Anda di halaman 1dari 36

DAYA SAING:

 KEMAMPUAN SESEBUAH NEGARA MENGHASILKAN


PRODUKTIVITI/OUTPUT YANG DIHASILKAN OLEH SUMBER
MANUSIA AGAR DAPAT BERSAING DENGAN NEGARA LUAR.

 Daya saing negara diukur berdasarkan empat faktor iaitu:
 Prestasi Ekonomi – Cth:Dengan peningkatan dari tahun ke tahun
pelancong datang ke Malaysia, ia dapat meningkatkan ekonomi negara


dari segi pengaliran wang asing masuk ke negara di mana pelancong
dari luar negara akan menukar mata wang negara mereka kepada mata
wang Ringgit Malaysia untuk berbelanja di Malaysia.Hal ini boleh
menjadikan ekonomi kita meningkat dan setanding dengan negara luar
dan menyebabkan daya saing.
 Kecekapan Kerajaan – Cth:Bajet 2017 menekankan tanggungjawab
kerajaan dalam melengkapkan aku janji piliihan raya sebelum ini
dengan berlandaskan komitmen rakyat didahulukan,pencapaian
diutamakan.Bajet ini disifatkan sebagai ‘bajet komitmen’ bagi terus
memacu pertumbuhan ekonomi sekaligus menguruskan perbelanjaan
secara berhemah.Analisis menunjukkan ekonomi negara akan terus
berkembang pada kadar menjangkau lima peratus pada 2017.Kesannya,
daya saing di malaysia akan dapat ditingkatkan.
 Kecekapan Perniagaan – Cth: Apabila seseorang peniaga cekap dalam
melakukan sesuatu pekerjaan, ini akan menyebabkan,ramai pembeli
akan membeli barang di situ.Seterusnya,keuntungan peniaga akan terus
meningkat.Sebahagian keuntungan peniaga tersebut akan diberikan

kepada negara melalui sebarang cukai perniagaan.Hal ini akan
menyebabkan ekonomi meningkat dan dapat memperkukuhkan daya
saing di negara Malaysia.
 Kemudahan Infrastruktur – Cth:Dengan adanya kemudahan
infrastruktur seperti pusat rekreasi,sistem pengangkutan dan
perhubungan,negara kita dapat menjadi tumpuan pelancong terutama
dari luar negara.Pelancong dari luar negara akan menukar mata wang
negara mereka kepada mata wang Ringgit Malaysia untuk berbelanja di
Malaysia.Kesannya,ekonomi negara kita meningkat dan dapat
meningkatkan daya saing.
 Menurut Michael Porter,terdapat empat faktor yang mempengaruhi daya
saing sesebuah negara iaitu:
 Strategi,struktur & Tingkat Persaingan Perusahaan iaitu bagaimana unit


perusahaan dalam suatu negara terbentuk,diorganisasikan,
dikelolakan(dirancang/dikawal) dan bagaimana tingkat persaingan
dalam negaranya.
 Sumber yg terdapat dalam sesebuah negara spt sumber manusia(tenaga
kerja), bahan mentah,ekonomi berteraskan pengetahuan,modal,&
infrastruktur turut mempengaruhi daya saing sesebuah negara. Sumber
tersebut menjadi penentu tinggi atau rendahnya daya saing sesebuah
negara
 Permintaan Domestik→permintaan dalam negeri terhadap produk
tempatan (permintaan orang ramai terhadap barang buatan malaysia)
merupakan aspek yg mempengaruhi arah perkembangan sektor industri.
 Wujudnya Industri Hiliran yang boleh memberikan keuntungan berlipat

kali ganda. yg mampu bersaing pd peringkat antarabangsa.Faktor ini
menggambarkan kerjasama antara sektor industri seperti Syarikat
PROTON dengan vendornya. (peniaga/penjual yang membantu
menjualkan barang dari peniaga lain)

 Industri Hiliran ialah industri yang menggalakkan pemprosesan bahan


mentah dari Malaysia sendiri kepada produk pengguna akhir (brg yg
telah diproses). Contoh:bijih timah yang merupakan hasil bumi terbesar
Tanah Melayu suatu ketika dulu hanya mampu kita ubah kepada bentuk
jongkong dan dieskport ke negara barat.Jongkong bijih timah tersebutlah
yang digunakan oleh industri hiliran di barat untuk diproses dengan
campuran beberapa bahan lain untuk menghasilkan beberapa produk
akhir seperti tin, kabel, jentera dan kereta.

