Anda di halaman 1dari 15

RPH

KARANGAN : CIRI – CIRI PELAJAR CEMERLANG

OLEH : PN NUR HABIBAH BT YUSUF


KARANGAN CERAMAH
• Contoh Soalan Karangan Ceramah PT3

• Ceramah telah disampaikan oleh anda selaku seorang guru kaunselor kepada
para pelajar sempena program motivasi di sekolah. ‘Ciri-ciri Pelajar
Cemerlang’ merupakan tajuk ceramah anda. Anda diminta untuk menulis
teks ceramah dengan selengkapnya.
Analisis soalan :

• Tema/Isu : Pelajar yang cemerlang


• Tugasan/ Arahan : Ciri-ciri pelajar cemerlang yang harus ada
• Format karangan : Ceramah
• Rangka Isi Butiran
RANGKA KARANGAN
• Pendahuluan Kata alu-aluan format ceramah hendaklah diberikan
• – Konsep dan prinsip pelajar cemerlang, mengapa pelajar harus cemerlang, gambaran kecemerlangan, peribahasa
• Isi
• Karangan Cemerlang di dalam akademik
• – Pencapaian memberangsangkan dalam pembelajaran, pencapaian dalam
• peperiksaan awam, dan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
• Cemerlang di dalam kokurikulum
• – Penglibatan dalam apa jua program, perkhidmatab dan sumbangan serta
• kepimpinan
• Cemerlang disiplin
• – Peraturan dipatuhi, masa ditepati, tugas dapat diselesaikan
• Cemerlang sahsiah
• – sopan-santun, baik budi pekerti, asertif, boleh dipercayai
• Pegangan agama yang teguh
• PenutupKonkusi atau kesimpulan am, saranan, nasihat dan harapan
• Yang berusaha, ahli jawatankuasa program motivasi ‘Destinasi Permata’, yang saya hormati
para guru serta pelajar-pelajar SMK Invictus yang disayangi sekalian. Assalamualaikum dan
selamat sejahtera saya ucapkan.

• Terlebih dahulu, marilah kita semua merakamkan dan memanjatkan kesyukuran


kepada Tuhan kerana pada yang mulia ini, kita dapat berkumpul bersama-sama dalam
program motivasi ‘Destinasi Permata’ yang sangat berfaedah terutama kepada para pelajar
peperiksaan umum tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan PPMR dan juga
SPM yang akan menyusul tidak lama sahaja lagi. ‘Ciri-ciri Pelajar Cemerlang’ adalah tajuk
ceramah yang akan saya kongsikan pada hari ini.
• Hadirin dan hadirat sekalian,

• Kecemerlangan dalam kehidupan pasti diimpikan dan diinginkan oleh


semua insan. Malah, keinginan menjadi pelajar cemerlang juga sudah tentu
diinginkan oleh semua pelajar yang berada di dalam Dewan Indah yang
permai dan harmoni ini. Pendek kata, semua pelajar mahu cemerlang dan
berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Contohnya, kecemerlangan dalam
bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan sebagainya diimpikan oleh para
pelajar. Pelajar yang cemerlang adalah seperti umpama benih yang baik,
campak ke laut mejadi pulau. Persoalannya, apakah sebenarnya ciri-ciri yang
diperlukan untuk menjadi pelajar yang cemerlang? Apakah pelajar di hadapan
saya ini adalah kategori pelajar yang cemerlang? Bersedialah wahai para
pelajar, tajuk ciri-ciri yang cemerlang akan dikupas sebentar lagi.
• Para pelajar yang saya sayangi sekalian,

