Anda di halaman 1dari 33

TAJUK 3

PLURALITI & MASYARAKAT PLURALISTIK DI


MALAYSIA
3.1
Pengenalan
3.5 Pembentukan
Masyarakat
Pluralistik di
3.2 Malaysia
Pluralisme Budaya
Alam Melayu
TAJUK 3: 3.6 Masyarakat
Pluralistik Selepas
PLURALITI &
Merdeka
MASYARAKAT
3.3 Kemuncak
PLURALISTIK DI Pluraliti Alam
MALAYSIA Melayu: Kesultanan
Melaka

3.4 Pembentukan
Masyarakat
Pluralistik Oleh
Penjajah
3.1 Pengenalan
Pluraliti budaya bukan fenomena baru.
Interaksi Alam Melayu dengan HBI dan
Eropah (PSBB).
Dua tahap utama
Pluraliti budaya di Alam Melayu
Pluraliti budaya di Malaysia
3.1 Pengenalan
Pluralisme: Ideologi yang menyama-
ratakan kepercayaan dan pegangan yang
berbeza dalam masyarakat.
Pluraliti: Wujudnya kepelbagaian
bangsa, agama di suatu tempat pada satu
masa secara semulajadi – masyarakat
Melaka.
Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian
bangsa, agama di suatu tempat pada satu
masa secara dirancang dipaksakan oleh
pihak-pihak tertentu yang
berkepentingan – era penjajah British.
3.2 Pluralisme Alam Melayu
Konsep pluraliti alam Melayu perlu
difahami sbg asas utk memahami
masyarakat plural.
Kewujudan pelbagai etnik di alam
 Melayu telah memberi sumbangan
terhadap pembentukan masyarakat plural
yang dapat hidup secara bersama dalam
kepelbagaian.
Kedatangan penjajah berteraskan tiga
matlamat utama iaitu Gospel, Gold dan
Glory telah memberi kesan dalam sistem
kehidupan masyarakat di alam Melayu.
3.2 Pluralisme Alam Melayu
Masyarakat pelbagai bangsa pada
zaman sebelum kedatangan orang
Eropah terbentuk melalui proses semula
jadi tanpa sebarang rancangan
pemaksaan di sebaliknya
Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan
interaksi harmoni dengan penduduk,
alam sekitar dan sistem sosial, politik
dan agama telah sedia ada dalam dunia
baru mereka.
Mereka secara suka rela sanggup
berkahwin dengan penduduk tempatan.
3.2 Pluralisme Alam Melayu
Menurut al-Attas, pengaruh Hindu-
Buddha tidaklah begitu mendominasi
masyarakat di Alam Melayu berbanding
dengan kekuatan pengaruh ajaran Islam.
Antara bukti bagi perkara ini, tiada
kitab-kitab klasik mereka yang
membincangkan secara meluas dan
mendalam aspek-aspek falsafah,
metafizik, sistem sosial dan sebagainya.
Namun, dalam beberapa aspek
pengaruhnya agak jelas, seperti dalam
aspek kesusasteraan dan pemerintahan
3.2 Pluralisme Alam Melayu
Faktor perdagangan menjadi punca
wujud hubungan dua hala antara Cina
dan India.
Alam Melayu telah menjadi tempat
utama persinggahan bagi kedua-dua
pihak.
Keadaan ini tanpa disengajakan telah
mewujudkan pluraliti di Alam Melayu.
Kemuncaknya, Alam Melayu pada abad
ke 7M, telah menjadi pusat pengajian
dan perkembangan ilmu pengetahuan
3.2 Pluralisme Alam Melayu
Orang-orang Cina dan India
terutamanya dibawa masuk ke Alam
Melayu adalah demi kepentingan
ekonomi dan politik Inggeris.
Mereka dibawa masuk oleh Inggeris
tanpa disertai kaum keluarga seperti
isteri dan anak mereka.
Oleh kerana tumpuan dan hasrat
kedatangan mereka ialah untuk
memenuhi keperluan ekonomi-
politik Inggeris maka asimilasi
budaya dan cara hidup di antara
masyarakat tidak berlaku.
3.2 Pluralisme Alam Melayu
Perubahan konsep ilmu
(epistemologi)
Sebelum penjajahan, berasaskan
metafizik (ilmu bersumberkan
alam ghaib, di luar pengalaman
pancaindera manusia- bomoh,
dukun, jampi, dll.)
Penjajahan British membawa
konsep ilmu berteraskan kaedah
rasional dan saintifik (boleh
dibuktikan menerusi pancaindera
manusia- statistik, peta)
3.3 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu:
Kesultanan Melaka
Pemerintahan:
Era Melaka adalah kemuncak keagungan
kerajaan Melayu, dianggap Venice of The
East.
Masyarakat plural yang wujud dapat hidup
