Anda di halaman 1dari 48

KURSUS PENGURUSAN

MESYUARAT BERKUALITI &


PENULISAN SURAT RASMI

PKG LANGGAR
25-26 JULAI 2004

1
SLOT 2

PENULISAN SURAT RASMI &


MINIT MESYUARAT

2
Objektif slot 3:

Pada akhir kursus, para peserta diharap


telah dapat:
i. Memahami format surat rasmi
ii. Mengetahui format baru minit mesyuarat
iii. Mengetahui penggunaan kata, ungkapan
khusus dan laras bahasa surat rasmi
iv. Mengetahui ungkapan dan laras bahasa
minit mesyuarat.

3
PENULISAN SURAT RASMI
1. Pendahuluan:
• Salah satu media rasmi dan ada bentuk/format
tersendiri.
• Sesuai dengan suasana bekerja di pejabat
(sibuk, kekangan masa, maklumat perlu ringkas
dan padat serta jelas maksud).

Burton (1983), “kesilapan besar yang seringkali


dilakukan ialah apabila mencampuradukkan
jenis-jenis surat yang berlainan.”

4
Kegunaan surat rasmi:
i. Dokumen rasmi pengurusan
ii. Rekod kerajaan
iii. Proses pentadbiran
iv. Identiti sektor awam untuk
berhubung dengan pihak luar.
v. Bahan sejarah
vi. Bahan rujukan
vii. Bahan penyelidikan
viii. Bahan bukti

5
CIRI-CIRI SURAT RASMI BERKUALITI

Md. Fadzil Hassan (1998): Surat rasmi dianggap


berkualiti jika mempunyai ciri 4C + P:
i. Clear (jelas & tidak mengelirukan)
ii. Correct (betul)
iii. Comprehensive (lengkap)
iv. Concise (ringkas/padat)
v. Polite (sopan)

6
• Kita perlu prihatin pada proses
penghasilan dokumen rasmi ini
dengan mengambil kira perkara-
perkara berikut:

– Matlamat / tujuan menulis surat rasmi


– Penulis surat / penyampai maklumat
– Penerima maklumat / khalayak
– Mesej / maklumat/ isi kandungan
surat
– Kaedah penyampaian yang berkesan

7
Tujuan menulis surat rasmi:

i. untuk memaklumkan
ii. untuk mempengaruhi
iii. untuk menyampaikan
arahan
iv. untuk mengucapkan
terima kasih
v. untuk mendapatkan
perkhidmatan

8
Ingat & fikir
“Surat rasmi perlu mematuhi suatu format
yang telah ditetapkan dan diterima umum sebagai
satu standard, baik dari segi teknik mahupun dari
segi bahasa atau diksi.
Laras bahasa merujuk pada ungkapan khusus, dan gaya
pula merujuk pada variasi persembahan, pendekatan
untuk menjelaskan maksud yang mahu disampaikan.
Dalam hal ini aspek kesantunan bahasa wajar
dititikberatkan supaya pembaca atau penerima dokumen
itu tidak berasa tersinggung.”

9
2. FORMAT SURAT RASMI

• Terdapat 3 jenis format surat rasmi berdasarkan:

i. Surat Pekeliling Am Bil. 8 tahun 1980 bertarikh 1


Okt. 1980 daripada Jabatan Perdana Menteri.
ii. Surat Pekeliling Am Bil. 1 1987 bertarikh 22 Januari
1987 daripada Lembaga Peperiksaan (untuk tujuan
peperiksaan).
iii. Format ke-2 di atas, tetapi ditambah ciri Salinan
kepada pada bahagian akhir surat.

10
FORMAT SURAT RASMI
Lambang Nama
Alamat institusi Telefon:
(huruf besar) Faks:

……………nama/nama jawatan Ruj. Kami:


……………alamat penerima
…………… Tarikh:

Kata sapaan / salutasi

Tajuk / Perkara

……………………………………………………………………………………….
…………………………….. (pendahuluan)

11
(sambungan)
2. …………………………………………………………………………
...............................................................................................................

3. …………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………….

