Anda di halaman 1dari 8

GURU SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM


LITERASI DAN NUMERASI
MODUL YANG KHUSUS
• Semasa melaksanakan sesi PdP, guru
menggunakan modul yang khusus untuk
murid LINUS yang mempunyai masalah dalam
Bahasa Melayu dan Matematik.
• Mereka harus diberikan penekanan yang lebih
terperinci dalam setiap topik yang dipelajari
dengan pelbagai teknik pengajaran.
MENGADAKAN INOVASI DALAM
PENDIDIKAN
• Inovasi adalah sesuatu perkara yang perlu
dibuat dengan idea tersendiri bagi
menghasilkan sesuatu yang lain yang kreatif.
• Guru dapat menjalankan PdP dengan lebih
baik apabila menggunakan inovasi yang
dihasilkan khas untuk masalah yang telah
dikenalpasti terhadap murid tersebut.
SOKONGAN ICT
• Tekonologi informasi dan Perhubungan (ICT) boleh
membantu meningkatkan pembelajaran pelajar dan
membantu kaedah pengajaran guru yang lebih baik.
• Melalui ICT, dengan mudah gambaran dapat digunakan
untuk pengajaran dan meninigkatkan memori pelajar.
• Selain itu, melalui ICT juga guru dengan mudah dapat
menjelaskan arahan kompleks untuk pemahaman
pelajar.
• Guru boleh membuat sesi interaktif dan membuat
pelajaran lebih menarik, yang boleh meningkatkan
kehadiran pelajar serta konsentrasi.
MENGADAKAN KAJIAN TINDAKAN
• Kajian tindakan dijalankan untuk
menambahbaik di antara cara pengajaran guru
atau memperbaiki kelemahan murid dengan
strategi yang baru.
• Guru akan mengikut setiap langkah kajian
tindakan untuk melihat keberkesanan
pelaksanaan tindakan terhadap murid-murid
tersebut.
AMALAN KOPERATIF
• Permuafakatan di antara guru lama dan guru
baru dalam perkongsian pengalaman yang
dilalui oleh guru lama dalam bidang
pendidikan dan guru baru melakukan
perkongsian ilmu yang dipelajari di institusi
pengajian tinggi yang pelbagai dari segi
teori,strategi,teknik dan kaedah pengajaran.
MENGADAKAN KURSUS PENDEK
• Kursus-kursus yang dijalankan untuk memberikan
pengetahuan baru tentang sistem pendidikan negara.
• Guru-guru perlu mengemaskini maklumat-maklumat
baru dan memahami situasi murid-murid yang lemah
ini.
• Kursus tentang LINUS perlu diberikan pendedahan
kepada guru aliran perdana supaya mereka tidak
bertanggungjawab terhadap murid-murid ini dan
meminta guru pemulihan memperbetulkan kelemahan
murid-murid ini untuk senormal yang mungkin.
MOTIVASI UNTUK GURU
• Guru yang berkesan dalam menjalankan tugasnya
adalah guru yang bermotivasi dan berjaya
menjadikan pelajarnya bermotivasi dalam
pelajaran.
• Guru perlu menyertai pelbagai program seperti
program semangat berpasukan atau sebarang
program cara menangani tekanan emosi seperti
bengkel pengurusan stres, aktiviti perkembangan
profesional guru serta latihan rekreasi dan
sebagainya dapat membantu meningkatkan
motivasi guru sepanjang masa.

Anda mungkin juga menyukai