Anda di halaman 1dari 8

TATACARA

PENGANALISISANDATA
KUALITATIF
PERINGKAT-PERINGKAT DALAM MENGANALISIS
DATAKUALITATIF
Proses menganalisis data dilakukan apabila
telah selesai peringkat
pengutipan data dilakukan.
Peringkat Pemerosesan data-data kualitatif :
Transkripsi
Organisasi Data
Pelaziman (membiasakan diri dengan data)
Koding
Demonstrasi Kebolehpercayaan dan Kesahan
Laporan
Transkripsi

Proses transkrip atau menyalin adalah langkah pertama


dalam proses penganalisaan data
misalnya menyalin data-data dalam bentuk rakaman audio
yang mengandungi temubual penyelidik dan responden,
perbincangan kumpulan fokus, rakamanvideo atau
catatan kerjalapangan.
dilakukan secara menyeluruh tanpa meninggalkan apa
juga yang didengar dan diperhatikan.
proses yang memerlukan perhatian, masa dan kesabaran
seseorang penyelidik. Namun demikian proses ini akan
dapat memberi peluang kepada penyelidik menyelami
setiap data yangdiperoleh.
ORGANISASI
DATA
Setelah proses transkripsi selesai, adalah
perlu untuk menyusun data mengikut
bahagian yang senang untuk digunakan
semula.
Nombor mungkin akan diberi pada setiap
temu bual atau kod, atau membahagikan
nota-nota lapangan kepada bahagian-
bahagian tertentu mengikut tarikh data
dipunggut atau mengikut konteks atau pun
menyimpan data mengikut bahagian
masing-masing dalam folder.
PELAZIMAN(MEMBIASAKAN DIRI
DENGAN DATA)

• Setelah lambakan data disusun mengikut bahagian –


bahagian tertentu, maka tibalah masanya untuk
membiasakan diri dengan data –data yang
diperolehi.
• Proses pelaziman adalah dengan mendengar
kandungan temu bual dalam pita rakaman, membuat
tontonan semula bahan berbentuk video, membaca
iaitu membaca semula data-data, membuat memo
dan membuat ringkasan sebelum proses analisis secara
formal bermula.
• Ia adalah peringkat yang penting terutamanya
jikapengumpulan dan proses transkripsi data bukan
dilakukan oleh penyelidiksendiri.
Coding
langkah yang sangat penting dalam proses menganalisis
data kualitatif dengan menggunakan sebarang pakej
perisian komputer.
Coding melibatkan proses mengenalpasti petikan-petikan di
dalam teks dan menyimpan rujukan kepada petikan teks
berkenaan di dalam item database yang dipanggil Node
(dalam perisian Nvivo). Node boleh mengandungi pelbagai
rujukan dan boleh mengkod petikan-petikan daripada
sebarang dokumen yang telah disediakan.
Menurut Udo Kelle (1995) Coding mempunyai dua fungsi
utama iaitu koding boleh melambangkan satu petikan
teks yang mengandungi maklumat khusus untuk tujuan
membenarkan retrieval.
DEMONSTRASI
KEBOLEHPERCAYAAN DAN
KEESAHAN

- Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability)


instrumen amat penting bagi mempertahankan
kejituan instrumen daripada terdedah kepada
kecacatan.
- Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan
kebolehpercayaan
instrumen maka semakin jitu data-data yang
akan diperoleh bagi menghasilkan kajian
yang baik dan berkualiti.
- Kesahan merujuk kepada ujian mengukur
apa yang sepatutnya diukur
- Trangulasi data dalam penyelidikan kualitatif adalah
bertujuan untuk menjamin kebolehpercayaan dan
kesahihan penemuan penyelidik.
LAPORAN
- Laporan adalah peringkat
penyempurnaan kajian.
- Pada bahagian ini penyelidik hendaklah
mentafsir, mengulas dan menyebarkan
dapatan kajian berdasarkan kepada
data-data yang diperoleh.
- Penyelidik hendaklah mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang
mendalam dalam bidang yang dikaji.
- hasil analisis haruslah dipersembahkan
dengan jelas, kemas dan meyakinkan
pembaca.

Anda mungkin juga menyukai