – Sejarah sebagai ilmu untuk
- Membolehkan seseorang atau sesuatu
masyarakat itu menentukan identiti dirinya.
- Membolehkan seseorang atau sesebuah
masyarakat mengenal dirinya sendiri.

 Melalui pengetahuan sejarah sesebuah


masyarakat dapat memperolehi
pengetahuan tentang dirinya.
 Wang Gangwu – 3 sebab perlu sejarah

1. Untuk menjustifikasikan sesuatu tuntutan


2. Untuk dijadikan pendidikan praktikal dan
moral
3. Untuk menjadikan sejarah sebagai satu
disiplin yang mulia.
 Manusia tertarik kepada masa lalu –
pengalaman masa lalu sebagai sesuatu
yang berguna kepada kita.

 Santapan jiwa kepada manusia – naluri


ingin tahu tentang bagaimana, apa, kenapa
sesuatu itu terjadi.

 Masa lalu sebagai petunjuk – “Belajar dari


sejarah”
 Kitaran Sejarah – Sejarah berkisar di sekitar
wangsa pemerintah China. Justifikasi bagi
setiap wangsa tersebut memerintah China.
Penulisan sejarah secara rasmi.

 Sejarah memainkan peranan yang penting


dalam hidup dan mati sesebuah negara.
Kehidupan sesebuah negara itu gelap jika ia
tidak mempunyai sejarahnya ataupun tidak
mempunyai ingatan masa lalunya.
 Sejarah berulang – kewujudan,
perkembangan, kemajuan dan keruntuhan
empayar-empayar besar. Empayar Rom,
Parsi, Umayyah, Abbasiyah dan
sebagainya.

 Adakah Sejarah berulang?

 Istilah dan kesimpulan umum hampir sama


tetapi sejarah TIDAK berulang.
 Pengajaran Sejarah yang berjaya akan
 Merangsangkan perasaan ingin tahu dan
semangat penyiasatan
 Mendisiplinkan kebolehan taakulan
 Memupuk seni memberi penjelasan dan
berkomunikasi seseorang
 Memajukan tabiat berfikiran kritis dan
skeptik
 Pengajian sejarah merupakan asas untuk
mencapai kearifan dan nilai manusia
berpendidikan
SEKIAN TERIMA KASIH