Nama:Michael Eugene Porter


Tarikh Lahir:23 Mei 1947
- Seorang yang terkenal di Amerika dgn teorinya tentang
ekonomi,strategi perniagaan,dan sosial.
- Seorang professor di Harvard Business School
- Seorang pengasas firma perundingan The Monitor Group yang
kini dinamakan Monitor Deloitte .
 Terdapat 2 faktor tambahan yang turut mempengaruhi daya saing
sesebuah negara iaitu:
i. Peluang yang wujud iaitu perkembangan yang berada di luar industri


penemuan baharu,kemunculan teknologi baharu,perkembangan politik
luar negara dan perubahan dalam permintaan pasaran asing.
ii. Dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan memainkan peranan
penting untuk meningkatkan lagi daya saing sesebuah negara.
Kemampun kerajaan untuk menyediakan sumber manusia yang
berkualiti,bahan mentah,ekonomi berteraskan pengetahuan,dan
kemudahan infrastruktur yang lengkap akan meningkatkan lagi daya
saing sesebuah negara.
Langkah meningkatkan daya saing Negara
 Memberi pertimbangan kepada manfaat yang boleh diperoleh daripada
kompetensi (kebolehan,pengetahuan dan kemahiran untuk melakukan


sesuatu dengan cekap) tenaga kerja Malaysia yang berada di dalam dan
di luar negara.
 Mengkaji semula Sistem Pendidikan secara berterusan dan ditambah
baik untuk melahirkan tenaga kerja masa depan dengan komitmen
kepada program berasaskan merit (jasa/sumbangan pelajar).
 Memupuk graduan berbakat yang cemerlang dari segi pemikiran kreatif
dan strategik serta kemahiran keusahawanan dan kempimpinan yang
akan memacu kejayaan pada dekad mendatang.
 Memperkukuhkan sektor swasta iaitu dengan menyuburkan kembali
sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi negara.
 Mengenal pasti beberapa polisi yang telah berjaya mencapai tujuannya


pada era sebelum ini,namun kini mungkin menjadi penghalang kepada
kejayaan,merencat pasaran dan meletakkan negara dalam kedudukan
yang kurang berdaya saing.Mengkaji semula sistem subsidi yang
wujud di Malaysia dan meluaskan punca kutipan hasil melalui
pengenalan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)
Punca yang menjejaskan daya saing negara.
PUNCA KESAN
Kurang pengetahuan (Pekerja Rendah produktiviti


merupakan sumber yang penting dalam Kurang inovatif dan kreatif.
industri pembinaan untuk menghasilkan
produktiviti. Jika pekerja kurang ilmu
pengetahuan, ini akan menyebabkan
pekerja tersebut berasa susah membuat
kerja tersebut)
Gaji rendah (Montana dan Laurie ada Kurang motivasi
menyatakan kepuasan kerja Menjejaskan prestasi kerja
berhubungkait dengan motivasi dan
prestasi kerja.Jika seseorang pekerja
tidak berpuas hati dengan kerjanya sbb
gaji rendah)
Teknologi rendah Pengeluaran terhad
Masa kerja panjang
Sistem penyampaian lemah Karenah birokrasi (proses/urusan
kerja kerajaan yang mengambil
masa yg lama kerana terpaksa
melalui berbagai prosedur yang
telah ditetapkan)
Tidak mesra pelanggan

