Anda di halaman 1dari 17

KERANGKA KONSEP

KEPIMPINAN DALAM PTV


Perkembangan
profesional

Strategi dan Penambah


teknik baikan kualiti
pengurusan pengajaran
Kepimpinan
dalam PTV

Peranan dan
Perancangan
tanggungjawab
pembelajaran
panitia
PERKEMBANGAN PROFESIONAL
1.1.1 Kepimpinan membantu pekerja melalui beberapa peranan
seperti:
a. Kepuasan kerja
b. Menyelesaikan masalah
c. Memuji dan mengkritik
d. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
e. Menentukan kriteria dan piawai prestasi
f. Memberi sokongan moral
g. Mendorong kearah pencapaian matlamat

1.1.2 Ciri-Ciri Pemimpinan


a. Kecerdasan
b. Bermotivasi – pemimpin perlu mempunyai motivasi dalaman dan
dorongan pencapaian
c. Sikap – pemimpin perlu menjaga sikap dan hubungan yang baik
d. Matang – seorang pemimpin haruslah matang dalam bersosial
PENAMBAHBAIKAN KUALITI PENGAJARAN
PTV
Di sini terdapat beberapa faktor yang perlu anda ketahui dalam
penambahbaikan kualiti pengajaran PTV iaitu:

a. Faktor Kurikulum
- Perubahan dari silibus
- Silibus berkaitan dengan industri dan kehendak semasa

b. Faktor Infrastruktur
- Bangunan
- Peralatan dan kemudahan

c. Faktor Latihan Perguruan


- Berasaskan kopentensi
- Kurikulum yang releven
- Pendedahan kepada kemahiran ICT
d. Faktor Kaedah Pengajaran
- kaedah secara konteksual, kolabrotif
- penggunaan ICT
- Simulasi

e. Faktor Perkembangan Staf bagi pengajar


- peningkatan kemahiran kepada guru (Kursus
dalam dan luar negeri)

f. Faktor Penilaian
- secara formatif dan summatif
- berasaskan ketrampilan
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PANITIA
Antara peranan dan tanggungjawab ketua panitia KHSR ialah ;
a. Menyelaras sukatan dan rancangan pelajaran tahunan, semester dan
bulanan.
b. Membuat anggaran belanjawan tahunan.
c. Membuat pesanan bahan dan alatan.
d. Mengagihkan tugas mengajar serta tanggungjawab pengurusan,
penyelenggaraan dan keselamatan bengkel kepada guru-guru KHSR.
e. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang
kemas kini.
f. Menjalankan mesyuarat panitia.
g. Menguruskan sesi perkembangan profesional staf.
h. Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai
oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah
sekolah. (Sekolah kecil boleh digabungkan panitia mata pelajaran)
i. Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru kanan
yang dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar atau Pengetua
Sekolah.
j. Semua ketua panitia mata pelajaran adalah secara otomatis menjadi ahli

Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran


masing-masing di dalam jawatankuasa tersebut dan menjadi penghubung di
antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah.

k. Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam


perjumpaan-perjumpaan berhubung dengan isu-isu atau masalah-masalah
kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar
atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada untuk untuk mendapat
penyelesaian atau untuk makluman.

l. Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum


ditubuhkan, ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung
dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah
atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mengesyorkan segala cadangan atau
permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan
pembelajaran.
Antara peranan dan tanggungjawab panitia KHSR yang dianggap perlu
dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagai sebuah
badan ikhtisas.
 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli-
ahli panitia.
 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun
persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu
tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan.
 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbir sekolah buku teks untuk digunakan
oleh pelajar berdasarkan kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran
dan tahap kebolehan mereka.
 Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai
dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk dibekalkan di
pusat sumber sekolah.
 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang
disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah.
 Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap
peperiksaan sekolah (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun) dan
mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pengajaran dan
pembelajaran.
 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali sepenggal
dan mengadakan perjumpaan secara 'ad-hoc' bila dan jika perlu.
 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah
dan menjalin hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai
matlamat pengajaran dan pembelajaran.
 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan
panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan.
 Bekerjsama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke
arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu.
 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit
mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia.
 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat,
surat menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan.
 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara
formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-
masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang
berhubung denga kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada
masalah atau isu tersebut.
 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah
 Mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain.
PERANCANGAN
PEMBELAJARAN
Perancangan pembelajaran ini boleh dibahagikan
kepada dua aspek iaitu :

1. rancangan tahunan/ rancangan semester

2. rancangan pengajaran harian (RPH)

