Anda di halaman 1dari 2

Perancangan teliti menjadi kunci kejayaan diri

November 28, 2017


APABILA sebut sahaja mengenai permainan video, kebanyakan individu akan beranggapan bahawa ia adalah sejenis hiburan yang membolehkan seseorang individu itu untuk menyempurnakan sesuatu
misi yang telah ditetapkan di alam maya sehingga sempurna tidak mengira sama ada ia bercorak pengembaraan, aksi, pertarungan dan sebagainya.
Namun ia jelas berbeza dalam siri The Sims, sebuah permainan video bercorak simulasi yang mula diperkenalkan pada tahun 2000 diusahakan atas kerjasama di antara Maxis, The Sims Studio dan
Electronic Arts di mana ia lebih realistik dan berupaya untuk memberikan gambaran serta mendidik pemainnya untuk lebih mengenal erti kehidupan dan meningkatkan aspirasi diri.
Sejak daripada itu, sebanyak 200 juta salinan siri permainan tersebut telah berjaya terjual dan kini siri terbaru The Sims 4 pula dilancarkan bagi memenuhi kehendak pengikut setianya.
Meningkatkan aspirasi
Tidak seperti dalam permainan video lain, The Sims 4 tidak memiliki jalan cerita khas yang harus diikuti oleh pemain yang biasanya menjadi landasan ke arah menuju kejayaan.
Permainan video ini membenarkan pemain untuk menggalas peranan dalam mencorak kehidupan satu karakter yang merangkumi pelbagai aspek termasuk pembentukan peribadi diri, pengurusan
masalah, kawalan emosi dan berusaha untuk menjadikan karakter yang dipilih itu menjadi individu yang berjaya.
Berbeza dalam siri terdahulu, The Sims 4 menawarkan pelbagai karakter yang terdiri daripada kategori anak damit, kanak-kanak, remaja, dewasa ataupun warga emas.
Dengan itu, pemain akan berpeluang untuk menjalani kehidupan sekaligus mengenal perasaan yang dialami oleh setiap kategori individu yang ditawarkan tersebut.
Umumnya pada peringkat awal, pemain hanya berpeluang untuk mengawal seorang karakter utama terdiri dari golongan dewasa tidak kira sama ada lelaki atau perempuan.
Dalam usaha untuk menyara kehidupan karakter yang dikawal oleh pemain, maka perkara utama yang harus dilakukan adalah untuk mencari pekerjaan.
Setelah berjaya mendapat pekerjaan, pemain harus sentiasa meningkatkan hubungan sosial karakter dengan melakukan interaksi tidak kira sama ada jiran tetangga ataupun rakan sekerja.
Pelbagai aktiviti menarik yang boleh meningkatkan aspirasi dan kemahiran karakter dalam permainan video ini seperti memasak, bersukan, membaca buku, bersukan, menonton televisyen dan
sebagainya.
Tatkala, semakin kukuhnya aspirasi dan kemahiran diri karakter secara tidak langsung meningkatkan peluang untuk sesuatu karakter itu mencapai kejayaan seperti dinaikkan pangkat, menjalinkan
hubungan persahabatan, menjalinkan hubungan percintaan, berkahwin dan juga membina sebuah institusi keluarga.
Peningkatan dalam pencapaian kehidupan secara tidak langsung memberikan peluang kepada pemain untuk memiliki kewangan kukuh bagi membesarkan ruang kediaman, memperindahkan landskap
dan membeli perabot mewah sekaligus mencetuskan suasana kehidupan karakter yang harmoni.
Para pemain bebas untuk memilih personaliti dan gaya karakter yang dimainkan dalam The Sims 4. Sentiasa jalinkan hubungan baik dengan karakter lain dan karakter yang dipilih itu juga berpeluang
untuk melangkah ke fasa perkahwinan.

Ekonomi dan kewangan yang semakin kukuh juga membolehkan pemain untuk memiliki rumah idaman bagi memberikan keselesaan pada karakter yang dimainkan.
Bersedia hadapi cabaran kehidupan
Realiti sebuah kehidupan manusia tidak pernah bebas daripada berhadapan dengan cabaran dan perkara tersebut juga jelas ditonjolkan dalam permainan video ini.
Masa jelas menjadi salah satu cabaran yang harus ditangani oleh pemain dalam mengawal karakter yang dimainkan.
Pengurusan masa jelas menjadi lebih mencabar terutama apabila karakter yang dimainkan itu telah berhadapan dengan pelbagai komitmen seperti karier, rumah tangga dan sebagainya.
Di samping itu, hubungan sosial di antara satu karakter dengan yang lain juga tidak terlepas menjadi cabaran yang harus dihadapi di mana ukhwah akan terus terjalin jika interaksi dapat dilakukan secara
berterusan dan faktor emosi tidak kira marah, sedih dan sebagainya juga boleh berlaku sekiranya terdapat kepincangan dalam sesebuah perhubungan itu.
Perancangan teliti untuk mencapai sebuah kehidupan sempurna ada kalanya diselangi dengan sesuatu musibah yang tidak pernah dijangka dan begitu juga dalam permainan video ini pemain juga tidak
terlepas daripada menghadapi masalah kecurian, kebakaran dan kematian sekiranya tahap kawalan keselamatan dalam kediaman tidak diselenggarkan dengan sebaiknya.
Justeru, sekiranya pemain berhasrat untuk merasai sebuah kehidupan yang berbeza daripada yang dialami dalam kehidupan sebenar atau berusaha untuk mengenal erti kehidupan dalam meningkatkan
aspirasi diri maka jangan terlepas untuk mencubanya sendiri dalam The Sims 4 yang dikeluarkan untuk platform PlayStation 4 dan X BOX One.

Anda mungkin juga menyukai