……………………….. (penutup)

“…………………” cogan kata (huruf besar)

…………………. Kata-kata rujukan diri

…………………. Tandatangan
(…………………) nama pengirim
…………………. Jawatan

s.k:

NO/ma (parap/initial) 12
Format Surat Rasmi:
• Nama dan alamat pengirim
• Nombor rujukan
• Tarikh
• Kata sapaan
• Tajuk
• Pengenalan
• Isi surat
• Penutup
• Slogan tetap
• Slogan sementara
• Pengakuan kesetiaan/rujukan diri
• Tandatangan
• Salinan kepada

13
Penggunaan Tanda Baca

• Ada 2 konsep:
i. Bertandabacaan (close punctuation)
ii. Tanpa bertandabacaan (open punctuation)

Konsep bertandabacaan – penggunaan tanda noktah dan


koma pada bahagian-bahagian berikut:
i. nama dan alamat pengirim
ii. nombor rujukan
iii. tarikh
iv. nama dan alamat penerima
v. salutasi / kata sapaan
vi. penutup surat

14
Kenapa perlu pemantapan?

Ketidakseragaman yang dikenal pasti:

Bil Sumber Bil. surat Format Tatabahasa


1 Pentadbiran 9 9 26
2 Jk Pengurusan Institut 13 13 22

3 Gerko 5 3 22
4 Persatuan Guru Pelatih 15 19 34
5 Jabatan-jabatan akademik 8 8 22
JUMLAH 50 52 126

Bilangan surat rasmi yang dianalisis dari Jan.2000


hingga September 2000

15
Cara menulis nama dan alamat penerima

• Nama ditulis sepenuhnya, lengkap dengan


gelarannya sekali.
Contoh:

Yang Amat Berhormat rujukan kehormat


Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad gelaran & nama
Perdana Menteri Malaysia jawatan
Jalan Dato’ Onn alamat
10000 KUALA LUMPUR

16
Gelaran Turun-temurun

Panggilan Panggilan
Lelaki Perempuan
hormat hormat
Yang Mulia Tunku Tunku Yang Mulia
Yang Mulia Ungku Ungku Yang Mulia
Yang Mulia Ku Ku Yang Mulia
Yang Mulia Raja Raja Yang Mulia
Tuan Syed Syarifah Puan/Cik
Tuan Sheikh Siti Puan/Cik

17
Panggilan Panggilan
Lelaki Perempuan
hormat hormat
1. D.Y.M.M. Seri Paduka Seri Paduka D.Y.M.M.
Baginda Yang di- Baginda Raja
Pertuan Agong Permaisuri
Agong
2. D.Y.M.M. Raja Perlis Raja Perempuan D.Y.M.M.
K.D.Y.M.M. Sultan Kedah Sultanah D.Y.M.M.
D.Y.M.M. Sultan Selangor Tengku Ampuan D.Y.M.M.
D.Y.M.M. Yang di-Pertuan Tunku Ampuan D.Y.M.M.
Besar NS
K.D.Y.M.M. Sultan Pahang Tengku Ampuan D.Y.M.M.
D.Y.M.M. Sultan Kelantan Raja Perempuan D.Y.M.M.
D.Y.M.M. Sultan Tuanku Ampuan D.Y.M.M.
Terengganu Besar
D.Y.M.M. Sultan Perak Raja Permaisuri D.Y.M.M.
18
Panggilan Lelaki Perempuan Panggilan
hormat hormat
Tunku mahkota Isteri kepada
3. D.Y.M.M. Johor Tunku Mahkota
Y.A.M.
Raja Muda Isteri Raja Muda
D.Y.T.M. Selangor Selangor
Y.T.M.
Raja Muda Perlis Raja Puan Muda
Y.T.M. Y.T.M.
Raja Mahkota Tengku Puan
Y.T.M. Pahang Pahang
Y.T.M.
Raja Muda Kedah Raja Puan Muda
Y.T.M. Kedah
Y.T.M.
Yang di-Pertuan
D.Y.T.M. Muda Terengganu
Raja Muda Perak Raja Puan Besar
D.Y.T.M. D.Y.T.M.
Bekas raja
4. Permaisuri Agong
Y.M.M.
Anak-anak Raja Anak-anak Raja
Y.A.M. memerintah memerintah
Y.A.M. 19
Panggilan Panggilan
Lelaki Perempuan
hormat hormat
Yang di-Pertua Isteri yang
1. T.Y.T. Negeri
Y.A. Bhg
di-Pertua Negeri
Perdana Menteri Isteri Perdana
2. Y.A.B. Menteri
Y.A. Bhg
Timbalan Isteri Timbalan
3. Y.A.B. Perdana Menteri Perdana Menteri
Y.A. Bhg
Menteri / Timb. Isteri Menteri/
4. Y.B. Menteri/ Timb. Menteri/
Y.Bhg
Setiausaha Setiausaha
Parlimen Parlimen
Yang di-Pertua Isteri Yang
5. Y.B. Dewan
Y.Bhg
di-Pertua Dewan
negara/Rakyat Negara/Rakyat
dan Timbalannya dan Timbalannya

