Anda di halaman 1dari 10

SOALAN TUTORIAL TAJUK 4

Setiap murid mempunyai keunikan dalam


diri masing-masing yang menghasilkan
kepelbagaian sosiobudaya di bilik
darjah. Syorkan program atau rancangan
pendidikan yang boleh membantu
memperbaiki hubungan sosiobudaya dalam
kalangan murid-murid di sekolah.
1. KAEDAH PEMBELAJARAN KOLABORATIF DAN KOPERATIF

• strategi pemusatan murid


• mengalakkan murid berbincang dan sesi buzz
melibatkan ahli-ahli kumpulan pelbagai budaya
• Contohnya dalam kumpulan perbincangan ahli
kumpulan terdiri daripada Ahmad, Seng Yan dan
Kumaran. Murid digalakkan berinteraksi dan
bekerjasama dalam suasana hormat-
menghormati.
• Sesi pembentangan perlu mempamerkan
kejayaan semangat pasukan.
2. PENEMUAN
• merancang pengajaran melalui penemuan
• Contohnya bagi Tajuk : Budaya Masyarakat
Majmuk.
Rusnah dan Fauziah diberi tajuk : Budaya
Orang Cina
Ah Seng dan Ah Heng diberi tajuk : Budaya
Orang India Sarojini dan Selvarani diberi
tajuk : Budaya Orang Melayu.
• Murid dapat meneroka dan membina pengetahuan
serta pengalaman supaya faham budaya kaum lain
• Terdapat perkongsian maklumat dengan murid lain dari
pelbagai kaum yang memberi maklumat, hurai atau
memperbaiki persepsi budaya masing-masing
3. Pemilihan bahan sumber
• Pembelajaran yang berkesan akan mudah berlaku
sekiranya bahan sumber pembelajaran sesuai dengan
pengetahuan dan budaya pelajar.

• Berhati-hati dalam memilih bahan sumber.

• Sumber pembelajaran yang memanfaatkan


kepelbagaian sosiobudaya ialah bahan yang biasa
kepada murid yang dapat meningkatkan pemahaman
aspek yang dipelajari.

• Contohnya bagi tajuk Matematik dan Sains, guru boleh


guna sempoa dan gasing.
sempoa

gasing
4. Penerimaan dan layanan adil
• Mengenali latar belakang murid, taraf sosioekonomi,
tempat tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan dan
agama akan membolehkan guru memberikan layanan
yang lebih adil kepada pelajar.

• Contohnya, murid yang tinggal di rumah PPRT tidak


minat belajar. Guru menggunakan maklumat latar
belakang keluarga untuk memahami murid tersebut.

• Guru menggunakan maklumat latar belakang keluarga


untuk memahami tingkah laku murid yang dipengaruhi
oleh persekitaran.
5. Pegurusan bilik darjah yang baik
• Maksud: Pengurusan harian dalam menangani
kepelbagaian sosial budaya murid.
• Contohnya: Memastikan ruang pembelajaran murid
tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang,
kelas sosial dan kaum masing-masing dengan cara
tidak membezakan mereka di antara satu sama lain.
membantu guru untuk mengawal persekitaran bilik
darjah dengan berkesan.
• Guru perlu memastikan murid berinteraksi sesama
sendiri secara terbuka seterusnya mewujudkan
pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan
budaya dan masyarakat.
• Aktiviti PnP perlulah dipastikan tidak mempunyai unsur
bias kepada mana-mana murid.