dengan aman dan damai, hasil dari sistem
pemerintahan yang adil.
Perlaksanaan Hukum Kanun Melaka dan
Undang-Undang Laut Melaka yang
berteraskan Islam mampu memberi
keadilan kepada masyarakat plural Melaka
pada waktu tersebut.
3.3 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu:
Kesultanan Melaka
Perdagangan:
Aktiviti perdagangan antarabangsa juga
berjalan dengan baik hasil dari sistem
urus tadbir berteraskan Islam.
Kependudukan:
Masyarakat Melaka pada waktu tersebut
terdiri dari pelbagai etnik antarabangsa
yang hidup dalam suasana aman dan
damai.
Penghijrahan semjulajadi, tanpa paksaan.
Akomodasi antara pedagang Cina dan
India dengan penduduk tempatan.
3.3 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu:
Kesultanan Melaka
Kebudayaan:
Kedatangan para pedagang antarabangsa
ke Melaka juga telah menyumbang
kepada multi budaya yang tersendiri.
Wujud masyarakat baru seperti
masyarakat Baba.
Melaka adalah kemuncak pluraliti Alam
Melayu
3.4 Pembentukan Masyarakat Pluraliti
oleh Penjajah
Perdebatan ilmu di Eropah, membawa
kepada pemisahan besar antara ilmu
dan sains moden
Stephen Jay Goul dalam bukunya ‘Rocks
of Ages: Science and Religion’-
masyarakat terbahagi kepada dua:
Menyokong agama
Menyokong sains moden (diterima
Eropah)
3.4 Pembentukan Masyarakat Pluraliti
oleh Penjajah
Kedatangan Inggeris ke Alam
Melayu membawa konsep
pemikiran pemisahan negara dan
agama, ‘negara kolonial sekular’
Agama dianggap penyumbang
kepada perselisihan, manakala
sains dianggap penyumbang
kepada kemajuan.
Inggeris turut memperkenalkan
sistem pentadbiran berasaskan 3
unsur penting, iaitu: Kehakiman,
Eksekutif dan Perundangan
3.4 Pembentukan Masyarakat Pluraliti
oleh Penjajah
Bernard Cohn, pengkaji India British
berpendapat kolonialisme
bukan hanya melibatkan penaklukan
ruang, tetapi juga epistemologi atau
sistem pemikiran penduduk
peribumi.
melibatkan proses penggantian
sistem pemikiran tempatan dengan
sistem pemikiran sistematik ‘modus
penyiasatan’
3.5 Pembentukan Masyarakat Pluralistik
di Malaysia
Kedatangan orang China dan India ke
Tanah Melayu untuk memenuhi
peluang-peluang pekerjaan seperti
perlombongan, perladangan dan
perniagaan yang disediakan oleh pihak
penjajah British.
Kewujudan peluang pekerjaan yang
banyak, kekalutan ekonomi dunia serta
galakan daripada British menjadi faktor
penggerak kedatangan orang-orang
China dan India ke Tanah Melayu.
3.5 Pembentukan Masyarakat Pluralistik
di Malaysia
Berlaku interaksi yang baik di antara
orang-orang China dan India yang
datang dengan orang-orang Melayu,
telah berlaku akomodasi cara hidup
yang harmoni.
Kolonialisme British memberi impak
sangat besar terhadap masyarakat
negeri di Malaysia sama ada dalam
bentuk material mahu pun non-
material.
Al-Attas: kehadiran kolonialisme Barat
membawa dasar memisahkan orang
Islam daripada agama mereka
3.5 Pembentukan Masyarakat Pluralistik
di Malaysia
British mula bertapak kukuh menerusi
satu campurtangan secara tidak langsung
pada tahun 1786 apabila Pulau Pinang
diperolehi dari Kedah.
Bagi memastikan penaklukkan mereka
berjalan lebih tersusun dan sistematik
penasihat British kemudiannya turut di
tempatkan di Negeri Melayu Tidak
Bersekutu (NMTB).
Perjanjian Pangkor pada tahun 1874
merupakan titik permulaan penguasaan
British di Tanah Melayu.
3.5 Pembentukan Masyarakat Pluralistik
di Malaysia
Perkembangan ini dengan jelas
memperlihatkan agama dipisahkan
daripada urusan politik, pentadbiran,
undang-undang, ekonomi, pendidikan
dan sebagainya.
Ringkasnya, agama Islam dan adat
istiadat Melayu terletak di bawah
urustadbir.
British kemudiannya gagal kotakan
janji tidak campurtangan dalam urusan
agama dan adat istiadat Melayu.
3.6.1
Politik

