Anda di halaman 1dari 17

Suatu bicara awal

 ‘Serangan pemikiran’ adalah strategi baru


musuh Islam dalam agenda mereka untuk
menguasai umat Islam.
 Rencana jahat ini telah diperingatkan oleh al-
Quran (al-An`am:112) & hadis (Huzaifah).
 Kemuncaknya, mereka ingin memisahkan
umat Islam dpd sumber kekuatan dan
kemuliaan mereka  ISLAM (al-Baqarah:120).
 Di antaranya: faham ‘Islam Liberal’ yang cuba
menafsirkan Islam menurut liberalisme Barat.
 Fahaman yang mempercayai, mengutama dan
berteraskan prinsip kebebasan individu.
 Menurut John Locke (1704M), manusia secara
tabiinya memiliki kebebasan mutlak untuk
melakukan apa yang difikirkan sesuai tanpa
persetujuan sesiapa.
 Kebebasan diertikan sebagai ‘tiada sebarang
halangan dalam merealisasikan keinginan’.
 Seseorang individu tidak tertakluk kepada
paksaan atau campur tangan pihak lain (sama
ada institusi agama, istana atau adat).
 Segala bidang kehidupan manusia dianggap
kehidupan individu dan peribadi.
 Individu lebih penting daripada masyarakat,
bahkan masyarakat wujud demi individu.
 Jika terdapat sekatan sekalipun, ia adalah
minimum dan masih berpaksikan kawalan
serta kedaulatan undang2.
 Dalam kerangka kedaulatan undang2 itu,
manusia bebas berfikir dan bertindak tanpa
halangan atau arahan yang terperinci.
 Jika diamati, konsep kebebasan individu yang
ingin dicapai oleh faham liberalisme
mengandungi aspek positif (negara perlu
mengkhidmati keperluan individu) dan aspek
negatif (individu berhak melakukan apa saja).
 Punca kelemahan faham liberalisme ini adalah
berkait dgn masalah dan krisis yang melatari
dunia Kristian dan Barat moden: i) prejudis
thdp agama, ii) kenisbian / kerelatifan nilai,
iii) panduan falsafah menggantikan wahyu.
 Liberalisme lahir sebagai protes Barat
terhadap eksploitasi paderi dan gereja yang
menindas rakyat di atas nama agama.
 ‘Kerajaan Tuhan’ (teokrasi Kristian) dianggap
mendedahkan Eropah kepada kelemahan
politik dan ancaman musuh.
 Menurut Marsilio (1343M), Machiavelli
(1527M) & Luther (1546M), hubungan gereja
dengan negara mesti ditafsir semula demi
membataskan kuasa agama dlm pentadbiran.
 Langkah awal: teks Bible sebagai ajaran asal
Kristian dibezakan dengan tafsiran terhadap
Bible (the Canon Law / Hukum Kanun Paderi).
 Hukum Kanun Paderi dipertikaikan
keautoritiannya sebagai tafsiran yang sah.
 Penolakan terhadap Hukum Kanun Paderi
adalah asas bagi teori politik sekular.
 Idea pemisahan di antara kuasa gereja dgn
urusan keduniaan adalah proses sekularisasi.
 Justeru, liberalisme seiring dgn sekularisme.
 Jika faham sekularisme mengasaskan tapak
kehidupan yang menyisihkan agama, maka
liberalisme pula berperanan menyediakan
panduan kehidupan yang bebas dari agama.
 Dalam konteks pembaharuan kefahaman
agama pula, Kristian Protestan menganjurkan
hak penganut Kristian untuk mentafsir Bible
tanpa bergantung kepada tafsiran paderi dan
gereja menurut anjuran Kristian Katholik.
 Jelas bahawa faham liberalisme amat berbeza
dan bertentangan dengan ajaran Islam.
 Malangnya, ‘sejarah hitam’ Barat cuba
dieksperimenkan di dunia Islam oleh pemuja
sekular dan liberal di kalangan umat Islam.
 Autoriti ulama dalam menafsirkan ajaran
agama dianggap punca kelemahan ummah.
 Justeru, muncul pemikiran ‘Islam’ Liberal
