•
Pelajar haruslah mempunyai literasi terhadap maklumat dan media atau lebih mudah
lagi disebut celik IT.
• Selaras dengan kemajuan teknologi dan sistem komunikasi yang bertambah canggih
dengan adanya internet dan jalur lebar, maka ini mendorong kepada pengukuhan
kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan.
• Komunikasi yang berkesan juga boleh membantu pelajar abad ke-21 dalam memperoleh
ilmu matematik dengan lebih meluas dalam dunia tanpa sempadan.
• Kemahiran komunikasi adalah amat penting bagi membolehkan pelajar membuat
pertukaran pemikiran dan idea menerusi lisan dan tulisan semasa menyelesaikan
masalah matematik.
Murid boleh berkomunikasi di dalam kelas atau secara atas talian dengan
menggunakan bahan seperti pembentangan , penggunaan kertas mahjong,
powerpoint, gambar rajah melalui “Google drive” atau “Schoology”.