Anda di halaman 1dari 38

KEUTUHAN WACANA

ANIS ARINA BINTI SALDI


AINA NAJIHAH ANUM BINTI MOHD HADZRI
KONSEP KEUTUHAN
WACANA
 Keutuhan wacana dapat dikesan melalui wujudnya susunan yang
berututan atau teratur dalam sesuatu wacana.
 Terdapat dua aspek penting yang menghasilkan wacana yang
utuh, iaitu:
a) Terdapatnya urutan atau koheren (kesinambungan idea yang
menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna dan dapat
difahami.)
b) Wujudnya tautan atau kohesi (keserasian hubungan antara
suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain.)
c) Terdapatnya penanda wacana yang wujud dalam keempat-
empat jenis keutuhan wacana.
Keutuhan
semantik

Jenis-jenis
Keutuhan keutuhan Keutuhan
gramatikal wacana leksikal

Keutuhan
fonologi
 Dari segi etimologi, perkataan semantik yang disebut sebagai
sema dalam bahasaYunani membawa maksud tanda atau
lambang.
 Dari segi bahasa, perkataan semantik merujuk kepada ilmu yang
mengkaji perkaitan antara lambang atau perkataan atau ayat
KONSEP dengan maknanya.
SEMANTIK  Secara umumnya, semantik merupakan kajian berkenaan
dengan makna sesuatu perkataan, frasa dan ayat dalam
sesuatu bahasa yang digunakan dalam komunikasi lisan atau
tulisan.
Kepaduan makna ini dapat
Keutuhan wacana dapat dilihat
dilihat antara bahagian
dari aspek hubungan semantik,
wacana, keseluruhan wacana,
iaitu berdasarkan kepada
situasi sesuatu wacana dan
kepaduan makna yang wujud
unsur-unsur paralinguistik
dalam sesuatu wacana.
yang terdapat dalam wacana.
KEUTUHAN
SEMANTIK
Hubungan
semantik antara
JENIS bahagian-
KEUTUHAN bahagian wacana
WACANA
DARI SEGI
HUBUNGAN Kesatuan latar
SEMANTIK belakang
semantik
1) Hubungan sebab dan akibat

HUBUNGAN
o Contohnya:
SEMANTIK  Dia menyiapkan kerjanya itu sehari suntuk. Dia terlalu penat lalu
ANTARA tertidur.

BAHAGIAN-  Azami sering tidak datang bekerja. Dia diberikan amaran oleh
ketua jabatannya.
BAHAGIAN
WACANA
2) Hubungan sebab dan hasil

o Contohnya:
 Dia seorang yang peramah dan suka berkawan. Dia disenangi dan
mempunyai ramai rakan.
 Dia rajin bertanya dan membaca tentang bahasa. Ilmunya tentang
bahasa amat banyak.
3) Hubungan sebab dan tujuan

o Contohnya:
 Pelajar itu sudah mula menabung. Dia tidak mahu meminjam
wang apabila melanjutkan pengajiannya nanti.
 Karim ke Mekah dalam masa dua bulan lagi. Dia mahu
menunaikan ibadah umrah.
4) Hubungan syarat dan hasil

o Contohnya:
 Kita perlu berdedikasi dalam kerjaya kita. Insya-Allah kita akan
mendapat keberkatan.
 Bersenam dapat menyegarkan aspek fizikal dan minda kita.
Dengan melakukan aktiviti ini kita dapat mengekalkan kesihatan.
5) Hubungan latar dan kesimpulan

o Contohnya:
 Sungguh indah sekali bahasa dalam puisi itu. Rupa-rupanya puisi
itu nukilan Usman Awang.
 Rumah di atas bukit itu cukup cantik. Apa tidaknya, rumah
seorang arkitek ternama.
6) Hubungan perbandingan

o Contohnya:
 Dia cantik. Kakaknya lagi cantik.
 Dia baik sekali. Rakan karibnya itu tidak sebaik dia.
7) Hubungan memperkuat isi
 Hubungan memperkuat isi bermaksud ayat yang mengikutinya
itu memberikan maklumat tambahan tentang salah satu daripada
perkara yang dinyatakan dalam ayat sebelumnya dengan tujuan
untuk memperkukuh pernyataannya.

o Contohnya:
 Sungguh kejam orang itu. Dipukulnya pembantunya itu sebelum
dibunuh dan dibakarnya. (Ayat kedua memperkuat maksud
kejam.)
 Jambangan bunga itu indah sekali. Bunganya berwarna-warni,
bermacam-macam dan masih amat segar. (Ayat kedua
memperkuat maksud indah sekali.)
8) Hubungan aditif
 Hubungan aditif bermaksud ayat yang mengikutinya itu
memberikan maklumat tambahan tentang perkara yang
dinyatakan dalam ayat sebelumnya tetapi maksudnya tidak dapat
dikategorikan dalam mana-mana jenis kesinambungan idea 1)
hingga 7). Ayat tersebut adalah sebagai tambahan sahaja.