sebagai acuan ‘Islam’ ala-Protestan untuk
kononnya menggantikan ‘Islam’ ala-Katholik.
 Secara kontemporari, istilah ‘Islam’ Liberal
mula digunakan oleh penulis Barat seperti
Charles Kuzman (Liberal Islam, 1988) dan
Leonard Binder (Islamic Liberalism, 1998).
 Dalam konteks Nusantara, pemikiran ini
dipopularkan oleh Nurcholis Madjid (Cak Nur)
dengan ringkasan ‘Islib’ melalui rangkaian
pendukungnya - ‘Jaringan Islam Liberal’ (JIL).
 Prinsipnya adlh menolak autoriti agama yang
konon menjadi monopoli / eksploitasi ulama.
 Pemikiran ‘Islam’ Liberal dipengaruhi oleh
faham modenisme Barat yang mahu
merombak semula nilai agama agar sesuai
dengan nilai moden dan arus kemajuan.
 Sebagai modenis, mereka melihat agama
sebagai fenomena sosial atau produk sejarah,
budaya dan pemikiran manusia.
 Justeru bagi mereka, kebenaran agama tidak
mutlak dan boleh dirasionalkan menurut
keperluan hidup dan kebebasan pendapat.
 Pemikiran‘Islam’ Liberal juga selari dengan:
i) faham anti hadis dan orientalisme dalam
menolak autoriti agama,
ii) faham pluralisme agama dalam isu hak
kebebasan agama, dan
iii) faham feminisme dalam isu kesetaraan
gender.
 Akibatnya, nas2 agama ditundukkan kepada
bentuk tafsiran yang selari dengan fahaman2
ini di atas nama ‘ijtihad’ baru.
 Kedudukan ulama disamakan dengan ‘kasta’
paderi dan ‘wakil’ Tuhan dlm tradisi Kristian.
 Dalam konteks Malaysia, pernah ditonjolkan
idea pemisahan mutlak di antara syariah dgn
fiqah, di antara wahyu dgn ijtihad, juga di
antara al-Quran dgn hadis.
 Mereka tidak menzahirkan penolakan
terhadap agama tetapi berselindung di
sebalik gagasan menafsir dan mengkaji
semula al-Quran, hadis serta hukum fiqah.
 Tanpa mempedulikan batas ijtihad, mereka
tidak membezakan di antara aspek thawabit
(tetap) dan qat`i (putus) dengan aspek
mutaghayyirat (anjal) dan dhanni (kabur) dlm
nas2 agama sebagai medan utk berfalsafah.
 Mereka menolak segala tafsiran yang
dianggap kolot, termasuklah ijtihad yang
muktabar dan apa yang telah diijmakkan.
 Hukum yg tidak sesuai dgn tuntutan
kemodenan pula digugur atau ditakwilkan.
 Berhubung isu akidah, mereka mendakwa:
i) al-Quran adalah ‘karangan’ bersama Tuhan
dan manusia (meragui ketulenan al-Quran),
ii) semua agama adalah sama dan menuju
kebenaran; Islam bukan agama paling benar,
iii) amalan non-Muslim turut diterima Allah,
iv) tiada larangan bagi umat Islam untuk
murtad atau mengamalkan agama lain,
 Berhubung hukum fiqah:
i) Muslimah yang tidak memakai tudung
tidak dianggap mengengkari kewajipan
agama kerana rambut bukan aurat,
ii) homoseksual adalah ciptaan Tuhan
yang semulajadi, maka ia adalah halal,
iii) lelaki turut mempunyai tempoh `iddah
seperti perempuan iaitu selama 130 hari,
iv) isteri juga boleh menjatuhkan talak.
 Faham liberalisme dan pemikiran ‘Islam’ Liberal
mengulangi siri kegagalan akal manusia menuju
kebahagiaan tanpa bimbingan wahyu (Hud:43).
 Agenda utama fahaman2 ini adalah menggugat
ketulenan Islam dengan meruntuhkan autoriti
agama yang ditunjangi institusi ulama
 Penafsiran agama melalui kaedah ulama yang
ilmiah dan muktabar cuba digantikan dengan
rasional akal yang palsu dan menipu daya.
 Umat Islam perlu dipersiapkan dengan benteng
ilmu dan akidah melalui bimbingan ulama.