Kegawatan politik dalam dan luar Ketidakstabilan politik


negara Aktiviti terjejas
Kegawatan ekonomi luar dan dalam Pengangguran
negara (Peluang kerja dan keluaran Inflasi(kenaikan dlm tingkat harga)
barang terhad)
Kekurangan tenaga mahir dan Proses pengeluaran terganggu dan
separa mahir pengeluaran terhad
Tidak dapat memenuhi permintaan
Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam/ Kerajaan:
 satu cara atau kaedah untuk menyediakan pelbagai
perkhidmatan mengikut standard kualiti bagi

memastikan kerajaan dapat memenuhi kehendak atau
kepuasan pelanggan (stakeholder).
 Kerajaan sentiasa mengambil perhatian dan berusaha untuk
meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan semua kementerian
dan agensi sektor awam.
 Pelbagai tindakan susulan telah dilaksanakan dengan memberi

penekanan kepada 5 aspek iaitu:
i. Pembangunan Sumber Manusia
ii. Pemantapan sistem dan prosedur kerja
iii. Pengemaskinian undang-undang dan akta
iv. Penggunaan ICT dalam penyampaian perkhidmatan
v. Pelaksanaan transformasi organisasi secara menyeluruh.
Pembangunan Modal Insan/Sumber Manusia
 Untuk melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi,berkemahiran dan
berpengetahuan,kreatif dan inovatif,kerajaan telah mengambil beberapa


langkah iaitu:
 Mempergiat usaha menarik bakat → Menubuhkan “Talent Corporation”
di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk menambah
bilangan tenaga kerja yang berbakat dan berkualiti serta menjalin
kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.
Langkah memperkasakan modal insan
 Memperluas akses kepada pendidikan berkualiti→menaik taraf
sekolah,asrama,kemudahan,dan peralatan serta mermatabatkan


profesion guru.Sekolah-sekolah yang cemerlang dalam semua bidang
juga akan diberi ganjaran.
 Memperkasa pendidikan awal→Kadar kemasukan pra-sekolah
ditingkatkan dengan penambahan kelas,pemantapan kurikulum serta
pelantikan guru pra-sekolah lepasan ijazah.
 Memantapkan pendidikan sekolah rendah dan menengah→Sekolah
agama,sekolah kebangsaan Cina,Tamil,Mubaligh akan terus diberi
bantuan.Kerajaan juga menyediakan biasiswa bagi guru-guru yang
melanjutkan pelajaran.
 Mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional seperti
yang dilaksanakan di negara-negara maju.Di negara maju,pendidikan
teknikal dan latihan vokasional menjadi antara pilihan utama pelajar
kerana pendidikan tersebut menyediakan prospek kerjaya yang baik.
 Memperkasa pengajian tinggi – Peratusan staf akademik berkelulusan
PhD ditambah kepada 75% bagi universiti penyelidikan dan 60%
bagi IPTA lain.Para pensyarah juga berpeluang menikmati kenaikan
pangkat di IPTA ke peringkat tertinggi Gred Turus III,II, dan I serta

dianugerahkan sebagai Profesor Ulung tanpa memegang jawatan
pentadbiran.
 Mempergiatkan program latihan dan kemahiran – Kerajaan
menyediakan dana bagi mempergiat “Program Industrial Skill
Enhancement” di pusat Latihan Kemahiran Negeri bertujuan
meningkatkan kemahiran graduan kejuruteraan dan pekerja teknikal
selaras dengan keperluan pasaran.
 Graduan jurusan lain juga digalakkan untuk mengembangkan
kompetensi dan kebolehpasaran melalui Program Pentauliahan
Profesional,Pembangunan Sukan,Keusahawanan,Skim Pengurusan
Kebolehpasaran Siswazah, dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT).
 Program Latihan 1 Malaysia – dilaksanakan untuk menambah ilmu
pengetahuan melalui peningkatan kemahiran dan mempelajari
kemahiran baru.


