Anda di halaman 1dari 51

- Keperluan Dunia dan Tuntutan Akhirat

- Fizikal dan Kerohanian


PENGERTIAN TAWAZUN
 Tawazun menurut bahasa bererti keseimbangan atau
seimbang.
 Menurut istilah tawazun merupakan suatu sikap
seseorang untuk memilih titik yang seimbang atau
adil dalam menghadapi suatu persoalan
JASAD/JASMANI
 Setiap manusia menyedari dan mengetahui cara-cara
memenuhi keperluan masing-masing antaranya
makan, minum, masa rehat, pakaian, tempat tinggal.
 Rasulullah saw juga memberi panduan dan cara
memenuhi keperluan tersebut, contohnya dalam hal
makan dan minum, iaitu Rasulullah saw bersabda
“makanlah sebelum lapar dan berhentilah sebelum
kenyang”.
 Badan juga boleh memberi isyarat ketika lapar.
AKAL
 Perkara yang membezakan manusia dengan makhluk-
makhluk ciptaan Allah SWT lain adalah manusia
dianugerahkan akal.
 Dengan akal ini manusia seharusnya mampu menilai baik
dan buruk sehingga tidak terjerumus ke dalam kancah
kehancuran, apabila manusia tidak menggunakan akal
sebaik-baiknya, manusia senang sahaja jauh dari
pertimbangan yang sebenar.
 Untuk menjawab persoalan di atas kita hendaklah selalu
belajar dan menuntut ilmu yang baik di dunia dan
diakhirat, yang penting dilakukan karena lillahi ta’ala .
RUH
 Tidak semua orang menyedari sepenuhnya tentang potensi ini,
 Apabila seseorang merasa gelisah atau tidak tenteram, itu
merupakan salah satu pertanda akan kekurangan ruh, namun
kebanyakan orang salah faham.
 Mengambil jalan mudah dengan melakukan perkara-perkara
negatif contohnya minum arak,berjudi dan sebagainya
 Agama Islam sangat menitik beratkan keperluan rohani ini iaitu
dengan cara rajin melaksanakan ibadah terutama yang
wajib(rukun) dan juga melakukan perkara-perkara sunah seperti
memperbanyak membaca Al-Qur’an, berdzikir, bermuhasabah,
dan sebagainya.
Waqi’iyyah (Realiti)
 Al-Waqi’iyyah boleh didefinisikan sebagai realiti
dan kebenaran.
 Ia melibatkan ajaran Islam yang bersifat praktikal
sesuai dijadikan amalan di dalam kehidupan
manusia.
 Sebarang kemusykilan dan permasalahan serta
persoalan yang berlaku sepanjang proses
kehidupan manusia akan dapat diselesaikan
mengikut kaedah Islam bergantung kepada
keadaan dan kesesuaian realiti sebenar.
 Maka Islam itu dilihat sebagai fleksibel dalam
menyelesaikan semua kemusykilan yang
timbul bergantung kepada keadaan.
 Jadi para fuqaha’(ahli fikah) dan mufti telah
bertanggungjawab memberi jawapan
terhadap sebarang kemusykilan agama yang
timbul.
 Dalam hal ini, maka mereka ini seharusnya
memahami keadaan realiti berkaitan dengan
kehidupan semasa, sebelum memutuskan
sebarang keputusan.
Pendapat Ibn al-Qayyim
 Ibn al-Qayyim berpendapat bahawa seseorang
faqih merupakan orang yang bijaksana dalam
menggabungkan antara “hukum wajib” dan
“keadaan semasa”.
 Beliau juga menegaskan asas mengenali realiti
kehidupan adalah sangat penting disebabkan
sekirannya mereka ini tidak memahami “realiti
kehidupan” secara benar dan tidak memahami
‘pemerintah’ dan ‘larangan agama’, maka
usahanya akan menimbulkan lebih banyak
kerosakkan daripada kebaikan.
 Ahmad ibn Hanbal r.a juga menjelaskan bahawa
di antara tuntutan yang mesti dipenuhi oleh
seorang faqih ataupun mufti iaitu mereka perlu
mempunyai ilmu pengetahuan dan sikap
pengasih serta mengenal realiti kehidupan
manusia (dipetik dari Yusuf al-Qardhawi,
1992:103).
 Justeru itu, al-Waqiiyyah ini menitiberatkan
kenyataan dan kebenaran dalam aspek realiti
kehidupan sebenar tentang apa yang berlaku
dalam menyelesaikan semua kemusykilan
dengan bersandarkan hukum-hukum Islam
untuk menjaga kebaikan secara bersama
mengikut kesesuaian realiti semasa selagi ia
tidak menyalahi syariat Islam.
Prinsip-prinsip Al-Waqi’iyyah dengan
Pembangunan Berteraskan Islam
1)ajaran Islam bersifat praktikal
a. Islam mengambil kira kenyataan sebenar kehidupan
manusia di dunia ini yang dipenuhi dengan unsur-
unsur amal makruf nahi mungkar. Dalam masa yang
sama juga membuat pertimbangan terhadap kekuatan
dan kelemahan manusia secara adil bersandarkan
sumber Islam iaitu al-Quran, hadis, Ijmak, qias ulama’.
b. Justeru itulah ajaran Islam adalah lebih praktikal dan
benar serta sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian.
Contohnya kefardhuan ibadah zakat hanya diwajibkan
ke atas orang yang mempunyai harta dan kemampuan
sahaja. Bagi mereka yang fakir miskin tidak dipaksa
mengeluarkan zakat seperti golongan yang berharta.
 2) Islam berkemampuan menyelesaikan sebarang
persoalan yang bersangkutan dengan kehidupan
manusia. Justeru itu, agama Allah s.w.t sahaja
yang mampu menyelesaikan masalah dan
memberi rukhsah dalam menjalani kehidupan di
dunia sebagai proses persediaan hari akhirat.