20
Panggilan Panggilan
Lelaki Perempuan
hormat hormat
6. Y.B. Ahli Dewan Negara/ Isteri Ahli Dewan Puan
Rakyat dan Ahli Negara
Dewan Undangan
Negeri
7. Y.A.A. Ketua Hakim Negara Isteri Ketua Hakim Y.Bhg.
Negara
8. Y.A. Hakim Besar/ Hakim Isteri beliau Y.Bhg.
Mahkamah Agung/
Hakim Mahkamah
Tinggi
9. Y.Bhg. Ketua Setiausaha Isteri beliau Y.Bhg.
Negara
10. Y.Bhg. Peguam Negara Isteri beliau Y.Bhg.
11. Y.Bhg. Panglima Angkatan Isteri beliau Y.Bhg.
Tentera
12. Y.Bhg. Ketua Polis Negara Isteri beliau Y.Bhg.
13. Y.Bhg. Ketua Pengarah Isteri beliau Y.Bhg.
Perkhidmatan Awam 21
Darjah Gelaran Panggilan Panggilan Hormat

singkatan Lelaki Prmp Isteri Suami Penerima Isteri Suami

Darjah D.M.N. - - - - Yang


Utama Amat
Seri Dimulia-
Mahkota kan
Negara
Seri S.M.N. Tun Tun Toh - Y.A.Bhg Y.A.Bhg Y.A.Bhg
Maharaja Puan
Mangku
Negara
Seri Setia S.S.M. Tan Sri Tan Sri Puan Sri - Y.A.Bhg Y.A.Bhg Y.A.Bhg
Mahkota
Panglima P.M.N. Tan Sri Tan Sri Puan Sri - Y.A.Bhg Y.A.Bhg Y.A.Bhg
Mangku
Negara
Panglima P.S.M. Tan Sri Tan Sri Puan Sri - Y.A.Bhg Y.A.Bhg Y.A.Bhg
Setia
Mahkota
Panglima P.S.D. Datuk Datuk Datin - Y.A.Bhg Y.A.Bhg Y.A.Bhg
Setia
Diraja
22
Cara Menulis No. Rujukan

• Mesti ada rujukan fail (untuk mengesan surat-surat &


mengambil tindakan lanjut)
• Ditulis di sebelah kanan surat
contoh:

KP/JPK/ BP KPK/03/01/ Jld.111 (40)

Kemen. Pend Jab. Pend.Khas


Bhg. Perkhid.
Kursus Pend.
Khas No.Fail
Bil. Surat

23
Cara menulis tarikh & Kata Sapaan

Tarikh: Kata Sapaan:


– 30 Ogos, 2003 • Yang Berhormat
– 30 Ogos 2003 • Yang Mulia
– 30 hb. Ogos 2003 • Tan Sri
– 30 OGOS 2003 * • Datuk
(disarankan oleh LPM) • Tuan
• Puan, dll

24
Cara menulis Perkara/ Tajuk:

• Singkatan ‘Per:’ tidak perlu.


• Tajuk hendaklah tepat, ringkas dan padat serta
dapat membayangkan kandungan surat.
• Huruf pertama setiap perkataan ditulis dengan
huruf besar dan seluruh perkataan
digarisbawahkan / dihitamkan atau keseluruhan
perkataan ditulis dengan huruf besar dan
dihitamkan.
• Semasa membalas surat, beri rujukan surat
yang dibalas.

25
Pemerengganan

• Perenggan pertama dan akhir tidak


dinomborkan.
• Perenggan kedua dan seterusnya dinomborkan.
• Bagi perenggan yang ada ceraian isi, boleh
dinomborkan dengan abjad atau huruf roman.
• Bagi perenggan yang ada peringkat pecahan,
cara menomborkannya seperti berikut:
– Peringkat pertama: 2.1, 2.2 dan seterusnya
– Peringkat kedua: 2.1.1, 2.2.1 dan seterusnya

 peringkat pecahan hanya dihadkan pada dua


sahaja.

