Anda di halaman 1dari 20

PROGRAM SELEPAS UPSR

MURID TAHUN 6

SEMBELIHAN BINATANG
(AYAM)
Isi Program
1. Pengertian /Difinisi Sembelihan
2. Sembelihan Mengikut Syarak
3. Rukun Sembelihan
4. Binatang Yang Disembelih
5. Alat Sembelihan
6. Syarat Sah Sembelihan
7. Sunat Semasa Sembelihan
8. Makruh Semasa Sembelihan
9. Hikmah Sembelihan
10.Hikmah Sembelih Cara Islam
11.Binatang Yang Tidak Halal Dimakan
Pengertian Dan Hukum Sembelihan

Difinisi
Dari segi bahasa : Potong atau belah bagi menghilangkan nyawa
binatang.

Dari segi syarak : Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan


dengan cara memutuskan urat halkum dan merih dengan menggunakan
alat yang tajam dengan sekali sembelihan niat kerana Allah.

Hukum
Menyembelih binatang adalah wajib bagi mendapatkan dagingnya
kecuali binatang seperti belalang, ikan dan ketam.
SEMBELIHAN MENURUT HUKUM SYARAK

ُ ‫المنُـْ َخنِّقَةُ َو ْال َم ْوقُو َذة‬ ِّ ‫ت َعلَ ْي ُك ُم ْال َم ْيتَةُ َوالـ َّد ُم َولَ ْحـ ُم ْال ِّخ ْن ِّزي ِّْر َو َما أ ُ ِّهـ َّل ِّلغَي ِّْر‬
ْ ‫هللا ِّب ِّه َو‬ ْ ‫ُح ِّـر َم‬
) 3 : ‫( المائدة‬.... ‫ب‬ ِّ ‫ص‬ُ ُّ ‫سبُ ُع ِّإ ََّّل َما َذ َّك ْيت ُ ْم َو َما ذُ ِّب َح َعلَى النـ‬ ْ
َّ ‫وال ُمت َ َر ِّديَةُ َوالنَّ ِّط ْي َحةُ َو َما أ َ َك َل ال‬
MAKSUD FIRMAN ALLAH :
– Diharamkan ke atas kamu makan bangkai yang mati dengan tiada
disembelih, dan darah yang mengalir, dan daging khinzir, dan
binatang-binatang yang disembelih dengan tiada menyebut nama
Allah, dan binatang yang mati dengan dicekik, dan binatang yang mati
dengan dipukul, dan binatang yang mati dengan jatuh dari tempat
tinggi ke bawah atau ke dalam telaga, dan binatang yang mati dengan
sebab ditanduk oleh lawannya, dan binatang yang mati sebab dimakan
oleh binatang buas, melainkan jika kamu dapati binatang itu ada roh
dan ada hayat mustaqirrah seperti ia bergerak dengan kuat dan
sempat kamu menyembelih akan binatang-binatang itu, dan binatang
yang disembelih dengan nama berhala. ( Al – Maaidah , ayat 3 )
Rukun Sembelihan