3.6.2
Perlembagaan

3.6
Masyarakat
3.6.3
Pluralistik Selepas
Pendidikan
Merdeka

3.6.4
Ekonomi
3.6.1 Politik
Politik:
Malaysia dianggap sebagai sebuah
negara yang berupaya melaksanakan
sistem demokrasi dengan berkesan.
Demokrasi di negara ini telah berjalan
lancar terutamanya semenjak pilihan
raya umum pertama tahun 1955, di
mana tiga kumpulan etnik utama, iaitu
Melayu, Cina dan India telah bersatu
untuk mendesak British memberikan
kemerdekaan
3.6.1 Politik
Selepas era 1960an perjalanan
politik terus berkembang dinamik.
Kerjasama parti-parti politik dalam
pakatan parti pemerintah telah
berkembang dengan peningkatan
keahliannya, cth penubuhan
Barisan Nasional 1974.
Dasar-dasar kerajaan berkaitan HE
melalui formula tolak ansur telah
berjaya mengekalkan keharmonian
masyarakat di Malaysia.
3.6.2 Perlembagaan
Perlembagaan:
 Kontrak sosial merupakan satu kesepakatan
yang telah dirunding,pembentukan parti-parti
politik etnik dan “coalition” sebagai model
permuafakatan politik (Parti Perikatan, Barisan
Sosialis, Barisan Nasional, Barisan Alternatif).
 Perlembagaan merupakan panduan asas
kepada perlaksanaan sistem politik di negara
ini.
 Perlembagaan mencatatkan kontrak sosial
dipersetujui bersama antara kaum di negara
ini.
3.6.2 Perlembagaan
Sebagai panduan asas kepada perlaksanaan
sistem politik di negara ini.
mencatatkan kontrak sosial dipersetujui
bersama antara kaum di negara ini.
Dari segi sejarah terdapat dua peringkat
kontrak sosial di Alam Melayu.
 Pertama, berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat
setia dan saling menghormati antara rakyat dan raja.
Janji taat setia dan saling menghormati ini
diistilahkan sebagai wa’ad.
 Sosial kedua berlaku dalam konteks masyarakat
plural hasil daripada syarat dikenakan oleh pihak
British untuk memberikan kemerdekaan kepada
Malaysia.
3.6.2 Perlembagaan
Kontrak sosial pertama- Demang Lebar Daun mewakili
rakyat, Sang Sapurba mewakili raja atau pemerintah.
Kontrak sosial kedua- hasil daripada syarat British
untuk kemerdekaan Tanah Melayu:
 Orang Melayu bersetuju memberi taraf kerakyatan kepada orang bukan Melayu
 Orang bukan Melayu bersetuju ke atas peruntukan hak-hak istimewa orang
Melayu
Setiap etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti
politik dan mencapai persepakatan untuk hidup dalam
aman dan damai.
Dengan itu terbentuklah CLC (Communities Liaison
Committee/Perhubungan Antara Kaum) pada tahun
1949, usaha Tan Cheng Lock dan Dato’ Onn Jaafar.
3.6.3 Pendidikan
Pendidikan:
 Sebelum Penyata Razak, ada 4 aliran sistem
pendidikan, iaitu aliran-aliran IMCI.
 Semasa penjajahan dibahagikan kepada 3
peringkat:
 Pendidikan British rendah dan menengah (elit
MCI)
 Sekolah Melayu peringkat rendah (dibantu oleh
British, untuk jadi ‘petani yang pandai sikit’.
Terdapat juga sekolah agama/Quran
 Sekolah vernakular Cina dan India.

