Anda di halaman 1dari 20

Konsep dan Definisi

Kecergasan
pengenalan
• Perkataan kecergasan atau fitness berkaitan rapat
dengan sukan.
• Kecergasan mempunyai makna yang pelbagai kepada
orang ramai.
• Jurulatih sukan seharusnya memahami konsep
kecergasan kerana kecergasan adalah kunci kepada
kejayaan atlet.
• Kecergasan biasanya mempengaruhi
kemahiran, keyakinan dan prestasi
keseluruhan atlet.
Konsep kecergasan menyeluruh
(total fitness)
Menurut Haji Gapor Ahmad (2007)..
 Kecergasan adalah keupayaan dan kemampuan
melakukan sesuatu dengan sempurna.
 Melibatkan aspek fisiologikal, psikologikal dan
sosiologikal.
 Kecergasan secara total boleh digambarkan sebagai
keupayaan menjalani kehidupan sempurna serta mampu
memberi sumbangan dan perkhidmatan yang terbaik.
 Kecergasan merangkumi aspek fizikal, mental, emosi dan
sosial. Setiap satu saling bantu-membantu. Jika satu
terganggu maka yang lain akan terjejas dan prestasi
individu berkenaan akan mendapat kesan.
Konsep kecergasan menyeluruh
(a) Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk
berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran
dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa
lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai
lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.
(b) Kecergasan Mental
Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk
berfikir dan menggunakan maklumat untuk
meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi
secara optimal.
Konsep kecergasan menyeluruh
(c) Kecergasan Sosial
Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi
dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna
supaya dapat
meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dalam
hubungan ini.
(d) Kecergasan Emosi
Kecergasaan emosi adalah keupayaan individu
menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri
secara membina, proaktif, dan optimistik.
(e) Kecergasan Rohani
Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk
satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta
menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang
bermakna dan konstruktif.
Konsep kecergasan menyeluruh
SOSIAL

