Anda di halaman 1dari 35

Cantik nian

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN 011


1. BAHAGIAN A ( 20 markah )
∙ Soalan 1- 20
∙ 20 Soalan Aneka Pilihan
2. BAHAGIAN B ( 30 markah )
∙ Soalan 21 (4 markah )
i. Mengisi tempat kosong
ii. Membulatkan jawapan
iii.Memadankan
iv.Membetulkan perkataan
v. Menyenarai
∙ Soalan 22 ( 6 markah )
i. Menulis Ayat Tanya
ii.Menulis dialog yang sesuai bagi
watak
iii.Menyatakan peribahasa

i. Soalan 23 ( 6 markah )
ii.Menjawab soalan Petikan
iii.Memadankan Pernyataan

i. Soalan 24 ( 7 markah )
ii.Menjawab Petikan

i. Soalan 25 ( 7 markah )
ii.Menjawab Puisi
iii.Menandakan betul atau salah
SOALAN 21
1. Contoh Mengisi tempat kosong:
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam
petikan yang diberi.

mengajar mengajarkan memperoleh memperolehi

menemui menemukan tatabahasa tata bahasa

Loceng telah berbunyi menandakan waktu pembelajaran pada hari ini


mengajarkan mata pelajaran bahasa Melayu
telah selesai. Cikgu Deen yang _______________
menyuruh kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah.
memperoleh
Kami________________banyak tatabahasa
pengetahuan tentang aspek ______________
yang telah diajar oleh Cikgu Deen.
Sewaktu dalam perjalanan pulang, saya telah ______________seutas
menemukan rantai
emas.Saya memandang ke kiri dan ke kanan namun tiada sesiapapun yang saya
nampak. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menyerahkan rantai emas
tersebut kepada ibu saya untuk tindakan seterusnya.
2. Contoh Membulatkan Jawapan :
Bulatkan kata adjektif yang terdapat dalam ayat di bawah.

1. Perjalanan ke tempat itu mengambil masa tiga hari kerana jaraknya yang amat
jauh.
2. Banjir melanda pantai timur setelah hujan turun dengan lebat selama beberapa
hari.
3. Kempen makan buah-buahan tempatan yang diadakan di
Kuala Kangsar mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.
4. Suasana di pesta itu bertambah meriah apabila pengunjung
dihiburkan oleh artis-artis.
3. Contoh Memadankan :
Padankan pernyataan dibawah berdasarkan kata kerja yang diberikaan.

Ibu menganyam ketupat sebagai


persediaan untuk menyambut hari
raya.

BETUL
Kakak menghadiahkan ibu seutas
jam tangan sempena dengan hari
lahirnya.

SALAH
Tikus itu menggigit sekeping roti
yang diletakkan di atas meja
makan.

Nenek mencelur pucuk paku itu


untuk dibuat ulam-ulaman.
4. Contoh Membetulkan Perkataan :
Betulkan kesalahan penggunaan rangkai kata dalam ayat yang diberi.

1. Apabila sampai di tengah laut, tekong itu menenggelamkan


sauh supaya bot tidak dihanyutkan ombak.
melabuhkan
2. Negeri Terengganu dan Kelantan terkenal dengan
perusahaan membuat batik.
mencanting
3. Pengerusi telah menamatkan mesyuarat tersebut tepat
pada jam 5.00 petang.
menangguhkan
4. Daneesh akan ke Pulau Perhentian untuk menangkap
sotong bersama-sama rakannya.
mencandat
5. Contoh Menyenarai :
Senaraikan kata berimbuhan pinjaman yang terdapat dalam
petikan di bawah
.

Generasi muda hari ini perlu menjaga tatasusila walau di mana mereka berada agar
dipandang tinggi oleh masyarakat. Walaupun pernah bergelar mahasiswa di universiti
tempatan mahupun di luar negara, tidak semestinya mereka hebat dalam pelbagai
sudut. Justeru, sikap budiman dalam diri perlu ada walaupun mereka terkelompok
dalam golongan cendekiawan di negara kita.

tatasusila
1………………………………………….

mahasiswa
2………………………………………….

budiman
3………………………………………….

cendekiawan
4………………………………………….
SOALAN 22

ITEM: MEMBINA AYAT / MENULIS DIALOG

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya:
__________________________________________________________________________
Apakah buah-buahan tempatan yang
__________________________________________________________________

terdapat di negara kita?


Jawapan: Durian, manggis, cempedak, dan rambutan merupakan antara buah-buahan
tempatan yang terdapat di negara kita.

[2 markah]
b. Tulis dialog yang paling sesuai bagi watak di bawah.

Mengapa awak suka melancong ke


________________________________________________________________

Pulau Ketam?
[2 markah]
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

_______________________________________________________
• Bagai aur dengan tebing
_______________________________________________________

• Berat sama dipikul, ringan sama


dijinjing
[2 markah]
SOALAN 23

Marang merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri


Terengganu, Malaysia. Marang menjadi tempat perhentian untuk
menyeberang ke Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Gemia dan lain-lain.
Pulau Kapas merupakan pulau yang indah, menarik pengunjung dari serata
dunia.
Marang terletak di tepi Laut China Selatan. Bentuk muka buminya
adalah kawasan paya di sebelah barat. Sungai Marang mengalir dari Bukit
Kor dan Gunung Gajah Terom (1206 m). Selain kawasan berpaya, terdapat
juga kawasan berbukit yang sederhana tinggi yang sejajar dengan pantai
yang paling panjang di semenanjung ini.

