Anda di halaman 1dari 27

Disediakan oleh:

Lai Jia Jia


PISMP Ambilan Jun 2015
Taklimat Program Bina Insan Guru sebelum bertolak ke Taman Negara Bukit Lambir pada sebelah
petang.
Kami bekerjasama memunggah perlatan ke atas coaster dan bas.
Kami bersama-sama mendirikan khemah di tapak perkhemahan
selepas tiba.
Pengajian Bahasa Cina menyediakan minum petang dan makan malam di bilik dapur.
Taklimat daripada pihak TamanNegara Lambir dan sesi pengenalan pada sebelah malam.
Pada hari pertama…
• Melalui aktiviti pada hari pertama, saya telah mempelajari tentang nilai
bekerjasama.
• Saya bersama-sama rakan pengajian lain mengangkat barang dan peralatan
ke dalam bas dan coaster. Walaupun barang dan peralatan yang perlu
diangkat adalah banyak, namun atas kerjasama 74orang guru pelatih kami
mampu menyelesaikan kerja dalam masa yang singkat. Selain itu, kami juga
bekerjasama mendirikan khemah kumpulan kami sendiri serta
menyediakan makanan untuk semua rakan pengajian serta pensyarah.
• Manfaatnya, hubungan saya dengan rakan pengajian bertambah erat
melalui kerjasama kali ini. Malahan, kerja-kerja yang susah juga menjadi
senang melalui kerjasama semua rakan pengajian .
Aktiviti Zumba beramai-ramai pada awal pagi.
Kami mendengar taklimat dan tugasan yang diberi oleh Encik Bell sebelum
mengembara.
Kami memasak di dalam hutan selepas sampai di air terjun.
Kami membentangkan tugasan kami secara berkumpulan dan mendengar ulasan daripada Encik Bell.
Refleksi dan sesi pembentangan tentang topik “pengurusan di sekolah” pada sebelah malam.
Pada hari kedua…
Nilai berdisiplin
Nilai dipelajari Nilai mematuhi masa

• Hari ini, kami lewat datang ke perhimpunan dan aktiviti zumba.


Aktiviti kami yang selanjutnya terjejas akibat peristiwa ini.
• Sebagai hukuman, kami semua dikehendaki membuat push up. Akibat
sesetengah rakan yang lewat datang, maka semua guru pelatih dikena
hukuman secara sama rata.
• Tujuan hukuman tersebut adalah untuk mengingati kami mematuhi
masa dan berdisiplin pada lain kali.
• Akibat peristiwa hari kedua, kami menjadi lebih berdisiplin serta
datang awal ke perhimpunan dan aktiviti zumba pada keesokan hari.
Aktiviti Zumba beramai-ramai pada awal pagi.
Kami menjalankan aktiviti keyakinan di air dan berakit di tepi pantai.
Kami masuk hutan pada sebelah malam untuk mencari katak.
Pada hari ketiga…
Nilai keberanian
Nilai dipelajari Nilai keyakinan diri
Nilai bekerjasama

• Aktiviti kumpulan Rasong pada hari ini berfokus pada aktiviti keyakinan di air dan berakit.
• Kami diberi tugasan untuk mengunakan peralatan yang sedia ada iaitu buluh, tong dan
tali untuk membuat sebuah rakit. Tugasan ini sememangnya amat mencabar kepada
kami kerana ia memerlukan kemahiran mengikat tali dan daya kebijaksanaan untuk
menyelesaikannya.
• Nasib baik seorang rakan pengajian yang tenang dan berkepimpinan memberi arahan
serta mengagih tugasan kepada setiap rakan. Tugas yang susah akhirnya menjadi senang
dengan kerjasama semua orang. Akhirnya kami mampu membuat rakit yang boleh
menampung seramai 4 orang kali.
• Namun tali yang diikat pada rakit menjadi longgar pada saat terakhir semasa berakit
akibat tidak dapat menampung keberatan 4 orang lelaki. Sememangnya, kami masih
perlu meningkatkan kamahiran mengikat tali lagi.
Pada hari ketiga…
Nilai keberanian
Nilai dipelajari Nilai keyakinan diri
Nilai bekerjasama

