Anda di halaman 1dari 26

HARTA INTELEK

PENGENALAN
Harta intelek merupakan salah satu komponen penting
dalam pembangunan ekonomi negara di mana
penghasilan harta intelek yang berterusan dari semasa
ke semasa akan meningkatkan aktiviti pelaburan dan
perdagangan. Harta intelek yang dilindungi di bawah
undang-undang di Malaysia ialah Paten, Cap
Dagangan, Hakcipta, Reka Bentuk Perindustrian, 5
Petunjuk Geografi dan Reka Bentuk Susun Atur Litar
Bersepadu. Varieti Tumbuhan adalah juga komponen
harta intelek dan ianya ditadbirkan oleh Kementerian
Pertanian dan Asas Tani.
1.1.1 Harta intelek

Harta intelek (intellectual property atau IP) dalam bidang


undang-undang merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang
merangkumi pelbagai perkara seperti karya muzik, sastera dan
seni; rekacipta; dan simbol, nama, imej dan reka bentuk yang
digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan,
paten dan hak-hak lain yang berkaitan. Di bawah undang-
undang harta intelek, pemegang salah satu dari harta-harta yang
bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk
harta intelek yang mereka cipta.
Pembangunan harta intelek di dalam sesebuah negara akan
meningkatkan tahap inovasi, ekonomi dan menganjaknya ke
sebuah negara berasaskan ekonomi pengetahuan. Kekuatan
undang-undang harta intelek dalam sesebuah negara juga
dikenal pasti sebagai faktor penting yang mempengaruhi
pelaburan dari luar terutamanya untuk bidang perniagaan yang
berasaskan pengetahuan.

Hari Harta Intelek Sedunia disambut pada 26 April setiap tahun


untuk meningkatkan kesedaran masyarakat awam tentang apa
itu harta intelek dan bagaimana ia menggalak bukan saja
perkembangan muzik, kesenian dan hiburan tetapi juga inovasi
produk dan teknologi.
1.1.2 Harta intelek di Malaysia

Di Malaysia, harta intelek yang dilindungi di bawah undang-


undang adalah paten, hakcipta, cap dagangan, rekabentuk
perindustrian, petunjuk geografi dan reka bentuk susun atur litar
bersepadu. Varieti tumbuhan adalah komponen harta intelek dan
ianya ditadbir oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia. Antara undang-undang yang melindungi harta intelek
adalah:

1. Akta Cap Dagangan 1976

2. Akta Paten 1983

3. Akta Hakcipta 1987

4. Akta Rekabentuk Ciptaan Industri 1996


Mengikut laporan agensi antarabangsa Pertubuhan
Harta Intelek Sedunia (WIPO) mengenai perkembangan
paten di Asia, China, Korea Selatan dan Jepun adalah
negara yang berada di tempat 10 teratas sebagai
negara yang paling banyak menfailkan paten. Untuk
negara seperti Malaysia, terdapat penambahan 70%
jumlah paten yang difailkan pada peringkat
antarabangsa iaitu dari 60 ke 103 pada tahun 2007.
UNDANG-UNDANG SIBER
PENGENALAN
Apakah Undang-Undang Siber ?
• Undang-
undang siber adalah satu rangka perundangan yang komprehen
sif untuk
menggalakkan pelaburan dan perniagaan dalam industri multime
dia dan penggunaan
aplikasi multimedia.
Mengapa undang-undang siber penting ?
• satu komponen penting dalam undang-
undang negara.•Ia diperlukan untuk memacu
pembangunan ICT dengan cara menangani ancaman dan salah
guna terhadap sistem ICT.
1. Apakah tujuan undang-undang siber dibangunkan ?

