Anda di halaman 1dari 13

BMMB 3103

Disediakan oleh
Darayani Johari
Konsep Kreativiti
Kamus Dewan Edisi keempat (2005)
mendefinisikan kreatif sebagai
mempunyai kebolehan mencipta,
menghasilkan dan mengembangkan
sesuatu idea baru dan asli.
Konsep Kreativiti
Kreativiti bagai intan yang terbenam
dalam lumpur. Ia perlu digilap. Anda
memilikinya dan apa yang perlu
dilakukan ialah mengenalpasti
kelebihan sendiri. Dengannya anda
boleh menuju ke puncak asalkan anda
tak jemu berusaha.
(Hizairi Othman)
Konsep Kreativiti
Kreativiti ialah tenaga yang tidak wujud
pada mata kasar tetapi diketahui ada.
Ia adalah suatu “divine gift” yang
subjektif sifatnya seperti mencari
tempat di mana roh berada. Ia tidak
boleh diukur secara empiris.
(Hizairi Othman)
Konsep Kreativiti
Penulisan kreatif pada dasarnya ialah
proses penciptaan karya sastera. Penulisan
kreatif bermula dari tercetusnya idea (yang
disebut sebagai mendapat ilham), memikir
dan mematangkan idea tersebut, mengolah
dalam bentuk tulisan dalam pelbagai genre,
dan seterusnya memperbaiki dan
memurnikan sehingga lahir sebuah karya
yang baru.
Peribadi Kreatif
Menurut A. Samad Said;
Biasanya insan seni amat berhati-hati,
sentiasa menghalusi, sentiasa menilai,
rajin. Berwaras dan bersabar mengeram
sesuatu sebelum mencernanya menjadi
karya seni.
Seniman adalah petani seni yang berfikir
di samping cepat tersentuh oleh sesuatu
angin peristiwa atau ribut pengalaman.
Individu Kreatif
Para penyelidik mendapati individu kreatif
memiliki ciri-ciri berikut:
1. Mereka mempunyai jiwa merdeka, tidak
suka dikongkong, tidak suka terikut-ikut
dan tidak peduli pada kritikan orang.
2. Mereka tidak dahagakan pengiktirafan,
puji-pujian atau ganjaran daripada orang
lain. Mereka mampu memuji dan
mengkritik diri sendiri
Individu Kreatif
3. Mereka berani membuat keputusan dan
sedia bertanggungjawab atas risiko
keputusan mereka. Meraka tidak suka
undian dalam mesyuarat atau akur pada
tekanan luar.
4. Mereka bersikap terbuka dan sedia
menerima kenyataan bahawa ada
kalanya mereka tidak rasional. Oleh itu,
mereka toleran terhadap kritikan orang.
Individu Kreatif
5. Peribadi mereka stabil. Mereka tidak
akan berubah-ubah ikut tekanan-tekanan
dan luar.
6. Meminati seni dan berjiwa halus.
7. Berperangai dominan dan asertif, tidak
suka jadi pengikut dan kecewa apabila
orang tidak mengikut pemikirannya.
8. Jiwa lebih kompleks, sukar difahami oleh
orang lain.
Individu Kreatif
9. Mudah menerima hakikat akan
kelemahan dan kekurangan yang ada
pada dirinya, oleh itu mudah mengaku
apabila dia membuat kesilapan.
10.Lebih panjang akal, tidak mahu
menerima jawapan ‘TIDAK’ dan akan
terus berusaha.
11.Berani dan suka mencuba perkara baru
yang tinggi risikonya.
Individu Kreatif
12.Berjiwa radikal, berani mencabar
perkara-perkara pokok, tidak takut
berenang menongkah arus.
13.Dapat mengawal diri sendiri.
14.Kemungkinan besar mereka introvert,
banyak bercakap dengan diri sendiri.
(Berfikir Seperti Invertor, Ainon Mohd &
Abdullah Hassan, 2005)
Ciri-ciri Peribadi Kreatif
“Ciri utama orang yang kreatif ialah mereka
memiliki autonomi intelektual yang tinggi.
Mereka membuat keputusan berdasarkan
pendapat peribadi sendiri. Oleh itu golongan
ini tidak suka terikut-ikut pendapat orang
ramai dan mereka tak mahu mengalah pada
tekanan masyarakat. Dalam erti kata lain
merekatidak memiliki mentaliti “apa orang
lain kata”
(Ainon Mohd & Abdullah Hassan,1997)
“Penulis tidak lahir dari bancuhan pena dan
mesin taip/komputer saja. Pengamatannya
terhadap dunia, penglibatan dalam
kehidupan yang menggugat dan sikapnya
yang ditapis dari segala gelora kehidupan di
sekelilingnya, adalah tangga-tangga
terpenting yang perlu dinaiki dulu”
(A. Samad Said, 1980)