o Contohnya:
 Dia sudah lama menghidap penyakit itu. Penyakit itu amat jarang
dihidapi manusia; satu dalam sejuta orang. (Ayat kedua hanya
memberikan maklumat tambahan tentang penyakit itu.)
 Tahun ini dia menerima anugerah cemerlang. Anugerah itu yang
pertama dalam sejarah kerjayanya. (Ayat kedua hanya
memberikan maklumat tambahan tentang anugerah itu.)
KESATUAN
LATAR 1) Kesatuan topik
BELAKANG
SEMANTIK o Contohnya:
 Wajahnya berseri-seri. Dia amat gembira sekarang. Perubahannya
(Hubungan sungguh-sungguh di luar dugaan. (Orang yang dimaksudkan itu
semantik dari dahulunya muram dan sering bersedih.)
 Saya sudah boleh membaca dengan lancar. Betul-betul di luar
segi konteks dugaan. (Yang menyatakan pendapat ialah seorang murid yang
atau latar asalnya tidak mengenal huruf.)

wacana)
2) Hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar

o Contohnya:
 A: Sudah siap?
B: Belum. Bekalan tidak mencukupi.
(Kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan
walaupun orang lain mungkin tidak memahaminya.)
3) Laras bahasa yang digunakan

o Contohnya:
 Laras bahasa dalam iklan – walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara
terputus-putus tetapi kita dapat memahaminya dan dapat menganggapnya
sebagai wacana kerana itu adalah cara penyampaiannya.
 Sesuatu isu yang disampaikan oleh penyampai radio merupakan satu wacana
walaupun mempunyai cara penyampaian tersendiri kerana isu yang
disampaikan dapat difahami dengan jelas. Contoh dialog yang biasa diujarkan
oleh penyampai radio adalah seperti berikut:

Kita sedang mendengar radio pujaan ramai kita… Radio Era. Cuaca pada hari ini
ceria sekali dan tiada tanda-tanda hujan akan turun. Syukur kepada Tuhan.
Dapatlah kita melakukan tugas-tugas seharian kita. Mari kita dengar pula info
trafik.Trafik dilaporkan lancar di semua lebuh raya utama.

Dialog yang digunakan oleh penyampai radio ini menggunakan frasa dan ayat
yang ringkas tanpa penanda wacana untuk membezakan idea pertama tentang
cuaca dan idea kedua tentang keadaan trafik.
 Unsur-unsur paralinguistik merujuk kepada alat-alat lain yang
digunakan untuk memperjelaskan persembahan wacana.
 Dalam tulisan, alat-alat ini termasuklah penggunaan tanda baca
Unsur-unsur seperti koma, noktah, koma bertitik, noktah bertindih, tanda petik
dan sebagainya.
Paralinguistik  Dalam lisan, keadaan air muka dan isyarat daripada gerakan
tangan akan menghasilkan wacana yang utuh dari segi semantik.
KEUTUHAN LEKSIKAL
Nichael McCaethy (1991)–
Bentuk lestikal yang mempunyai pertautan makna akan mempengaruhi
kejelasan sesebuah wacana.
 Tercapai dengan cara memilih kosa kata yang serasi.
KEUTUHAN  Merujuk kepada hubungan antara bahagian wacana iaitu antara
perkataan (leksikal) dalam wacana tersebut
LEKSIKAL
ANTONIM
HIPONIM
BENTUK KOLOKASI
KEUTUHAN
LEKSIKAL SINONIM
HOMONIM
PENGULANGAN KATA YANG SAMA
 Kata–kata atau leksikal yang membawa makna yang
bertentangan.
 Pemilihan perkataan pasangan yang sesuai akan menentukan
ketepatan makna wacana.
 Contoh:
ANTONIM  Tinggi – Rendah
 Tua - Muda
 Lama –Baru
 Pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara
 Hiponim merujuk kepada perbezaan makna berdasarkan
konteks dan situasi.
 “Terdapat pelbagai jenis ikan diternak di dalam kolam itu.
HIPONIM Antaranya termasuklah keli, haruan, tilapia dan puyu.”
o Ikan ialah superordinat (umum)
o Keli, haruan, tilapia dan puyu ialah hiponim (khusus)
 Pengulangan yang melibatkan kehadiran sekumpulan perkataan
yang saling berkait dengan sesuatu idea, topik, situasi atau
konteks
 Contoh:
KOLOKASI o Awan mendung memenuhi dada langit. Itu menandakan bahawa
hari akan hujan. (Awan mendung berkolokasi dengan hujan).
o Setiap hari ibu ke pasar. Ibu membeli sayur dan ikan. (pasar
berkolokasi dengan sayur dan ikan).
 Satu konsep yang menunjukkan bahawa terdapat pelbagai kata
atau leksikal yng menyokong makna yang sama atau hampir
sama.
PERSAMAAN  “ Sindrom bahasa rojak kini menular dalam masyarakat kita.
LEKSIKAL/ Gejala ini sungguh membimbangkan para pecinta dan pejuang
bahasa Melayu.”
SINONIM  Contoh:
Jemput
Boleh digunakan untuk
Ajak memanggil,
mempelawa seseorang tetamu
Pelawa Supaya datangatau menuruti
kita
 Perkataan atau ungkapan yang bentuknya sama dengan
perkataan atau ungkapan lain tetapi berbeza maknanya. Bentuk
yang sama meliputi aspek sebutan, ejaan atau kedua-duanya.
 Homonim juga meliputi homofon dan homograf. Homo
HOMONIM bermaksud sama. Fon bermaksud bunyi.
 Contoh:
o Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi. Aku berasa
sangat letih kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga
badanku dipeluhi dengan daki.
 Mengulang kata yang sama :
CONTOH :
PENGULANGAN
 “Semalam dia termenung. Hari ini dia termenung lagi.
Tampaknya dia memang gemar termenung”.
KEUTUHAN
GRAMATIKAL
Hubungan wacana yang berkaitan dengan tatabahasa.
Analisis wacana dari segi bentuk atau struktur maka lahirlah
wacana.
JENIS-JENIS
PENANDA
JENIS-JENIS KEUTUHAN
GRAMATIKAL