26
Surat dihadkan satu perkara sahaja bagi mengelakkan:
i. Tertinggal beberapa perkara daripada tindakan
ii. Penerima tidak tahu keutamaan / perkara mana
yang perlu didahulukan.

Mengalamatkan surat kepada jabatan:


i. Surat dialamatkan kepada Ketua Jabatan
ii. Ikut gelaran rasmi jawatan
iii. Hanya jika tahu pegawai yang bertanggungjawab
dan segera, bolehlah ditujukan surat “untuk
perhatian”

27
Penutup surat

• Ringkas dan sesuai dengan tujuan surat


itu ditulis.
Contoh:
 Sekian, terima kasih.
 Sekian.
 Terima kasih.
 Sekian untuk makluman dan tindakan.
 Sekian untuk makluman.
 Sekian untuk perhatian dan makluman tuan/pihak tuan.
 Kerjasama tuan sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima
kasih.

28
Cogan kata & Akuan / Rujukan diri

Cogan kata: Akuan / Rujukan diri


Ditulis di bawah penutup surat
Ditulis sebelum tandatangan.
dengan huruf besar

• “BERKHIDMAT UNTUK • Yang benar (individu)


NEGARA” • Yang menjalankan tugas
• “CINTAILAH BAHASA KITA” (syarikat perbadanan)
• “MAJULAH SUKAN UNTUK • Saya yang menurut perintah
NEGARA” (kerajaan)
• “TEKNOKRAT TUNGGAK
KECEMERLANGAN”

29
3. LARAS BAHASA SURAT RASMI

• Tertib / teliti / ungkapan dipilih dengan


cermat / tidak menyinggung perasaan si
penerima. Bahasa yang baik / santun juga
akan mencerminkan imej institusi / individu
yang diwakilinya.

30
Bahasa surat rasmi
Pengenalan
Bahasa surat rasmi perlu patuhi prinsip dan peraturan berbahasa, baik
dari segi:
- ejaan
- bentuk kata
- ayat

Ayat (digalakkan menggunakan ayat yang mudah, jelas dan tepat


maknanya).
- patuhi pola ayat dasar
- ayat kompleks / berlapis yang betul
- ayat songsang
- guna tanda baca yang betul

31
Unsur Kesantunan

• Bahasa bersantun memancarkan sifat ketimuran yang beradab,


berbudi dan bersopan santun.
• Dapat dikesan melalui kata, frasa, ungkapan dan ayat.
• Dapat hasilkan komunikasi yang lancar dan berkesan.

Contoh:
i. Tidak bersetuju, agak keberatan, berhalangan
ii. Hormat, takzim, besar hati.
dukacita, berat hati, terkilan
bertuah, gembira, sukacita
iii. Sila hadir, sila jawab, sila hubungi, mohon maaf
iv. Kehadiran tuan amat diharapkan

32
Laras Surat Rasmi

Salinan agenda mesyuarat saya lampirkan bersama-


sama ini untuk makluman tuan.

Ayat songsang 1:
Saya lampirkan bersama-sama ini salinan agenda
mesyuarat untuk makluman tuan.
Ayat songsang 2:
Bersama-sama ini saya lampirkan salinan agenda
mesyuarat untuk makluman tuan.
Ayat songsang 3:
Bersama-sama ini salinan agenda mesyuarat saya
lampirkan untuk makluman tuan.