Menyingkap tabir sejarah asal usul nama Marang, pelbagai cerita


dikaitkan dengannya. Dipercayai nama Marang ini adalah berasal daripada
nama seorang peniaga Cina yang masyhur suatu ketika dahulu. Peniaga
yang hanya dipanggil dengan panggilan ‘Ma’ sahaja ini menetap di kuala
sungai. Dia mengusahakan hasil tangkapan laut yang dikeringkan seperti
ikan dan sotong. Proses pengeringan hasil laut ini dilakukan secara manual
iaitu dengan mengeringkannya di atas para atau dipanggil ‘rang’ yang
digunakan lama-kelamaan perkataan ‘Ma’ dan ‘rang’ disebut secara serentak
menjadi Marang.
a) Marang terletak di negeri Terengganu, Malaysia.
b) Bagaimanakah Marang mendapat nama?
Gabungan nama seorang peniaga Cina dan
proses pengeringan hasil laut secara manual
c) Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.
Hasil laut menjadi punca pendapatan
Utama penduduk Marang.
BETUL

Marang terletak di tepi Lautan Hindi.

SALAH
Bukit Kor dan Gunung Gajah Terom adalah
punca air Sungai Marang.

Marang merupakan tempat persinggahan


Pelancong ke Pulau Kapas.
SOALAN 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Setiap orang memerlukan sahabat dalam hidupnya. Sahabat


merupakan orang yang rapat dengan kita selepas kedua-dua orang tua kita.
Sahabat memainkan peranan yang penting dalam hidup kita. Sahabat
dapat mempengaruhi perwatakan kita. Hubungan yang rapat antara kita dengan
sahabat merupakan faktor utama situasi ini berlaku.
Selain itu, kita lebih cenderung berkongsi cerita atau masalah dengan
sahabat berbanding dengan ibu bapa atau adik-beradik yang lain. Hal ini
demikian kerana sahabat dianggap lebih memahami sikap dan perasaan kita.
Tambahan pula, sahabat yang mempunyai sikap-sikap positif dapat
mempengaruhi kehidupan kita. Kita akan mudah mencontohi nilai-nilai positif
yang ada pada diri sahabat kita. Oleh itu, kita akan mempunyai akhlak yang baik
dan sahsiah yang tinggi.
Seorang sahabat yang baik akan sentiasa memberi dorongan dan
nasihat kepada sahabatnya untuk melakukan sesuatu yang membawa kebaikan
bersama. Kesimpulannya, sahabat memainkan peranan penting dalam
menentukan arah hidup kita. Oleh yang demikian, berhati-hatilah ketika memilih
sahabat.
a.Perkataan cenderung dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan
[1 markah]
berminat
b. Bagaimanakah seorang sahabat mampu mempengaruhi perwatakan kita?
[2 markah]
Kerana hubungan yang rapat
antara sahabat dengan kita
c. Nyatakan dua ciri seorang sahabat yang baik?
• Sahabat yang sentiasa mendoakan kita [2 markah]
• Sahabat yang menolong kita di kala kita susah
d. Apakah erti sahabat? Nyatakan dua tindakan daripada seorang sahabat yang
boleh membantu kamu dalam kesusahan?
[3 markah]
Sahabat ialah seseorang yang rapat dengan kita dan tidak
mempunyai hubungan darah.
• Membantu kita dari segi kewangan,tenaga dan pemikiran.
• Sentiasa mendoakan kita supaya keluar dari belenggu kesusahan
Soalan 25
Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Ayahku
Jasamu amat besar ertinya
Wang dan harta bukan permintaannya
Asuhan dan didikan engkau berikan
Pesanan dan nasihat engkau curahkan

Ayahku
Berpanas berhujan engkau tetap cekal
Mencari rezeki untuk suapan kami
Jarang sekali engkau mengeluh
Namun begitu kami mengerti

Ayahku
Tanpa pengorbananmu siapalah kami
Jasamu takkan kulupa
Selagi hayat dikandung badan
a) Apakah maksud ‘wang dan harta bukan permintaannya’?
Seorang ayah tidak mahu jasanya dibalas
dengan harta dan kekayaan
b) Siapakah individu dalam sajak di atas?
Ayah
c) Tandakan (√) pada pernyataan yang betul dan (×) pada
pernyataan yang salah.

Ayah hanya mengambil berat ketika kita masih kecil sahaja. (×)
Setiap anak mesti menjaga orang tuanya. (√)

Ayahku
Berpanas berhujan engkau tetap cekal
Mencari rezeki untuk suapan kami
Jarang sekali engkau mengeluh
Namun begitu kami mengerti
e) Berikan maksud rangkap di atas.
Ayah tetap tabah dan cekal dalam
mencari rezeki untuk keluarganya