Anda di halaman 1dari 14

DISIPLIN DALAM

PEKERJAAN

Disediakan oleh En Alfi Afham Bin Ishak


PENDAHULUAN
• Pekerjaan adalah satu keperluan yang teramat penting kepada manusia.
Kehidupan kita bergantung kepada kerja. Ini kerana ia merupakan sumber ekonomi
untuk keperluan. Pekerjaan juga boleh mengangkat status dan pengiktirafan
seseorang individu dalam masyarakatnya. Selain itu, pekerjaan juga meletakkan
nilai dan harga diri seseorang.
• Agama amat menggalakkan setiap penganutnya bekerja dan tidak meminta-
minta. Ia merupakan tuntutan yang perlu dilaksanakan dengan jujur dan amanah.
Dengan pekerjaan inilah kita dapat memberi nafkah untuk diri dan keluarga di
samping membangun ekonomi bangsa serta negara.
• kebanyakan mereka yang berjaya adalah orang yang berdisiplin dalam kerja.
Dengan memiliki disiplin membolehkan seseorang itu menjadi pekerja yang
berkreativiti dan berkualiti. Untuk menjadi pekerja yang berkreativiti dan berkualiti ini
memerlukan banyak kemahiran dan pengalaman. diperoleh dengan
adanya DISIPLIN.
PENGERTIAN DISIPLIN
• Disiplin merujuk pada kepatuhan pekerja kepada dasar-dasar, peraturan-
peraturan dan prosedur-prosedur organisasi bagi tujuan menjaga
ketenteraman di tempat kerja agar objektif organisasi dapat dicapai.
• Tujuan utama sistem displin adalah untuk memastikan tingkah laku kerja
para pekerja tidak bercanggah dengan matlamat-matlamat organisasi.
• Tindakan disiplin merupakan hukuman majikan yang dikenakan terhadap
pekerja dengan sebab prestasi yang tidak memuaskan atau kerana salah
laku.
• Prestasi yang tidak memuaskan dikatakan berlaku apabila seseorang
pekerja sentiasa gagal melakukan tugas-tugasnya dengan cara yang
memuaskan, mengikut piawai-piawai yang ditetapkan oleh organisasi.
• Dalam keadaan yang demikian, pihak majikan harus mengenal pasti dan
menentukan sebab-sebab berlakunya prestasi yang tidak memuaskan itu
dan berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.
SALAH LAKU
• Salah laku berlaku apabila seseorang pekerja sengaja mencabuli
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh majikan.
• Salah laku boleh dibahagikan kepada dua iaitu salah laku yang kecil dan
salah laku yang besar.
• Sukar untuk memutuskan dengan jelas salah laku yang mana harus
disifatkan sedemikian.
• Sama ada sesuatu salah laku dianggap serius atau tidak banyak
bergantung pada jenis perniagaan yang dijalankan, jenis kerja pesalah laku
dan keadaan sekitar salah laku.
• sebelum sebarang tindakan disiplin diambil, pekerja tersebut harus diberi
amaran serta peluang yang mencukupi untuk memperbaiki prestasinya.
SALAH LAKU KECIL YANG
DILAKUKAN OLEH PEKERJA :

• Lewat masuk kerja


• Tidak merakamkan waktu masuk kerja
• Bertingkah laku tidak sopan
• Mengunakan bahasa pertuturan yang kurang sopan
• Tidak memberi tumpuan sepenuhnya pada pekerjaan
• Mengabaikan keselamatan sekeliling
• Meletakakan sesuatu peralatan tidak kena pada tempatnya
SALAH LAKU BESAR YANG SELALU
BERLAKU DI TEMPAT KERJA :

• Mencuri
• Menipu
• Bergaduh pada waktu kerja
• Sengaja merosakkan harta benda syarikat
• Berada dalam keadaan mabuk ataupun khayal disebabkan pengambilan
bahang terlarang
• Engkar arahan ketua ataupun Pengurus
• Ponteng kerja [Tampa alasan yang kukuh]
• Kerja Tidak mencukupi Masa yg ditetapkan [Tanpa alasan kukuh]
CARA MENGATASI MASALAH DISIPLIN PEKERJA

• Bagi seseorang pekerja,mereka memerlukan ketenangan


pada waktu bekerja atau,ini karena tahap emosional
seseorang mampu memberi pengaruh yang buruk pada
pekerja itu sendiri dan pekerja lain
• Mampu mengugat hasil kualiti kerja yang dilakukan
• Akan mendatangkan kerugian bagi pihak syarikat yang
bertangungjawab
• Langkah keperluan pekerja yang perlu diambil berat
adalah :
KEPERLUAN FISIOLOGI

• Menjaga keperluan ini amat lah penting karena ini


merupakan keperluan asas manusia seperti makanan, tidur
dan tempat kediaman.

• Sekiranya salah satu daripada keperluan ini tidak dipenuhi,


ia akan mempengaruhi arah fokuspekerja semasa
menjalankan sesuatu tugas.
KEPERLUAN KESELAMATAN

Tahap keselamatan pekerja haruslah dititik beratkan


antaranya keselamatan peribadi,keselamatan
kewangan, kesihatan dan tidak akan menjadi
mangsa penyalahgunaan kuasa.
KEPERLUAN SOSIAL

• Inilah keperluan manusia yang semulajadi untuk


dicintai dan merasai perasaan "kekitaan".
• Semua pekerja perlu merasai bahawa mereka
diperlukan dan mempunyai peranan tersendiri di
dalam organisasi.
• Jika dipenuhi, perasaan ketegangan dan tekanan
("stress") di kalangan pekerja dapat dielakkan atau
dikurangkan.
KEPERLUAN KEHORMATAN DIRI

• Keperluan ini ada kaitan dengan keperluan pekerja


untuk dihormati dan diberi peluang menghormati
orang lain.
• Beri mereka tugas yang boleh memberimereka
peluang untuk memberi sumbangan.
• meningkatkan "penghormatan diri" (self-esteem.)
KEPERLUAN PERTINGKAT MUTU JATI DIRI

Keperluan ini berkaitan dengan keperluan


untuk mencapai cita-cita diri sendiri mengikut
potensi seseorang manusia (pekerja).
KEPERLUAN MOTIVASI

Ini sangat penting karena setiap info maklumat yang


diberikan pada pekerja dapat memberi panduan
pada pekerja,juga meningkatkan mutu kerja dengan
adanya motivasi akan menanbahkan lagi sikap yakin
pada diri dan kewajiapan seorang pekerja pada
amnya
KESIMPULAN
Peranan disiplin dalan kehidupan seharian manusia amat
penting,dengan kehidupan yang lebih berdisiplin kita akan
lebih disenangi banyak pihak antaranya majikan tempat kita
bekerja,ahli organisasi yang kita sertai,sahabat handai dan
juga masyarakat setempat,dengan adanya disiplin yang
tinggi ia akan menjamin peluang kerjaya kita dan
seandainya kita adalah seorang pekerja ia akan membantu
kita mendapat layanan yang setimpal dengan
pengorbanan yang kita lakukan