3. Cari contoh RPH


Rancangan Tahunan
 Rancangan Tahunan/Semester adalah berdasarkan takwim minggu
persekolahan. Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester ini perlu
disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum sesi
persekolahan bermula yang mana ianya berfungsi sebagai panduan
bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan ini
perlu dibuat untuk tempoh satu tahun bagi satu-satu mata pelajaran.
• Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester merangkumi hal-hal
yang berikut :
1. Skop kemahiran bagi setahun
2. Senarai kemahiran-kemahiran
3. Skop pelajaran yang perlu , untuk menguasai kemahiran-kemahiran
tersebut.
4. Rujukan sukatan pelajaran.
Kepentingan rancangan pengajaran tahunan
i. Sebagai medium panduan yang menyeluruh kepada semua guru dalam
melaksanakan sesuatu pengajaran.
ii. Turut bertujuan untuk mencegah daripada berlakunya pemesongan topik
dalam sesuatu pengajaran demi mencapai matlamat mata pelajaran
tertentu.
iii. Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester juga bertujuan
untuk memastikan susunan topik-topik agar teratur mengikut
perkembangan dan kebolehan murid-murid.
iv. Selain itu, penyediaan RPT ini adalah untuk memudahkan guru pengganti
menggambil alih tugas guru yang sebelumnya tanpa teraba-teraba untuk
meneruskan pengajaran.
v. Dalam masa yang sama, Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester juga
berperanan sebagai penyelaras bagi penyediaan soalan untuk ujian
bulanan dan peperiksaan.
vi. Terakhir ialah Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester ini dapat
membantu guru untuk menyemak topik yang telah diajar dan topik yang
akan diajar dengan lebih mudah.
Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran
Harian

Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan


Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,cara
bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan
sejauh mana objektif itu tercapai.Dalam erti kata lain,
Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan
oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan juga
merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci
yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis
bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang
telah ditetapkan.
Elemen yang perlu ada dalam Rancangan Pengajaran Harian :

1. Kumpulan sasaran (Kelas)


2. Tarikh dan masa
3. Mata pelajaran
4. Tema/Tajuk
5. Bidang pembelajaran
6. Tujuan
7. Hasil pembelajaran : kognitif, psikomotor dan afektif.
8. Konsep utama
9. Bahan, pealatan dan bahan sumber.
10. Langkah keselamatan/berjaga-jaga
11. Strategi/Aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
12. Penaksiran dan penilaian pembelajaran.
Kepentingan-Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian :

i. Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran


tercapai.
ii. Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.
iii. Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara
yang hendak diajarkan.
iv. Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang
diperuntukkan.
v. Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi
pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid
mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang
dikehendaki.
vi. Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang
lebih tersusun dan bersistem.
vii. Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
viii. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.
ix. Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
x. Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu
untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.
STRATEGI DAN TEKNIK
PENGURUSAN
 Strategi merupakan kaedah dan teknik yang dirancang dan digunakan
dalam satu-satu pengurusan pengajaran. Manakala teknik merujuk kepada
unit-unit kecil yang terkandung dalam sesuatu kaedah. Teknik merangkumi
aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru. Selaku guru, anda biasanya sering
mengamalkan pelbagai strategi dan teknik pengurusan yang bersesuaian
dengan keperluan dan kehendak sekolah seterusnya pelajar. Sebagaimana
yang kita ketahui bahawa kepimpinan merupakan satu proses
mempengaruhi dan mengarahkan ahli-ahli dalam panitia supaya mereka
turut menyumbang ke arah pencapaian matlamat panitia dan seterusnya
sekolah.
 Terutamanya kepada ketua panitia, mereka boleh memilih sam ada
menggunakan strategi pengurusan saintifik, pengurusan pentadbiran
ataupun pengurusan birokrasi. Di mana ketiga-tiga strategi ini saling
berkaitan antara satu sama lain dan ia boleh digunakan mengikut keperluan
dan kesesuaian persekitaran budaya kerja di sekolah.
Terdapat beberapa kepentingan perancangan strategik di dalam
organisasi yang dapat dikemukakan disini antaranya ialah:

Pengurusan Yang Lebih Baik


Dengan adanya perancangan strategik, pengurus akan dapat
membentuk suatu konsep yang jelas dan lengkap bagi sesebuah
organisasi. Proses ini akan membantu para pengurus untuk menilai
kekuatan dalaman serta kekuatan luaran organisasinya dalam
menangani cabaran. Dengan perancangan ini, matlamat serta objektif
sesebuah organisasi akan lebih jelas dan memudahkan pengurus
untuk membuat keputusan bagi mencapai matlamat tersebut.
Bertindak Balas Kepada Perubahan
Persekitaran
Dengan adanya perancangan strategik pengurus
akan dapat menangani masalah yang tidak dijangka
sekiranya persekitaran berubah. Ini kerana
perancangan strategik telah membantu para pengurus
dalam membuat persiapan awal bagi menangani
permasalahan tersebut. Pengurus akan membuat
keputusan berdasarkan situasi terkini untukkeperluan
di masa hadapan. Contohnya, sekiranya situasi
organisasi dalam keadaan yang agak perlahan maka
pengurus boleh menetapkan matlamat organisasinya
berdasarkan pengalaman masa lalu yang berkaitan.