 Meningkatkan produktiviti pekerja – Kerajaan menubuhkan Majlis
Konsultasi Gaji Negara untuk meningkatkan produktiviti pekerja.
 Memperluas penglibatan wanita dalam ekonomi – Kerajaan telah
menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa)
bagi menggalakkan penyertaan lebih banyak wanita sebagai pekerja
separuh masa.
Pemantapan sistem dan prosedur kerja
 Masalah yang wujud dalam sistem penyampaian khidmat awam ialah:
a. Ketidakseragaman dalam konteks pelaksanaan polisi dan prosedur


kerja.
b. Karenah birokrasi seperti kelulusan projek dan aspek layanan
pelanggan masih tidak lagi menunjukkan perubahan yang ketara dan
kurang mesra pelanggan.
 Bagi mengatasi,beberapa langkah perlu dilaksanakan:
 Membudayakan kreativiti & inovasi.Penjawat awam harus berfikir luar
dari lingkungan kebiasaan & budaya automation (budaya yang muncul


dari penggunaan rangkaian komputer untuk komunikasi dan hiburan)
tidak harus menjadi hakikat dalam kehidupan kakitangan sektor
awam.Mereka perlu berfikiran kritis(proses pemikiran yang bermula
dengan proses menyoal kepada masalah bagi mendapatkan serta
mempertingkat pemahaman kita). dan konstruktif(berfikiran positif)
dlm menunaikan tanggungjawab yg diamanahkan kpd mereka..
 Mementingkan kepantasan bertindak & membuat keputusan.
Kepantasan bertindak akan menambah keyakinan rakyat terhadap
kerajaan & meningkatkan had laju kitaran wang dlm sistem ekonomi
negara.
.
 Nilai untuk wang.Dlm hal ini,pembaziran & penyelewengan harus
dihapuskan dalam pengurusan kewangan awam.Setiap sen yang
dibelanjakan sepatutnya mendapat pulangan nilai paling maksimum
kepada kerajaan & rakyat.


 Nilai intergriti (kejujuran,ketulusan,kesempurnaan dan keutuhan
dalam diri seseorang).Transformasi bukan sahaja menuntut perubahan
fizikal semata-mata tetapi juga melibatkan pembangunan sosial,
budaya, intelek (kemampuan daya berfikir,memahami dan
menganalisis sesuatu), dan juga rohani (perasaan dalaman manusia
yang melibatkan emosi).Oleh itu,fokus turut melibatkan pemantapan
etika (kelakuan) dan intergriti yang perlu menjadi budaya masyarakat.
Pengemaskinian undang-undang dan akta
 Mengkaji semula dan memperkemas syarat dan keperluan kawal atur
iaitu kajian semula akta dan status untuk mempermudah dan
menghapuskan undang-undang dan peraturan urusan dengan kerajaan

supaya pemberian kelulusan permit dan lesen perniagaan yang lebih
cepat serta menggalakkan ketelusan.
Penggunaan ICT dalam penyampaian perkhidmatan
 Teknologi maklumat ialah teknologi yang berhubung dengan
penyebaran,penyimpanan,pemprosesan,dan penghantaran maklumat


melalui pelbagai alat teknologi elektronik (computer), alat
telekomunikasi lain serta perkakasan berkaitan.
 Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah
mencapai satu tahap di mana ICT mula menampakkan pengaruh yang
besar dalam kehidupan manusia.
Antara kebaikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kehidupan
manusia:
 Memudahkan urusan harian seperti bayaran utiliti(cth:bil elektrik dan bil


air),pinjaman, pemindahan wang,jual beli barangan keperluan,lain-lain
lagi/ Pengguna tidak perlu beratur panjang,jimat masa dan tiada kos
pengangkutan.
 Sistem pentadbiran negara menjadi lebih cekap dan berdaya saing
seiring dengan negara-negara maju yang lain.Setiap urusan dengan
jabatan-jabatan kerajaan dipermudah dan dipercepatkan seperti e-
pendaftaran,e-cukai dan lain-lain.
 Wujud perubahan sikap yang berkeyakinan tinggi,penuh minat dan
cekap dalam peningkatan maklumat dan ilmu
 Mempengaruhi sistem pengurusan (perhubungan)
 Mampu untuk mewujudkan pengurusan maklumat yang kreatif dan
sistematik (perkongsian maklumat)
 Meningkatkan kedinamikan(keadaan atau sifat yang mampu