33
Ungkapan Khusus dalam surat rasmi
1. Penanda rujukan: (merujuk kembali perkara yang sudah
berlaku atau sudah disebut)

i. Berhubung perkara yang dibincangkan…


ii. Sehubungan itu …
iii. Mengikut arahan …
iv. Menurut kenyataan …
v. Merujuk surat tuan …
vi. Berkenaan dengan maklumat tersebut …
vii. Saya merujuk kepada perkara …
2. Penanda penyertaan: (ada disertakan sesuatu)
i. Bersama-sama ini disertakan …
ii. Dengan ini saya lampirkan …
iii. Saya lampirkan bersama ini …
34
3. Penanda makluman: (menunjukkan adanya pemakluman dibuat)
i. Sukacita dimaklumkan / dinyatakan /diucapkan…
ii. Seperti yang tuan sedia maklum …
iii. Dengan ini dimaklumkan bahawa …
iv. Dukacita dimaklumkan bahawa …
4. Penanda sebab-musabab: (menunjukkan bahawa sesuatu
peristiwa itu menyebabkan peristiwa lain)
i. Atas kerjasama tuan, saya ucapkan …
ii. Oleh sebab keadaan tidak mengizinkan …
iii. Oleh sebab tuan …
iv. Berhubung dengan …
5. Penanda perintah:
i. Tuan diminta menjelaskan …
ii. Tuan dinasihatkan supaya … (perintah halus)
iii. Tuan dikehendaki melaporkan diri …
iv. Tuan diarahkan … (perintah kurang halus)

35
6. Penanda harapan:
i. Besarlah harapan saya …
ii. Sudilah kiranya …
iii. Harap maklum …
iv. Saya harap dapat kiranya tuan …
v. Menjadi harapan saya / kami …
vi. Adalah diharapkan bahawa …

7. Penanda permohonan (permintaan):


i. Kami memohon / meminta…
ii. Kami ingin mendapat penjelasan …
iii. Tuan diminta …
iv. Kami ingin menarik perhatian tuan …
v. Sukacita sekiranya kami mendapat …
vi. Harapan kami agar sudi kiranya tuan …

36
8. Penanda nasihat:
i. Tuan dinasihatkan supaya menjelaskan …
ii. Saya ingin menasihatkan tuan…
iii. Tuan diingatkan …
iv. Adalah dinasihatkan bahawa …
9. Penanda matlamat / tujuan:
i. Untuk pertimbangan …
ii. Untuk pengetahuan tuan …
iii. Untuk makluman …
10. Penanda perwakilan:
i. Kami bagi pihak jabatan ini …
ii. Bagi pihak kami …
iii. Saya / kami bagi pihak …

37
11. Penanda pendapat:
i. Pada hemat saya, tuan diminta menjelaskan …
ii. Pada pendapat kami …
iii. Menurut pandangan kami …

12. Penanda sikap (positif):


i. Sekiranya tidak keberatan …
ii. Sukacita dimaklumkan …
iii. …bersetuju …
iv. …terima kasih …
v. …dihargai …
vi. …menghargai …

38
13. Penanda sikap (negatif):
i. …keberatan …
ii. …memandang berat …
iii. …dukacita …
iv. …dikesalkan…
v. …tidak bersetuju…

14. Penanda antisipasi/ ramalan:


i. …didahului…
ii. …atas kerjasama tuan itu saya ucapkan terima kasih.

15. Penanda penamat:


i. Sekian untuk perhatian dan makluman tuan.
ii. Sekian terima kasih.
iii. Sekian untuk tindakan tuan.

39
Kejanggalan dalam surat rasmi

Kebiasaan Sepatutnya

Dipanjangkan Dikemukakan
Dimajukan Dikemukakan
Membuat tindakan Mengambil tindakan
Sila aturkan Sila uruskan
Ingin menarik perhatian tuan… Mohon perhatian tuan
Mengesyorkan Memperakukan
Jabatan ini Pihak jabatan ini
Di atas kerjasama pihak tuan… Atas …pihak tuan …
…dan sangat dihargai …saya sangat
menghargainya

40
(sambungan)

Kebiasaan Sepatutnya

Lanjutan surat pengarah Sebagai lanjutan surat…


Atas kerjasama tuan Kerjasama tuan …
Di atas sebarang kesukaran Sebarang kesukaran …
Pihak kami akan berterima Besarlah hati kami
kasih sekiranya … sekiranya…

41
4. KESILAPAN TATABAHASA
i. Penggunaan kata pemeri ‘adalah’ pada awal ayat.

(kata pemeri adalah tidak boleh hadir di hadapan frasa/kata


kerja, apatah lagi jika ditulis pada awal ayat)
Cth: i. Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa …
Sepatutnya: Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa …
Saya ingin memaklumkan bahawa ..

Cth: ii. Perkara di atas adalah dirujuk.


Sepatutnya: Perkara di atas dirujuk.

42
ii. Penggunaan Penanda Wacana ‘Sehubungan itu’

Cth: Sehubungan dengan itu, tuan-puan dikehendaki hadir


(SALAH).

iii. Penggunaan kata sendinama ‘daripada’:

(Kata sendinama ‘daripada’ digunakan untuk merujuk


punca/sumber, pecahan, perbezaan dan perubahan)
Cth: Semoga mendapat perhatian yang wajar dari pihak
tuan (SALAH).