1.Sebagai panduan dan mengawal industri ICT daripada aktiviti


tidak sah dari segi undang
undang / disalahguna atau aktiviti yang mendorong kepada perl
akuan aktiviti
menyalahgunakan ICT.
2.Menerangkan secara jelas jenis-
jenis kesalahan yang boleh disabitkan berkaitan aktiviti
ICT.
3.Menerangkan dengan jelas hukuman-
hukuman akibat pelanggaran undang-undang
berkaitan ICT.
4.Menyediakan infrastruktur bertulis sebagai sokongan kepada i
nisiatif MSC.
UNDANG-UNDANG SIBER DI
MALAYSIA
Diwujudkan selaras dengan pembangunan
MSC seperti yang terdapat dalam Bil
Jaminan.
Diperkenalkan pada tahun 1996
Diluluskan oleh Parlimen pada Mac 1997
AKTA TANDATANGAN DIGITAL
1997
Akta yang membolehkan tandatangan elektronik dan
bukan tulisan tangan sebagai pengesahan yang
bersamaan dengan tandangan biasa, cap jari dalam
e-dagang dan perundangan.
Tandatangan digital merupakan satu nombor
kekunci yang digunakan bagi tujuan penyulitan dan
tandatangan maklumat digital.
Tujuan pewujudan akta ini adalah untuk mengawal
selia penggunaan tandatangan digital, menjamin
keselamatan penggunaan tandatangan digital
melalui undang-undang dan pengesahan
penggunaannya dengan pengeluaran sijil akuan
AKTA HAKCIPTA (PINDAAN) 1997
Akta ini memberikan perlindungan penuh
kepada pembangun multimedia, memastikan
kerja seseorang pencipta tidak boleh
dipersembah sebagai kerja orang lain,
melarang persembahan sesuatu kerja dalam
bentuk yang telah diubahsuai serta
mengelakkan pindahan dan pengubahsuaian
maklumat pengurusan hak elektronik
AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997
Menjelaskan kesalahan jenayah komputer
dan hukuman jika disabitkan kesalahan
Antara kesalahan dalam akta ini:
Capaian tanpa kuasa ke atas bahan komputer
Capaian tanpa kuasa dengan niat untuk
melakukan atau memudahkan berlakunya
kesalahan lanjut
Pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan mana-
mana komputer dan komunikasi salah
KESALAHAN DI BAWAH
AKTA JENAYAH KOMPUTER
1. Mendapat capaian tanpa kuasa kepada bahan
komputer- S.3 AJK 1997 (denda tidak melebihi
RM50,000 @ penjara tidak lebih 5 tahun)
2. Capaian tanpa kuasa bagi melakukan kesalahan
lanjut- S.4 AJK 1997 (denda tidak melebihi
RM150,000 @ penjara tidak lebih 10 tahun)
3. Pengubahsuaian tanpa kuasa- S.5 AJK 1997 (denda
tidak melebihi RM100,000 @ penjara tidak lebih 7
tahun)
4. Komunikasi salah- S.6 AJK 1997 (denda tidak
melebihi RM25,000 @ penjara tidak lebih 3 tahun)
5. Persubahatan dan percubaan- S.7 AJK 1997
6. Anggapan- S.8 AJK 1997
AKTA TELEPERUBATAN 1997
Definisi Teleperubatan

