Anda di halaman 1dari 43

MENTAKSIR MURID

Disediakan oleh:
Cassidy Affrendie, Lawrence Markus, Syelvester Joe, Jasmin Aben
DEFINISI PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
• Satu proses mengumpul maklumat untuk tujuan membuat keputusan
• Meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut
yang diperoleh seseorang individu
• Proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi
keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada (Stufflebeam, 1971)
• Suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan
pengenalpastian, pemerolehan, dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi
pertimbangkan pilihan-pilihan keputusan berasaskan pada sesuatu objektif
pendidikan
KONSEP PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

• Suatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan


khususnya dalam bidang Pendidikan Pemulihan Disleksia
• Segala keputusan berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan
melalui proses pentaksiran
• Maklumat ini diperlukan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapai
oleh murid itu
KEPENTINGAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN
DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN DISLEKSIA
• Keputusan perlu dibuat dengan teliti agar pengajaran dan
perkhidmatan yang disediakan adalah wajar dan bersesuaian dengan
masalah dalam pembelajaran yang mereka hadapi
KATEGORI DAN JENIS PENTAKSIRAN
Istilah Maksud
Ujian standard atau formal • Ujian yang telah siap dibina
• Mempunyai skor yang perlu dicapai
Ujian tidak formal • Dijalankan pada bila-bila mengikut keperluan
• Secara individu atau kumpulan
• Lisan atau kumpulan
• Tidak melibatkan kemahiran atau unit tertentu
• Dibina oleh guru
• Tidak mempunyai arahan atau prosedur
Ujian kumpulan • Dijalankan dalam kumpulan semasa PdPc
• Boleh dalam bentuk formal atau tidak formal
• Tiada arahan tertentu
Ujian individu • Secara individu semasa PdPc
• Tiada arahan tertentu
• Soalan dibina oleh guru
Ujian berdasarkan • UPSR, PMR, SPM, STPM
kurikulum • Berasaskan kandungan kurikulum di sekolah
Ujian formatif • Mengesan kemahiran yang telah dikuasai
• Dijalankan dengan kerap
Ujian sumatif • Merumuskan pencapaian murid
• Satu gred diberikan sebagai tanda tahap pencapaian
murid
Ujian saringan • Untuk mengenal pasti kanak-kanak berisiko
• Ditadbir kepada semua murid
Ujian diagnostic • Mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi
Ujian ‘Speed’ • Perlu dihabiskan dalma masa terhad
• Tidak formal
Ujian ‘power’ • Kekuatan murid
• Kekuatan ingatan

(Sumber: Norhaidi Haji Sarponen, 2009)


MENTAKSIR MURID DISLEKSIA

• Aspek Keturunan
• Aspek Pencapaian Akademik
• Aspek Keupayaan Fungsi Kognitif
ASPEK KETURUNAN
• Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa Disleksia yang
disebabkan oleh kromosom 15.1
• Boleh diwarisi secara turun temurun (British Psychological Society,
1991 dan Hammond dan Hughes, 1996)
• Terdapat beberapa orang ahli keluarga yang mengalami masalah yang
sama
• Makin besar bilangan ahli keluarga mempunyai simptom-simptom
yang sama, semakin besar kemungkinan faktornya ialah disebabkan
diwarisi secara turun temurun
CARA MENTAKSIR ASPEK KETURUNAN

• Senarai semak Disleksia Golongan Dewasa oleh M. D. Vinegrad


• http://goo.gl/forms/gZCvkuY2eH
• Bawa berjumpa pakar perubatan iaitu Development Pediatrician
• Rujuk kepada occupational therapist
• Rujuk pelaporan kesihatan keluarga
ASPEK PENCAPAIAN AKADEMIK
• Membaca
• cenderung menterbalikkan perkataan seperti:
• batu – tuba / gula – lagu
• pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
• pada masa yang sama – dapa masa yang masa
• Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
Contohnya seperti berikut :
• Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu : Jam – jem / cat – cat
Sambungan…
• Mengeja
• kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti:
• m – w , y –g – j, u – n, m – n, c – e, p – q, h – n, b – d
• Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti:
• t – h, f – v
Sambungan…

• Menulis
• mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas
kertas
• mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat
menulis mengikut garisan yang disediakan.
• Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-
pelik
Sambungan…

• Penggunaan nombor
• kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik
mental
• kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan
nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
• 3–5–8/9–6
CARA MENTAKSIR ASPEK PENCAPAIAN
AKADEMIK
• pengenalpastian oleh guru-guru yang dilantik khas dalam bidang
disleksia ataupun guru-guru mata pelajaran
• terdiri daripada murid-murid yang gagal dalam PKSR 1 setelah
mengikuti pendidikan di arus perdana selama enam bulan
• Ujian pengamatan
• Senarai semak Disleksia
Sambungan…

