Anda di halaman 1dari 11

ANJING DENGAN TUANNYA

Seekor anjing terjatuh ke dalam sebuah perigi


yang cetek airnya.

Anjing itu berusaha melompat tinggi untuk


keluar dari perigi itu tetapi gagal.

Anjing itu pun menyalak sekuat-kuat hatinya


untuk mendapatkan bantuan.
Tuan anjing itu mengambil sebatang galah
untuk menyelamatkannya.

Anjing berusaha memanjat galah itu. Malangnya


galah itu licin. Ia tidak dapat keluar, walaupun
mencubanya beberapa kali.

Anjing yang kesejukan itu telah memarahi


tuannya kerana tidak bersungguh-sugguhnya
hendak menyelamatkannya.
Tuan terpaksa masuk ke dalam perigi itu untuk
menyelamatkan anjingnya.

Semasa memasuki perigi itu, kakinya terkena


kepala anjing itu, anjing itu menyangka bahawa
tuannya sengaja hendak melemaskannya.

Anjing itu pun terus menggigit kaki tuannya


dengan sepantas kilat.
Tuan yang tercedera itu pun memanjat
untuk keluar dari perigi itu. Dia berasa kesal
lalu berkata," anjing itu sendiri yang mencari
maut. Jadi, mengapa pula saya bersusah-
payah menyelamatkannya?"
Orang yang tidak tahu membalas budi
akan kerugian akhirnya.
SOALAN 1:
Di manakah anjing itu terjatuh ?

A Di dalam sungai yang cetek.


B Di dalam parit yang cetek.
C Di dalam perigi yang cetek.
D Di dalam longkang yang cetek.
SOALAN 2:
Bagaimanakah anjing itu meminta bantuan ?

A Menyalak dengan sekuat-kuat hatinya.


B Menjerit dengan sekuat-kuat hatinya.
C Mengiau dengan sekuat-kuat hatinya.
D mengembek dengan sekuat-kuat hatinya.
SOALAN 3:
Mengapakah anjing itu memarahi tuannya ?
A kerana tuannya mengambil sebatang galah untuk
menyelamatkannya.
B kerana tuannya mengambil sebatang galah untuk
memukulnya.
C kerana tuannya gagal menyelamatkannya.
D kerana tuannya tidak bersungguh-sungguh hendak
menyelamatkannya.
SOALAN 4:
Mengapakah anjing itu hendak menggigit kaki tuannya ?

A kerana menyangka tuannya sengaja hendak


melemaskannya.
B kerana kaki tuannya terkena kepala anjing itu.
C kerana anjing itu berasa sakit dan sejuk.
D kerana anjing itu dipukul oleh tuannya.
SOALAN 5:

Akhirnya, anjing itu ( tidak / dapat )


diselamatkan oleh tuannya.

Anda mungkin juga menyukai