 Contoh: kandungan rukun Islam yang kedua iaitu


solat merupakan ibadah asas yang wajib
dilaksanakan oleh semua muslim. Walau apa cara
sekali pun solat adalah wajib dan tidak boleh
ditinggalkan kecuali disebabkan uzur syari’e.
 Maka banyak rukhsah yang telah diberikan oleh
Allah s.w.t disebabkan penilaian bersandarkan al-
Waqi’iyyah dalam memberi kemudahan kepada
manusia untuk memenuhi tanggungjawab
mereka terhadap Allah.

 Contohnya solat dapat dilakukan mengikut


kemampuan muslim secara realiti sama ada
secara berdiri, duduk dan berbaring. Manakala
mereka yang bermusafir diberi kemudahan oleh
Allah melalui solat Qasar dan Jama’.
Firman Allah s.w.t bermaksud:
“Allah tiada memberati seseorang itu, melainkan
menurut kesanggupannya” (al-Baqarah, 2: 286).

 Maksudnya Allah tidak sesekali


membebankan hambanya dengan memaksa
mereka melakukan sesuatu yang tiada kuasa.
Oleh kerana itulah maka Allah s.w.t tidak
memaksa orang sakit untuk solat seperti orang
sihat, tetapi dilakukan menurut kemampuan diri
(Akhmal Hj.Mohd.Zain, 2007: 278).
 Maka solat dan zakat sebagai Ibadah asas ini
dijadikan sebagai pengkaedahan dalam
pembangunan berteraskan Islam dan
dijustifikasikan secara signifikan dengan
mengaplikasikan unsur al-Waqi’iyyah mengikut
kesesuaian dalam beribadah yang
menghubungkan manusia dengan Allah s.w.t
(habluminallah)
 3) Islam memberi ruang kepada perkembangan
fikiran yang melahirkan tamadun ilmu.
 Ia meliputi ajaran Islam yang sentiasa
menggalakkan manusia meningkatkan daya
fikiran yang tinggi, kreatif dan inovatif bagi
melahirkan tamadun yang gemilang.
 Terdapat ayat al-Quran dan hadis yang menyeru
manusia supaya menuntut ilmu.
 Keadaan ini jelas dan benar menerusi ayat al-
Quran yang pertama diturun adalah menuntut
manusia membaca. Sehubungan dengan itulah
Islam memberi keistimewaan kepada orang yang
mempunyai ilmu pengetahuan. Maka mereka
diangkat darjat kemuliaan di sisi Allah s.w.t..
Kesimpulan
 Berdasarkan kepada konsep al-Waqi’iyyah ini
dapat disimpulkan bahawa justifikasi Islam
adalah meluas dan fleksibel dalam melihat realiti
dan kebenaran kehidupan semasa.
 Ia juga dilihat sebagai kaedah pengaplikasian
secara praktikal selari dengan tuntutan syarak
dan tidak membebankan umat Islam dalam
kehidupan. Hal ini secara langsung dapat
menyumbang kepada terlaksananya
pembangunan berteraskan Islam.
