Anda di halaman 1dari 18

Isu dan Cabaran Pelaksanaan

Pendidikan Inklusif
Daniel Hoo Ting Chiang
Ngu Lin Na
Lau Lee Ling
Isu dan Cabaran Pelaksanaan
Pendidikan Inklusif
• Murid
• Pentadir dan guru
• Ibu bapa
• Masyarakat
• Prasarana dan peralatan
Murid
• Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013,
Akta Pendidikan 1996 telah membolehkan murid
berkeperluan khas belajar di kelas yang sama
dengan murid aliran perdana di sekolah kerajaan
atau bantuan kerajaan (Norliah Mohd Amin &
Mohd Hanafi Mohd Yasin, 2016).
• Ciri-ciri spesifik murid berkeperluan khas yang
menghalang proses pembelajaran mereka di kelas
perdana menjadi faktor penentu terhadap
pelaksanaan pendidikan inklusif di Malaysia.
• Ciri-ciri murid berkeperluan khas ialah keterencatan
fizikal, tahap kebolehan bertutur atau kognitif yang
rendah, pendengaran atau pergerakan yang terhad,
penglihatan serta ciri-ciri lain yang memerlukan
perhatian spesifik daripada guru kelas aliran perdana.
• Murid-murid normal biasanya mempunyai pemahaman
yang terhad tentang murid-murid berkeperluan khas
yang boleh menyebabkan mereka mempunyai
tanggapan negatif dan penerimaan yang rendah
terhadap murid berkeperluan khas.
• Program inklusif menyediakan peluang
interaksi antara murid normal dengan murid
berkeperluan khas sambil menggalakkan
kemahiran sosial dan kesedaran tentang
perbezaan individu.
Pentadbir
• Kejayaan atau kegagalan pelaksanaan program
pendidikan inklusif bergantung pada sokongan
dan penglibatan pihak pentadbir.
• Untuk memastikan wujudnya perubahan dalam
sistem pendidikan yang berkonsepkan amalan
inklusif, pihak sekolah perlu memahami amalan
inklusif secara mendalam serta mempraktikkan
nilai-nilai untuk menghormati perbezaan individu
melalui amalan dan rutin seharian di sekolah.
• Peranan guru besar atau pengetua amat
penting.
• Sokongan guru besar atau pengetua untuk
memimpin pendidikan inklusif dan
memastikan amalan inklusif dijalankan dengan
sebaik-baiknya sangat penting bagi
menentukan kejayaan pelaksanaan pendidikan
inklusif.
• Sikap dan pandangan negatif guru besar dan
pengetua terhadap pelaksanaan program
pendidikan inklusif.
• Tahap pengetahuan dan pemahaman pihak
pentadbir tentang falsafah yang berkaitan
dengan pendidikan inklusif.
• Ciri-ciri pentabir sekolah yang dapat
membantu untuk menjayakan program
inklusif di sekolah:
Memberikan kepentingan terhadap
keupayaan mewujudkan satu budaya sekolah
yang menyokong amalan inklusif.
Mempunyai pengetahuan yang baik berkaitan
dengan falsafah dan kepentingan pendidikan
inklusif.
Guru
• Bagi pelaksanaan program pendidikan inklusif
di negara ini, isu-isu yang berkaitan dengan
guru merupakan cabaran kritikal terhadap
kejayaan program ini.
• Kesediaan guru kelas aliran perdana
menyesuaikan sesi pengajaran dalam kelas
biasa untuk memenuhi kehendak murid
berkeperluan khas merupakan salah satu
cabaran utama kepada guru-guru ini.
• Latihan perguruan atau latihan dalam
perkhidmatan yang tidak menyediakan guru
untuk pendidikan inklusif.
• Bilangan murid yang terlalu tinggi dalam kelas
biasa.
• Tahap sokongan yang diterima oleh guru
daripada ibu bapa atau pentadbir.
• Kurangnya garis panduan untuk guru tentang
pelaksanaan program inklusif.
• Kurang kolaboratif antara guru kelas biasa
dengan guru pendidikan khas dalam
menyediakan sesi pengajaran dan
pembelajaran kelas inklusif yang berkesan.
• Cabaran lain yang berkaitan dengan seperti
beban tugas guru, kesedaran guru biasa
tentang amalan inklusif dan keperluan khusus
murid berkeperluan khas.
• Pengaruh ibu bapa dan masyarakat adalah penting
untuk membantu guru menjayakan pelaksanaan
pendidikan inklusif. (Leyser&Kirk, 2011).
• Hubungan positif antara pihak sekolah, ibu bapa
dan masyarakat adalah satu mesosistem yang
kritikal untuk menggalakkan penglibatan murid-
murid secara berkesan dalam suasana yang inklusif.
• Pandangan ibu bapa dan masyarakat terhadap
impak faktor-faktor dalam sistem pendidikan boleh
berfungsi sebagai maklum balas yang berkesan
untuk memperbaiki perkhidmatan pendidikan yang
ditawarkan kepada murid berkeperluan khas.
Ibu bapa
• Persepsi setiap ibu bapa adalah penting.
- ibu bapa MBK : kurang yakin terhadap
kemahiran guru kelas biasa dalam
mengendalikan dan mengurus keperluan khas
anak mereka.
- ibu bapa MBK : bimbang sekiranya anak
mereka dilayan kasar oleh murid-murid kelas
biasa.
- ibu bapa murid biasa : kurang berkeyakinan
terhadap guru kelas aliran perdana kerana
tidak menumpukan sepenuh perhatian.
- ibu bapa murid biasa : khuatir anak mereka
akan diganggu oleh murid berkeperluan khas
ketika sesi pdp sedang berlangsung di dalam
kelas.
• Pandangan-pandangan begini telah
menyebabkan ibu bapa MBK lebih cenderung
memilih untuk memasukkan anak mereka ke
dalam program pendidikan khas.
• Mereka kurang berminat terhadap
pelaksanaan pendidikan inklusif.
• Ibu bapa kelas biasa pula tidak menunjukkan
sokongan sepenuhnya terhadap pendidikan
inklusif.
Masyarakat
• Pandangan negatif masyarakat terhadap
golongan kurang upaya dan keberkesanan
pelaksanaan pendidikan inklusif boleh menjadi
penghalang utama pelaksanaan pendidikan
inklusif.
• Pengetahuan segelintir masyarakat terhad
mengenai kemampuan individu berkeperluan
khas.
• Mereka beranggapan bahawa individu
berkeperluan khas kurang manfaat dalam sistem
pendidikan yang berbentuk integrasi.
• Kumpulan masyarakat menganggap pendidikan
untuk MBK hanya sekadar memenuhi khidmat
kebajikan masyarakat dan bukannya memenuhi
hak pendidikan sama rata golongan berkeperluan
khas.
• Dengan adanya pandangan negatif yang
dinyatakan di atas, pemahaman tentang
kepentingan pendidikan inklusif atau perlunya
amalan budaya inklusif dalam institusi pendidikan
sukar diamalkan.

Anda mungkin juga menyukai