Anda di halaman 1dari 24

Kepelbagaian Dimensi Murid

Pemulihan Khas
Disediakan oleh:
Pn. Zaleha binti Tambi Adam
Kompetensi Kendiri
 Kompetensi kendiri bermaksud bagaimana seseorang
individu itu dapat menguruskan dirinya sendiri

 Terbahagi kepada 3 aspek:


a) Kesedaran kendiri
b) Pengurusan kendiri
c) Motivasi kendiri
a) Kesedaran Kendiri
 Kecerdasan emosi yang paling asas adalah keupayaan menyedari satu-
satu perasaan dan dapat memberikannya identifikasi tertentu.

 Merujuk kepada kesedaran hubungan antara buah fikiran, perasaan


dan tindakan. Individu sedar berkenaan pemikiran jenis apa yang
merangsang perasaannya. Tambahan lagi kesedaran adalah perasaan
yang akan terbit akibat daripada satu-satu tindakan itu. Paling penting,
kita menyedari apakah emosi kita pada waktu ini dan bagaimana
emosi itu dapat membantu kita membuat keputusan yang tepat dan
bijak.

 Kesedaran kendiri melibatkan kepercayaan dan keyakinan pada diri.


Guru pemulihan yang bersikap prihatin akan perasan emosi
seseorang murid pemulihan, kerana biasanya emosi murid pemulihan
akan terpancar daripada wajahnya.
b) Pengurusan Kendiri

 Kita mempunyai peluang yang amat terhad untuk mengawal


emosi yang menguasai diri. Kemampuan kita juga agak terbatas
untuk menentukan emosi yang akan menguasai kita. Emosi
datang tanpa diundang kerana bila-bila sahaja emosi boleh
muncul tanpa direncana. Namun apa yang boleh dilakukan ialah
dengan menentukan emosi yang menguasai kita itu hanya
sementara sahaja.

 Kita boleh menentukan berapa lama emosi itu akan menguasai


diri kita. Emosi marah akan menjadi aktif dan bertindak dengan
cepat sekali tanpa diduga apabila terdapat rangsangan emosi
seperti apabila ego kita dicabar, keselamatan kita diancam
ataupun keupayaan atau hak kita dirampas ataupun dinafikan.
Jika emosi negatif ini tidak dibendung dengan segera maka ia
akan membawa mudarat.
 Maka beberapa kemahiran boleh dipraktikkan, seperti
memikir kembali rangsangan emosi tadi, mencabar fikiran
yang mencetuskan emosi marah itu dan mengalih tumpuan
masalah.

 Seseorang yang mampu mengurus emosinya boleh dikira


mempunyai sebahagian kecerdasan emosi. Guru pemulihan
boleh membantu murid pemulihan menguruskan emosi
yang menguasai diri seperti tidak cepat putus asa jika
masih tidak dapat menguasai kemahiran 3M.
c) Motivasi Kendiri

 Motivasi adalah satu dorongan yang menyebabkan


seseorang bertindak atas kehendak mereka sendiri. Setiap
individu bertanggungjawab memotivasikan diri mereka
sendiri, orang lain hanyalah sebagai perangsang.

 Guru pemulihan boleh mendorong murid pemulihan


untuk menghargai hasil kerja mereka sendiri, dokumenkan
secara sistematik semua hasil kerja murid dan minta
murid pemulihan melihat sendiri hasil kerja mereka dari
semasa ke semasa untuk membuat perbandingan
peningkatan prestasi.
Kompetensi Sosial

 Terbahagi kepada 2:
a) Kesedaran sosial
b) Kemahiran sosial
a) Kesedaran Sosial

 Kesedaran sosial bermaksud seseorang individu itu sedar


mengenai perasaan, kemahuan dan perihal orang lain.

 Melibatkan keupayaan yang dimiliki oleh murid pemulihan:


1. Rasa empati
 Dapat merasai dan memahami perasaan emosi yang
ditanggung oleh orang lain, rasa empati yang dimiliki akan
menjadikan murid pemulihan bersikap lebih prihatin dan
tidak menimbulkan masalah kepada keluarga dan pihak
sekolah dari segi disiplin
2. Membangun individu lain

 Jika murid pemulihan telah dapat menguasai kemahiran


3M, mereka sudi untuk berkongsi bersama rakan-rakan
dalam program pemulihan, gaya belajar mereka supaya
rakan mereka turut sama dapat menguasai kemahiran 3M
3. Kesedaran organisasi

 Memahami peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak


sekolah, akur jadual waktu yang telah ditetapkan, murid
pemulihan sendiri akan ke bilik khas pemulihan pada
waktu mata pelajaran bahasa Melayu dan matematik
4. Berorientasikan perkhidmatan

 Guru pemulihan sedaya upaya menyedarkan murid


pemulihan peranan guru untuk membimbing murid
pemulihan sehingga dapat menguasai kemahiran 3M,
peranan guru perlukan kerjasama murid & ibu bapa murid
pemulihan
5. Melayani kepelbagaian

 Selain perlu menguasai kemahiran 3M, kepelbagaian


kebolehan murid juga diambil kira untuk peningkatan
perkembangan pembelajaran murid, guru boleh membuat
penilaian kebolehan pelbagai murid berdasarkan
pemerhatian ketika aktiviti pdp dilaksanakan dalam kelas
b) Kemahiran Sosial
 Kemahiran sosial bermaksud seseorang individu itu dapat
menyesuaikan dirinya dalam sesuatu situasi dan
menginginkan tindak balas daripada orang lain.