melakukan pembaharuan dan kemajuan) dan produktiviti(keupayaan
untuk menghasilkan output/keluaran) individu dan organisasi.
 Menghasilkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualitidan
berkesan.
 Meningkatkan kepuasan pelanggan.
Pelaksanaan transformasi organisasi secara menyeluruh
 Kerajaan telah memulakan Program Transformasi Kerajaan
(Government Transformation Programme atau GTP) dengan


menggunakan kaedah pengurusan pencapaian (performance
management) yang baru dan berkesan seperti Makmal Pengurusan
(Management Labs) dan Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance
Index (KPI).
 Program Transformasi Kerajaan (PTK) dilaksanakan dalam
mendepani pelbagai cabaran untuk mencapai Wawasan 2020.
 PTK menggariskan secara terperinci objektif,keberhasilan,dan set
tindakan permulaan dalam NKRA dan MKRA bagi menghasilkan

perubahan yang diharapkan melalui pelaksanaan program
pembangunan dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
 Bagi menjayakan PTK,kerajaan dan Perkhidmatan Awam saling
bergantung dan saling melengkapi antara satu sama lain,khususnya
dalam pelaksanaan NKRA dan MKRA.

VIDEO

Bagi memastikan semua rancangan pembangunan negara berjalan
lancar,kesemua pelan tindakan PTK akan berpaksikan kepada Petunjuk
Prestasi Utama (KPI) dan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA)

 Mengurangkan kdr jenayah→Pengurangan sebanyak 20% jenayah jalanan pada
akhir tahun 2010.Sebanyak 6 ribu kakitangan kerajaan dari pelbagai
kementerian tlh mengambil alih tugas pentadbiran yg sblm ini dilakukan oleh
pegawai polis berpangkat asisten Supritendan (ASP) dan ke bawah di semua
peringkat kontinjen.
 Memerangi Rasuah→Untuk mengurangkan gejala rasuah, pengagihan
perolehan dibuat melalui tender terbuka/terhad.Selain itu,usaha yg berterusan
dilakukan utk memulihkan kedudukan Malaysia dlm Indeks Persepsi Rasuah yg
diletakkan oleh Transparency International.
 Meluaskan Akses Kpd Pendidikan Berkualiti & Berkemampuan
→Malaysia tlh mencapai kejayaan yg cemerlang dlm sistem
pendidikannya dgn kdr literasi dewasa (92%).Selain itu,semua kanak²
dpt menguasai kemahiran membaca & mengira ketika melangkah ke thn
4 sblm hujung tahun 2012.
 Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah → Walaupun
Malaysia telah mencapai kejayaan dalam jangka panjang dalam usaha
mengurangkan kemiskinan,masih terdapat 200,000 isi rumah miskin dan 40,000
isi rumah sebagai miskin tegar.Kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah


utk mempertingkatkan produktiviti isi rumah berpendapatan rendah yg tidak
termasuk dalam miskin atau miskin tegar.
 Menambahbaik Pengangkutan Awam Bandar→Kerajaan telah menyasarkan
25% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam
menjelang 2012 berbanding hanya 16% sekarang.Hal ini bagi mengurangkan
kesesakan semasa waktu puncak.
 Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pendalaman→Kerajaan akan terus giat
memperkasa infrastruktur luar bandar dan pendalaman agar tiada yg tercicir dari
merasai hasil kemakmuran negara.Kerajaan telah memulakan satu program
pembangunan infrastruktur asas luar bandar di Semenanjung,Sabah, dan
Sarawak.Masih banyak lagi yg perlu dilakukan bg membantu penduduk luar
bandar yg mewakili kira-kira 35% penduduk Malaysia.
Kesan² sekiranya sistem penyampaian khidmat awam lemah.
i. Mengakibatkan kos operasi yg tinggi dan mahal.
ii. Wujudnya budaya kerja negatif yang berleluasa