“ amalan perubatan yang menggunakan


audio, visual, dan komunikasi data dan tidak
menghadkan kepada masa sebenar (real time)
atau instantaneous response, tetapi bukan
bermaksud amalan yang menggunakan mesin
faks atau telefon.”
AKTA TELEPERUBATAN 1997
Akta Teleperubatan meliputi:
Menjelaskan orang yang boleh mengamalkan
teleperubatan,
sijil untuk mengamalkan teleperubatan dan
perolehan kebenaran pesakit berkaitan
pengamalan teleperubatan ke atasnya
AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Akta ini telah menggabungkan penyiaran dan
komunikasi yang menggantikan Akta
Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988.
Telah dikuatkuasakan pada 1 April 1999.
Akta ini menjelaskan kuasa dan tatacara menteri
berkaitan, tribunal rayuan, perlesenan, dan kuasa
dan tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia
Kementerian tenaga, komunikasi dan multimedia
telah ditubuhkan apabila akta ini digazetkan.
AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN
MULTIMEDIA 1998
Akta ini menjelaskan struktur, kuasa, fungsi,
pekerja dan kewangan suruhanjaya ini.
AMALAN KOMPUTER SELAMAT
Menurut Benjamin (Computer Confluence
1997) perkomputeran selamat yang boleh
dilakukan ialah:
i. Berkongsi dengan berhati-hati untuk
mengelakkan jangkitan virus.
ii. Berhati-hati dengan perisian awam seperti
BBS yang selalunya terdapat trojan horse
iii. Jangan cetak rompak perisian
iv. Semak dan buang virus secara kerap dengan
mengunakan aturcara anti-virus
v. Jaga segala storan dengan baik
AMALAN KOMPUTER SELAMAT
Menurut Benjamin (Computer Confluence 1997)
perkomputeran selamat yang boleh dilakukan ialah:
vi. Jaga katalaluan secara serius
vii. Lindungi komputer dan fail jika terdapat maklumat
yang sensitif
viii. Buat salinan dengan kerap
ix. Jika menghantar maklumat yang sensitif malalui
Internet, enkripsi maklumat tersebut
x. Sentiasa bersedia menghadapi situasi yang terburuk
contoh: komputer kena virus
KESIMPULAN
Undang-undang khusus bagi komputer
diperlukan bagi menangani situasi yang
berbeza di alam siber
Tanpa undang-undang ini, maka akan ada
pihak yang akan mengambil kesempatan dan
bermaharajalela menindas golongan yang
lemah dan tidak terdaya.
Walaupun begitu kita sebagai pengguna
komputer perlu berwaspada sentiasa bagi
mengelakkan sesuatu yang tidak diingini.
PLAGIAT / PLAGIARISM
DEFINISI PLAGIARISME
Menurut Kamus Dewan, Plagiat atau ciplak atau plagiarisme
bermaksud “perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau
keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut
sebagai usahanya sendiri (Dewan Bahasa, dan Pustaka)
Terdapat beberapa makna lain yang sama merujuk kepada
plagiat, seperti penciplakan, ambil tanpa sebarang penyataan
(citation), pengakuan karya ilmiah orang lain sebagai karya
sendiri, atau salin dan tampal (copy and paste). Dengan
kemudahan internet pada masa sekarang, lebih ramai penulis
akademik majoritinya pelajar yang meggunakan jalan pintas
dengan menyalin dan menampal sewenang-wenangnya karya
atau hasil kerja penulis akademik di dalam internet.
Plagiat ialah salah satu kesalahan etika dalam
dunia akademik. Ini menyentuh kepada sifat
seorang penulis akademik itu yang
mementingkan diri sendiri, tiada sifat keaslian
pada penulisnya (non-original) dan penipu yakni
meniru kerja orang lain tanpa menyebut (cite)
penuliis asal.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA
PLAGIAT
Antara punca-punca plagiat termasuklah kemudahan teknologi
dihujung jari yang menyumbang kepada kemalasan seseorang
plagiator untuk menjana idea penulisan akademik sendiri, dan
mengambil keputusan untuk melakukan carian di internet,
sekaligus menyalin dan menampal dalam kerja mereka tanpa
menyatakan rujukan samada dalam bentuk end note, foot note,
mahupun rujukan standard.
Selain itu, pelajar yang pemalas dan melakukan kerja-kerja di
saat akhir selalunya akan bertindak untuk melakukan
plagiarisme. Mereka hanya akan mementingkan ‘asal-siap’ untuk
hantar tugasan tepat pada waktunya tanpa sebarang persediaan
pada hari-hari sebelumnya. Cara paling mudah bagi mereka
ialah dengan plagiat.
BENTUK-BENTUK PLAGIAT
Terdapat beberapa bentuk plagiarisme yang
diamalkan, contohnya peniruan secara langsung
satu perkataan ke perkataan yang lain, atau satu
perenggan penuh, atau satu halaman penuh dari
karya orang lain tanpa sebarang rujukan.
Pengubahsuaian perkataan tanpa rujukan juga
dikategorikan sebagai plagiat jika tidak diberikan
rujukan atau tidak disebutkan secara tepat.