 Melibatkan keupayaan yang dimiliki oleh murid pemulihan:

1. Kepimpinan berinspirasi
2. Komunikasi
3. Pengaruh
4. Pemangkin perubahan
Pembentukan Sikap
Faktor Membina Sikap Positif Murid

i. Pengalaman manis kerana mendapat kejayaan.

 Guru memberikan token yang dapat meningkatkan lagi


semangat murid untuk terus berusaha, memberikan
pujian kepada murid pemulihan di kelas aliran biasa supaya
murid pemulihan berasa diri mereka juga dihargai di
hadapan rakan-rakan satu kelas. Menjemput ibu bapa ke
sekolah untuk berkongsi kejayaan murid dapat menguasai
kemahiran 3M.
ii. Sentiasa mendapat dorongan dan pujian daripada
keluarga, guru dan rakan sebaya.

 Faktor dorongan dan pujian tidak boleh diabaikan, murid


pemulihan yang sentiasa mendapat kata-kata semangat dan
diberi pujian ketika mereka dapat menyudahkan tugasan
yang diberi dengan kemas, berdisiplin dan dapat bergaul
dengan rakan-rakan secara baik, akan mengekalkan sikap
positif tersebut.
iii. Pencapaian akademik yang memberangsangkan.

 Membawa murid-murid pemulihan menyertai kem


pembelajaran, supaya mereka bergaul dengan murid-
murid lain dengan cara ini dapat mendorong keinginan
murid pemulihan untuk mencapai akademik yang
memberangsangkan.
iv. Keadaan sosioekonomi keluarga yang
membuatkan murid berasa selesa dan senang
dengan kehidupannya.

 Meyakinkan murid keluarga sangat penting, murid


pemulihan perlu menerima seadanya kehidupan bersama
keluarga, tidak bersikap terlalu meminta-minta, bersikap
berjimat-cermat dan bangga mempunyai keluarga yang
dapat memberikan perlindungan kepada mereka
v. Matlamat yang ditetapkan sesuai dengan tahap
murid, membolehkan murid mencapai matlamat
yang diharapkan.

 Matlamat yang hendak di capai sesuai dengan keupayaan


murid. Menyediakan pelbagai bentuk bahan yang dapat
merangsang murid untuk dapat menguasai kemahiran 3M
seperti bahan bantu maujud, bahan-bahan berasaskan
teknologi maklumat, yang boleh memberikan kepelbagaian
bahan dan aktiviti pembelajaran kepada murid .
Kebajikan Murid

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)


 Kementerian Pelajaran telah melaksanakan beberapa program
bantuan penting antaranya termasuklah Skim Pinjaman Buku
Teks (SPBT).

 Pada tahun 1975, program ini dilancarkan untuk semua sekolah


kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

 Pada tahun 1983, program ini telah diperluas ke semua Sekolah


Menengah Agama Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah
Agama Rakyat yang berdaftar dengan Majlis / Jabatan / Yayasan
Agama Islam Negeri.
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

 Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan


bertujuan membantu seseorang murid sekolah rendah daripada
kalangan keluarga yang miskin.

 Bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan


sebanyak 25% – 30% daripada keperluan hariannya. Rancangan
ini merupakan satu usaha yang bersepadu dan selaras dengan
usaha-usaha lain yang berkaitan dengan kesihatan dan
pemakanan murid tersebut.

 Murid berstatus “Warganegara Malaysia“ dan daripada keluarga


berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan per
kapita RM 80.00 adalah layak untuk menyertai program ini.
KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN
(KWAPM)

 Keprihatinan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk


merapatkan jurang pendidikan yang wujud merupakan satu
agenda utama dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan
selaras dengan aspirasi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP) 2006-2010. Sehubungan itu, segala usaha yang berkaitan
dengan Bantuan Persekolahan kepada golongan yang
berkelayakan akan sentiasa menjadi keutamaan KPM.

 Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia telah


menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar
Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah seksyen 10 Akta
Tatacara Kewangan 1957.
 Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu
golongan ibu bapa murid yang berpendapatan rendah dan
tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke
sekolah dengan harapan berupaya mengurangkan jurang
peluang pendidikan di antara bandar dan luar bandar.

 Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan


pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuat kuasa
mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta
Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu
bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur
tujuh tahun (pendidikan rendah). Rujuk Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk maklumat lanjut.
 Tonton video berikut, dan kanak-kanak tersebut.
 Sebagai guru pemulihan, apakah peranan anda dalam
memupuk kompetensi kendiri yang positif dalam kalangan
pelajar pemulihan
http://www.scmp.com/news/china/society/article/2127651/p
oor-chinese-boys-freezing-trek-school-touches-
hearts?utm_source=outbrain&utm_campaign=GME-I-
Alwayson-
Jan18_SEA&utm_medium=content&cx_source=outbrain&c
x_medium=content&cx_campaign=GME-
I&utm_term=00d0be44e85ccf348f09627c2f24f573e6-
MSN+-+EN-MY+-+News