iii. Tekanan dan banyak aduan dalam komuniti.
iv. Merosakkan hubungan dan kepercayaan antara kerajaan dengan pihak
peniaga/perdagang dan komuniti.
v. Mengakibatkan usaha pembangunan negeri dan negara terjejas.
vi. Menjejaskan reputasi perkhidmatan awam dan kerajaan
vii. Menjejaskan kemasukan pelabur-pelabur asing.
Langkah-langkah bagi meningkatkan lagi sistem penyampaian
perkhidmatan awam.
 Membangunkan modal insan


 pembangunan sumber manusia seperti latihan kemahiran yang
berterusan dan pembelajaran sepanjang hayat.
 Menentukan KPI dan NKRA
 Kerajaan melalui kementeriannya memastikan institusi pelaksana
seperti MAMPU,INTAN, dan JPA mempunyai KPI dan NKRA untuk
memastikan unit tersebut berfungsi mengikut apa yang dirancangkan.
 Membangunkan budaya kerja berkualiti.
 Kerajaan perlu tegas dengan mengambil tindakan undang-undang
terhadap mana-mana pegawainya yang terlibat dengan rasuah,salah
guna kuasa,masalah disiplin,mensabotaj organisasi, dan sebagainya.
 Menyelaras dasar dan polisi antara jabatan dalam setiap kementerian.
 Hal ini penting kerana kerjasama antara jabatan merupakan tulang
belakang kepada negara untuk mencapai misi,visinya dan seterusnya


membolehkan sistem penyampaian khidmat awam berjalan lancar dan
berkesan pada setiap bahagian.
 Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.
 Mewujudkan budaya penyayang dan mesra pelanggan.
 Mewujudkan budaya kerja berpasukan dan saling bekerjasama untuk
meningkatkan sistem penyampaian dan perkhidmatan awam.
 Pembentukan imej agensi dan jabatan kerajaan.
 Kerajaan perlu merangka kempen yang berterusan untuk membentuk
imej agensi dan jabatan kerajaan agar kelihatan bersih,mesra pelanggan
dan cekap.
 Sistem penyampaian khidmat awam perlu inovatif,kreatif, dan cekap.
 Bagi menjadikan perkhidmatan awam mempunyai daya saing yang
setanding dengan negara-negara maju yang lain.


 Mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi.
 Melaksanakan kerajaan elektronik dan membolehkan pengaplikasian.
 ICT dalam penyampaian perkhidmatan.
 Menyediakan perkhidmatan kerajaan secara dalam talian.
Kesimpulan:
 Daya saing ialah kemampuan sesuatu negara menghasilkan sesuatu
produk melalui tenaga kerja untuk meningkatkan ekonomi negara
supaya dapat bersaing dengan negara luar.Dengan kata lain,daya saing

adalah penting untuk pembangunan ekonomi negara kita.
 Sistem penyampaian kerajaan perlu menekankan matlamat untuk
memenuhi kehendak pelanggan.Dalam era ICT masa kini, data, fakta
dan pengetahuan begitu cepat menjadi lapuk. Maka kemahiran perlu
sentiasa diperbaharui dan ditingkatkan untuk memastikan kemahiran
yang ada, sentiasa seiring dengan perkembangan semasa.Supaya dapat
memastikan Malaysia berada setanding dengan negara maju
 Selain itu, adalah penting bagi penjawat awam membina keazaman
untuk terus menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran, agar
perkhidmatan awam terus berada di hadapan, serta memberi hala tuju
kepada rakyat dan kerajaan ke arah pencapaian matlamat
pembangunan negara.