Anda di halaman 1dari 48

Bab 1:

ISLAM SEBAGAI AD-DEEN


•Manusia dan agama
• Pengertian Islam
•Skop ajaran Islam
Manusia dan Agama
 Manusia berasal dari Nabi Adam. Hakikat manusia
terdiri drpd roh dan jasad.
 Peringkat kejadian manusia: nutfah, `alaqah,
mudghah, `izam, lahm, dan tiupan roh.
Pengertian Agama
 Bermaksud kepercayaan kepada Tuhan.
 Agama Islam bermaksud kepercayaan kpd Allah dan
sifat-sifat serta kuasaNya, serta penerimaan
perintahNya.
 Belief in a god or gods and the activities connected
with this belief ( BBC Eng Dic.)- mereka anggap agama
sebahagian dari budaya sahaja.
Pengertian Agama dari segi bahasa:-
1. Anti kerosakan
2. Bukan benda
3. Tata cara hubungan manusia dgn raja/pemerintah
4. Peraturan hubungan manusia sesama manusia
5. Upacara hubungan manusia dgn dewa2
6. Kepercayaan atau keyakinan terhadap ketuhanan
Ciri agama menurut al-Quran
 Kehakiman, kesultanan dan kekuasaan mutlak dan
tertinggi
 Kepatuhan dan ketaatan kpd kuasa yg mutlak
 Sistem/peraturan berbentuk teori dan amali yg
digubal oleh kekuasaan kehakiman tertinggi
 Pembalasan akhirat yg diberikan olh kekuasaan
tertinggi kpd sesiapa yg taat dan patuh kepada sistem
atau balasan seksa kpd setiap yg ingkar atau derhaka.
Keperluan manusia kepada
Agama
Fitrah manusia memiliki naluri beragama
 Firman Allah (Maka hadapkanlah wajahmu dengan
lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah
Allah yang Telah menciptakan manusia menurut
fitrah itu. tidak ada perubahan pada fitrah Allah.
(Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui) Surah Rum:30
 Sabda Nabi SAW: Setiap anak yg dilahirkan adalah
dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya yg
menasrani atau meyahudi atau memajusikannya.
 Agama selain Islam tidak diterima Allah.
Manusia jahil mengenai
kehidupan selepas kematian
 Persoalan ini tiada siapa yg dapat menjawab
melainkan Allah SWT
 Hikmah kematian agar manusia menerima ganjaran
berdasarkan amalannya.
 Kehidupan akhirat adalah ditunggu oleh manusia
untuk meraih ganjaran amal perbuatan
Kecenderungan manusia hidup
menurut peraturan
 Manusia sejak zaman silam cenderung mengikut
peraturan yg ada di dalam masyarakatnya .
 Kesempurnaan sistem peraturan hanya ada di dalam
islam.
Kelemahan akal manusia utk
mentafsir kewujudan makhluk lain
 Walaupun manusia ada akal, ia tidak mampu
memikirkan hakikat perkara ghaib di sekitarnya spt
malaikat, jin, syaitan dll.
PENGERTIAN ISLAM
Dari segi bahasa
 Nama terbitan dari kata kerja aslama yg membawa
maksud:-
1. Ketulenan dan kesucian
2. Kedamaian, keamanan atau kesejahteraan
3. Ketaatan dan penyerahan
Dari segi istilah
1. Pengakuan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan
Muhammad adalah Rasulullah, mendirikan solat,
mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadan
dan mengerjakan Haji bagi yang mampu.
2. Kepatuhan, ketundukan,ketaatan dan penyerahan
diri dgn penuh keikhlasan dan sukarela, bukan
secara paksa kpd Allah dalam seluruh aspek
kehidupan.
3. Islam merupakan jawapan kepada 3 persoalan
penting manusia: dari mana, mengapa dan ke mana
kesudahan mansia?
4. Islam ialah ruh yg hakiki,cahaya petunjuk yg abadi
dalam kehidupan, ubat yg paling mujarab bg penyakit
dan jalan lurus yg selamat bagi manusia melaluinya.
5. Peraturan hidup yg bersifat integral yg mengatur
kehidupan manusia, menjadi dasar akhlak mulia dan
disampaikan oleh Nabi Muhammad untuk menjadi
panduan kpd seluruh manusia.
ISLAM SEBAGAI AD-DIN
 Perkataan Din merupakan istilah khusus dalam
Quran yg bermaksud sistem hidup.
 Islam sbg Ad-Din bermaksud Islam adalah satu-
satunya cara hidup yg diturunkan oleh Allah kepada
manusia sbg panduan hidup.
 Ianya mencakupi semua aspek hidup manusia yg
bersifat kebendaan dan spiritual dalam isu
individu,kemasyarakatan, rumah tangga, negara dll.
Elemen penting ad-Din:
1. Kekuasaan yg Maha Mutlak
2. Penyerahan diri dengan ketaatan dan kesetiaan
epada yang Maha Mutlak
3. Iman dan amalan di bawah pengawasan pihak yg
Maha Mutlak kekuasaanNya.
4. Ganjaran yg diberi samada baik atau buruk dari
pihak yg Maha Berkuasa
 Hanya Islam addin yg diterima Allah
 Islam merupakan sistem yg sempurna
 Islam dibawa sejak Nabi Adam sehingga Muhammad.
 Firman Allah Taala:-
Pada hari Ini Telah Kusempurnakan untuk kamu
agamamu, dan Telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-
Ku, dan Telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu
(Surah al-Maidah:3)
SKOP AJARAN ISLAM
1. Akidah
2. Syariah
3. Akhlak
4. Dakwah dan Jihad
1. Akidah
 Dari segi bahasa bermaksud ikatan atau simpulan
 Dari segi istilah: kepercayaan yg terikat erat dan
tersimpul kuat dalam jiwa