INQILABBIYYAH
 Inqilabiyyah ( ‫)انقلبية‬Ia bermaksud menegakkan Islam
di atas keruntuhan jahiliyyah.
 Bermakna Islam tidak boleh berkompromi dengan
jahiliyah dan kufur. Contohnya, Rasulullah walaupun
telah ditawarkan sebagai Raja dan ganjaran yang
lumayan oleh pihak kuffar dengan syarat baginda
meninggalkan da’wah, baginda menolak tawaran
tersebut dan berusaha menghapuskan kemungkaran
itu terlebih dahulu.
AL-ALAMIYYAH
DIPLOMASI DALAM ISLAM
 Diplomasi adalah perundingan yang dilakukan oleh seorang
diplomat yang mewakili sebuah Negara dalam hubungannya
dengan Negara lain.
 Komponen-komponen diplomasi dalam konteks Islam ialah:
 Perundingan
 Orang yang bertanggungjawab dan pihak yang bertindak
sebagai pengirim pesan dalam proses komunikasi.
 Orang yang menerima pesan atau berita yang disampaikan
oleh komunikator.
TOLERANSI DALAM ISLAM
 Toleransi dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah
Tasamuh.
 Secara bahasa berarti timbang rasa.
 Secara istilah: Toleransi adalah sikap menghargai dan
menghormati perbezaan antara sesama manusia.
 Allah SWT menciptakan manusia berbeza satu sama lain.
Perbezaan tersebut boleh menjadi kekeuatan jika
dipandang secara positif dan menjadi konflik jika
dipandang negatif.

Toleransi terbahagi 2 perkara:
1. Toleransi antara sesama muslim
Contoh: Toleransi antara sesama muslim berarti
menghargai dan menghormati perbedaan pendapat yang
ada dalam ajaran agama Islam. Misalnya, perbedaan
pendapat mengenai jumlah rakaat salat tarawih.
2. Toleransi kepada non-muslim.
Contoh : menghargai dan menghormati pemeluk agama
lain untuk beribadah sesuai agama dan keyakinan masing-
masing.
SIKAP TOLERANSI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
Dalam kehidupan sehari-hari toleransi dapat diwujudkan
dengan sikap sikap sebagai berikut.
 Bergaul dengan semua teman tanpa membezakan agamanya.
 Menghargai dan menghormati perayaan keagamaan umat.
 Tidak menghina dan memperolok-olokkan ajaran agama lain.
 Memberikan kesempatan kepada teman non muslim untuk
berdoa sesuai agamanya masing-masing.
 Memberikan kesempatan untuk melaksana-kan ibadah bagi non
muslim.
 Memberikan rasa selesa kepada umat lain yang sedang
beribadah.
 Tidak memaksa
 Mengeratkan silaturahim dengan jiran yang berbeza agama.
 Menolong jiran yang sedang dalam kesusahan.
NILAI-NILAI MURNI