Anda di halaman 1dari 25

ZAKAT RUKUN ISLAM

KETIGA

Disediakan oleh:
Unit Zakat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Cawangan PPUKM
DALIL PENSYARI’ATAN ZAKAT

Zakat merupakan satu amalan yang dapat menyucikan diri dan harta yang
dimiliki. Ianya merupakan salah satu rukun islam yang lima. Dalil
kefardhuan ibadah zakat ini di antaranya adalah berdasarkan firman Allah
S.W.T. yang bermaksud;

َ ‫ُو ََ لََُلَّ ُكۡ تَُّ ََح ُم‬


َ ‫و‬ َّ ْ‫ٱلز َك ٰوة َ َوأ َ ِطيُُوا‬
ُ َّ‫ٱل‬ َّ ‫َوأ َ ِقي ُمواْ ٱل‬
َّ ْ‫صلَ ٰوة َ َو َءاتُوا‬
“Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya
kamu beroleh rahmat”.
(Surah An-Nur 24:56)
PENGERTIAN ZAKAT MENURUT BAHASA
Zakat dari segi bahasa bererti bersih, suci, subur, berkat dan
berkembang. Apabila seseorang itu berzakat, dia sebenarnya telah
membersihkan harta yang dimiliki. Firman Allah S.W.T yang bermaksud;

‫صلَ ٰوت َ َك‬


َ َّ
َ ‫إ‬ ۡۖ
ۡ
ِ ِ ‫ه‬ ‫ي‬َ ‫ل‬‫ع‬َ َ
ِ ‫ص‬ ‫و‬
َ َ َ ِ ‫ا‬ ‫ه‬‫ب‬
ِ ۡ ‫ه‬‫ي‬‫ك‬ِ َ‫ز‬ُ ‫ت‬‫و‬َ ۡ ُ
‫ه‬ َّ
ُ ‫ه‬
ِ َ
‫ط‬ ُ ‫ت‬ ٗ
‫ة‬ َ ۡ‫ُخذ ِم َ أَم ٰ َو ِل ِه‬
َ‫ص َدق‬
ٌۡ ‫ع ِلي‬
َ ‫ُ ِمي ٌع‬ َّ ‫ َ لَّ ُه ۗۡۡ َو‬ٞ ‫ُ َك‬
َ ُ‫ٱَّلل‬ َ
“Ambillah sebahagian daripada harta mereka sebagai sedekah (zakat),
agar dengan demikian akan membersihkan (harta) dan mensucikan
(hati) mereka serta doakanlah mereka, kerana doamu itu akan
membawa ketenangan untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha
Mendengar, Lagi Maha Mengetahui”.

(Surah At-Taubah 9:103)


PENGERTIAN ZAKAT MENURUT SYARAK
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian (kadar
tertentu) daripada harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf
tertentu yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat
tertentu yang ditetapkan oleh syarak.

ِ ‫ٱلَّقَا‬
‫ب‬ ‫ي‬ ِ ‫ف‬‫و‬ ۡ ‫ه‬ ُ ‫ب‬‫و‬ ُ ‫ل‬ُ ‫ق‬ ‫ة‬
ِ َ ‫ف‬َّ ‫ل‬ ‫ؤ‬
َ ‫م‬ ‫ٱل‬
ُ َ َ ‫و‬ ‫ا‬ ‫ه‬‫ي‬ َ ‫ل‬ ‫ع‬َ َ ‫ي‬
َ ‫ل‬
ِ ‫م‬
ِ ُ ٰ ‫ٱل‬ ‫و‬ َ ‫ي‬
َ َ ِ َ َ َ َ ‫ك‬ِ ٰ
ُ ‫م‬‫ٱل‬ ‫و‬ ‫ء‬
ِ ٓ ‫ا‬ َّ َ ‫ق‬ُ ‫ف‬‫ل‬ ‫ل‬
ِ ُ
‫ت‬ َ ٰ
‫ق‬ ‫ص َد‬َّ ‫ِإنَّ َما ٱل‬
ِ َ ُ
ۡ‫ي‬ٞ ‫ع ِلي ٌۡ ََح ِك‬َ ُ‫ٱَّلل‬َّ ‫ٱَّلل َو‬ ِ ۡۗ َّ َ َ ‫ض ٗة ِم‬ َ ‫ُ ِبي ۖۡ َِ فَ َِّي‬ ِ َّ َِ ‫ُ ِبي‬
َّ ‫ٱَّلل َوٱب ِ َ ٱل‬ َ ‫ي َ َوفِي‬ َ ‫َوٱل ٰغَ َِّ ِم‬
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-
orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya,
dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-
hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang
berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang
musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang
demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah.
Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
(Surah At-Taubah 9:60)
SYARAT WAJIB ZAKAT
1. ISLAM
• Zakat diwajibkan hanya kepada orang Islam sahaja
2. MERDEKA
• Individu yang bebas merdeka dalam menguasai sesuatu pemilikan
harta
3. SEMPURNA MILIK
• Harta yang dimiliki sepenuhnya dengan sempurna. Bagi harta
berkongsi dengan bukan islam, hanya pemilikan bahagian orang
islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat

4. CUKUP NISAB
• Nisab adalah paras minima yang menentukan sama ada sesuatu
harta itu diwajibkan zakat, iaitu bersamaan dengan 85 gram nilai
emas semasa

5. CUKUP HAUL
• Genap tempoh setahun bagi pemilikan harta tersebut. 354 hari bagi
kalendar tahun Hijrah dan 365 hari bagi kalendar tahun Masihi
JENIS –JENIS ZAKAT

FITRAH HARTA
• Dikenali juga dengan zakat diri @ • Diwajibkan apabila sudah mencapai
ramadhan nisab (mencapai jumlah tertentu) akan
• Bertujuan sebagai penyuci orang yang sesuatu harta tersebut
berpuasa • Hasil perniagaan, pertanian, hasil
• Menjadi makanan untuk orang-orang ternak, hasil temuan, emas, perak dan
yang fakir dan miskin wang juga simpanan
• Kadar adalah satu sha’ bersamaan • Kadar zakat adalah sebanyak 2.5%
dengan 2.7kg harga beras semasa berasaskan tahun Qomariah
Apakah perbezaan Zakat Fitrah dan Zakat
Harta…?

ZAKAT FITRAH ZAKAT HARTA

1. Zakat yang dikenakan atas 1. Zakat yang dikenakan atas


setiap individu harta yang tertentu

2. Mempunyai tempoh masa 2. Tidak mempunyai tempoh


yang tertentu masa yang tertentu

3. Nilai yang amat rendah dan 3. Bergantung kepada jumlah


sama bagi semua pengeluarnya harta yang akan dizakatkan

4. Agihan diutamakan kepada 4. Diagih-agihkan kepada 8


golongan fakir dan miskin golongan asnaf
JENIS HARTA YANG DIWAJIBKAN ZAKAT

2. Tanaman & Buah-Buahan

1. Al-Nuqud (Emas,
Perak & Matawang)
3. Binatang Ternakan
Jenis - Jenis Zakat Harta

4. Galian
5. Perniagaan (Rikaz, Kunuz
& Ma'adin)
KATEGORI ZAKAT WANG
AL-NUQUD (MATAWANG)
• Takrif : Zakat yang diwajibkan ke atas apa sahaja alat pertukaran yang
mempunyai harga (nilai) tertentu dan diakui sah.

Kategori Zakat Wang

1. Zakat Wang Simpanan


2. Zakat pengeluaran Wang KWSP
3. Zakat Pendapatan (Al-Mal Al Mustafad)
4. Zakat Saham
ZAKAT PENDAPATAN (AL-MAL AL MUSTAFAD)
Takrif :
• Harta diperolehi daripada kerja dan usaha yang dilakukan, sama ada dalam bentuk gaji, upah, subsidi,
elaun, honorium, pendapatan pindahan dan lain-lain lagi.

• Dinamakan Al-Mal Al Mustafad kerana harta tersebut berkembang sebab usaha seperti upah kerja, hasil
sewa dan seumpamanya.