 Akidah Islam : kepercayaan dan keimanan kpd hakikat
dan nilai2 yg mutlak seperti di dalam ajaran Islam.
 Berpaksikan kepada keyakinan kepada Allah dari segi,
Rububiyah,Uluhiyyah serta Asma` dan sifatNya.
 6 elemen asas akidah Islam:-
1. Keimanan kepada Allah
2. Keimanan kepada Malaikat
3. Keimanan kepada Kitab yg diturunkan
4. Keimanan kepada para Rasul
5. Keimanan tentang kewujudan Hari Akhirat
6. Keimanan kepada Qada dan Qadar
2. Syariat
 Iaitu hukum2 perundangan utk mengatur kehidupan
individu, keluarga, masyarakat dan negara.
 Samada berkaitan ibadat khusus, muamalat,
perniagaan, jenayah, pemerintahan dll.
 Sumber Syariah:- al-Quran, Sunnah, Ijma` dan Qiyas.
 Hak menentukan hukum adalah hak Allah.
 Ulama berijtihad perkara tiada dalil dalam quran dan
sunnah.
 Syariat Islam bukan untuk membebankan manusia
bahkan untuk kebaikannya.
 Setiap hukum ada hikmahnya.
3. Akhlak
 Akhlak bererti tingkahlaku, perangai atau
keperibadian.
 Sifat yg tertanam dalam jiwa seseorang yg dengannya
lahir sesuatu perbuatan atau tingkahlaku (Imam
Ghazali)
 Rasulullah diutus untuk memperbaiki akhlak
manusia.
 Dalam hub sosial, Islam meletakkan asas pergaulan
seharian. Cthnya batasan pergaulan lelaki dan
perempuan agar manusia tidak terjebak dalam kancah
maksiat spt zina, bohsia dll.
 Masyarakat tanpa panduan akhlak Islam
menyebabkan tiadanya keamanan dan kebahagiaan,
berlakunya penindasan dan kezaliman.
4. Dakwah dan Jihad
 Dakwah ialah seruan ke arah kebenaran, menyeru
manusia kpd Islam yg meliputi soal akidah, syariah
dan akhlak.
 Ianya kewajipan setiap muslim dan merupakan tugas
utama Rasul.
 Pelbagai cara :- ceramah, forum, penulisan dan media.
 Jihad bermaksud menggunakan seluruh tenaga dan
keupayaan demi mencapai cita-cita mulia iaitu
matlamat dan cita2 Islam, keampunan Allah,
keredhaan dan rahmatNya.
 Jihad fisabilillah ialah usaha dan pengorbanan yg
dilakukan utk menegakkan kalimah Allah samada dgn
harta, jiwa, pena atau lidah.
 Maka jihad ada 3 ciri:-
1. Ada unsur daya dan tenaga yg terpaksa dicurahkan
2. Ada unsur matlamat dan cita2 yg ideal, qudus dan
tinggi untuk dicapai
3. Ada unsur musuh yg menghalang dan menentang
usaha perjuangan tersebut.
2 jenis Jihad:-
1. Jihad nafsu ( jihad besar)
2. Jihad lahir ( jihad kecil)
 Hukum berjihad adalah fardu kifayah. Tetapi akan
menjadi fardu Ain sekiranya prinsip ajaran Islam tidak
dijalankan dalam sebuah negara Islam atau diserang
musuh.
 Musuh terdiri drpd org fasiq, munafiq, org kafir, hawa
nafsu dan syaitan.
 Skop jihad adalah lebih luas berbanding berkorban
harta dan nyawa.
Sumber Ajaran Islam
 Sumber Asasi:
1. al-Quran
2. al-Sunnah
 Sumber Ijtihadi:
1. Ijmak
2. Qias
3. Lain-lain
shanom Islam sebagai ad Din 31
Sumber Asasi: 1. al-Quran
 Definisi: Kalam Allah yg diturunkan kpd nabi
Muhammad dalam Bahasa Arab secara mutawatir dan
membacanya adalah ibadah.
 Dikenali juga dgn nama al-Furqan, al-Kitab, az-Zikr
 Diturunkan secara beransur-ansur selama 23 tahun.
 Ayat mula: 1-5 surah al-Alaq
 Ayat terakhir: ayat 3 surah al-Maidah
Ciri khusus al-Quran
1. Diturunkan dalam Bahasa Arab
2. Wahyu kepada nabi Muhammad dengan lafaz dan
maknanya sekali
3. Mukjizat bagi Nabi Muhammad
4. Diriwayatkan secara mutawatir. Tidak berlaku
perubahan atau penundaan.
5. Membacanya di dalam solat dan luar adalah dikira
ibadah dan mendapat pahala.
Sumber Asasi: 2. as-Sunnah
 Definisi: segala yang bersumber dari Nabi
Muhammad samada perkataan, perbuatan atau
pengakuan. (bg contoh)
 Berperanan memperincikan kandungan al-Quran
Sumber Ijtihadi: 1. al-Ijma`
 Definisi: Persepakatan para mujtahid dari kalangan
umat Muhammad selepas kewafatan Baginda dalam
satu-satu zaman di atas satu hukum syarak.
Syarat Ijmak
 Persepakatan adalah di kalangan mujtahid
 Semua mujtahid bersepakat
 Persepakatan berlaku slps nabi wafat
 Persepakatan hanya dalam hukum syarak
 Persepakatan adalah dari kalangan umat Muhammad
sahaja
Sumber Ijtihadi: 2.Qias
 Definisi: menyamakan suatu masalah yg tiada nasnya
dengan suatu masalah yg sudah ada nas hukumnya kerana
adanya persamaan illah antara keduanya.
 Rukun qias:
1. Asal (al-asl) iaitu perkara yg sudah ada hukumnya dalam
syarak
2. Furuk ( al-far`u)iaitu perkara baru yg tiada nas dalam
syarak
3. Hukum asal : iaitu hukum perkara asal yg terdapat
nasnya dalam syarak
4. Sebab hukum (illah) iaitu bentuk persamaan yg
mengikat di antara al-asl dan al-far`u.
Ciri-Ciri Keistimewaan Islam
 Rabbani
 Syumul dan lengkap
Sepadu dan seimbang
 Wa’qii @ praktikal
 Tinggi dan Agung
 ‘‘Alami @ Universal
shanom Islam sebagai ad Din 38
1. Rabbani/ ketuhanan
 bersifat rabbani kerana sumber
utama syariah ialah al-Quran dan
Sunnah.

