Nilai Murni - Cikgu Puspa
Nilai Murni - Cikgu Puspa
HEMAH TINGGI
Kesopanan, mengakui kesalahan diri, ramah mesra, tidak
sombong, merendah diri
KEBEBASAN
Kebebasan dari segi undang-undang
KEADILAN
Adil dan saksama, tidak menyokong mana-mana pihak
KEBERANIAN
Berani mencuba, berani kerana benar ,menyelamatkan orang lain
daripada kesusahan, bertanya kepada guru
KEJUJURAN
Amanah, bercakap benar, ikhlas, memulangkan barang
yang ditemui
KERAJINAN
Daya usaha, dedikasi, mengulang kaji, membantu ibu bapa di rumah,
membaca buku atau surat khabar, menolong guru di sekolah
KERJASAMA
Gotong-royong,toleransi, perpaduan
KASIH SAYANG
Menyanyangi diri sendiri dan orang lain, cinta pada negara,
sayang pada alam sekitar
BERDIKARI
Berupaya bertindak sendiri, yakin pada kebolehan diri
KESYUKURAN
Berterima kasih
RASIONAL
Bijak membuat pertimbangan dan tidak terburu-buru membuat
keputusan
SEMANGAT BERMASYARAKAT
Bermuafakat, kejiranan, peka terhadap isu sosial atau masyarakat
sekeliling
KESEDERHANAAN
Pertuturan dan perlakuan yang sederhana, sederhana dalam
berususan dengan orang lain, tidak menunjuk-nunjuk
HORMAT
Menghormati ibu bapa , keluarga, guru dan orang lain, mematuhi
undang-undang , memberi layanan yang baik, tidak menghina orang lain
BERJIMAT CERMAT
Tidak boros berbelanja, menyimpan wang tabung
IKHLAS
Menolong orang tanpa mengharapkan balasan
MENJAGA KESIHATAN
Makan makanan yang berkhasiat, tidak bermain air hujan atau
berjemur
MENJAGA KEBERSIHAN
Memastikan kawasan sekeliling bersih, pakaian tidak kotor, minum
air bersih, tidak membuang sampah merata-rata
AMANAH
Menjaga harta benda orang dengan baik, tidak
menceroboh hak orang lain
PERAMAH
Tidak sombong, memberi salam, mudah berbicara dengan orang
lain, bertegur sapa
TEKUN
Melakukan sesuatu bersungguh-sungguh atau sehingga berjaya
MENJAGA KESELAMATAN
Mengelakkan diri daripada bahaya, kemalangan atau kecederaan,
mematuhi lampu isyarat
BERTANGGUNGJAWAB
Melakukan kerja sekolah, melakukan kerja rumah, membuat
sesuatu kerja yang disuruh
BERTIMBANG RASA / TOLERANSI
Tidak menyusahkan orang lain, memberi tempat duduk kepada orang yang
memerlukan, tidak mengambil kesempatan
TEGAS
Pendirian yang tetap, berani menghukum kesalahan
PRIHATIN
Berasa kasihan melihat masalah orang lain, segera menghulurkan
bantuan, menghubungi polis apabila rumah jiran dimasuki pencuri
MENGHARGAI MASA
Tidak membuang masa, melakukan sesuatu yang berfaedah jika
ada masa lapang
BERDISIPLIN
Mengikut jadual, patuh pada arahan, mengikut masa yang
ditetapkan
INSAF
Menyesali perbuatan yang telah dilakukan, berjanji tidak
mahu mengulangi kesalahan
BEKERJASAMA
Melakukan kerja secara bergotong- royong atau bersama-sama,
melakukan kerja di dalam kumpulan