Anda di halaman 1dari 28

Isu dan Cabaran Pendidikan

Semasa

EDU 3109
GURU DAN
CABARAN SEMASA
Konsep Isu & Cabaran Semasa

 Isu = perkara pokok / persoalan yang


dibincangkan
 Cabaran = sesuatu unsur yang menguji
kemampuan dan ketabahan
seseorang/organisasi
Isu & Cabaran Semasa

• Integrasi Nasional
• Pendemokrasian Pendidikan
• Tonggak Pendidikan UNESCO
• Globalisasi dalam Pendidikan
• Kepelbagaian Budaya
• Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat &
Komunikasi
• Gejala Sosial
• Lain-lain
KONSEP ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN

 ISU – perkara pokok/persoalan utama


 CABARAN- suatu unsur/faktor yg menguji
kemampuan dan ketabahan organisasi

 TERDAPAT PERKARA YANG MENCABAR


KEMAMPUAN KPM DLM MELAKSANAKAN
TANGGUNGJAWAB DEMI MENCAPAI MISI KPM
 Bagaimana menghadapi cabaran ini?
 KPM menyediakan PPPM (2013-2025) bermatlamat
melahirkan modal insan kelas pertama melalui
pendidikan berkualiti
2 CABARAN PENDIDIKAN ALAF BARU

1. LEDAKAN ILMU BERSIFAT GLOBAL

2. MASALAH SOSIAL

AGENDA PENTING:-membangunkan rakyat melalui


sistem pendidikan berkualiti dgn cara pembinaan
budaya ilmu dan membudayakan masy berbilang
kaum
Mengapa Guru Perlu Prihatin Terhadap Isu &
Cabaran Semasa

 Faedah / peluang yang dibawa oleh cabaran


 Kesan / Implikasi cabaran terhadap pendidikan dan
negara
 Peranan guru dalam menangani isu dan cabaran
semasa
Integrasi Nasional

Definisi:
- satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang
berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya
untuk membentuk satu entiti yang mempunyai norma,
sistem nilai dan kehidupan bersama.
- Ia adalah hasil ikatan batin dan akhirnya berlaku
perkongsian pemikiran dan hati antara etnik/kaum.
- Dalam konteks Malaysia, integrasi nasional bermaksud
satu usaha dan proses dinamik untuk menyatupadukan
rakyat yang berbilang kaum bagi membentuk satu
bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri
berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun
Negara.
Istilah-Istilah Yang Berkaitan dengan Integrasi

 Segregasi - merupakan hubungan yang


bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di
dalam sesebuah negara.
- Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan;
tempat tinggal, sistem persekolahan,
pengangkutan dan kemudahan awam.
- Wujud sama ada didasari undang-undang (de
jure), atau tidak (de facto).
- Contoh segregasi de jure ialah dasar apartheid
yang pernah di amalkan di Afrika Selatan.
Istilah-Istilah Yang Berkaitan dengan Integrasi

 Akomodasi - merupakan proses


mempertahankan nilai dan norma-norma etnik
masing-masing. Walaubagaimanapun mereka
hidup harmoni dan menghormati antara satu
sama lain.
- Di peringkat pemerintahan pusat setiap etnik
hantar wakil. Namun dalam institusi-institusi
tertentu mereka saling bergantungan antara
satu dgn yg lain.
- Contoh negara - Switzerland.
Istilah-Istilah Yang Berkaitan dengan Integrasi

 Asimilasi - juga dikenali sebagai asimilasi


struktur.
- Merupakan proses kemasukan ke dalam
masyarakat dominan melalui persahabatan dan
perkaitan rapat.
- Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah
berbeza-beza, iaitu berdasarkan kepada
perbezaan fizikal ( seperti warna kulit) dan
darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza
dengan budaya kelompok dominan.
Istilah-Istilah Yang Berkaitan dengan Integrasi

 Akulturasi - juga dikenali sebagai asimilasi budaya.


- Terjadi apabila manusia dalam kumpulan minoriti
menerima norma, nilai dan pola-pola tingkahlaku
(budaya) golongan majoriti.
- Merupakan proses meminjam atau menerima
budaya golongan majoriti, tanpa mengubah unsur-
unsur budaya asal.
Istilah-Istilah Yang Berkaitan dengan Integrasi

 Amalgamasi - proses percampuran ras atau budaya


bagi membentuk budaya atau ras yg baru.
- Cara utama ialah melalui perkahwinan antara etnik
atau ras (perkahwinan campur).
Punca Masalah Perkauman
 Faktor sejarah – dasar pecah dan perintah yang diamalkan
oleh penjajah British.
 Jurang perbezaan ekonomi akibat pembangunan ekonomi
yang tidak seimbang antara kaum, sektor dan wilayah.
 Dasar kerajaan seperti DEB, sistem kuota dll untuk
membantu kaum Bumiputera dilihat sebagai diskriminasi
oleh kaum-kaum lain.
 Sistem pendidikan vernakular – persekolahan dan bahasa
pengantar yang berlainan
 Fahaman politik yang melampau dan perjuangan parti-
parti politik berdasarkan unsur perkauman
 Kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama dan
budaya yang berbeza.
 Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakat.
 Media massa yang mensensasikan isu-isu perkauman.
Asas Integrasi Nasional

 Perkongsian kuasa politik


- peranan pemimpin, dasar yang adil dan saksama, tiada fahaman politik yang
melampau

