Anda di halaman 1dari 12

KBAT DLM PENTAKSIRAN &

PENIALAIAN SAINS (MEMBINA ITEM


UJIAN SAINS BERCIRIKAN KBAT)

NAMA PENSYARAH : TN HJ ZAKARIA BIN


MOHAMED NOR
DISEDIAKAN OLEH : NUR HAZIRAH BINTI
ABDUL RAHIM
Pentaksiran:
•proses mendapatkan maklumat bagi
mendapatkan evidens
•secara formatif, sumatif, formal dan informal,
dalaman dan luaran yang boleh dipertimbangkan
•membuat penghakiman tentang sesuatu produk
pendidikan.
Kesahan
Sejauh mana skor sesuatu ujian pentaksiran
menggambarkan apa yang hendak ditaksir

Kebolehpercayaan
• berkait dengan ketepatan, ketekalan dan kestabilan skor
bagi prestasi murid.
• kebolehpercayaan merujuk kepada skor dan instrumen.
KONSTRUK

•Apa (perkara) yang ditaksir


•Berbentuk konkrit : tinggi, berat
•Berbentuk abstrak: pengetahuan, kemahiran dan sikap
•Konstruk yang diukur dalam instrumen pentaksiran bagi
suatu mata pelajaran dikenal pasti berdasarkan dokumen
kurikulum mata pelajaran tersebut.
KONTEKS

•Tajuk yang ditaksirkan


•Bahagian-bahagian tertentu dalam mata pelajaran
•Dikenal pasti daripada Sukatan Pelajaran
•Lazimnya mengikut kawasan tertentu dalam sesuatu
bidang
•Biasanya dibahagikan kepada beberapa subkonteks
ARAS KESUKARAN

•Ditentukan daripada pengetahuan, kemahiran dan


nilai
•Berdasarkan tiga aspek:
Peringkat pengetahuan atau kemahiran Asas
sehingga peringkat Lanjutan (Basic – Advanced)
Kebiasaan (Familiarity)
Kerencaman (Complexity)
KATA TUGAS

•Kata kerja yang digunakan dalam sesuatu


item

•Berfungsi untuk menjelaskan bentuk


respons yang perlu diberikan oleh murid.
ITEM

• Perkara atau alat yang digunakan untuk


mendapatkan respons daripada murid

• Boleh diklasifikasikan sebagai


• Item Pengingatan (Recall Item) dan
• Item Pemikiran (Thinking Item)
Item Pengingatan
Item yang memerlukan pengingatan dan
merupakan item aras rendah

Item Pemikiran
Item yang memerlukan aplikasi kemahiran
berfikir seperti mengaplikasi, menganalisis,
menilai dan menjana idea
Ciri-ciri item yang baik
• Tepat mentaksir perkara yang hendak ditaksir
• Tugasan dan arahan jelas
• Tata bahasa betul
• Ayat pendek, padat, jelas dan terus kepada
maksud
• Laras bahasa sesuai dengan kohort umur
kumpulan sasar
• Menggunakan istilah yang biasa, terkini dan
diterima umum
KOMPONEN ITEM
• Rangsangan / stimulus
Mengandungi maklumat khusus dalam bentuk
petikan, rajah, jadual, dll. Rangsangan terdiri
daripada pelbagai jenis
• Tugasan
Apa yang perlu diberikan sebagai respons.
• Arahan
Bagaimana cara memberikan respons.
• Opsyen (bagi item objektif aneka pilihan)
Pilihan Jawapan terdiri daripada jawapan dan
pengganggu
Peraturan Pemarkahan/Skema Penskoran
(bagi item subjektif)

Kaedah penskoran
• rubrik analitik, atau
• rubrik holistik

Anda mungkin juga menyukai