• Memang tidak dapat dinafikan, ciri pelajar cemerlang yang sering ditonjolkan
dan ditunjukkan ialah dari segi pencapaian akademik. Pencapaian akademik yang
memberangsangkan dalam setiap ujian dan peperiksaan akan diusahakan dan
dipastikan oleh pelajar cemerlang ini. Contohnya, pelajar cemerlang akan
mengutamakan pembelajaran menerusi aktiviti terancang di bilik darjah, dan
pembelajaran menerusi aktiviti yang terancang dan teratur di dalam kelas, dan
pembelajaran kendiri serta kumpulan dan kelompok sebaya di luar pembelajaran luar
kelas. Bagi memperoleh hasil pembelajaran yang maksimum dan optimus, segala
potensi dan kelebihan yang ada di dalam diri akan sentiasa digembleng. Matlamat
pembelajaran yang logik dan munasabah akan ditetapkan oleh mereka dan
seterusnya berusaha dan fokus untuk mencapainya. Dengan itu, sebarang bentuk
gangguan dan masalah akan diketepikan oleh pelajar cemerlang untuk memastikan
mereka sentiasa cemerlang dalam pencapaian akademik.
• Selain itu, tumpuan yang sepenuhnya terhadap aktiviti pembelajaran
terancang bersama para guru sentiasa diberikan oleh pelajar cemerlang
semasa berada di dalam kelas. Sebagai contoh, motivasi pembelajaran yang
optimum dan maksimum akan ditunjukkan oleh pelajar cemerlang dengan
memberikan kerjasama dan sepenuh perhatian yang tidak berbelah bahagi.
Hasutan negatif tidak mengira sama ada dari segi dalaman atau luaran diri
sendiri mahupun persekitarannya tidak akan mudah dipengaruhi oleh
golongan cemerlang ini. Syarat yang banyak tidak akan dikenakan oleh pelajar
cemerlang dalam pembelajaran hingga semuanya berkenan di hati. Mereka
tidak mempunyai sifat dan elemen sentimental dengan terlalu mengharapkan
tentang guru yang hebat sempurna atau persekitaran dan suasana kelas yang
sempurna. Mereka mempunyai ketahanan dalam menerima iklim
pembelajaran yang seadanya.
• Demikian juga, peranan yang seimbang akan ditampilkan oleh pelajar
cemerlang terutama apabila kumpulan belajar disertai atau tugasan kumpulan
dilaksanakan, mereka tidak hanya sebagai penumpang dan tidak pula terlalu
menonjol. Mereka mempunyai kesabaran untuk mendengar idea rakan
sekumpulan walapun sebenarnya banyak idea bernas dimilik oleh pelajar
cemerlang ini. Pelajar cemerlang akan menjadi pemimpin yang adil dan boleh
dipercayai dan tidak cuba untuk terlalu menguasai sesuatu perbincangan.
Persediaan yang mencukupi akan disediakan oleh mereka dan bukan hanya
dengan tanan kosong sahaja. Impak dan kesan positif akan sentiasa
ditinggalkan oleh pelajar cemerlang ini dengan hadirnya mereka dalam mana-
mana aktiviti pembelajaran yang berorientasikan secara berkumpulan yang
kesan yang diberikan bukan sekadar hanya melukut di tepi gantang, datang
tidak menambah, pergi tidak disuruh.
• Para guru dan para pelajar sekalian,

• Selanjutnya ialah, sasaran yang tinggi hendaklah diletakkan oleh


pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam. Strategi dan usaha yang maksimum dan
optimum hendaklah dibuktikan dan bukan hanya sekadar cakap kosong selaras
dengan sasaran yang dilakukan. Fokus yang berterusan akan dilakukan oleh mereka
terhadap kefahaman yang mendalam terhadap perancangan jawapan yang
bersesuaian dengan kehendak dan tugasan soalan dan tidak hanya melakukan
pergantungan kepada soalan ramalan. Segala kehendak sukatan pelajaran yang
menjadi asas item soalan peperiksaan awam digubal akan dipatuhi oleh pelajar
cemerlang dengan menggunakan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman
pembelajaran di dalam kelas. Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian atau
kursus yang diminati atau kursus yang boleh diklasifikasikan sebagai kritikal boleh
diintai oleh pelajar cemerlang, di samping tempat di institusi pengajian tinggi
terkemuka boleh dilamar berserta tajaan biasiswa yang menarik dan berprestij.
• Adakah ciri pelajar yang cemerlang akan dinilai dengan tingkah laku atau
tindak tanduk yang membawa buku ke sana ke mari sehingga diberikan
gelaran ‘ulat buku’? Sebenarnya, mereka tidak direlakan untuk dilabel dan
dicop sebagai ulat buku semata-mata. Pencapaian yang tinggi dalam bidang
kokurikulum kebiasaannya akan ditunjukkan oleh mereka. Sebenarnya
pelengkap kepada aktiviti kurikulum di dalam kelas ialah bidang kokurikulum.
Aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sebagai platform dan medium dalam
memupuk semangat suka rela dalam perkhidmatan sosial, menggilap bakat
kepimpinan dan suka mendekati aktiviti kebajikan. Pelajar cemerlang akan
menggunakan kebolehan dan potensi diri sama ada sebagai pemimpin,
petugas atau peserta di mana-mana aktiviti persatuan, kelab, unit pakaian
seragam, sukan dan permainan. Sikap ringan tulang dalam menolong pihak
sekolah untuk menjayakan program dan aktiviti kurikulum akan diamalkan
oleh mereka dan seberapa banyak pengalaman akan dicari oleh pelajar
cemerlang ini.
• Pelajar-pelajar yang dihormati sekalian,