 Kerajaan demokrasi berparlimen


- keluhuran Perlembagaan
- kewibawaan undang-undang

• Merapatkan jurang ekonomi


- tingkatkan taraf hidup pribumi
- agihan kekayaan negara yang saksama

• Toleransi budaya dan agama


- saling hormat-menghormati

• Perkongsiaan nilai serta semangat patriotisme-pembinaan negara bangsa


Usaha Kerajaan ke Arah Integrasi Nasional

 Dasar Kebudayaan Kebangsaan:


- sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan
- bahasa penghantar
- sukatan pelajaran yang sama
- peperiksaan awam yang sama
 Sekolah Wawasan – lulus 1997 oleh kabinet
tujuan - gabung 3 sek berlainan aliran dlm satu kompleks
- erat perpaduan 3 kaum utama
 Dasar Kebudayaan Kebangsaan
- digubal selepas peristiwa 13 Mei 1969
 Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional
(Kini dirangka Model Ekonomi Baru)
- “Social reengineering”
 Konsep 1Malaysia
Peranan Guru dalam Menangani Isu Integrasi
Nasional

1. Memperkasakan bahasa kebangsaan


- menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan melalui
Minggu Bahasa, Pertandingan Bahas, Pidato, Puisi dll.
2. Memantapkan perpaduan dan integrasi nasional
- melaksanakan Rancangan Integrasi Murid untuk
Perpaduan (RIMUP)
3. Memupuk semangat patriotisme
- Nyanyian lagu kebangsaan, menaikkan bendera
4. Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya
bangsa.
- aktiviti kurikulum & kokurikulum
Aktiviti Untuk Memupuk Integrasi Nasional

 Program permuafakatan masyarakat – gotong-


royong
 Hari Keluarga
 Sukan Rakyat
 Majlis Sambutan Hari raya, Tahun Baru Cina,
Deepavali, Krismas dan lain-lain.
 Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan
 Perkhemahan Bina Insan Murid
 Lawatan dan ziarah-menziarah
SEKIAN,

KITA SAMBUNG PADA


PERJUMPAAN SETERUSNYA…
Pendemokrasian Pendidikan

Definisi
= Penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap
orang bagi memperoleh kejayaan pendidikan dan
menjadikan pendidikan sebagai agen untuk
meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup (Dewey,
1966).
= Pendidikan untuk semua, tanpa diskriminasi dari
segi latar belakang, jantina, ras, status sosioekonomi,
lokasi dan lain-lain.
Pendemokrasian Pendidikan
Merujuk
-kpd penyediaan sama rata utk setiap org bg
memperoleh kejayaan dlm pend dan menjadikan
pend sebagai agen meningkatkan kualiti hidup
-pendidikan berkualiti untuk semua
-peluang utk semua lapisan rakyat menikmati
pendidikan yg luas dan bermutu
Dasar pendidikan

- sekolah vernakular
-Pendidikan 13 tahun
-sek teknikal, sek teknikal, sek asrama penuh, sek
pend khas, sek agama, sek swasta
- PJJ
-pendidikan sepanjang hayat
Aspek-aspek yang ditekankan:
1. Ekuiti-pertimbangan untuk kedua-dua jantina
2. Kualiti pendidikan
3. Kecekapan dan keberkesanan pengurusan institusi
pendidikan
Pendemokrasian Pendidikan

Program-program:
1. Rancangan Lima Tahun dan Rangka Rancangan Jangka Panjang
(RRJP)
- penyediaan infrastruktur pendidikan
2. Dasar-dasar pendidikan
- dasar pendidikan wajib peringkat asas
- dasar sekolah teknikal
- dasar pendidikan vernakular
- dasar sekolah asrama penuh
- dasar sekolah pendidikan khas
- dasar sekolah swasta dan pendidikan jarak jauh
- dasar sekolah agama Islam
- dasar sekolah bestari
Cabaran Pendemokrasian Pendidikan

1. Penyediaan kemudahan infrastruktur dan


infostruktur yang mencukupi.
- bilik darjah, buku teks, pusat sumber
2. Bilangan pelajar semakin meningkat
- mutu pendidikan
3. Tenaga pengajar
- guru terlatih
- pensiswazahan guru
Soalan Perbincangan

 Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di sekolah


rendah dan menengah untuk memupuk perpaduan
kaum. Namun, polarisasi perkauman masih ketara di
kalangan pelajar-pelajar sekolah dan institut
pengajian tinggi.
Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk
menangani isu integrasi nasional?
Latar Belakang Konsep 1Malaysia

• Diperkenalkan oleh Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak.


• Konsep 1 Malaysia berhasrat semua rakyat Malaysia
dapat berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa
Malaysia.

• Setiap tindakan perlu berdasarkan kehendak semua


kumpulan etnik dalam negara kita.
• Konsep 1 Malaysia berhasrat menjadi pemangkin untuk
mengeratkan hubungan antara kaum-kaum di Malaysia.
• Cogankata: “Rakyat didahulukan, pencapaian
diutamakan.”
Nilai-nilai yang Dijunjung dalam
1 Malaysia

• Budaya kecemerlangan
• Ketabahan
• Rendah hati
• Penerimaan
• Kesetiaan
• Meritokrasi
• Pendidikan
• Integriti
Soalan Perbincangan

 Bagaimanakah anda sebagai guru dapat membantu


merealisasikan konsep 1 Malaysia?