BERLANDASKAN
MENTAL KESIHATAN
KECERGASAN
(FITNESS) FIZIKAL
BERLANDASKAN
EMOSI PERLAKUAN

ROHANI
Konsep kecergasan fizikal
• Adalah keupayaan menjalankan “tugas” harian tanpa
berasa cepat lesu dan masih bertenaga untuk
berekreasi serta boleh bertindak pantas bagi
menangani kecemasan.
• Melibatkan fungsi pergerakan anggota dan organ
tubuh badan. Jika seseorang itu cergas secara fizikal,
badannya akan berfungsi dengan efisien menjalankan
sebarang tugas atau aktiviti harian disamping
mempunyai tenaga untuk beriadah dan mengatasi
kecemasan.
• Kecergasan fizikal boleh dinilai dengan cara ujian
berbentuk perlakuan atau kemampuan jasmani.
Kecergasan berasaskan
kesihatan
Terbahagi kepada 5 komponen :
i. Daya Tahan Kardiovaskular
ii. Kekuatan
iii. Daya Tahan Otot
iv. Kelembutan/kelenturan
v. Komposisi Badan
KECERGASAN BERASASKAN KESIHATAN
Falls (1980)
• Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek
yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang
dipercayai memberi seseorang individu perlindungan dari
ancaman penyakit-penyakit hipokinetik (kekurangan
pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan
berbagai-bagai penyakit otot dan tulang.
• Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi-
fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkan
beliau bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih tenaga
daya kuasa, kekuatan, daya tahan, kemahiran dan
sebagainya"
I. Daya tahan KARDIOVASKULAR
• Terdapat situasi di mana seseorang itu mungkin
boleh bekerja keras tetapi ia tidak boleh bekerja
untuk masa panjang. Ini disebabkan ia tidak dapat
bekalan tenaga yang cukup. Jantung, darah dan paru-
parunya tidak efisien.
• Sekiranya darahnya dapat dibekal dengan oksigen
dengan sempurna dan jantung kuat untuk
mengepam darah itu ke seluruh badan, maka
dikatakan individu itu mempunyai kecergasan dan
dayatahan kardiovaskular.
• Dayatahan kardiovaskular merupakan bentuk
dayatahan otot khas tertinggi yang melibatkan
terutamanya jantung, saluran darah dan paru-paru.
• Keupayaan sistem pernafasan dan sistem pengaliran
darah membekalkan sel-sel badan dan organ-organ
di dalamnya dengan keperluan-keperluan oksigen
bagi melakukan kerja untuk jangkamasa panjang.
• Daya kadiovaskular juga dikenali sebagai
kecergasan aerobik, kuasa aerobik atau
dayatahan aerobik kerana komponen kecergasan
jasmani ini melibatkan sistem tenaga aerobik.
Kecergasan karsdiovaskular dapat mengawal
penyakit jantung dan kegemukan.
• Bagi menentukan taraf kecergasan aerobik
seseorang ialah dengan mengambil kadar nadi
rehat. Nadi rehat yang rendah menandakan
kecergasan jantung yang baik.
ii. Kekuatan Otot
• Manusia hidup bergerak. Pergerakan adalah hasil kucupan
otot. Bila otot kuat, maka tarikan dari kucupannya adalah
kuat dan mampulah otot itu mengatasi rintangan atau
beban yang dikenakan keatasnya.
• Kekuatan otot membolehkan manusia mengerjakan
berbagai-bagai aktiviti.Segala aktiviti ini dapat dilakukan
dengan senang.
• Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot
mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja)
ataupun jumlah tenaga luaran yang boleh dihasilkan oleh
otot. Kuasa kontraksi otot yang maksima.
• Pada lazimnya ia diukur dengan jumlah berat yang boleh
diangkat oleh seseorang. Dinometer atau tensiometer
dapat menentukan daya yang dikeluarkan oleh kumpulan
otot.
Iii. daya tahan otot
• Daya tahan otot ialah keupayaan seseorang
melakukan kegiatan-kegiatan yang membebankan
anggota-anggota badan secara berterusan.
Contohnya, pukulan badminton atau tenis yang
berulang-ulang kali memerlukan daya tahan otot
tangan.
• Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot
menghasilkan daya berulang-ulang bagi suatu
jangkamasa tertentu atau otot-otot menguncup
untuk satu masa.
• Kuasa Otot - Kemampuan otot mengeluarkan daya
yang maksima dalam keadaan eksplosif dalam
jangkamasa yang terpendek sekali.
iv. Kelembutan / kelenturan (flexibility)
• Adalah keupayaan anggota badan bergerak di sesuatu
sendi tertentu melalui satu lingkungan atau julat
pergerakan yang biasa.
• Kelenturan tiap-tiap anggota tubuh adalah spesifik
kepada otot dan sendi tertentu, otot dan sendi-sendi
untuk membenarkan pergerakan yang licin
tanpa menghadapi rintangan. Hasil pergerakan
biasanya ditentukan oleh panjangnya otot-otot,
ligamen, tendon-tendon dan struktur sendi-sendi
seseorang itu.
• Contoh : perbuatan menjangkau, melentur,
membongkok dan melentik badan.
• Kelenturan otot dan anggota badan meningkat
apabila suhu badan dinaikkan sedikit. Apabila
suhu badan menurun kemungkinan besar
tubuh badan akan kehilangan sehingga 20
peratus kelenturannya.
• Ada tiga jenis fleksibiliti
1) Fleksibiliti aktif dinamik
2) Fleksibiliti aktif statik
3) Fleksibiliti pasif
v. Komposisi badan
• Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan
ialah lemak, otot-otot dan tulang-tulang. Penentuan isi
kandungan badan menunjukkan peratusan (%) lemak
badan yang dibandingkan dengan isi kandungan otot-
otot dan tulang-tulang. Lebihan peratusan lemak dalam
badan akan menimbulkan masalah kegemukan.
• Kegemukan, seperti darah tinggi dan anaemia adalah
satu simpton bukannya satu penyakit Ia boleh
dikatakan satu keadaan di mana lemak badan
seseorang lelaki itu berjumlah 20 peratus atau lebih
daripada keseluruhan berat badannya. Bagi seorang
wanita pula, apabila lemak badannya berjumlah lebih
30 peratus atau lebih daripada keseluruhan berat
badannya.
• Wanita memerlukan lebih sedikit lemak badan
daripada lelaki. Bagi wanita, peratus lemak badan
yang tinggi sedikit daripada lelaki adalah untuk
meseimbangkannya dengan kadar metabolisma
basal yang lebih rendah. Wanita juga
memerlukan kurang kalori daripada lelaki. Purata
kadar lemak badan seseorang lelaki kira-kira 12 -
15 peratus sahaja. Bagi wanita pula ialah kira-kira
22 - 23 peratus.
• Terdapat beberapa sebab kegemukan terdiri
daripada sebab biologi, emosi, persekitaran,
malas melakukan aktiviti fizikal dan lain-lain.
Rumusan..
• untuk menjadi cergas seseorang itu mesti
mempunyai sebahagian daripada komponen
kecergasan berasaskan kesihatan/ fizikal.
Individu yang mempunyai kecergasan
berasaskan kesihatan mungkin kurang
mengalami penyakit hipokinetik seperti sakit
jantung, tekanan darah tinggi, sakit belakang
dan obesiti.
kesimpulan
• Kesemua sebelas komponen kecergasan fizikal yang
berlandaskan kesihatan dan perlakuan sukan mesti
ditingkatkan melalui latihan tertentu untuk
mendapatkan kecergasan fizikal total dan sempurna.
• Jika kita mengabaikan mana-mana komponen,
dikhuatiri ia menjadi punca kelemahan dalam
kecergasan fizikal.
• Usaha meningkatkan kecergasan fizikal memerlukan
latihan sepanjang musim. Jika latihan tidak konsisten,
kecergasan akan merosot dengan cepat sedangkan
usaha untuk meningkatkannya memakan masa dan
kegigihan.

Anda mungkin juga menyukai