Anda di halaman 1dari 18

Elektronik Industri

Modul: Analog Electronics


Tahap: 3
Pengajar: En. Mohd Azri Fahmy Hj Azman
ILP Kota Kinabalu,Sabah
Tajuk:
Pengenalan kepada Flip-Flop
Tujuan Pengajaran:
• Pelajar-pelajar mesti boleh:
1. Terangkan definasi flip-flop
2. Nyatakan binaan dan prinsip asas flip-flop.
3. Jelaskan jenis-jenis flip-flop.
4. Jelaskan penggunaan flip-flop.
Pengenalan kepada flip-flop
– Flip-flop merupakan sel ingatan paling asas yang
digunakan dalam pembinaan litar logik jujukan
(sequential logic circuit ).
– Flip-flop juga dikenali dengan nama lain seperti
selak (latch),atau memperbilangan dwistabil
(bistable multivibrator).
– Flip-flop boleh mempunyai satu atau lebih
masukan tetapi mempunyai hanya dua keluaran
sahaja dimana satu keluaran merupakan
pelengkap kepada keluaran yang satu lagi.
Jenis-jenis flip-flop
• Flip-flop R-S
• Flip-flop J-K
• Flip-flop D
• Flip-flop T
• Master Slave
Flip-flop RS
• Litar flip-flop yang paling asas ialah jenis R-S yang dibina
dengan dua get TAKATAU.
• Dua masukan flip-flop ini dilabel R (RESET) dan S (SET) dan
pada keluaran dilabel Q dan Q.
• Keluaran Q akan menjadi logik 1 apabila masukan S = 1 dan
R = 0. Pada masa ini flip-flop dikatakan dalam keadaan SET.
• Keluaran Q akan menjadi logik 0 apabila masukan S = 0 dan
R = 1. Pada masa ini pula flip-flop dikatakan berada dalam
keadaan RESET atau bersih.
• Apabila masukan S = 0 dan R = 0, keluaran Q tidak akan
berubah. Pada masa ini flip-flop dikatakan memegang data.
• Bagaimanapun, masukan logik dimana kedua-dua masukan S
dan R diberi logik 1 adalah tidak dibenarkan. Ini kerana pada
masa ini kedua-dua keluaran akan berada pada logik 0 dan
ini merupakan satu keadaan yang tidak sah.
Simbol flip-flop RS
Simbol flip-flop RS
Flip-flop JK
• Flip-flop jenis R-S menghadapi masalah apabila R dan S
diberi logik 1 dan oleh itu keadaan ini tidak dibenarkan.
• Untuk mengatasi masalah ini, keluaran Q dan Q
dimasukkan kembali kepada masukan R dan S seperti
dalam rajah.
• Kedua-dua masukan yang bari ini diberi label J dan K.
Selepas diubahsuai sedemikian, keluaran Q akan
mengambil nilai pelengkap kepada keluaran sebelumnya
jika masukkan J=K=1.
• Dengan ini masalah keadaan tidak sah yang berlaku
pada flip-flop jenis R - S telah dapat diatasi.
Simbol JK
Flip-flop T
• Dalam penggunaan litar digital, frekuensi sesuatu isyarat
digital boleh dibahagi untuk dikecilkan . Dengan
menggunakan flip-flop T seperti dalam rajah, frekuensi
isyarat digital yang dikenakan pada masukan jam akan
dibahagikan kepada dua keluaran Q.
• Flip-flop T boleh dibina dengan menggunakan flip-flop J -
K dengan mencantumkan masukan J dan K dan
dinamakan sebagai T.
• Perlu diketahui bahawa proses membahagi frekuensi ini
boleh berlaku jika masukan T = 1. Sekiranya nilai T = 0,
keluaran tidak akan berubah.
Simbol T
Flip-flop D
• Sesuatu isyarat digital boleh dilambat
selama satu denyutan jam dengan
menggunakan flip-flop D.
• Flip-flop D boleh dihasilkan dengan
dengan menambahkan penyongsang
pada masukan K seperti dalam rajah .
• Flip-flop D juga dikenali sebagai flip-flop
data dimana keluaran Q sentiasa
mengambil nilai D denyut jam dikenakan.
Simbol D
Simbol D
Flip-flop Master Slave
• Flip-flop ini dinamakan demikian kerana binaannya seperti rajah .
• Flip-flop yang telah dipelajari sebelum ini boleh juga dilaksanakan
sebagai flip-flop Master Slave. Tetapi flip-flop ini kurang digunakan
sekarang ini kerana telah banyak pembaharuan telah dilakukan
keatas flip-flop terpicu-pinggir.
• Kelebihan flip-flop ini adalah Tuan boleh menyimpan aras yang ada
pada J dan K ketika denyut jam pergi ke RENDAH. Dengan lain
perkataan, tidak perlu masa pegang. Tuan akan memindahkan data
yang betul kepada hamba apabila denyut jam pergi RENDAH
walaupun sekiranya J dan K berubah pada masa yang sama.
• Ini membenarkan kita menggunakan flip-flop master slave dalam
keadaan dengan masukan J,K diubah oleh isyarat yang sama iaitu
dikenakan pada masukan denyut jam.
• Operasi flip-flop ini adalah seperti berikut:
Apabila denyut jam = 1 : aras J dan K dipindahkan kedalam tuan
yang akan pergi ke keadaan yang ditentukan oleh J,K dan keadaan
semasa QS . Hamba tidak boleh berubah keadaan apabila denyut
jam = 1.
Apabila denyut jam = 0 : Keluaran dari tuan dipindahkan kepada
hamba. Tuan tidak boleh berubah keadaan ketika denyut jam = 0.
Simbol Master Slave
Soalan
1.Apakah itu Flip-Flop?.

2.Berikan contoh litar flip-flop?.