Penyembelih
1. Islam
2. Tidak dalam ihram haji atau umrah

Binatang Yang Disembelih


1. Halal dimakan
2. Mati dengan sekali sembelihan ( putus urat
halkum dan urat merih)
Putuskan Urat Halkum Dan Merih
(Saluran makanan dan pernafasan)
Keratan Rentas Lembu
Alat Sembelihan
Benda yang tajam seperti pisau kecuali gigi, tulang, kuku,
rambut, tali
Syarat Sah Sembelihan
1. Niat sembelih kerana Allah
2. Memutuskan urat halkum dan urat merih
3. Menggunakan alat-alat sembelihan tajam selain
tulang, gigi, rambut
4. Menyembelih binatang yang halal dimakan dan
masih hidup
5. Binatang yang disembelih mati dengan sekali
sembelihan
6. Disembelih orang Islam atau ahli kitab
7. Tidak dilakukan semasa berada dalam ihram haji
atau umrah.
Sunat Semasa Sembelihan
Perkara-Perkara Sunat Sembelihan
1. Menyebut nama Allah
2. Menggunakan alat sembelihan yang tajam
3. Melakukan sembelihan di siang hari
4. Memutuskan kedua-dua urat yang terletak di
kiri dan di kanan leher supaya lebih cepat mati
5. Menghadapkan binatang ke arah kiblat dengan
membaringkannya ke sebelah ke sebelah rusuk
kiri
Makruh Semasa Sembelihan
Perkara-Perkara Makruh Sembelihan
1. Alat sembelihan yang tumpul
2. Menampakkan alat sembelihan kepada kepada
binatang sembelihan
3. Melakukan sembelihan di hadapan binatang lain yang
hendak disembelih
4. Tidak menghadap kiblat
5. Tidak membaca basmalah
6. Mematahkan leher binatang sembelihan sebelum
nyawanya hilang
7. Terputus kepala.
Hikmah Sembelihan
Hikmah Sembelihan
1. Boleh mematikan binatang dengan cara cepat dan
selamat
2. Memastikan daging yang dimakan bersih dan bermutu
3. Sembelihan dengan nama Allah untuk memelihara
akidah
4. Membezakan antara daging yang halal dengan daging
yang haram
5. Dapat mengeluarkan semua darah binatang dengan
cepat dan membersihkan daging daripada darah yang
mengalir bagi menghindari penyakit
Hikmah Sembelihan Cara Islam

Pemotongan urat merih menghentikan penghantaran darah ke otak, sekaligus deria


sakit tidak lagi berfungsi kerana saraf penghantar isyarat sakit ke otak telah diputuskan

Pemotongan urat merih juga tidak merosakkan saraf tunjang sekaligus jantung masih
boleh berfungsi untuk pam darah keluar

Darah yang mudah dijangkiti kuman dikeluarkan secara maksimum

Haiwan kelihatan menendang-nendang adalah kerana aliran laju darah yang berlaku
disebabkan jantung masih berfungsi mengepam darah

Dengan kuantiti darah yang minimum yang masih tinggal pada haiwan yang disembelih,
maka daging akan menjadi lebih segar dan tahan lebih lama berbanding cara-cara lain
untuk mematikan haiwan.
Kesan Tembakan Pistol Elektrik (CBP)
Haiwan dikesan terus pengsan sebaik saja menerima tembakan CBP dan EEG menunjukkan
bacaan amat sakit pada haiwan itu.
-Jantung haiwan itu berhenti berdenyut lebih awal selepas terkena kejutan berbanding haiwan
yang disembelih. Keadaan itu menyebabkan banyak darah masih terkumpul dalam daging dan ia
sebenarnya tidak selamat untuk dimakan.
-Kajian terbaru juga menunjukkan kaedah mematikan haiwan yang digunakan oleh Barat dan
bukan Islam, turut dikatakan menjadi punca kepada penularan wabak penyakit lembu gila
daripada haiwan kepada manusia.
-Kaitan ini didedahkan menerusi kajian yang dijalankan oleh Universiti Texas A&M dan Agensi
Pemeriksaan Makanan Kanada. Ia menyatakan, kaedah kejutan pneumatik (iaitu menembak bola
besi ke otak lembu diikuti dengan mengenakan tekanan udara tinggi) menyebabkan kerosakan
tisu otak serta saraf tunjang haiwan itu.
-Laporan ini amat mengejutkan kerana tisu otak dan saraf tunjang adalah bahagian yang paling
terjejas teruk kerana dijangkiti penyakit lembu gila dan apabila ia hancur akibat kaedah
berkenaan, bakteria serta protein penyakit lembu gila akan merebak ke daging.
-Malah, lebih mengejutkan, kaedah ini digunakan ke atas 30 hingga 40 peratus lembu yang
dimatikan untuk diambil dagingnya di Amerika Syarikat. Kajian lain yang dijalankan di seluruh
dunia juga mendapati daging menjadi lebih lembut berbanding daging yang tidak disembelih
menurut Islam seperti ujian yang dijalankan ke atas ayam yang disembelih dan tidak disembelih.
Alat Digunakan Dlm Penyembelihan
Sembelihan Yang Tidak Boleh Dimakan
Tuanku Sultan Muhammad V