Anda di halaman 1dari 10

KEMAHIRAN MEMBACA

KEMAHIRAN MENCATAT NOTA


KONSEP DAN DEFINISI MEMBACA
• Menurut Debeor dan Dallman, membaca
melibatkan pemahaman dan interprestasi idea-
idea yang disimbolkan melalui penulisan atau
simbol yang tertulis.
• Gibson menegaskan bahawa membaca ialah
penerimaan komunikasi, bertindak balas
terhadap simbol-simbol grafik, mentafsir simbol-
simbol grafik kepada pertuturan dan
mendapatkan makna daripada bahan-bahan
bercetak.
PROSES MEMBACA
1. Mengecam dan mengenal lambang atau
perkataan yang dilihat.
2. Mengait lambang atau perkataan itu dengan
bunyi atau makna.
3. Menterjemahkan makna perkataan dengan
mengaitkannya dengan apa yang telah sedia
ada difikirannya.
4. Mengumpul dan mencantumkan idea dari
perkataan dan ayat hingga menjadi sebuah
idea yang lengkap.
5. Menghuraikan atau menjelaskan idea yang
diperolehi kepada diri sendiri atau kepada
pihak kedua.
KAEDAH PENGAJARAN MEMBACA
1. Kaedah abjad.
2. Kaedah fonik/bunyi.
3. Kaedah suku kata.
4. Kaedah pandang sebut.
5. Kaedah ayat.
TEKNIK-TEKNIK KHUSUS BACAAN
• Teknik membaca SQ3R
• Teknik membaca KWLH
• Teknik membaca DR-TA
KONSEP DAN DEFINISI
• Nota ialah benda yang dicatat oleh seseorang
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
TEKNIK MENCATAT NOTA
1. Beri perhatian kepada maklumat yang
didengar, dibaca atau dilihat.
2. Maklumat tersebut haruslah dipilih atau
ditafsir sebelum mencatat.
3. Hanya fakta baru sahaja yang dicatat kerana
ini adalah mengikut isi pelajaran terkini.
4. Baca dan susun semula catatan.
5. Catatan nota boleh dibuat dalam bentuk
grafik yang kreatif.
CIRI-CIRI NOTA YANG BAIK
• Mengandungi rangka kasar sahaja.
• Terdiri daripada idea utama.
• Dicatat dalam buku kecil atau kertas berwarna.
• Catatan terang, senang dibaca dan mudah
difahami.
• Ada kata kunci dan simbol serta menggunakan
singkatan perkataan.
• Tanda bulatan dan garisan pada isi penting.
ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM
NOTA
1. Teks
2. Grafik
3. Gambar

Anda mungkin juga menyukai