• Ujian diagnostik
• Aston Index Assessment
• Ujian-ujian binaan guru
• Ujian-ujian lain yang sesuai
Sambungan…
• Ujian bacaan
• Ujian saringan
• Mengandungi soalan-soalan pendek berkaitan masalah pembelajaran
yang dihadapi oleh murid
• Ujian komprehensif
• Mengandungi aktiviti bacaan, ejaan, lukisan, matematik dan kecerdasan,
penglihatan, literaliti, urutan dan yang berkaitan
ASPEK KEUPAYAAN FUNGSI KOGNITIF

• Lambat memberikan respon ketika ditanya soalan secara lisan


• Lemah dalam bidang kefahaman
• Mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan tugasan yang
diberikan
• Menggunakan jari untuk mengira (tidak dapat menggunakan kaedah
congak)
CARA MENTAKSIR ASPEK KEUPAYAAN
FUNGSI KOGNITIF
• Pemerhatian di dalam kelas oleh guru-guru yang dilantik khas dalam
bidang disleksia ataupun guru-guru mata pelajaran
• Rujuk kepada pakar terapi klinikal
• Ujian Cognitive System (CoPS)
• Ujian kecerdasan (Intelligence Quotient, IQ)
INSTRUMEN PENTAKSIRAN

• ASTON INDEX ASSESSMENT


INSTRUMEN • UJIAN COGNITIVE SYSTEM (CoPS)
LUAR
NEGARA • LAPORAN PSIKOLOGI PEMBELAJARAN
• UJIAN MENGESAN DISLEKSIA

INSTRUMEN • UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN


DALAM • SENARAI SEMAK DISLEKSIA
NEGARA • UJIAN DIAGNOSTIK
ASTON INDEX ASSESSMENT
• Bertujuan mencari dan mendiagnostik tahap kesukaran bahasa kanak-
kanak dari 5 – 14 tahun.
• Mengandungi 17 subujian dan akan mengesan potensi kanak-kanak.
• Guru boleh mengenalpasti tahap kesediaan untuk belajar kanak-kanak
serta kemahiran dan keupayaan yang bagaimana yang memerlukan
perhatian dalam sesi pdp.
UJIAN COGNITIVE SYSTEM (CoPS)
• Menggunakan komputer lebih menekankan aspek pengukuhan.
• Ujian ini dijalankan untuk mengenalpasti kanak-kanak disleksia dan
kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang lain.
• Bertujuan mengenalpasti keupayaan kognitif kanak-kanak.
• Boleh dilaksanakan oleh guru dan pembantu bukan guru.
LAPORAN PSIKOLOGI PEMBELAJARAN
• Berkesan untuk mengenalpasti tahap Intelligence Quotient (IQ) murid.
• Memastikan kanak2 tidak berada bawah atau atas tahap sepatutnya.
• Selepas ujian dijalankan, satu laporan dibuat untuk menentukan aspek
yang perlu diberi perhatian dan bantuan yang sewajarnya.
UJIAN MENGESAN DISLEKSIA (Ujian
Awal Mengesan Disleksia dan Ujian
Mengesan Disleksia)
• Ujian awal mengesan disleksia dilakukan terhadap kanak2 yang berumur
4-6 tahun.
• Ujian mengesan disleksia dilakukan terhadap murid berumur 6-16 tahun.
• Ujian ini menyediakan maklumat kekuatan dan kelemahan murid.
• Digunakan untuk membentuk prosedur pengengalpastian dan panduan
dalam merancang RPI murid.
• Ujian ini direka untuk memilih murid yang mempunyai risiko kegagalan
membaca pada peringkat awal serta intervensi yang perlu dilaksanakan.
Instrumen Pengesanan
Disleksia Dalam Negara
1. Ujian Diagnostik Pengamatan
• RASIONAL
• Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran
asas yang kukuh amat penting. Oleh itu, ujian pengamatan
patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor
kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan.
Apa Itu Pengamatan?

 Pengamatan adalah satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-


tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman yang lalu.
Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran kita.

 Mengikut Ruth Strang dalam bukunya “Reading Diagnosis and


Remediation”, pengamatan merupakan satu proses yang bergantung pada
kognitif dan kederiaan. Proses ini penting dalam aktiviti pembelajaran
terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.
Sambungan…

 Janet W. Learner (1971) dalam bukunya “Children With


Learning Disabilities” telah mentafsirkan bahawa
pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat
daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisme
yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera
dengan kuasa intelek.
Objektif Ujian Pengamatan

Melalui ujian ini guru boleh mengesan masalah yang dihadapi murid dalam:
 Mengecam orientasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak,
saiz, warna, huruf, nombor, suku kata, dan perkataan.
 Menentukan sesuatu saiz, jarak kiri ke kanan serta hubungan antara satu
objek dengan objek yang lain.
 Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak,
huruf, nombor, suku kata, perkataan , dan ayat.
Sambungan…
 Menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan khususnya dari
kiri ke kanan atau ke bawah dan dari bawah ke atas.

 Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan.

 Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan


sesuatu masalah.
Komponen Ujian Pengamatan

1. Diskriminasi yang sama. 6. Pertalian jarak.


2. Diskriminasi yang ganjil dan 7. Mencari jalan keluar.
tidak sama. 8. Turutan.
3. Diskriminasi saiz. 9. Rajah latar belakang/benda
4. Diskriminasi kedudukan . tersebunyi.
5. Koordinasi Motor-Mata- 10. Menyalin
Tangan.
Panduan Melaksanakan ujian
Pengamatan
1. Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep yang
terkandung dalam komponen pengamatan.
2. Dalam ujian ini murid diberi pelbagai latihan pengamatan.
3. Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.
4. Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian.
Sambungan…

5. Arahan diberikan kepada murid dengan terang dan jelas.


6. Pastikan murid menunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel.
Senarai Semak Disleksia
Terdiri daripada tahap penguasaan kemahiran mengeja, membaca, dan
menulis kanak-kanak disleksia.

Kemahiran Mengeja
Antara senarai semak kemahiran mengeja yang boleh diuji:
 Mengeja perkataan mudah
 Mengeja perkataan tidak sebagaimana yang dikehendaki
 menyusun abjad tidak mengikut ejaan yang sepatutnya
Sambungan…

 Kesilapan meletakkan suku kata dalam perkataan

 Tidak boleh atau keliru dalam membezakan bunyi abjad yang


hampir sama yang terdapat dalam suku kata.
Kemahiran Membaca

Antara senarai semak kemahiran membaca yang boleh diuji ialah:


 Masalah membaca teks panjang.
 Membaca perkataan yang mengandungi okal berganding, diftong,
dan digraf/konsonan berganding.
 Membaca ayat panjang.
Kemahiran Menulis
Antara senarai semak kemahiran menulis yang boleh diuji ialah:
 Menulis perkataan atau ayat di atas garisan.

 Menyalin semula maklumat yang disebut oleh guru.

 Menyalin semula maklumat yang ditulis pada papan tulis.


Apa itu instrumen Senarai Semak Disleksia
(ISD)?
 Instrumen senarai semak disleksia (ISD) merupakan ujian
saringan bagi mengenal pasti kebarangkalian seseorang murid itu
mengalami masalah pembelajran spesifik disleksia.
Ilustrasi pentaksiran ISD
Ujian Diagnostik
Definisi Ujian Diagnostik
• Ujian diagnostik adalah satu alat pengukuran yang membolehkan
guru pemulihan khas atau guru disleksia mengesan punca dan
kawasan kelemahan secara terperinci yang dihadapi oleh
seseorang murid.
Tujuan Ujian Diagnostik
 Membantu guru mengenal pasti secara khusus kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh
murid.
 Membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu
kemahiran.
 Membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan-
kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
 Membantu guru merancang program khusus terhadap individu atau kumpulan dengan
tepat dan sistematik.
 Membolehkan guru merancang, membina program serta bahan bantu mengajar yang
bersesuaian mengikut tahap murid.
Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir Ujian
Diagnostik
Ujian diagnostik dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-
murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu.
Ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak
melebihi empat orang dalam satu-satu masa.
Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang
paling rendah kepada yang paling tinggi, maka hendaklah
dimulakan dengan ujian lisan dan diikuti dengan ujian bertulis.
Sambungan…
Ujian ini hendaklah dihentikan sekiranya seseorang yang diuji itu
didapati gagal menjawab dengan betul semua item dalam 3
kemahiran secara berturut-turut.
Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.
Keputusan ujian diagnostik akan memberi panduan kepada guru
untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut.
Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan
supaya mereka dapat menjawab dengan tenang dan selesa.
Sambungan…
Markah ujian yang diberikan tidak penting, tetapi yang penting
ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi dapat
memandu murid menjawab.
Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa
yang murid tidak tahu dan mengenal pasti kesilapan mereka.
Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk
menjadi panduan kepada guru suatu masa yang lain.
TINDAKAN SUSULAN
• Maklumkan pada pihak sekolah
• Maklumkan kepada ibu bapa murid
• Menyediakan borang pemeriksaan pakar kesihatan
• Rujuk pakar kesihatan
• Maklumkan pada pihak sekolah
• Berbincang dengan ibu bapa
• Uruskan perpindahan murid ke sekolah khas

Anda mungkin juga menyukai