ۡۖ ِ ََّ ‫ُبتُۡ َو ِم َّما ٓ أَخ ََّجنَا لَ ُكۡ ِم َ َ ٱل‬


ْ‫ض َو َل تَيَ َّم ُموا‬ َ ‫ت َما َك‬ ِ َ‫طيِ ٰب‬ َ ‫ٰ ٓيَأَيُّ َها ٱلَّ ِذ‬
َ َ ‫ي َ َءا َمنُ ٓواْ أَن ِفقُواْ ِم‬
٢٦٧ ‫غ ِني ََح ِمي ٌد‬ َ َّ َ َّ َ ‫ضواْ ِفي ِه َوٱعلَ ُم ٓواْ أ‬
َ ‫ٱَّلل‬ ُ ‫ل أ َ َ تُغ ِم‬ٓ َّ ‫اخ ِذي ِه ِإ‬
ِ ‫و َ َولَُتُۡ ِب‬
َ ُ‫يث ِمنهُ تُن ِفق‬ َ ‫ٱل َخ ِب‬
“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha
kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan
janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu
jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu
(kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah,
sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.”
(Surah Al-Baqarah 2:267)
1. Melebihi keperluan asasi (Had Al-Kifayah)
ۡۖ ُ‫َويَُلُون ََك َما َذا يُن ِفق‬
‫و ََ قُ َِ ٱلَُف ۗۡ َو‬
“Dan mereka bertanya pula kepadamu: apakah
yang mereka akan belanjakan (infaq)?
Katakanlah: (infaqkanlah apa-apa yang
berlebihan dari keperluan (kamu).”
(Surah Al-Baqarah 2:219)
Syarat-syarat
khusus Zakat
Pendapatan 2. Haul tidak disyaratkan
Athar sahabat dan tabi’in (Abdullah bin Abbas,
Abdullah bin Mas’ud, Mu’awiyah bin Abi Sufyan
dan bin Abdul Aziz)

َ ِِ ِِ ‫الر َج ِل َماالً قَا َل يُزَ ِّكه‬


"ُُُُ‫هَ يََْت َ ِِه‬ ِ ‫"فِي‬
“ Seseorang yang memperolehi al-Mal al
Mustafad wajib zakat semasa diperolehi”
Apakah sandaran yang mengatakan kadar zakat pendapatan
sebanyak 2.5%?
• Kadar zakat pendapatan sebanyak 2.5% adalah berpandukan kepada kadar zakat
emas. Ini kerana gaji dan pendapatan bebas itu diterima dalam bentuk mata
wang/nilai wang.
• [1] Hadis dari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu :

‫س َعلَه َك شَيء‬ َ ‫ َولَه‬، ‫ْةُ دَ َرا ِه َم‬ َ ‫ِإذَا َّكانَت لَ َك ِمائََتَا ِدر َهم َو َِا َل َعلَه َها ال َحو ُل فَ ِِه َها خَم‬
‫ارا َو َِا َل‬ َ ‫ان لَ َك ِعش ُر‬
ً َ‫ون ِدين‬ َ ‫ فَإِذَا َّك‬، ‫ارا‬ ً َ‫ون ِدين‬ َ ‫ون لَ َك ِعش ُر‬ ِ ‫يَعنِي فِي الذَّ َه‬
َ ‫ب ََِتَّى يَ ُك‬
‫ِ ذَ ِل َك‬ ُ ‫َعلَه َها ال َحو ُل فَ ِِه َها ِنص‬
َ ‫ فَ َما زَ ادَ فَ ِِب ِح‬، ‫ف ِدينَار‬
ِ ‫ْا‬
Saidina Ali r.a. telah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda yang
bermaksud: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap
setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham. dan tidak diwajibkan mengelurkan zakat (emas)
kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan
di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya, diwajibkan
zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak
diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.” (Riwayat Abu Daud)
• [2] Hadis dari Aisyah dan Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhum :
Mereka mengatakan,
َ‫ َو ِم‬، ‫ف ِدينَار‬ َ َ‫َارا ف‬
َ ‫صا ِعًُا نِص‬ ً ‫يَ ِدين‬ َ ‫سلَّ َم َّك‬
َ ‫ان يَأ ُخذ ُ ِمَ ُّك ِل ِعش ِر‬ َ ‫علَه ِِ َو‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ُ‫َّللا‬ َ ‫ي‬ َّ ‫أ َ َّن النَّ ِِب‬
‫َارا‬
ً ‫َارا ِدين‬ َ ‫اْلَربَ ِع‬
ً ‫هَ ِدين‬
Bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengambil zakat dari 20 dinar atau lebih
sebesar ½ dinar. Sementara dari 40 dinar masing-masing diambil satu dinar-satu
dinar. (HR. Ibnu Majah 1863, Daruquthni 1919, dan dishahihkan al-Albani).
Cara pengiraan kadar zakat:
FATWA KEWAJIPAN BERZAKAT
Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
yang bersidang pada 22 Jun 1997 telah
membincangkan Zakat Gaji & Pendapatan
Professional.

