Anda di halaman 1dari 11

AKTIVITI MORAL DI

SEKOLAH ORANG ASLI


AHLI KUMPULAN 1
JOSEPHINE KADING
ROZIENIRA ROBERT
WONG JIA YING
AZAMAIN BIN MATAWANG
TENTATIF AKTIVITI
24 FEBUARI 2017
Masa Atur cara Cacatan
10.30 - 10.40 pagi Pendaftaran peserta dalam kumpulan - Selepas mendaftar, murid akan
berbaris dalam kumpulan
10.40 – 10.45 pagi Warming up
10.45 – 11.00 pagi Senamrobik
11.00 – 12.05 pagi Aktiviti bermula - Guru akan memberi sedikit
1. Tiup tepung penerangan/peraturan di
2. Aksi dan teka setiap stesen
3. Pass getah - setiap aktiviti mempunyai masa
4. Pass air dalam belon yang berbeza
5. Mengukur kepanjangan
( bonus round )
12.10 – 12.15 pagi Cooling down
12.15 – 12.30 pagi Penerangan nilai Guru memberikan penerangan dan
pujian kepada murid
WARMING UP (5 MINIT)

• Guru pelatih akan membuat regangan otot diikuti oleh murid sebelum
memulakan aktiviti
• Guru menyuruh murid untuk menjarakkan diri antara satu dengan yang lain
supaya lebih selesa semasa “warming up”
SENAMROBIK (15MINIT)

• Guru memimpin murid dalam melaksanakan senamrobik diiringi dengan lagu


yang sesuai
• Murid mengikut segala gerakan yang dilakukan oleh guru
PENERANGAN AKTIVITI 1(PASS GETAH)
• Guru menerangkan terlebih dahulu permainan tersebut
• Selepas itu, guru akan menunjukkan cara bermain dengan menunjukkan
demonstrasi supaya murid lebih faham peraturan permainan tersebut
• Sebelum bermain, murid perlu membuat satu barisan panjang
• Semasa bermain, murid perlu meletakkan tangan mereka di bahagian
belakang badan dan hanya menggunakan mulut untuk menghulurkan getah
• Jika getah terjatuh dari straw ke lantai, murid perlu bermula dari awal
(orang pertama)
• Murid perlu menghulurkan getah sampai ke peserta terakhir
• Jumlah getah yang terkumpul selama 2 minit yang akan menentukan berapa
markah yang mereka dapat pada stesen tersebut
PASS BELON YANG DIISI AIR ( 2 MINIT)
• Guru menerangkan terlebih dahulu permainan tersebut
• Selepas itu, guru akan menunjukkan cara bermain dengan menunjukkan
demonstrasi supaya murid lebih faham peraturan permainan tersebut
• Murid diminta berbaris dalam bentuk zigzag
• Murid yang pertama akan mengambil belon yang berisi air dari dalam baldi
dan seterusnya membaling belon tersebut dengan cermat bagi mengelakkan
belon tersebut jatuh di tanah dan pecah
• Murid boleh membaling belon mengikut cara mereka tersendiri
• Jika belon tersebut jatuh, murid perlu bermula dari awal permainan (Dari
peserta pertama)
MENGUKUR KEPANJANGAN (BONUS ROUND)
• Dalam permainan ini, murid akan menggunakan segala barang/peralatan
yang ada dengan mereka untuk mengukur kepanjangan
• Murid dilarang untuk membuka baju
COOLING DOWN
• Guru menyuruh murid untuk melakukan aksi seperti yang ditunjukkan murid di
hadapan
• Selepas membuat cooling down, guru akan memberitahu tujuan cooling down
dilakukan supaya murid tahu kegunaan dan kepentingannya selepas
melakukan aktiviti lasak
NILAI MURNI
1. Kerjasama – murid belajar untuk saling membantu dalam satu pasukan dan
tidak mementingkan diri sendiri
2. Kesabaran - murid belajar untuk sabar dan tenang menunggu giliran
mereka untuk bermain
3. Fokus - murid belajar untuk menumpukan perhatian ketika bermain
4. Bertanggungjawab – murid belajar lebih bertanggungjawab dan melakukan
yang terbaik bagi pasukan mereka dan memastikan
tidak mengecewakan mereka

Anda mungkin juga menyukai