KEUTUHAN
GRAMATIKAL PENANDA PENANDA
ELIPSIS
PENANDA
RUJUKAN PENGGANTIAN PENGHUBUNG
 Kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk
 Penanda rujukan digunakan untuk perkaitan antara bahagian dalam
wacana.
 Berikut adalah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata
ganti nama diri orang:
 Kata ganti nama diri orang yang digunakan sebagai penanda rujukan
dalam contoh ini ialah mereka, :
 “Wanita sekarang bukan seperti wanita dahulu. Dahulu mereka lebih
banyak membantu suami di rumah tetapi sekarang mereka telah
PENANDA tampil ke hadapan untuk memberikan sumbangan dalam
pembangunan negara”.
RUJUKAN  Beikut adalah contoh penanda rujukan yang menggunakan kata ganti
nama tunjuk :
 Kata ganti nama tunjuk yang digunakan sebagai penanda rujukan
dalam contoh ini ialah ini :
 “Ini kampung saya. Saya telah tinggal di sini sejak empat puluh tahun
yang lalu”.
 Proses menggantikan unsur bahasa dengan unsur lain seperti
kata nama, kata kerja dan klausa.
 . Penggantian dalam bahasa Melayu dapat bersifat kata nama
(nominal), kata kerja (verbal), dan klausa.
 Contoh penggantian yang bersifat kata nama atau nominal:
PENANDA “Jiran kami membeli sebuah kereta baru. Kami juga membeli
PENGGANTIAN sebuah”.
 Contoh penggantian yang bersifat kata kerja atau verbal :
“Pelajar itu sering melakukan kegiatan samseng di sekolah.
Perbuatan seperti itu menyebabkan dia diberhentikan sekolah”.
 Unsur pelenyapan untuk mengelakkan pengulangan maklumat
dalam ayat seterusnya
 . Elipsis melibatkan pengguguran kata, frasa, atau klausa yang
telah disebut dalam ayat sebelumnya.
ELIPSIS  Elipsis dapat dikatakan sebagai penggantian kosong, iaitu sesuatu
yang ada tetapi tidak diucapkan atau dituliskan. Contohnya :
Pemuda itu kelihatan resah. Tidak tahu arah mana yang harus
ditujunya.
 Berfungsi menjalinkan perkataan dengan perkataan, frasa dengan
frasa, klausa dengan klausa dan ayat dengan ayat.
 Terdapat enam fungsi kata penghubung dalam bahasa Melayu

PENANDA
PENGHUBUNG
PENGHURAIAN PENGEMBANGAN IDEA PENAMBAHAN

• Menghuraikan tentang • Mengembangkan • Memberi maklumat


sesuatu perkara sesuatu ayat tambahan terhadap
• Contoh; Seterusnya, • Contoh: Seperti, oleh sesuatu perkara
selain itu, pada sudut itu, kerana, dan • Contoh: Sebelum,
yang lain selepas, kemudian,
berikutnya, pada
masa, ketika itu, lebih-
lebih lagi, selanjutnya

PENGHUBUNG PENGHUBUNG
TENTANGAN
TEMPOH MUSABAB
• Urutan masa atau siri • Merupakan sebab • Menunjukan
berlakunya sesuatu berlakunya sesuatu pertentangan
• contohnya; Pertama, • Contohnya; Kerana maklumat antara satu
kedua, ketiga, itu, oleh sebab ayat yang baru
kemudian diperkatakan dengan
ayat sebelumnya
• Contoh: Tetapi,
sebaliknya, namun,
walau bagaimanapun
KEUTUHAN
FONOLOGI
 Dilihat dari segi hentian suara, nada suara dan intonasi suara
 Contohnya;

KEUTUHAN Abang Ali sudah makan nasi.


( Ayat ini mengandungi ketaksaan makna, bergantung kepada
FONOLOGI hentian atau kesenyapan suara berlaku selepas perkataan “abang”,
maka ayat ini membawa maksud Ali sudah makan nasi. Tetapi jika
kesenyapan suara berhenti selepas perkataan Ali maka ayat ini
bermaksud abang Ali sudah makan nasi.

Anda mungkin juga menyukai