shanom Islam sebagai ad Din 39


2. Syumul dan lengkap
 Bermaksud syariah Islam merangkumi segenap aspek
kehidupan manusia.
 Memenuhi keperluan mereka ( daruriyyat, hajiyyat
dan tahsiniyyat)
 Atur hub. Manusia dgn Allah, manusia sesama
manusia dan manusia dgn alam.
 Q (Al-An’am: 38)
“Tidaklah Kami tertinggal sesuatupun dalam al-
Kitab.”
3. Sepadu dan seimbang
 Setiap bahagian syariah saling berkaitan. Maka wajib
beramal dengan keseluruhan syariah.
 Cacatlah Islam jika diamalkan separuh-separuh
 Keseimbangan juga pada semua ciptaan Allah
termasuk langit dan bumi, peredaran bintang,
rantaian makanan .
 Keseimbangan juga dari sudut rohani dan jasmani,
dunia dan akhirat.
 Keseimbangan kehidupan individu dan masyarakat.
4. waqie/praktikal
 Bukan hanya teori semata
 Maka Islam sesuai diamalkan bagi semua keadaan
masyarakat yg sentiasa berubah-ubah.
5. Tinggi dan agung
 Hanya Islam agama yg diterima Allah.
 Ketinggian Islam bermula dari keyakinan bahawa
Islam datang dari Zat yg Maha Tinggi.
6. Alami dan universal
 Bermaksud Islam meliputi semua tempat dan masa
tanpa batasan geografi.
 Nabi Muhammad diutuskan untuk sekelian manusia
bukan untuk org Arab sahaja. Nabi lain untuk
kaumnya sahaja.
Penyelewengan Masyarakat
daripada cara hidup Islam
1. Serangan dari musuh Islam
 Melalui media massa dgn hiburan melampau
 Budaya dan cara hidup keseronokan (hedonisme)
 Menanamkan falsafah songsang spt hidup hanya sekali
di dunia.
 Menyuburkan sikap individualistik dan materialistik
di kalangan umat Islam
2. Kelalaian dan kelemahan umat Islam
 Sebahagian umat Islam masih jahil tentang Islam
 Kurang upaya merealisasikan saranan Quran
 Lalai dalam menjadikan Sunnah sbg ikutan
 Kurng jati diri
 Mudah alpa terhadap muslihat musuh Islam
 Suka meniru nilai yg dtg dari luar Islam
Fenomena yg berlaku:
1. Kemunculan peribadi Islam pada nama sahaja
2. Budaya Barat dipuja manakala Sunnah diketepikan
3. Ibadat difahami dalam skop yg sempit
4. Melakukan ibadah khusus tp masih terlibat riba,
rasuah dll
5. Wujud jurang perbezaan antara agamawan dan
profesional
6. Krisis keyakinan terhadap agama

Anda mungkin juga menyukai