Bahasa pertuturan
sesuatu golongan
3.6.3 Pendidikan
Sistem pendidikan kebangsaan telah dibentuk
berasaskan keseragaman kurikulum, sukatan mata
pelajaran dan orientasi.
 Laporan Razak 1956
 Laporan Rahman Talib 1960.
Matlamat utama dasar pendidikan menurut
kedua-dua laporan tersebut ialah untuk
menyatukan kanak-kanak daripada berbilang
etnik di bawah satu sistem pendidikan
kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa
pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu (Wan
Hashim, 1983).
Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
dalam Perlembagaan 1957, BI masih bahasa rasmi.
3.6.3 Pendidikan
Pucuk pimpinan parti Perikatan telah
mencapai kesepakatan pada tahun 1956 dan
bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957 di atas
prinsip:
 (i) sekolah berbagai aliran dibenarkan dan
pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing
dibenarkan;
 (ii) oleh kerana Bahasa Melayu adalah merupakan
bahasa kebangsaan, maka sekolah Cina dan Tamil
wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu
daripada mata pelajaran;
 (iii) pendekatan dalam mata pelajaran sejarah,
geografi dan buku-buku teks yang lain mestilah
berteraskan Malaysia, dan bukan lagi berteraskan
negara Cina dan India (John Lowe 1960).
3.6.4 Ekonomi
Ekonomi
Pada tahun 1957 kerajaan telah menggiatkan
usaha untuk mengatasi pelbagai masalah sosio-
ekonomi dan sosio-politik. Rancangan
pembangunan ekonomi negara dibahagikan
kepada empat peringkat;
 Rancangan pramerdeka iaitu meliputi Rangka
Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955)
dan Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama
(1956-1960)
 Perancangan selepas merdeka, merangkumi
Rancangan Persekutuan Tanah Melayu Kedua (1961-
1965) dan sebahagian daripada Rancangan Malaysia
Pertama (1966-1970)
 Perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru.
3.6.4 Ekonomi
Sistem ekonomi dualisme ini merujuk kepada
dua orientasi dan tumpuan yang berbeza
namun bergerak seiringan dengan garis etnik:
 Pertama, sistem ekonomi moden yang
mendominasi keseluruhan organisasi pengeluaran
(cth getah, bijih timah).
 Kedua, sistem ekonomi tradisional yang
diidentifikasikan dengan sektor ekonomi pertanian.
Komoditi utamanya ialah padi dan perikanan.
Teknik pengeluarannya, pemasaran, tenaga kerja
serta modal adalah didominasi oleh etnik Melayu. Ia
bercirikan budaya luar bandar (Ness, 1967).
3.6.4 Ekonomi
Isu yang berkaitan dengan ekonomi
memerlukan iltizam yang kuat daripada semua
pihak untuk merapatkan jurang yang sedia
ada.
Keperluan untuk memperbetulkan kedudukan
dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia
menjadi sebagai salah satu asas utama dalam
memupuk kerjasama antara etnik.
Ketidakseimbangan kedudukan ekonomi
berdasarkan etnik juga harus diatasi kerana ia
dapat menjadi sumber pencetus konflik (cth
peristiwa 13 Mei 1969).
Kesimpulan
Memahami pluraliti adalah asas penting
ke arah memahami pembentukan
masyarakat plural.
Pluraliti telah sedia wujud di Alam
Melayu.
Ideologi sekular telah mempengaruhi
perubahan dalam sistem masyarakat
sepadu.
Pluraliti masyarakat Malaysia
diperkukuhkan melalui dasar-dasar
negara yang dibentuk berteraskan
persetujuan bersama.

Anda mungkin juga menyukai