• Seperti ramai yang kita sudah tahu disiplin adalah asas bagi sesuatu kejayaan.
Oleh itu, amalan disiplin yang tinggi sangat sinonim dengan pelajar cemerlang. Gelaran
pelajar skema yang patuh dengan segala peraturan sekolah tidak diambil kisah dan peduli
oleh mereka. Pelajar cemerlang tidak berasa kekok dan janggal untuk berbual dan bergaul
mesra dengan rakan yang sinikal dan tidak kurang juga dengan rakan yang kurang beruntung,
walaupun mungkin kelihatan berbeza dari segi tingkah laku dan juga penampilan. Mereka
akan berusaha untuk menjadi contoh tauladan dan peribadi rujukan yang mampu memberi
aura positif dengan mempengaruhi para pelajar untuk lebih bersikap psitif dan optimis
dalam menuntut pengalaman pembelajaran di sekolah. Butiran tunjuk ajar tidak perlu
dijelaskan oleh mereka, sebaliknya cukup dengan pencapaian dan tingkah laku yang
disenangi oleh orang sekelilingnya. Sebagai contoh, ketepatan masa sangat dipentingkan oleh
pelajar cemerlang dan sesuatu tugasan akan sentiasa dilaksanakan sesempurna mungkin.
Pelajar cemerlang tidak akan melaksanakan setiap tugasan yang diberi dengan sambalewa
semata-mata sperti hanya melepaskan batuk di tangga bagi setiap tugasan yang diberi.
Jelaslah disiplin haruslah menjadi prinsip yang harus dipegang oleh pelajar cemerlang dalam
memacu kecemerlangan yang lebih terjamin dalam hidup mereka.
• Seterusnya, sahsiah dan budi pekerti yang murni dan terpuji hendaklah
ditampilkan oleh pelajar cemerlang. Percakapan mereka dihiasi dengan kata-
kata yang baik budi bahasanya dan sopan santun diibaratkan seperti butir-
butir mutiara yang berharga. Rakan akan berasa dilindungi dan selamat
berada di sisi pelajar cemerlang ini kerana mereka ini hanya mendengar
perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat sahaja. Sudah tentu, pelajar
cemerlang juga seperti manusia biasa yang tetap mempunyai kelemahan
tertentu, tetapi mereka akan sedaya upaya untuk mengawal kelemahan yang
dimiliki agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana pihak.
• Akhirnya, sentiasa berpegang teguh pada tali agama adalah antara ciri pelajar
cemerlang yang sangat penting. Kepatuhan dan kepercayaan kepada Tuhan
pencipta sepatutnyalah menjadi tunjung utama dalam kehidupan ini.
Contohnya, pelajar yang cemerlang akan sentiasa berusaha untuk
melaksanakan segala patuhan dan suruhannya dan larangannya haruslah
dijauhi. Malah pegangan agama yang teguh dan kukuh menjadi petunjuk jalan
dan penyuluh supaya sentiasa berada di dalam lorong dan jalan kebenaran.
Hal ini demikian kerana, kecemerlangan di dunia dan akhirat sentiasa
diinginkan dan diimpikan oleh pelajar yang cemerlang.
• Sebelum ceramah pada hari ini ditamatkan, saya percaya tentu para pelajar
mempunyai persoalan yang bermain di dalam minda diri sendiri. Antara
persoalan yang mungkin menerawang di minda ialah apakah ciri-ciri yang
dinyatakan terdapat dalam diri sanubari ini? Mampukah semua ciri-ciri
kecemerlangan tersebut dapat saya garap dengan baik. Jawapannya ialah, usah
khuatir akan potensi dalaman dan luaran diri anda, jika anda mempunyai satu
atau dua ciri sahaja yang ada dalam diri para pelajar ketika ini, saya ucapakan
tahniah dan syabas. Itu merupakan anjakan dan permulaan yang baik untuk
meneruskan bagi mencapai kesemua ciri-ciri kecemerlangan tersebut. Saya
yakin bahawa semua pelajar berpotensi besar untuk mengembangkan bakat
diri untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang
diceburi. Akhir sekali, para pelajar harus menanamkan konsep ini di dalam
diri iaitu di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.