• Pada sebelah petang, kami beralih ke pantai untuk menjalankan aktiviti keyakinan
di air di pantai.
• Melalui aktiviti ini, kami telah menguasai kemahiran asas berenang dengan
bantuan jaket keselamatan atas bimbingan dan tunjuk ajar Encik Meges dan Encik
Bell. Ini telah menambah keyakinan kami di air dan menjadi berani untuk bermain
dalam laut. Kami amat menikmati dan berseronok di dalam laut.
• Selepas itu, kami menjalakan sukaneka dengan kumpulan lain. Dalam sukaneka
tersebut, kami telah bekerjasama membina istana pasir yang tinggi, beraksi
sebagai haiwan di dalam laut, dan membentuk ular laut yang paling panjang.
Proses tersebut adalah amat seronok kerana semua ahli kumpulan saling
membantu dan bekerjasama. Hubungan antara satu sama lain juga bertambah
erat lagi.
Pada hari ketiga…
Nilai dipelajari Nilai keberanian
Nilai keyakinan diri

• Pada sebelah malam, kami masuk ke hutan untuk mecari katak.


• Dalam hutan, kami Berjaya menjumpai 5 spesis katak yang kami jarang jumpa di
kehidupan harian.
• Melalui aktiviti ini dapat melatih keberanian kami pada malam dan juga pada
katak kerana terdapat sesetengah guru pelatih perempuan yang takut pada katak.
Aktiviti pada malam ini menjadi pengalaman yang menarik kepada kami semua
kerana kami tidak pernah memasuki hutan pada waktu malam dan mencari katak
dalam hutan.
Aktiviti Zumba beramai-ramai pada awal pagi.
Kami menjalankan aktiviti absailing di kawasan tinggi sekeliling Taman
Negara Lambir .
Kem membina sahsiah diri oleh Cik Yip daripada Jabatan Bimbingan dan Kaunseilng.
Pada hari keempat…
Nilai keberanian
Nilai dipelajari Nilai keyakinan diri
Nilai mematuhi peraturan

• Sebelum memulakan aktiviti absailing, kami diberi taklimat tentang cara pemakaian dan
penggunaan tali serta peralatan absailing yang betul. Tujuannya adalah untuk memastikan
keselamatan setiap orang.
• Setiap orang mematuhi peraturan dan cara pengendalian yang betul semasa aktiviti absailing
untuk mengelakkan sebarang kemalangan atau kecederaan.
• Malahan, kami juga boleh meningkatkan keyakinan diri serta keberanian diri untuk berabsailing
dari kawasan tinggi.
• Namun banyak orang yang masih tidak mampu melakukan aksi yang tepat dan betul semasa
menuruni bukit. Kegagalan memahiri kemahiran tersebut kemungkinan akan menyebabkan
kecederaan atau kemalangan. Walaubagaimanapun, kami Cuma hanya satu peluang untuk
menjalani aktiviti tersebut. Oleh itu, kami tidak berpeluang untuk bercuba untuk kali ke-2.
Sebenarnya, kami boleh mengikuti kursus khas untuk absailig untuk meningkatkan kemahiran
absailing kami.
Kami bekerjasama engemas tapak perkhemahan dan mengangkat barang ke atas bas dan coaster.
Aktiviti bergotong-royong di Sk Beraya.
Kami memulangkan peralatan yang dipinjam ke dalam stor .
Pada hari kelima…
Nilai bekerjasama
Nilai dipelajari Nilai kerajinan
Nilai bertanggungjawab

• Kami telah mengadakan aktiviti gotong royong di SK Beraya untuk


memberi khidmat kepada komuniti.
• Kami menjalankan tugas yang diagihkan mengikut kumpulan masing
masing. Semua orang bersungguh-sungguh, saling tolong-menolong
dan bekerjasama untuk melaksanakan tugas. Atas kerjasama semua
orang,kerja yang susah dan banyak menjadi senang dan kurang. Ia
bukan sahaja mengurangkan beban warga SK Beraya,malah telah
menceriakan kawasan sekeliling SK Beraya.