43
iv. Penggunakan kata sendi nama ‘tentang’:

Cth: ‘Dengan hormatnya, saya ingin menarik perhatian


tuan mengenai perkara di atas (SALAH).

(Kata kerja ‘mengenai’ bermaksud kena pada, manakala


kata sendi ‘tentang’ membawa maksud rujukan
sesuatu yang tidak tentu atau umum atau mujarad).

Nuwairi Hj. Khazai (1993): “seseorang penulis


atau perencana surat seharusnya di samping
menguasai maklumat yang ingin disampaikan
dapat menguasai kaedah penulisan yang baik.”

44
45
46
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA,
Peti Surat 144,
14007 Bukit Mertajam, *
Pulau Pinang. *
 
Encik Abdul Wahab b. Ismail * Ruj. Kami : DBP/3-4?*177/24/37 K2(21)
Sek. Men. Keb. Jitra ** Tarikh : 9 Julai 2001
06000 Jitra, * 17 Rabiulakhir 1422
Kedah Darul Aman *
 
Melalui:
 
Pengetua,
S.M.K. Jitra. *
 
Tuan,
 
Pelantikan *sebagai *pembimbing *bengekel* *peningkatan *penguasaan *bahasa Melayu. **
 
*Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Wilayah Utara dengan kerjasama Pejabat */setiausaha Kerajaan
Negeri Kedah Darul Aman akan mengdakan* bengkel yang tersebut diatas* seperti butiran yang berikut:
 
Tarikh : 16, 17 dan 18 Julai 2001
Masa : 8.30pg* hingga 10.30 mlm.*
Tempat : Hotel Sri Malaysia
Jalan Stadium
Alor Setar

2. Sehubungan dengan* itu, Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Wilayah Utara melantik tuan sebagai pembimbing bengkel berkenaan. Tuan
diminta mengendalikan sesi mengenai ejaan, tatabahasa dan kesalahan umum bahasa melayu* pada 16 dan 17 Julai 2001. Bersama ini disertakan
aturcara* untuk makluman tuan.
 
3.        Kesudian tuan menerima pelantikan ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Mudah-mudahan sumbangan yang tuan
berikan akan memberi impak yang besar dalam usaha kita memartabatkan bahasa Melayu.
 
Sekian.
 
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA*
CINTAILAH BAHASA KITA*
 
Yang benar,
 
(SALMIAH ISMAIL) 47
*
Panggilan Hormat Lelaki Perempuan Panggilan Hormat
Yang Mulia Tunku Tunku
Yang Mulia
Yang Mulia Ku Ku
Yang Mulia
Tuan Syed Syarifah Puan/Cik
Tuan Sheikh Siti Puan/Cik
K.D.Y.M.M. Sultan Kedah Sultanah Kedah D.Y.M.M.
K.D.Y.M.M. Sultan Pahang Sultanah Pahang D.Y.M.M.
D.Y.T.M. Raja Muda Perak Raja Puan Besar D.Y.T.M.
Bekas Raja Permaisuri
    Y.M.M.
Agong
Y.A.B. Perdana Menteri Isteri Perdana Menteri Y.A.Bhg.
Isteri Setiausaha
Y.B. Setiausaha Parlimen Y. Bhg.
Parlimen
Yang di-Pertua Dewan Isteri Yang di-Pertua
Y.B. Y. Bhg.
Negara Dewan Negara
Isteri Ahli Dewan
Y.B. Ahli Dewan Negara Puan
Negara
Isteri Ketua Hakim
Y.A.A. Ketua Hakim Negara Y. Bhg.
Negara
Ketua Setiausaha
Y. Bhg. Isteri beliau Y. Bhg.
Negara
Y. Bhg. Peguam Negara Isteri beliau Y. Bhg.
Panglima Angkatan
Y. Bhg. Isteri beliau Y. Bhg.
Tentera
Y. Bhg. Ketua Polis Negara Isteri beliau Y. Bhg.
Ketua Pengarah
Y. Bhg. Isteri beliau Y. Bhg.
Perkhidmatan Awam
Penerima Darjah
Y.A.Dimuliakan Utama Seri Mahkota - -
Negara (DMN)
48

Anda mungkin juga menyukai