Anda di halaman 1dari 9

PETA

PEMIKIRAN
Berdasarkan kajian, Peta Pemikiran
adalah kombinasi proses
pembelajaran pemikiran kognitif
dengan gambaran visual
bermaklumat dalam bentuk grafik
yang tersusun.
Bila Peta Pemikiran diimplementasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas, Peta Pemikiran
merupakan kaedah memberi
maklumat yang konsisten serta sesuai
untuk murid belajar dan mengingat
fakta.
Peta Pemikiran bukanlah sejenis
kurikulum tetapi merupakan satu alat
yang membantu guru
mempersembahkan kurikulum
dengan kaedah yang lebih
bermakna.
Peta Pemikiran terdiri dari 8 set
visual yang menjadi asas
kepada proses pemikiran.
Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
LO - Sebaik tamat sesi ini, anda akan dapat :
Membangunkan kemahiran berfikir murid melalui Peta
Pemikiran yang berbeza dalam pengajaran dan pembelajaran.
SC : 1. Menyenarai 8 Peta Pemikiran
2. Mengintegrasikan Peta Pemikiran dalam pengajaran
dan pembelajaran
3. Menerangkan Peta Pemikiran dalam pelbagai cara (multiple
intelligent)

Anda mungkin juga menyukai