Muzakarah telah memutuskan bahawa zakat ke atas


pendapatan penggajian adalah wajib bagi orang
yang layak mengeluarkan zakat
.
PENDAPAT ULAMA’
NISAB DAN HAUL ZAKAT PENDAPATAN
Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, tidak mensyaratkan haul ke atas zakat pendapatan gaji adalah atas beberapa faktor, antaranya:
i. Pertama, faktor keumuman nas-nas al-Quran yang mewajibkan orang kaya tentang kewajipan membayar zakat sebagai bukti iman dan kepatuhan seseorang kepada agama.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil
usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk
kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya
(lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat) (Al-Baqarah[2]: 267)”
ii. Mengecualikan syarat haul dalam zakat pendapatan lebih bertepatan dengan konsep keadilan. Ini kerana dengan mengenakan syarat haul, bermakna sistem zakat memberi
kesempatan kepada orang-orang kaya untuk mengelakkan diri daripada membayar zakat. Hal ini terjadi apabila sesiapa yang boros berbelanja boleh menggunakan alasan tidak
mempunyai wang yang berbaki dalam setahun untuk mengeluarkan zakat. Sedangkan sesiapa yang berjimat-cermat dengan menyimpan wang hasil pendapatan dalam setahun
dibebankan dengan zakat. Ia sudah tentu tidak mencerminkan keadilan dalam sistem zakat itu sendiri.

Pada masa yang sama tidak mensyaratkan haul lebih meraikan maslahat umat Islam kerana setiap orang kaya akan menanggung keperluan ekonomi masyarakat.
*POTONGAN CUKAI BERJADUAL

• Potongan zakat yang dilakukan akan menjadi rebat dalam cukai pendapatan
berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 6A(3).
• "Rebat hendaklah diberikan pada tahun-tahun taksiran
untuk sebarang bayaran zakat atau tuntutan lain agama
Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah
dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan
oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang
ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis"
BAYAR ZAKAT LEBIH DARIPADA
PENDAPATAN?

• ZAKAT-ZAKAT LAIN
BOLEH KE AGIH ZAKAT TANPA MELALUI
AMIL?
• Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-76 yang bersidang pada 21 - 23 November 2006 telah
membincangkan hal ini dan mengatakan bahawa meskipun dari segi syarak,
mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah
sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi perbuatan
melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara
kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada
pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.
Kalkulator Zakat Pendapatan
• Langkah 1 : http://www.zakatselangor.com.my/ > Kutipan > Kalkulator
Zakat

*Pendapatan sebulan : RM 3,500 x 12 bulan = RM 42,000 (pendapatan setahun)


• Langkah 2 : isikan jumlah tanggungan
• Langkah 3 : isikan jumlah potongan KWSP setahun
• Langkah 4 : isikan jumlah potongan Lembaga Tabung Haji (jika ada)

Jumlah zakat pendapatan setahun adalah : RM 371.25


RM 371.25 / 12 bulan : RM 30.93 zakat pendapatan sebulan

Anda mungkin juga menyukai